HARGA MINYAK
NAIK
AMIN
ANAK MUDA
DI EROPAH LAGI
NAIK MINYAK
AMIN
KITA BERSEDIA
HARGA BAHAN
MAKANAN AKAN
TERUS NAIK
KHALAS
Harga minyak melambung kepada AS$117 setong susulan serangan hebat Houthi ke atas Arab Saudi
KUALA LUMPUR: Harga minyak mentah Brent meningkat kepada AS$117 setong, didorong serangan Houthi yang semakin meningkat terhadap infrastruktur Arab Saudi dan aliran minyak yang lebih perlahan melalui Selat Hormuz, menurut Rystad Energy.
Dalam nota hari ini, firma penyelidikan tenaga itu berkata kadar tambang pengangkutan turut melonjak, dengan penghantaran minyak mentah Arab Saudi ke Asia semakin terpaksa menggunakan laluan lebih jauh dan mahal.
Menurutnya, perkembangan itu meningkatkan kos penghantaran minyak ke destinasi akhir dan semakin diambil kira dalam kontrak niaga hadapan Brent.
Ketua Ahli Ekonomi Rystad Energy, Claudio Galimberti, berkata tekanan terhadap pasaran minyak berpunca daripada gangguan bekalan dan peningkatan kos pengangkutan.
"Serangan terhadap infrastruktur Arab Saudi dan pengurangan aliran melalui Selat Hormuz menyempitkan bekalan, manakala kos pengangkutan dari Yanbu ke Ningbo meningkat dua kali ganda sejak awal September, menjadikan penghantaran minyak ke Asia lebih mahal.
"Tiada kelegaan segera yang dijangka bagi harga diesel di Amerika Syarikat (AS), sekali gus menjadikan kos tenaga isu politik yang membebankan menjelang pilihan raya pertengahan penggal AS," katanya.
Menurut Galimberti, bank pusat berdepan dilema yang sama apabila kenaikan kadar faedah tidak dapat memulihkan bekalan minyak yang terganggu, sedangkan peningkatan kos tenaga menambah tekanan inflasi.
"Data ekonomi dan keputusan bank pusat minggu ini akan memberikan petunjuk mengenai daya tahan ekonomi global sekiranya gangguan bekalan tenaga berterusan, manakala laporan pendapatan syarikat teknologi gergasi akan menumpukan perhatian kepada persoalan sama ada pelaburan dalam kecerdasan buatan (AI) menjana pulangan yang mencukupi," katanya.
Sementara itu, Rystad Energy berkata prospek makroekonomi semakin menunjukkan gabungan pertumbuhan yang berdaya tahan dan inflasi berterusan, dengan guna tenaga serta aktiviti perniagaan di AS kekal kukuh, manakala ekonomi China menunjukkan tanda-tanda awal penstabilan secara sederhana.
"Namun, kos tenaga yang lebih tinggi merumitkan pelaksanaan dasar monetari," katanya.
Rystad Energy berkata, Rizab Persekutuan AS (Fed), Bank Pusat Eropah (ECB) dan Bank of Japan dijangka mengekalkan kadar faedah minggu ini, dengan pengetatan dasar monetari selanjutnya dijangka pada Disember.
"Persoalan sama ada kenaikan kadar faedah tambahan berkesan menangani inflasi yang sebahagian besarnya didorong oleh faktor bekalan masih menimbulkan keraguan," katanya.
Rystad Energy turut berkata, peningkatan serangan Houthi mendorong kenaikan kadar tambang pengangkutan apabila penghantaran minyak Arab Saudi terpaksa menggunakan laluan lebih jauh dan mahal.
Menurutnya, kempen Houthi yang semakin sengit terhadap Arab Saudi menyumbang kepada peningkatan kadar tambang, selain bekalan kapal tangki dari Teluk Parsi yang sememangnya terhad.
"Tekanan serangan berterusan terhadap kapal tangki di Laut Merah menyebabkan penghantaran minyak Arab Saudi menggunakan laluan lebih jauh, terutamanya melalui Terusan Suez dan mengelilingi Tanjung Harapan.
"Keadaan ini menyebabkan kadar tambang bagi laluan Yanbu-Ningbo melalui Terusan Suez dan Tanjung Harapan melonjak daripada AS$24 setong pada awal September kepada AS$48 setong pada 22 Oktober," katanya.
Tambahnya, lonjakan itu melebarkan jurang antara harga eksport minyak Arab Saudi dengan kos penghantaran ke destinasi akhir di Asia, sekali gus mengurangkan pulangan bersih Saudi Aramco.-BERNAMA


Tiada ulasan:
Catat Ulasan