LIHAT DULU
sebelum membaca
PERANG
PETROL DAN ISIS
Sepuluh
hari satelah World Trade Center di New York meledak dilanggar kapal
terbang, General Wesley Clark – bekas Kamander NATO ( North
Atlantic Treaty Organisation) telah datang melawat Pentagon. Pentagon
ialah ibu pejabat Jabatan Pertahanan Amerika. General Clark datang
untuk bertemu dengan Naib Presiden Dick Cheney dan Timbalan
Setiausaha Pertahanan Paul Wolfowitz. Mereka berbincang tentang
ledakan yang baru berlaku.
Ketika
beredar General Clark dia telah 'ditahan' oleh seorang General yang
pernah bertugas dibawahnya. Sang General ini telah memberitahu
bahawa Iraq akan diserang. Sesudah itu Syria, Lebanon, Libya, Sudan
dan akhirnya Iran
[There] “is
a memo [at the Pentagon] that
describes how we’re going to take out seven countries in five
years, starting with Iraq, and then Syria, Lebanon, Libya, Somalia,
Sudan and, finishing off, Iran.”
General
Wesley Clark, former Supreme Allied Commander
of NATO (1997-2000), (March 2, 2007)
Justeru
jelas serangan keatas Iraq ini telah lama dirancang. Bisul telah
lama mengeram. Ledakan WTC 9/11 hanyalah 'punat' yang dirancang untuk
meletus. Perang TIDAK bermula secara sepontan. Perang disusun ,
diatur dan dirancang dengan teliti. Perang bukan mabuk bergaduh
dikedai todi.
Untuk
para pembaca yang terlupa biar saya ingatkan bahawa Amerika telah
menyerang negara-negara yang warganya beragama Islam:
Iran (1980, 1987-1988), Libya (1981, 1986, 1989, 2011), Lebanon
(1983), Kuwait (1991), Iraq (1991-2011, 2014- belum tamat), Somalia
(1992-1993, 2007- belum tamat ), Bosnia (1995), Afghanistan (1998,
2001- belum tamat), Sudan (1998), Kosovo (1999), Yemen (2000, 2002-
belum tamat), Pakistan (2004- belum tamat ) Dan ketika
saya menggarap tulisan ini perang sedang dilancarkan keatas Syria.
Apakah
maknanya semua perperangan ini? Kenapa perang ini berterusan ?
Dari
pemerhatian saya berita sama ada dari kaca TV atau yang dicetak telah
gagal untuk menerangkan sajelas mungkin tentang makna perang ini.
Media Malaysia, malah media dunia kapitalis telah gagal untuk
memberi pencerahan tentang makna perang ini.
Akhbar
dan media kita hanya melaporkan : berapa yang mati, siapa yang
meledak, dimana pertempuran berlaku, siapa yang diserang, kenyatan
dari Presiden itu dan Perdana Menteri ini atau dari Politikus dari
pelbagai jenis. Untuk saya ini TIDAK memadai untuk betul-bertul
memahami apa itu politik dan apa itu realpolitik. Dan apa maknanya
perang.
Letupan,
bom yang meledak, soldadu yang gugur, orang kampong yang tewas,
kanak-kanak yang menjadi mangsa atau bangunan yang runtuh hanyalah
fenomena perang. Semua ini adalah manifestasi. Dibelakang manifestasi
ini ada 'gajah' yang lebih besar. Gajah inilah yang TIDAK berani
diusik oleh media. Gajah ini tidak berani dihujah oleh pemerhati
politik. Gajah ini juga TIDAK dibogelkan untuk diketahui umum.
Perang
ialah politik. Saya ulangi sekali lagi bahawa perang adalah
penerusan politik. Perang adalah politik yang TIDAK dapat
diselesaikan melalui perundingan. Manakala politik ialah perebutan
kuasa. Perebutan kuasa bertujuan untuk merebut dan memiliki
punca-punca ekonomi. Ekonomi ialah asas politik. Gagal memahami asas
ini maka kita akan gagal memahami apa itu politik
Contohnya:
Pakatan Rakyat berjuang untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional
kerana Pakatan mahu memiliki punca punca ekonomi Malaysia. United
Malays National Organisation terus mahu berkuasa kerana dengan kuasa
mereka memiliki punca-punca ekonomi dan kekayaan Malaysia. Tujuan
ahli-ahli Pakatan Rakyat berpolitik ialah memiliki punca ekonomi.
Bangsa,
bahasa, agama, kenegerian, wilayah, budaya dan dan dan – semua ini
hanyalah alat propaganda dalam usaha untuk mengolah persetujuan orang
ramai dalam usaha merebut kuasa. Ianya tidak berubah-ubah sama ada
parti itu ahlinya beragama Hindu, beragama Islam, tidak beragama
atau tidak meminati agama. Ini hukum politik. Ini hukum ekonomi.
Justeru
perang yang dilancarkan oleh Amerika terhadap negara-negara Arab,
negara Afrika semuanya kerana ekonomi. Ekonomi yang dimaksudkan
ialah minyak – bahan bakar petrolium. Hari ini siapa yang memiliki
minyak akan memiliki kuasa dalam dunia ini. Tanpa memiliki bahan
bakar petrol sesebuah negara TIDAK memiliki kuasa kerana minyak
petrol ialah kuasa.
Hari
ini harga bahan bakar petrolium telah jatuh mendadak. Ketika saya
menulis ini harga Minyak Brent Mentah ialah $83 dolar 39 sen satu
tong. Bulan April yang lalu harganya hampir 120 dolar untuk satu
tong. Kenapa ini berlaku? Kenapa jatuh mendadak? Biasanya apabila
musim sejuk sampai maka harga minyak dan gas naik. Tetapi yang
berlaku sebaliknya.
Sebenarnya
- turun naik harga bahan bakar petrol dalam Oktober/November 2014
ini ialah sebahagian dari strateji perang yang sedang dilakukan oleh
Amerika. Harga minyak kini menjadi senjata.
Harus
diingati bahawa pada ketika ini Amerika memiliki dua musuh yang
jelas. Musuh Amerika ialah Rusia dan Iran. Ini musuh yang tersurat.
Awas. Musuh akhir kuasa imperial Amerika ialah China. Malah tiga
negara ini China, Rusia dan Iran secara gelap dan secara terang
sering tidak patuh dan tidak tunduk kepada kuasa imperial
Anglo-Amerika.
Amerika
menyedari bahawa hari-hari akhirnya telah sampai apablia China
menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar sesudah Amerika. China
satu-satunya kuasa dunia yang boleh bersaing dan melawan Amerika.
Jika China bersatu bersama Rusia jawabnya Amerika terkubur.
Diatas
kesedran ini – secara rahsia Amerika telah bersekongkol dengan
kerabat DiRaja Saudi Arabia untuk menjatuhkan harga minyak. Caranya
cukup senang. Saudi pada ketika ini ialah pengeluar terbesar minyak
petrol dunia. Saudi telah telah mengalirkan minyak melebihi
permintaan. Pasaran minyak dunia dilambakkan dengan minyak. Justeru
harga mula jatuh.
Tujuan
menjatuhkan harga minyak ini ialah untuk melemahkan ekonomi Rusia.
Satu sekatan ekonomi telah dikenakan keatas Rusia satelah Crimea
bersetuju untuk kembali menjadi wilayah Rusia pada March lalu.
Sekatan ini TIDAK menjejaskan ekonomi Rusia. Maka, satelah MH17
meletup 17 Julai dahulu – satu lagi sekatan ekonomi dikenakan.
Tetapi ekonomi Rusia masih lagi kukuh kerana Rusia adalah pengeluar
minyak kedua terpenting sesudah Saudi Arabia.
Pada
ketika ini Rusia membekalkan 38% bahan bakar petrol untuk Eropah. Ini
bermakna Eropah menjadi rakan niaga yang intim dengan Rusia. Eropah
bergantung kuat dengan Rusia. Rusia terus mendapat tukaran dolar dan
euro hasil dari penjualan minyak dan gas. Justeru, nikmat ekonomi
Rusia ini wajib diledakkan.
Justeru
rampasan kuasa kumpulan fascist di Ukraine wajib dibaca sebagai
sebahagian dari strateji mengepong Rusia. Apabila kumpulan fascist
pro-Amerika ini dinobatkan di Kiev maka laluan saluran minyak dan gas
dari Rusia ke Eropah akan diganggu dan dipotong. Pembekalan bahan
bakar ini minyak dan gas ke Eropah Barat adalah tunggak ekonomi
Rusia. Pasaran Rusia dihalang dalam masa yang sama harga menurun. Ini
satu serangan hebat.
Penurunan
harga minyak ini juga bertujuan untuk menggangu gugat Iran. Iran sama
saperti Rusia telah dikenakan pelbagai bentuk sekatan ekonomi.
Banyak negara temasuk Malaysia yang pada satu ketika dahulu berniaga
dengan Iran telah mendapat tekanan dari Amerika. Iran juga – sama
saperti Rusia – adalah pengeluar minyak dan gas terbesar dalam
dunia
Sebenarnya
apa lagi Amerika mahu?
Amerika
sedang merancang untuk mewujudkan satu tata dunia yang baru. Ini
dipanggil New World Order (NWO). Dalam strateji NWO ini –
negara-negara dalam dunia ini akan hilang kedaulatan dan wajib tunduk
dibawah kuasa imperial Anglo-Amerika. NWO ini akan mewujudkan satu
kerajaan yang didalangi oleh kaum pemodal Anglo-Amerika.
Justeru,
pada ketika ini dunia telah dipecah-pecah ke beberapa wilayah.
Amerika Utara dan Selatan satu wilayah. Afrika satu Wilayah. Timur
tengah satu wilayah dan Asia satu wilayah. Ada wilayah yang terikat
dengan perjanjian ekonomi dan pertahanan. Contohnya : Eropah Barat
ada penjanjian tentera dalam North Atlantic Treaty Organisation
(NATO). Jepun diikat dengan perjanjian ketenteraan semenjak tahun
1951 dengan Amerika. Asia kini sedang dipaksa untuk diikat dengan
perjanjian TTPA.
Didalam
perancangan kuasa imperial Anglo-Amerika – dengan bala tentera yang
kuat maka Empire Amerika ini akan tegak bediri hingga dunia kiamat.
Lalu
persoalan timbul : Apa kena mengena semua ini dengan ISIS?
Pada
10 March 2013 ajensi berita Reuters di Berlin telah memetik satu
berita tentang ISIS dari majalah Der Spiegal – mingguan dalam
bahasa German. Menurut laporan Der Spiegal gerila-gerila ISIS telah
dilatih oleh Amerika di Jordan. Berita ini TIDAK memeranjat sesiapa
kerana umum telah megetahui ISIS ini sama saperti Al-Qaeda adalah
anak didik Amerika.
Justeru
apa tujuan ISIS ini diwujudkan?
Sebelum
saya menjawab kenapa ISIS diwujudkan – saya amat yakin pasti semua
pembaca teringat akan nama arwah Usama Bin Ladin dari Al-Qaeda.
Malah apabila nama ini disebut pasti imej sosok akan tergambar.
Tetapi berapa ramai yang teringat akan nama Abu Musab Al-Zarqawi atau
Zarqawi?
Kemana
hilangnya Zaqarwi yang dikatakan berkaki kudung dan bermata satu.
Sosok ini dikatakan sebagai pemimpin numero uno cawangan
Al-Qaeda di Iraq. Dunia - melalui media Barat telah heboh dengan
Mamat Zaqarwi yang dilaporkan amat licik memimpin gerila menyerang
soldadu Amerika di Iraq.
Kini
Jom Heboh Mamat Zarqawi ini telah padam. Tetiba dunia menjadi Jom
Heboh dengan nama Abu Bakar Al-Baghdadi yang dulunya dikenali
sebagai Dr.Ibrahim juga dikenali sebagai Abu Du'a. Sosok ini
dilaporkan oleh media Barat sebagai Khalifah Islam yang baru. Betul
ke semua ini? ( TT) bersambung
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon:
03-92-21-30-45
9 ulasan:
kita boleh membaca ulasan yg berikut supaya dapat memahami macam mana AS berhubung kait dgn Arab Saudi...
http://www.globalresearch.ca/why-does-the-u-s-support-saudi-arabia-a-country-which-hosts-and-finances-islamic-terrorism-on-behalf-of-washington/5398408
siot lu tt... tengah stim pakcu cheng, lu tak kasi pancut...
jadi yg pergi berperang utk isis tu kira mati froggie la ek? krn inginkan 72 bidadari, sampai terlupa nak guna akal. jihad disyria dan Iraq ni ada bbrp fakta asas:
1. dana dari org munafiq.
2. senjata dari org kafir.
3. musuh ialah org Islam.
tidakkah org yg bersyahadah itu bersaudara?
Mat2 bebal yg masih percaya iran x pernah di serang oleh amerika & israel. Masa 1980-1987 tu mat2 bebal masih dalam rahim ibu atau masih menetek.
Amerika dan sekutu2 nya telah membantu sadam yg zalim utk menyekat idea revolusi islam yg dicetus kan oleh arwah imam khomeini.
Saudi arabia negara yg paling akrab dgn amerika & israel yahudi membantu membekal kan senjata2 cangih dan keewangan pada regim sadam utk memerangi iran. Negara2 lain termasuk lah negara eropah barat uk, france germany, italy. Boleh dikatakan secara tidak langsung iran diasak oleh dunia tanpa mempunyai sebarang sekutu.
Perang yg mengorban jutaan rakyat iran akibat senjata kimia sadam masih tidak dapat mengalahkan iran. Malah tentera parsi dapat memasuki baghdad.
Maka syiah dijadikan modal sesat utk menakutkan mat2 bebal sunni. Propaganda amerika dan saudi wahabi menjadikan idea peperangan antara mahzab sunni & syiah yg berlaku di timor tengah masih tidak dapat membendung pengaruh iran atau parsi.
"The UK arm of the oil firm is registered in Mayfair, London, and the whole operation has projects in Ghana, Indonesia, Venuzuela and Tunisia with an alleged £1.1 billion investment from Malaysian government firm 1MDB."
*
**
http://www.independent.co.uk/news/uk/tony-blairs-company-brokered-deals-with-chinese-officials-for-saudi-arabia-oil-firm-9849835.html
Bila Rusia bergabung dengan China, maka mat monggol akan mengigil sebab Altantuya muncul semula.Masa tu mat monggol sudah berhenti jadi barua Amerika laknatullah.kah..kah..kah..
Terbaik terbaik terbaik...asyik baca aliran kapitalis je..sekali sekala kena pencerahan sosialis...baru stim...kasi bogel terus
LAWAN
bu Mus’ab Az Zarqawi, berkeinginan besar menjalankan “eksperimennya” membentuk Kekhilafahan Islam. Dan itu hanya bisa dimulai dengan mempersatukan para mujahidin. Hingga pada 25 April 2006 beliau mengumumkan berdirinya Majelis Syura Mujahidin. Yakni sebuah wadah bagi persatuan para mujahidin di Irak, mereka yang bergabung yakni Al-Qaeda fie Iraq, Jaish at-Taifha al-Mansoura, Katbiyan Ansar Al-Tawhid wal Sunnah, Faksi Saray al-Jihad, Brigade al-Ghuraba, dan al-Ahwal Brigade. Majelis Syura Mujahidin menyatakan menghapus faksi-faksi jihad diatas, termasuk di dalamnya Al Qaeda fie Irak. Dan mengangkat Abu Mus’ab Az Zarqawi sebagai pemimpin kelompok ini. Tanggal 7 Juni 2006, Zarqawi syahid di 2,1 km sebelah utara Iraq tepatnya di daerah Hibhib, sebuah desa dekat kota Baquba melalui serangan udara Amerika. Beliau meninggal karena pendarahan dalam tubuhnya. Kematian beliau tentu sangat menyedihkan hati para Mujahidin dan umat Islam, tapi kesedihan tidaklah mengendurkan semangat dan tekad Para Mujahidin. Para Mujahidin telah berjanji untuk membalas kematian beliau, bersama pemimpin Majelis Syuro Mujahidin yang baru yakni Asy-Syaikh Al-Mujahid Abu Hamzah Al-Muhajir perlawanan dari mujahidin semakin meningkat dan berlipat eskalasi-nya. Amerika bersama sekutunya termasuk pemerintah murtad irak salah perhitungan, kematian Syaikh Abu Mush’ab ternyata tidak melemahkan perlawanan Mujahidin, tapi justru sebaliknya kematian Syaikh Abu Mush’ab telah menjadi sumbu baru dalam menyalakan api perlawanan terhadap kaum kuffar dan kaum mutad di Irak.
Sennohot berkata........Adakah amerika akan serang iran.....dalam novel bolehlah kah kah kah...iran tu sekutu israel, mcmne amerika nak serang, berulang kali aku dh kata, org bodoh je kata israel akan serang iran. Kedua2nya anti negara islam wpun iran tu kononnya islam. Cuma satu cara je amerika nak serang iran, amerika sokong puak sunni lawan iran. Bila puak sunni menang maka amerika dan israel serang iran, selama iran tu syiah.....lakonan iran dan israel bermusuh terus berjalan.
Catat Ulasan