Rabu, 12 November 2014

PERANG PETROL DAN ISIS







LIHAT DULU

sebelum membaca





PERANG PETROL DAN ISIS

Sepuluh hari satelah World Trade Center di New York meledak dilanggar kapal terbang, General Wesley Clark – bekas Kamander NATO ( North Atlantic Treaty Organisation) telah datang melawat Pentagon. Pentagon ialah ibu pejabat Jabatan Pertahanan Amerika. General Clark datang untuk bertemu dengan Naib Presiden Dick Cheney dan Timbalan Setiausaha Pertahanan Paul Wolfowitz. Mereka berbincang tentang ledakan yang baru berlaku.

Ketika beredar General Clark dia telah 'ditahan' oleh seorang General yang pernah bertugas dibawahnya. Sang General ini telah memberitahu bahawa Iraq akan diserang. Sesudah itu Syria, Lebanon, Libya, Sudan dan akhirnya Iran

[There] “is a memo [at the Pentagon] that describes how we’re going to take out seven countries in five years, starting with Iraq, and then Syria, Lebanon, Libya, Somalia, Sudan and, finishing off, Iran.”
General Wesley Clark, former Supreme Allied Commander of NATO (1997-2000), (March 2, 2007) 

Justeru jelas serangan keatas Iraq ini telah lama dirancang. Bisul telah lama mengeram. Ledakan WTC 9/11 hanyalah 'punat' yang dirancang untuk meletus. Perang TIDAK bermula secara sepontan. Perang disusun , diatur dan dirancang dengan teliti. Perang bukan mabuk bergaduh dikedai todi.

Untuk para pembaca yang terlupa biar saya ingatkan bahawa Amerika telah menyerang negara-negara yang warganya beragama Islam: Iran (1980, 1987-1988), Libya (1981, 1986, 1989, 2011), Lebanon (1983), Kuwait (1991), Iraq (1991-2011, 2014- belum tamat), Somalia (1992-1993, 2007- belum tamat ), Bosnia (1995), Afghanistan (1998, 2001- belum tamat), Sudan (1998), Kosovo (1999), Yemen (2000, 2002- belum tamat), Pakistan (2004- belum tamat ) Dan ketika saya menggarap tulisan ini perang sedang dilancarkan keatas Syria.

Apakah maknanya semua perperangan ini? Kenapa perang ini berterusan ?

Dari pemerhatian saya berita sama ada dari kaca TV atau yang dicetak telah gagal untuk menerangkan sajelas mungkin tentang makna perang ini. Media Malaysia, malah media dunia kapitalis telah gagal untuk memberi pencerahan tentang makna perang ini.

Akhbar dan media kita hanya melaporkan : berapa yang mati, siapa yang meledak, dimana pertempuran berlaku, siapa yang diserang, kenyatan dari Presiden itu dan Perdana Menteri ini atau dari Politikus dari pelbagai jenis. Untuk saya ini TIDAK memadai untuk betul-bertul memahami apa itu politik dan apa itu realpolitik. Dan apa maknanya perang.

Letupan, bom yang meledak, soldadu yang gugur, orang kampong yang tewas, kanak-kanak yang menjadi mangsa atau bangunan yang runtuh hanyalah fenomena perang. Semua ini adalah manifestasi. Dibelakang manifestasi ini ada 'gajah' yang lebih besar. Gajah inilah yang TIDAK berani diusik oleh media. Gajah ini tidak berani dihujah oleh pemerhati politik. Gajah ini juga TIDAK dibogelkan untuk diketahui umum.

Tulisan saya ini ialah untuk membogelkan 'gajah ' ini.

Perang ialah politik. Saya ulangi sekali lagi bahawa perang adalah penerusan politik. Perang adalah politik yang TIDAK dapat diselesaikan melalui perundingan. Manakala politik ialah perebutan kuasa. Perebutan kuasa bertujuan untuk merebut dan memiliki punca-punca ekonomi. Ekonomi ialah asas politik. Gagal memahami asas ini maka kita akan gagal memahami apa itu politik

Contohnya: Pakatan Rakyat berjuang untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional kerana Pakatan mahu memiliki punca punca ekonomi Malaysia. United Malays National Organisation terus mahu berkuasa kerana dengan kuasa mereka memiliki punca-punca ekonomi dan kekayaan Malaysia. Tujuan ahli-ahli Pakatan Rakyat berpolitik ialah memiliki punca ekonomi.

Bangsa, bahasa, agama, kenegerian, wilayah, budaya dan dan dan – semua ini hanyalah alat propaganda dalam usaha untuk mengolah persetujuan orang ramai dalam usaha merebut kuasa. Ianya tidak berubah-ubah sama ada parti itu ahlinya beragama Hindu, beragama Islam, tidak beragama atau tidak meminati agama. Ini hukum politik. Ini hukum ekonomi.

Justeru perang yang dilancarkan oleh Amerika terhadap negara-negara Arab, negara Afrika semuanya kerana ekonomi. Ekonomi yang dimaksudkan ialah minyak – bahan bakar petrolium. Hari ini siapa yang memiliki minyak akan memiliki kuasa dalam dunia ini. Tanpa memiliki bahan bakar petrol sesebuah negara TIDAK memiliki kuasa kerana minyak petrol ialah kuasa.

Hari ini harga bahan bakar petrolium telah jatuh mendadak. Ketika saya menulis ini harga Minyak Brent Mentah ialah $83 dolar 39 sen satu tong. Bulan April yang lalu harganya hampir 120 dolar untuk satu tong. Kenapa ini berlaku? Kenapa jatuh mendadak? Biasanya apabila musim sejuk sampai maka harga minyak dan gas naik. Tetapi yang berlaku sebaliknya.

Sebenarnya - turun naik harga bahan bakar petrol dalam Oktober/November 2014 ini ialah sebahagian dari strateji perang yang sedang dilakukan oleh Amerika. Harga minyak kini menjadi senjata.

Harus diingati bahawa pada ketika ini Amerika memiliki dua musuh yang jelas. Musuh Amerika ialah Rusia dan Iran. Ini musuh yang tersurat. Awas. Musuh akhir kuasa imperial Amerika ialah China. Malah tiga negara ini China, Rusia dan Iran secara gelap dan secara terang sering tidak patuh dan tidak tunduk kepada kuasa imperial Anglo-Amerika.

Amerika menyedari bahawa hari-hari akhirnya telah sampai apablia China menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar sesudah Amerika. China satu-satunya kuasa dunia yang boleh bersaing dan melawan Amerika. Jika China bersatu bersama Rusia jawabnya Amerika terkubur.

Diatas kesedran ini – secara rahsia Amerika telah bersekongkol dengan kerabat DiRaja Saudi Arabia untuk menjatuhkan harga minyak. Caranya cukup senang. Saudi pada ketika ini ialah pengeluar terbesar minyak petrol dunia. Saudi telah telah mengalirkan minyak melebihi permintaan. Pasaran minyak dunia dilambakkan dengan minyak. Justeru harga mula jatuh.

Tujuan menjatuhkan harga minyak ini ialah untuk melemahkan ekonomi Rusia. Satu sekatan ekonomi telah dikenakan keatas Rusia satelah Crimea bersetuju untuk kembali menjadi wilayah Rusia pada March lalu. Sekatan ini TIDAK menjejaskan ekonomi Rusia. Maka, satelah MH17 meletup 17 Julai dahulu – satu lagi sekatan ekonomi dikenakan. Tetapi ekonomi Rusia masih lagi kukuh kerana Rusia adalah pengeluar minyak kedua terpenting sesudah Saudi Arabia.

Pada ketika ini Rusia membekalkan 38% bahan bakar petrol untuk Eropah. Ini bermakna Eropah menjadi rakan niaga yang intim dengan Rusia. Eropah bergantung kuat dengan Rusia. Rusia terus mendapat tukaran dolar dan euro hasil dari penjualan minyak dan gas. Justeru, nikmat ekonomi Rusia ini wajib diledakkan.

Justeru rampasan kuasa kumpulan fascist di Ukraine wajib dibaca sebagai sebahagian dari strateji mengepong Rusia. Apabila kumpulan fascist pro-Amerika ini dinobatkan di Kiev maka laluan saluran minyak dan gas dari Rusia ke Eropah akan diganggu dan dipotong. Pembekalan bahan bakar ini minyak dan gas ke Eropah Barat adalah tunggak ekonomi Rusia. Pasaran Rusia dihalang dalam masa yang sama harga menurun. Ini satu serangan hebat.
Penurunan harga minyak ini juga bertujuan untuk menggangu gugat Iran. Iran sama saperti Rusia telah dikenakan pelbagai bentuk sekatan ekonomi. Banyak negara temasuk Malaysia yang pada satu ketika dahulu berniaga dengan Iran telah mendapat tekanan dari Amerika. Iran juga – sama saperti Rusia – adalah pengeluar minyak dan gas terbesar dalam dunia

Sebenarnya apa lagi Amerika mahu?

Amerika sedang merancang untuk mewujudkan satu tata dunia yang baru. Ini dipanggil New World Order (NWO). Dalam strateji NWO ini – negara-negara dalam dunia ini akan hilang kedaulatan dan wajib tunduk dibawah kuasa imperial Anglo-Amerika. NWO ini akan mewujudkan satu kerajaan yang didalangi oleh kaum pemodal Anglo-Amerika. 

Justeru, pada ketika ini dunia telah dipecah-pecah ke beberapa wilayah. Amerika Utara dan Selatan satu wilayah. Afrika satu Wilayah. Timur tengah satu wilayah dan Asia satu wilayah. Ada wilayah yang terikat dengan perjanjian ekonomi dan pertahanan. Contohnya : Eropah Barat ada penjanjian tentera dalam North Atlantic Treaty Organisation (NATO). Jepun diikat dengan perjanjian ketenteraan semenjak tahun 1951 dengan Amerika. Asia kini sedang dipaksa untuk diikat dengan perjanjian TTPA.

Didalam perancangan kuasa imperial Anglo-Amerika – dengan bala tentera yang kuat maka Empire Amerika ini akan tegak bediri hingga dunia kiamat.

Lalu persoalan timbul : Apa kena mengena semua ini dengan ISIS?

Pada 10 March 2013 ajensi berita Reuters di Berlin telah memetik satu berita tentang ISIS dari majalah Der Spiegal – mingguan dalam bahasa German. Menurut laporan Der Spiegal gerila-gerila ISIS telah dilatih oleh Amerika di Jordan. Berita ini TIDAK memeranjat sesiapa kerana umum telah megetahui ISIS ini sama saperti Al-Qaeda adalah anak didik Amerika.

Justeru apa tujuan ISIS ini diwujudkan?

Sebelum saya menjawab kenapa ISIS diwujudkan – saya amat yakin pasti semua pembaca teringat akan nama arwah Usama Bin Ladin dari Al-Qaeda. Malah apabila nama ini disebut pasti imej sosok akan tergambar. Tetapi berapa ramai yang teringat akan nama Abu Musab Al-Zarqawi atau Zarqawi?

Kemana hilangnya Zaqarwi yang dikatakan berkaki kudung dan bermata satu. Sosok ini dikatakan sebagai pemimpin numero uno cawangan Al-Qaeda di Iraq. Dunia - melalui media Barat telah heboh dengan Mamat Zaqarwi yang dilaporkan amat licik memimpin gerila menyerang soldadu Amerika di Iraq.

Kini Jom Heboh Mamat Zarqawi ini telah padam. Tetiba dunia menjadi Jom Heboh dengan nama Abu Bakar Al-Baghdadi yang dulunya dikenali sebagai Dr.Ibrahim juga dikenali sebagai Abu Du'a. Sosok ini dilaporkan oleh media Barat sebagai Khalifah Islam yang baru. Betul ke semua ini? ( TT) bersambung


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon:
03-92-21-30-45



-------------

JANGAN SALAH BACA




FACE BOOK



MACAI2 UMNO APA CITER?
 
ADA BERANI TAK NAK MAKI MADEY? 

KAH KAH KAH

woit
betul ke berita ini
jangan cepat percaya
apa maknanya kenyataan ini

ini saranan agar spr
menyusun lebih rapi
susun lebih licik
tipu lebih gelap

APA PUNYA TUUUR



------------

JEMPUTAN SABTU MALAM




JEMPUTAN
menonton
sebuah dokumentri
tentang anak muda
sebuah dokumentri
tentang harapan anak muda
perjuangan anak muda
menentang santau radio aktif lynas

pusat budaya llg
tingkat 3
no 89&91 jalan maharajalela

SABTU 15 november 2014
jam 8:00 malam


BERSAMA 

KITA MENONTON


MALAM INI DI BANGSAR



JAWAPAN MAT BEBAL
nak tapis2 apa lagi.. Suka ati aku la nak komen apa.. sosialis-kominis-syiah, tak jauh beza dgn kapitalis-imperialis-zionis..kahkahkah.. Dua dua bodoh..hidup di bumi tuhan, makan minum rezki tuhan, sedut oksijen tuhan, ada hati nak lawan tuhan.. 

Tuhan yang berhak disembah dan diagungkan cuma ada satu la wey..lu pikirlah..kahkahkah.. Ke ada tuhan lain?..saje nak tanya..mana tau ada jawapan..aku nak tau jugak jawapannya..kahkahkah.. on KELAS FALSAFAH RABU MALAM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/10/14



MALAM INI

12 - nov - 2014
jam 9:00 malam
universiti bangsar utama
radio bangsar
membuat siaran langsung



John Locke 

29 August 1632 – 28 October 1704),  pemikir 

falsafah english yang membawa pencerahan - dinobat 

sebagai "Father of Classical Liberalism"

-------------

INI HANYA SANDIWARA




Hasan Malek
IPOH - Para peniaga sama ada individu atau syarikat boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM500,000 dan dipenjara selama tiga tahun jika didapati bersalah memanipulasi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada bahan iklan dan promosi jualan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.


KAH KAH KAH
woit
ini teater
ini sandiwara
nak sedapkan 
hati orang ramai
nak lembikkan 
hati orang ramai
jangan lawan gst
jangan lawan gerombolan

ini trik lama
sandiwara jenis ini
selalu dipentaskan

POOOORAH


----------

SAJE NAK TANYA JANGAN MARAH







Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abd Rahman Osman
KUANTAN - Lelaki yang menyerupai perempuan ataupun sebaliknya perempuan menyerupai lelaki merupakan perbuatan dilaknat ALLAH yang jelas menunjukkan perkara...


KAH KAH KAH

woit
bukan kah
lelaki ini
bukan kah 
perempuan ini
semuanya diwujudkan allah
kenapa dilaknat pulak
saje tanya
jangan marah

mana tahu 
yang laknat  ni
bukan oleh allah
tapi oleh mereka
yang mengaku
online dengan allah
atau yang mengaku
wakil allah
saje nak tanya
jangan marah

KAH KAH KAH




------------