.

Jumaat, 6 Mei 2016

SURAT DARI AKU






SURAT 

DARI AKU


kawan ku yang baik hati,

aku menulis lagi tentang panas
aku menulis lagi tentang cuaca
tentang air sungai pahang yang mula susut
tentang chuping yang hangat
tentang waduk air yang kering

sebenarnya aku gelisah
sabenarnya aku gundah
sabenarnya aku merasa takut
melihat bumi manusia ini terbakar

telah lama aku fikirkan jika kita semua
memiliki kesedaran 
jika kita semua faham
jika kita sedar tahu
jika anak semua bangsa peduli
bahawa bumi kita ini sedang sakit -alangkah baiknya jika bunda bumi ini kita selamatkan bersama

aku menulis ini hanya untuk membawa pencerahan

tulisan tulisan ini aku buat sebelum aku ke penjara
minggu hadapan aku akan dihadapkan ke mahkamah untuk kali terakhir - aku merayu di putrajaya
jika gagal maka  aku pergi untuk sementara
aku tinggal kan pada kau
tulisan tulisan ini untuk kamu baca

kawanku yang baik hati,

aku tak mahu kau bersedih
khairil anwar berkata :  tak perlu sedu sedan itu

aku katakan bahawa kita bukan binatang jalang
kita  juga bukan dari kumpulan terbuang
kita adalah suara ramai suara 52% rakyat malaysia
jadi tak perlu kamu bersedih

jika aku dipenjara kau bacalah apa yang aku tulis
kau teruskan apa yang kau buat
aku tahu kau anak yang baik
aku tahu kau benih yang baik
benih baik jatuh ke laut akan menjadi pulau

lama aku fikirkan
sabenarnya orang baik baik amat ramai
berbanding dengan orang jahat jahat
cuma orang baik baik ini
belum melakukan apa apa
maka orang jahat jahat terus berkuasa

jika aku dipenjara - aku tidak akan menulis 
aku akan berehat selama 9 bulan


kawan ku yang baik,

kau jangan tersilap
yang aku tinggalkan diluar pintu besi
bukan satu harapan
bukan satu impian
bukan satu berahi
yang aku tinggalkan adalah kamu
yang memiliki kudrat dan fikrah untuk 
melakukan sesuatu yang baik

hampir aku terlupa 
biar aku beri tahu
ketika aku dalam penjara kau tak dapat
melawat aku kerana  ini hukum negara
aku juga tidak memerlukan lawatan
yang aku perlukan ialah kamu
menyampaikan berita kegeringan bunda bumi
bunda yang sedang sakit ini perlu rawatan

kawan ku yang baik hati,

kamulah bomoh
kamulah tabib
kamulah pawang
kepada bunda yang gering

amin - wassalam

NOTA
bila aku keluar nanti
yang aku cari
ialah sepapan petai
dan secangkir air sejuk

BACA DISINI

https://www.malaysiakini.com/columns/336023


https://www.malaysiakini.com/columns/336699


https://www.malaysiakini.com/columns/337611


https://www.malaysiakini.com/columns/338522


https://www.malaysiakini.com/columns/339361


https://www.malaysiakini.com/columns/340192



---------------

3 ulasan:

Saiful berkata...

Salut senor TT

Tanpa Nama berkata...

apa kebende nih

tenang tenang saja

MANDELA masok lokap pun sudah keluar dan sudah KIOK pun

TUAN GURU jangan susah hati

tenang tenang saja

bebudak LOL buat dosa banyak nanti dapat SAKIT JANTUNG cepat jugak KIOK

tak payah tunggu lama


Sabar saja lah.....

ALLAH dengar doa doa umat yang di aniaya tanpa hijab tau

Sabar saja

Nazrio Dond DoLLa berkata...

Nanti sebeLum masuk syurga petai...budak-budak LOL kena bagi2 pahaLa sama abg hisham...atau kena tanggung dosa abg hisham...padan muka lambat masuk LoL