Khamis, 24 Oktober 2019

NAJIB SUCI MURNI










BETUL
KITA  SILAP

NAJIB KEBAL

NAJIB SUCI

BERSIH SYUMUL

STATUS  NAJIB

MACAM 

ANAK TUHAN

MANA BOLEH

DAKWA DAKWI


Shafee berhujah yang Najib tak boleh didakwa kerana salah guna kuasa


BEKAS perdana menteri Najib Razak tidak boleh didakwa kerana kesalahan salah guna kuasa kerana peruntukan undang-undang sedia ada memberikan kekebalan kepada mana-mana penjawat awam yang bertindak atas kepentingan awam, kata peguam Muhammad Shafee Abdullah kepada mahkamah hari ini.

Peguam utama Najib itu berhujah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang anak guamnya adalah penjawat awam, yang mewakili kepentingan SRC International yang dimiliki penuh kerajaan.

“Beliau mewakili entiti kerajaan. Jika beliau berada dalam kapasiti perwakilan, selaku perdana menteri, menteri kewangan dan penasihat emeritus, beliau kebal daripada pendakwaan,” kata Shafee ketika penghujahan lisan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Shafee berkata Seksyen 23 (4) Akta SPRM menyatakan: “Seksyen ini tidaklah terpakai bagi seseorang pegawai yang memegang jawatan dalam sesuatu badan awam sebagai wakil suatu badan awam lain yangmempunyai kawalan atau kawalan separa atas badan awam yang mula-mula disebut itu berkenaan dengan apa-apa perkara atau benda yang dilakukan atas sifatnya sebagai wakil sedemikian bagi kepentingan atau faedah badan awam yang satu lagi itu.”

Najib berdepan satu pertuduhan salah guna kuasa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Pemimpin berusia 66 tahun itu juga berdepan tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amla) 2001.

Pertuduhan terhadap Najib berkaitan dengan pinjaman RM4 bilion dikeluarkan untuk SRC International pada 2011 dan 2012, apabila beliau dituduh menerima suapan sebanyak RM42 juta yang masuk ke dalam akaun bank peribadinya pada 2014 dan 2015.

Shafee memberitahu mahkamah tengahari tadi yang sekiranya pertuduhan CBT dan SPRM tidak boleh dibuktikan pendakwaan melebihi sebab musabah, Najib tidak perlu dipanggil untuk membela diri.

Katanya, ini adalah kerana kesalahan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan Seksyen 23 Akta SPRM tidak boleh dilakukan serentak dengan Amla kerana ia adalah kesalahan predikat.

“Anda tak boleh buat kerana Amla hanya dicetuskan oleh empat pertuduhan ini,” kata peguam itu.

Kesalahan predikat adalah komponen kepada kesalahan yang lebih serius.

Shafee berhujah menentang dakwaan pendakwaan yang Najib merancang menyeleweng RM42 juta dalam tiga tahun lebih awal.

“Ia kurang daripada 1% pinjaman KWAP (sebanyak RM4 bilion). Mengapa RM42 juta? Mengapa jumlah itu?”

Shafee turut mengulas terma “drama” digunakan pendakwaan tentang tindakan Najib yang dikatakan terkejut mendapati RM42 juta di dalam akaunnya.

“Apabila Najib diberitahu, saksi memberi keterangan yang beliau nampak terkejut. Saksi tidak pernah sebut ‘drama’. Mereka kata (Najib) terkejut sungguh.”

Hakim Mohd Nazlan akan membuat keputusan pada 11 November sama ada Najib akan dipanggil membela diri.

Najib diwakili pasukan peguam diketuai Shafee, manakala pendakwaan diterajui Peguam Negara Tommy Thomas. – 23 Oktober, 2019.


NAJIB SUCI

PERGI MEKAH

SALAM PADA KUBO

CIUM BATU ITAM

MANA BOLEH

DIDAKWA

OLEH MAHKAMAH

KAPIR
KAH KAH KAH

-------

1 ulasan:

Tokli berkata...

Bro TT.

Gua rasa laa..kalau nak bagi DS Najib kebal lagi suci, pada pilihanraya akan datang kita ramai-ramai pakat sokong gabunagan UMNO dan PAS..hasilnya bukan setakat DS Najib, Pas Pis Pus dan Jo Low sekali akan bersih sebersihnya seperti selimut kain putih terpancut air mani..
Kah kah kah