Khamis, 24 Oktober 2019

PASAL APA ENAM ?



PASAI APA

HANYA ENAM?

MANA CUKUP

NAK BUAT GAMIN

6 ahli Parlimen Umno sokong Dr Mahathir kekal jadi PM

ENAM ahli Parlimen Umno mengumumkan sokongan kepada Dr Mahathir Mohamad untuk kekal di jawatan perdana menteri sehingga akhir penggal Parlimen ke-14.

Ahli Parlimen Paya Besar Mohd Shahar Abdullah mengumumkan langkah itu untuk mengelakkan ekonomi negara terjejas dengan polemik mengenai peralihan jawatan perdana menteri.

“Masalah peralihan perdana menteri dalam tempoh dua tahun ini satu perkara tak masuk akal.

“Rakyat sudah beri mandat untuk memerintah tapi jangan berpolemik kerana akhirnya akan melingkupkan ekonomi negara,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Lima lagi yang menyokong ialah Ismail Mutalib (Maran), Adham Baba (Tenggara), Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Abdul Rahman Mohamad (Lipis) dan Ahmad Nazlan Idris (Jerantut).

Sokongan itu timbul susulan cakap-cakap mengenai usaha untuk menarik sokongan ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong Dr Mahathir kekal sebagai perdana menteri.

Bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein dikaitkan dengan usaha tersebut, namun menafikannya.

The Malaysian Insight difahamkan gerakan itu bermula sejak tahun lepas bertujuan menghalang Presiden PKR Anwar Ibrahim naik ke Putrajaya.

Pelan peralihan kuasa perdana menteri itu dipersetujui oleh pemimpin Pakatan Harapan dalam perjanjian yang dimeterai pada 7 Januari, 2018. – 24 Oktober, 2019.


ENAM INI

SAP SAP SUI

SATU TOWKAY

BOLEH BIKIN

YOU TURN
KAH KAH KAH


------------

Tiada ulasan: