Rabu, 11 Februari 2026

KUIL HINDU TIDAK ADA HAK SPESIAL !

 


KUIL HINDU

TAK ADA SPESIAL

SAMA SAJA

AMIN

JANGAAN CEROBOH

BUAT KUIL HARAM

AMIN

RAKYAT & SULTAN

 MARAH 

NANTI KENA

BELANGKONG

KHALAS

YDPA titah isu kuil ditangani ikut peraturan sama seperti masjid, gereja, tokong



KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah menegaskan sebarang isu berkaitan agama tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak sehingga boleh menjejaskan keharmonian, perpaduan serta kestabilan negara yang berbilang kaum.

Baginda turut menegaskan semua pihak wajib mematuhi undang-undang yang termaktub, termasuk dalam perkara berkaitan penggunaan tanah serta pembinaan rumah ibadat.

Baginda bertitah Malaysia sebuah negara yang dibina atas asas keharmonian, dan kekuatan negara terletak pada semangat saling menghormati, toleransi serta pematuhan kepada undang-undang.

Katanya, setiap rakyat bertanggungjawab memelihara nilai-nilai berkenaan demi kepentingan bersama.

Berhubung isu pembinaan kuil, titah Seri Paduka Baginda, hendaklah ditangani mengikut peraturan dan saluran undang-undang yang sama seperti pembinaan masjid, gereja dan tokong.

Sultan Ibrahim mengimbas kembali pengalaman baginda pada Januari 2018 apabila Seri Paduka Baginda bertindak sebagai pendamai dalam menyelesaikan isu perobohan sebuah kuil di Johor secara baik, berhemah dan berlandaskan undang-undang.

“Saya sendiri menyelesaikan masalah berkenaan secara baik serta menasihatkan semua pihak yang terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini serta menjaga ketenteraman awam.

“Agama Islam menekankan prinsip saling hormat-menghormati antara sesama manusia, dan Islam tidak menghalang penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan serta ibadat masing-masing.

“Penganut agama lain juga wajar menunjukkan sikap hormat terhadap Islam. Pendekatan saling menghormati ini penting bagi mengelakkan salah faham, ketegangan dan provokasi, sekali gus memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang agama dan budaya.

“Oleh demikian, apabila timbul sebarang isu berkaitan pembinaan kuil atau rumah ibadat, semua pihak hendaklah memahami serta menghormati undang-undang negara, di samping menyelesaikan perbezaan menerusi saluran yang sah demi mengekalkan keharmonian, toleransi dan semangat muhibah,” titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.


Seri Paduka Baginda turut mengingatkan semua pihak agar mengelakkan sebarang kenyataan atau tindakan yang boleh menimbulkan salah faham, perpecahan serta menggugat keamanan negara. -MalaysiaGazette

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gua sudah email modi! mampuslah korang! gua pun sudah kasi tahu jin ping! biar india dan china tarik pelaburan dari malaysia. biar malaysia papa kedana! kah kah kah!

Tanpa Nama berkata...

lagi sekali diberi amaran jangan kacau gangster freeloader kaki pau merembat tanah.

fakyu rayer 3 line

amin.

Tanpa Nama berkata...

Pi la robohkan kalau tresspass, selama nie majlis tido atau hanya tau menyakau?