DUNIA DALAM
DARURAT
AMIN
UNTUK SELAMAT
UMAT MANUSIA
WAJIB BERUBAH
AMIN
JIKA TAK BERUBAH
SEMUA
KITA PUPUS
KHALAS
Perubahan iklim mesti diisytihar 'darurat kesihatan global'
PARIS: Perubahan iklim perlu diisytiharkan sebagai 'kecemasan kesihatan global' bagi mendesak pembentukan dasar kerajaan yang lebih tegas, selepas cuaca panas melampau dilaporkan meragut kira-kira tiga juta nyawa antara 2016 hingga 2023.
Ia antara dapatan laporan terbaharu yang diterbitkan jurnal perubatan British, The Lancet edisi ke-10 hari ini, menjelang Sidang Kemuncak Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-31 (COP31), bulan depan.
Laporan itu menghimpunkan 146 penyelidik dari 30 negara bagi menilai kesan perubahan iklim terhadap kesihatan penduduk dunia.
Antara dapatan yang didedahkan dalam laporan itu, sebanyak 710,000 kematian berkaitan haba direkodkan pada 2023, dengan lebih 70 peratus daripadanya dikaitkan dengan perubahan iklim berpunca daripada aktiviti manusia.
Pengarah Eksekutif Projek Penyelidikan Kesihatan dan Iklim Lancet Countdown, Marina Romanello, berkata 'tiga juta kematian direkodkan berkaitan haba pada peringkat global dalam tempoh lapan tahun sejak Perjanjian Paris' ditandatangani pada 2015.
"Jumlah itu secara kasar, bersamaan dengan seluruh penduduk Wales, yang lenyap dalam tempoh lapan tahun akibat haba melampau.
"Sebanyak 68 peratus daripada kematian berkenaan boleh dikaitkan secara langsung dengan perubahan iklim," katanya pada satu sidang akhbar.
Perjanjian iklim antarabangsa yang dimeterai di ibu negara Perancis itu bertujuan mengehadkan pemanasan global di bawah dua darjah Celsius, selain mengekalkannya pada paras 1.5 darjah Celsius berbanding tahap pra-industri.
Romanello berkata, darurat kesihatan global akibat perubahan iklim memerlukan 'pendekatan bersepadu supaya kita tidak terus bertindak balas dari satu darurat ke satu darurat yang lain'.
Beliau menggesa supaya 'tindak balas jangka panjang dilaksanakan bagi membina daya tahan, kapasiti dan keupayaan sesebuah negara untuk mengelakkan darurat seterusnya pada masa hadapan. - AFP


1 ulasan:
Malaysia akan lupus sebelum manusia pupus. Kita ada orang seperti TT yang beri sokongan kuat kepada puak Taliban dan ketuanan untuk memerintah negara. Satu puak anti-rakyat bukan Islam, satu lagi puak sakau duit rakyat sambil berteduh bawah alasan kaum dan agama.
Catat Ulasan