Rabu, 28 Oktober 2026
TEATER MAFIA KORPORAT
AKAUN FARHASH
& AZAM BIN BAKI
ADA SAMA KE?
AMIN
SAJE TANYA
JANGAN MARAH
AMIN
MANA TAHU
JIKA BUAT
PROJEK TERSILAP
KAH KAH KAH
KHALAS
KUALA LUMPUR: Polis sudah membekukan dan merampas aset bernilai kira-kira RM409 juta dalam siasatan berterusan berhubung dakwaan aktiviti `mafia korporat'.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata tindakan itu membabitkan lapan hartanah, 11 kenderaan, 417 akaun Sistem Depositori Pusat (CDS), 70 akaun dagangan saham bernilai sekitar RM323.59 million serta 404 akaun bank mengandungi baki kira-kira RM85.62 juta.
"Setakat 25 September lalu, polis sudah merakam keterangan 70 individu.
"Berdasarkan latar belakang dan identiti mereka yang disoal siasat, tiada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terbabit atau dikenal pasti membantu dalam siasatan itu," katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen semalam.
Beliau menjawab pertanyaan daripada Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) yang meminta penjelasan mengenai skop dan status terkini siasatan polis terhadap isu mafia korporat berkenaan, susulan arahan Kabinet untuk menjalankan siasatan menyeluruh.
Menurut Saifuddin, operasi dinamakan 'Op Viking' itu masih berjalan bagi membolehkan pihak polis melengkapkan kertas siasatan.
Sebelum ini, Anwar bin Ibrahim memaklumkan Dewan Rakyat bahawa satu pasukan petugas khas diketuai Peguam Negara ditubuhkan bagi menyelaraskan siasatan membabitkan semua agensi penguatkuasaan berkaitan.
Anwar berkata, pasukan siasatan jenayah pengubahan wang haram Bukit Aman membekukan wang berjumlah RM4.3 bilion dan merampas RM1 bilion melalui siri siasatan berhubung dakwaan aktiviti mafia korporat antara penghujung tahun 2022 sehinggalah September tahun ini.
Pasukan berkenaan turut melucuthak aset bernilai RM48.3 juta serta mengenakan kompaun berjumlah RM1.1 bilion sepanjang tempoh kes berkenaan disiasat.
Laporan Bloomberg mengenai mafia korporat
Isu dakwaan mafia korporat ini mula timbul menerusi laporan media Bloomberg pada Februari lalu, yang mendakwa SPRM kononnya membantu sekumpulan ahli perniagaan untuk mengambil alih syarikat-syarikat senarai awam.
Bagaimanapun, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki menafikan dakwaan berkenaan.
Bloomberg turut melaporkan bahawa Azam memiliki 17.7 juta saham dalam Velocity Capital berdasarkan dokumen yang difailkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pegangan saham itu diisytiharkan dalam laporan tahunan Velocity Capital.
Berdasarkan harga saham syarikat berkenaan, nilai pegangan terbabit dianggarkan berjumlah sekitar RM800,000.
Azam menegaskan bahawa pemilikan sahamnya dalam syarikat perkhidmatan kewangan tersebut adalah telus dan mengikut peraturan.
DUNIA DALAM DARURAT
DUNIA DALAM
DARURAT
AMIN
UNTUK SELAMAT
UMAT MANUSIA
WAJIB BERUBAH
AMIN
JIKA TAK BERUBAH
SEMUA
KITA PUPUS
KHALAS
Perubahan iklim mesti diisytihar 'darurat kesihatan global'
PARIS: Perubahan iklim perlu diisytiharkan sebagai 'kecemasan kesihatan global' bagi mendesak pembentukan dasar kerajaan yang lebih tegas, selepas cuaca panas melampau dilaporkan meragut kira-kira tiga juta nyawa antara 2016 hingga 2023.
Ia antara dapatan laporan terbaharu yang diterbitkan jurnal perubatan British, The Lancet edisi ke-10 hari ini, menjelang Sidang Kemuncak Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-31 (COP31), bulan depan.
Laporan itu menghimpunkan 146 penyelidik dari 30 negara bagi menilai kesan perubahan iklim terhadap kesihatan penduduk dunia.
Antara dapatan yang didedahkan dalam laporan itu, sebanyak 710,000 kematian berkaitan haba direkodkan pada 2023, dengan lebih 70 peratus daripadanya dikaitkan dengan perubahan iklim berpunca daripada aktiviti manusia.
Pengarah Eksekutif Projek Penyelidikan Kesihatan dan Iklim Lancet Countdown, Marina Romanello, berkata 'tiga juta kematian direkodkan berkaitan haba pada peringkat global dalam tempoh lapan tahun sejak Perjanjian Paris' ditandatangani pada 2015.
"Jumlah itu secara kasar, bersamaan dengan seluruh penduduk Wales, yang lenyap dalam tempoh lapan tahun akibat haba melampau.
"Sebanyak 68 peratus daripada kematian berkenaan boleh dikaitkan secara langsung dengan perubahan iklim," katanya pada satu sidang akhbar.
Perjanjian iklim antarabangsa yang dimeterai di ibu negara Perancis itu bertujuan mengehadkan pemanasan global di bawah dua darjah Celsius, selain mengekalkannya pada paras 1.5 darjah Celsius berbanding tahap pra-industri.
Romanello berkata, darurat kesihatan global akibat perubahan iklim memerlukan 'pendekatan bersepadu supaya kita tidak terus bertindak balas dari satu darurat ke satu darurat yang lain'.
Beliau menggesa supaya 'tindak balas jangka panjang dilaksanakan bagi membina daya tahan, kapasiti dan keupayaan sesebuah negara untuk mengelakkan darurat seterusnya pada masa hadapan. - AFP
KOPORAT MAFIA BELI POLITIK MALAYSIA
AWAS !!! AWAS
MAFIA KORPORAT
CUKONG &
TOWKAY DADAH
AKAN BELI
POLITIK MALAYSIA
KHALAS
Unknown commented on
"AKHIRNYA DUNIA INI
DIMILIKI ANAK MUDA"
Kalau awak dapat durian runtuh beberapa juta, adakah awak akan menjadi usahawan atau buka industri di Malaysia? Orang-orang cerdik akan simpan bank relax ataupun blah ke negara lain untuk memulakan perniagaan? Kalau buka perniagaan pun siapa akan dapat untung percuma? Kerajaan agensi penguatkuasaan ataupun pemodal?
Jawapan mudah pemodal kena tanggung semuanya sekaligus menjadikan mereka menjadi papa kedana kah kah kah jadi berhati-hati sekiranya berhasrat membuka apa jua perniagaan, orang-orang Cina sudah sedar, kerajaan sakau, penguatkuasa sapu, kementerian pau kiri kanan,
semuanya nak hidup senang dan terpaling hebat percuma hasil usaha orang lain kah kah realiti pahit boleh buat apa-apa? Kah kah kah kah meniaga tepi jalan pun kena pau PBT juga setiap masa kah kah kah kah
Unknown commented on
"TOWKAY CHINA SAKSI
TEROWONG BUNUH DIRI ?"
Ramai orang kita tampal duit RM 100 jadikan pedoman, jadikan matlamat hidup mereka, kerana Mahathir RM 500 dan RM 1000 tiada lagi, kalau tidak penuh dinding rumah ditampal dengan wang kertas terpaling tinggi nilai, sekarang manusia tak kira agama tak kira bangsa sudah menikam belakang sesama sendiri untuk mendapatkan RM, bukan Rosmah Mansor tetapi Ringgit Malaysia kah kah kah kah kah
Unknown commented on
"DR SAM SOSOK BERJIWA BESAR"
Inilah sikap orang-orang kita sebelum dapat jawatan, apabila dapat terus menjadi panglima bangsa agama ketuanan kah kah kah, kalau masih percaya orang-orang politik dan barua mereka dalam agensi tunggu saja hari kiamat kah kah kah kah lari dahulu
TOWKAY DADAH BELI POLITIK MALAYSIA
MAFIA KORPORAT
TOWKAY DADAH
SEDANG BELI
POLITIK MALAYSIA
KHALAS
Unknown commented on
"POLITIK BARU - KUASA AMERIKA
TERUS DI TOLAK"
kentut kau dah wangi ke? kah kah kah!
Unknown commented on
"AKHIRNYA DUNIA INI
MILIK ANAK MUDA"
kenapa tak banding dengan uganda, namibia, tanzania atau rwanda? sebab hitam legam ke? kah kah kah!
Unknown commented on
"NEGARA MAKIN SAKIT TENAT"
video mana video.
kah kah kah
Unknown commented on
"BETUL KE APA MENTERI INI ROYAK ?"
Kalau tak betul apa kita boleh buat? Humbankan? Setakat tulis humbankan sajalah kah kah tak khalas! Bila nak betul-betul humbankan menteri? Kau pun tak berani kah kah kah
Unknown commented on
"BETUL KE APA MENTERI INI ROYAK ?"
Pendakwaan tutup kes rasuah Lim Guan Eng
kah kah kah
hebat anda latok seli... mmg hebat
kah kah kah
kes tutup..
lagi dapat dua beg hitam sambil tersenyum
kah kah kah
Unknown commented on
"AKHIRNYA DUNIA INI MILIK ANAK MUDA"
dimana Greenpeace isu tanah runtuh pulau pinang ? dimana greenpeace isu ladang babi busuk, dimana greenpeace isu kebun durian tanah haram, dimana greenpeace isu cameron highland tanah runtuh sebab kebun sayur, dimana greenpeace isu tambak pulau pinang ?
dimana greenpeace ?
Unknown commented on
"KAPAL TANGKI DADAH SAPA TOWKAY ?"
el chapo baru ke? kah kah kah!
Langgan:
Catatan (Atom)




