PAGI INI
PAGI INI
RABU 28 OKTOBER 2026
MENGUNDI DI ISREAL
PRU ZIONIS ISRAEL
BELUM ADA KUPTUSAN MUKTAMAD – dari exit poll dilaporkan 50-50.
APA yang menarik PARTI SENARAI ARAB menang 18 kerusi.
Parlimen Israel ada 120 – APAKAH AKAN ADA PARTI yang bukan Likud mahu kerjasama dengan Parti Senarai Arab ?
JIKA kerajaan gagal di tubuh PRU sekali lagi.
BRAZIL
Bolsonaro calon Presiden Brazil yang kalah lari ke Amerika.
PRN
Melaka – makin jelas PERPADUAN UMMAH makin mantap – jika berjaya ikat kerjasama terus ke PRU16 – maka Anwar bin Ibrahim akan bungkus.
RINGGIT JATUH NILAI berbanding dolar Amerika.
RINGGIT naik nilai berbanding RUPIAH Indonesia.
HOKKIEN
Pagi ini segar. Matahari dah keluar bersinar – Gua rasa nikmat di bakar cahaya pagi. KL & KL Sentral makin cerah – Langit dah nampak biru berawan putih.
Cengkerik bersimponi – Terkukur berlagu – Tiong bercekak dan Murai berkicau indah pagi ini.
Wow – ramai menunggu gua di Lorong Masuk – ramai datang makan – Terkukur ramai berlabuh – Tiong ikut sama. Siti dan Puppy makan juga.
Dari jauh gua ternampak Puppy Baru – kurus dan lemah – dia tak datang makan – Anak sapa ini ?
Berjalan ke Wakaf Tiga hanya Betina Bising jadi teman – Tak Tak tidak sama ikut jadi Betina Bising tak bising.
Hari ini akan panas – jika hujan datang cuca akan tambah bersih dan segar. Amin.
BRO
SENYUM SAMBUT
PAGI RABU DENGAN
GUMBIRA
BRO
Cuaca cantik alam permai
Cari sahabat cari kawan
Orang baik lebih ramai
Orang jahat kita lawan
Ambil sabit potong rumput
Langit indah penuh berawan
Jangan segan jangan takut
Kita semua menjadi kawan
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA





Tiada ulasan:
Catat Ulasan