Isnin, 26 Oktober 2026

AKHIRNYA DUNIA INI DIMILIKI ANAK MUDA


AKHIRNYA 

DUNIA INI

DIMILIKI

 ANAK MUDA

AMIN

PAGI ESOK KE PARLIMEN - ORANG MISKIN MATI DALAM LOKAP


PAGI ESOK

KE PARLIMEN

AMIN

PASAL APA

ORANG MISKIN

MATI DALAM LOKAP

KHALAS


Peguam 


berarak ke 


Parlimen esok, tuntut 


keadilan untuk 


Noorizwan


Lawyers for Liberty (LFL) akan mengetuai perarakan ke Parlimen esok bagi menuntut keadilan atas kematian Noorizwan Zulkefly dalam tahanan polis serta mendesak penubuhan segera Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Pengarah LFL, Rania Aljunied, berkata keluarga dan rakan Noorizwan, pertubuhan masyarakat sivil, peguam serta rakyat Malaysia yang prihatin akan menyertai perarakan itu bagi menyerahkan memorandum kepada Ahli Parlimen.

Dalam kenyataan hari ini, Rania berkata lebih tiga minggu selepas kematian Noorizwan, tiada anggota polis digantung tugas atau ditahan, sekali gus menunjukkan tiada pihak dipertanggungjawabkan setakat ini.

Dia menyifatkan kes itu sebagai kes kematian dalam tahanan paling buruk sejak kes A Kugan pada 2009.

Rania berkata walaupun Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) menyiasat kes itu, siasatan masih belum diklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Malah, tiada pegawai polis digantung tugas atau ditahan selepas kematian Noorizwan dalam tahanan polis pada 1 Oktober lalu. Jadi, keadilan belum ditegakkan,” katanya.

Noorizwan, 42, ditahan polis di Cheras pada 19 September bagi membantu siasatan berkaitan kes dadah, pecah rumah dan kecurian. Dia dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) pada 30 Sept sebelum disahkan meninggal dunia pada 1.52 pagi keesokan harinya.

Menurut laporan media, bedah siasat mendapati tiada kecederaan pada organ dalaman Noorizwan, namun beberapa kecederaan luaran dikenal pasti. Punca sebenar kematiannya masih menunggu analisis makmal.

Pada 25 Okt, Mohd Khalid mengarahkan JSJ Bukit Aman menjalankan siasatan segera susulan penemuan beberapa kecederaan luar biasa pada tubuh Noorizwan.

Polis sebelum ini mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut, manakala Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) meneruskan siasatan. Kes itu turut dirujuk kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC).

Keluarga Noorizwan sebelum ini menuntut penjelasan mengenai keadaan yang membawa kepada kematiannya serta menggesa siasatan bebas dan telus dijalankan.

Pada 24 Okt, Perdana Menteri Anwar  bin Ibrahim turut mengarahkan siasatan dijalankan secara menyeluruh, telus dan tanpa kompromi, selain memastikan perkembangan kes dimaklumkan kepada keluarga.

Dalam kenyataan terbaru, LFL berkata kematian Noorizwan mengukuhkan keperluan untuk menubuhkan IPCMC dengan segera sebagai badan bebas bagi menangani aduan dan salah laku polis.

Cadangan penubuhan IPCMC bukan perkara baru. Ia dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia pada 2005 sebagai antara syor utama untuk memperkukuh akauntabiliti polis dan menangani dakwaan salah laku.

Pada 2019, kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang IPCMC di Parlimen, namun ia kemudian ditarik balik dan digantikan dengan rang undang-undang bagi menubuhkan IPCC.

Akta IPCC 2022 berkuat kuasa pada 1 Julai 2023. Bagaimanapun, desakan untuk menubuhkan IPCMC diteruskan oleh pihak yang mahu sebuah badan pengawasan polis dengan kuasa dan kebebasan yang lebih menyeluruh.

DR SAM SOSOK BERJIWA BESAR



KATA-KATA DAN

TANDA SOSOK

BERJIWA BESAR

YANG BUKAN 

GILA KUASA

AMIN

BUKAN GILA 

NAK JADI PM

AMIN

CONTOH

PEMIMPIN NEGARA

 MASA DEPAN

KHALAS

Dr Sam belum fikir soal calon PM, fokus PN menang PRU16


KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN),  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar belum memikirkan soal menjadi calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), sebaliknya menegaskan keutamaan gabungan itu ketika ini adalah memenangi pilihan raya terlebih dahulu.

Menteri Besar Terengganu itu berkata, keputusan mengenai individu yang bakal menerajui kerajaan Persekutuan sekiranya PN berjaya membentuk kerajaan akan dibincangkan kepimpinan apabila tiba masanya.

Malah menurutnya, setiap pemimpin perlu bersedia menerima sebarang cabaran dan tanggungjawab sekiranya diberi peluang.

"Saya rasa daripada banyak soalan yang akan ditanya hari ini, itu soalan paling sukar untuk saya jawab.

“Namun, apabila diberikan peluang atau tanggungjawab, kita perlu menerima sebarang cabaran dan bersikap terbuka.

"Jika tiba masanya untuk anda, maka tanggungjawab itu milik anda,” katanya pada sidang media selepas Forum Perniagaan dan Ekonomi SG4 2026, pada Isnin.

Isu calon Perdana Menteri daripada PN menjadi perhatian menjelang PRU16 susulan gesaan supaya Pas, selaku tonggak utama gabungan itu, menamakan calon lebih awal.

Selain Ahmad Samsuri, Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan),  Hamzah Zainudin turut disebut sebagai antara individu yang berpotensi menjadi calon Perdana Menteri daripada PN.

Dalam pada itu mengulas peluang PN pada PRU16, Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas menjelaskan, tiada pihak boleh memastikan kemenangan dalam pilihan raya, sama ada parti yang membentuk kerajaan Persekutuan ketika ini mahupun PN.

Bagaimanapun beliau menegaskan, gabungan itu mempunyai sumber serta pasukan penyelidik yang meneliti angka di lapangan serta bertemu masyarakat bagi mendapatkan gambaran mengenai sokongan rakyat.

"Dalam mana-mana peperangan, bukan sekadar memenangi pertempuran, tetapi kita mahu memenangi pertempuran dan peperangan itu.
"Apa yang berlaku pada PRU15, kita memenangi pertempuran tetapi kalah dalam peperangan.

"Jadi, kita akan berusaha mengubah keadaan itu," ujarnya.


BERITA BAIK UNTUK MENGHASUT


HARGA MINYAK

NAIK

AMIN

ANAK MUDA 

DI EROPAH LAGI

NAIK MINYAK

AMIN

KITA BERSEDIA

HARGA BAHAN

MAKANAN AKAN

TERUS NAIK

KHALAS


Harga minyak melambung kepada AS$117 setong susulan serangan hebat Houthi ke atas Arab Saudi

KUALA LUMPUR: Harga minyak mentah Brent meningkat kepada AS$117 setong, didorong serangan Houthi yang semakin meningkat terhadap infrastruktur Arab Saudi dan aliran minyak yang lebih perlahan melalui Selat Hormuz, menurut Rystad Energy.

Dalam nota hari ini, firma penyelidikan tenaga itu berkata kadar tambang pengangkutan turut melonjak, dengan penghantaran minyak mentah Arab Saudi ke Asia semakin terpaksa menggunakan laluan lebih jauh dan mahal.

Menurutnya, perkembangan itu meningkatkan kos penghantaran minyak ke destinasi akhir dan semakin diambil kira dalam kontrak niaga hadapan Brent.

Ketua Ahli Ekonomi Rystad Energy, Claudio Galimberti, berkata tekanan terhadap pasaran minyak berpunca daripada gangguan bekalan dan peningkatan kos pengangkutan.

"Serangan terhadap infrastruktur Arab Saudi dan pengurangan aliran melalui Selat Hormuz menyempitkan bekalan, manakala kos pengangkutan dari Yanbu ke Ningbo meningkat dua kali ganda sejak awal September, menjadikan penghantaran minyak ke Asia lebih mahal.

"Tiada kelegaan segera yang dijangka bagi harga diesel di Amerika Syarikat (AS), sekali gus menjadikan kos tenaga isu politik yang membebankan menjelang pilihan raya pertengahan penggal AS," katanya.

Menurut Galimberti, bank pusat berdepan dilema yang sama apabila kenaikan kadar faedah tidak dapat memulihkan bekalan minyak yang terganggu, sedangkan peningkatan kos tenaga menambah tekanan inflasi.

"Data ekonomi dan keputusan bank pusat minggu ini akan memberikan petunjuk mengenai daya tahan ekonomi global sekiranya gangguan bekalan tenaga berterusan, manakala laporan pendapatan syarikat teknologi gergasi akan menumpukan perhatian kepada persoalan sama ada pelaburan dalam kecerdasan buatan (AI) menjana pulangan yang mencukupi," katanya.

Sementara itu, Rystad Energy berkata prospek makroekonomi semakin menunjukkan gabungan pertumbuhan yang berdaya tahan dan inflasi berterusan, dengan guna tenaga serta aktiviti perniagaan di AS kekal kukuh, manakala ekonomi China menunjukkan tanda-tanda awal penstabilan secara sederhana.

"Namun, kos tenaga yang lebih tinggi merumitkan pelaksanaan dasar monetari," katanya.

Rystad Energy berkata, Rizab Persekutuan AS (Fed), Bank Pusat Eropah (ECB) dan Bank of Japan dijangka mengekalkan kadar faedah minggu ini, dengan pengetatan dasar monetari selanjutnya dijangka pada Disember.

"Persoalan sama ada kenaikan kadar faedah tambahan berkesan menangani inflasi yang sebahagian besarnya didorong oleh faktor bekalan masih menimbulkan keraguan," katanya.

Rystad Energy turut berkata, peningkatan serangan Houthi mendorong kenaikan kadar tambang pengangkutan apabila penghantaran minyak Arab Saudi terpaksa menggunakan laluan lebih jauh dan mahal.

Menurutnya, kempen Houthi yang semakin sengit terhadap Arab Saudi menyumbang kepada peningkatan kadar tambang, selain bekalan kapal tangki dari Teluk Parsi yang sememangnya terhad.

"Tekanan serangan berterusan terhadap kapal tangki di Laut Merah menyebabkan penghantaran minyak Arab Saudi menggunakan laluan lebih jauh, terutamanya melalui Terusan Suez dan mengelilingi Tanjung Harapan.

"Keadaan ini menyebabkan kadar tambang bagi laluan Yanbu-Ningbo melalui Terusan Suez dan Tanjung Harapan melonjak daripada AS$24 setong pada awal September kepada AS$48 setong pada 22 Oktober," katanya.

Tambahnya, lonjakan itu melebarkan jurang antara harga eksport minyak Arab Saudi dengan kos penghantaran ke destinasi akhir di Asia, sekali gus mengurangkan pulangan bersih Saudi Aramco.-BERNAMA

BERSATU KAHWIN PKR


AWAS !!!

BERSATU AKAN IKAT

KERJASAMA DENGAN

PKR

AMIN

JIKA 

TIDAK SELANGOR

BUNGKUS

KHALAS

TOWKAY CHINA SAKSI TEROWONG BUNUH DIRI ?


    

TOWKAY CHINA

SAKSI YANG MATI

KES TOROWONG

DILAPOR BUNUH DIRI?

KAH KAH KAH

INI MACAM KES

JEFFREY EPSTEIN

DI LAPOR

BUNUH DIRI JUGA

KAH KAH KAH

KHALAS


Unknown commented on 
"HASUT BILA HARGA 
BARANG NAIK HARGA"

pastikan modal demo tangkap aljuburi kapla mafia

amin


Unknown commented on 
"HASUT BILA HARGA
 BARANG NAIK HARGA"

sorong papan tarik papan, buah keranji dalam kereta kebal, bila dah banyak buat kesilapan, TAK perbaiki jadi kereta kebal oops BEBAL kah kah kah jangan marah !


Unknown commented on
 "PRN MELAKA MAKIN MENARIK"

YB sudah mula kerja, sudah mula nampak muka, dulu bukan main sibuk sibuk sibuk, sibuk entah mengapa tidak tahu, YB sampai parlimen boleh nampak, yang hilang entah ke mana, mungkin sibuk berpolitik merata tempat sampai lupa kawasan sendiri kah kah kah,

semua ini permainan strategi kaedah orang politik, kali ini sumbangan banyak, bantuan sampai, jalan ada tar hitam, cat putih, longkang bersih, YB turun imej ilustrasi sementara, semuanya kerana apa? 

Ada YB yang baik bukan semua ego tinggi sentiasa bersyukur kah kah kah kah, diberikan kepercayaan rakyat untuk menyelesaikan masalah, bukan tambah sengsara rakyat, tambah kamera tambah saman, tambah penguatkuasaan untuk pau duit rakyat, bukan mendidik rakyat, jarang sekali tindakan kepada pendatang haram, kenapa masih pakai pendatang tanpa izin? 

Bukankah orang kita suka label manusia pun haram halal? Saja bertanya? Jangan marah-marah yea kah kah kah kah hipokrit terpaling hebat politikus yang dari manusia menjadi tikus


Unknown commented on
 "MADANI DIKAWAL 
OLEH MAFIA KORPORAT"

Nobody:".."

Absolutely nobody:"..."

Isham Rais: "🎼BLAME CINA TIME🎶🎵!!!"



Unknown commented on 
"ORANG MISKIN MATI DALAM LOKAP"

tak juga.. orang kaya saksi kes terowong guan eng mati jatuh bangunan