Selasa, 24 November 2020

SAPA LEBIH BAIK JADI PM



 SAPA LEBIH

BAIK JADI PM

cikminah commented on 

"UNDI PERCAYA UNTUK

 TAK PERCAYA"

Kalau undi percaya kpd Muhyiddin berjaya menjatuhkan dia, adakah Anwar Ibrahim will get the numbers untuk jadi Perdana Menteri ke 9 ? Antara Muhyisdin dan Anwar, siapa lebih baik jadi Perdana Menteri..? Ini PAS, Pejuang, Warisan dan GPS patut fikirkan, ketika mereka tak mahu undi percaya atau menolak bajet 2021 Muhyiddin.

DATUK OMEGA




 SAPA ESKAY 

DATUK OMEGA

Unknown commented on 

"DAH KENAL BARU TAHU"

Songel nih kata, "...siapa Eskay?" Kalau nak temberang kenal dekat bagai....Eskay kenal lebih dari cai yang sembang kenal dekat sedangkan JAM OMEGA dan ESKAY boleh di nafikan....cai nak temberang apa ahhh? Nak tahu siapa yang kenal lagi dekat? 



China Doll dapat cylinder siap pelincir lagi kenal lebih dekat dari cai cai luar sana yang kata Songel nih.....apa apa jer lah! Tapi kan ada orang boleh ajer kata video tuh besi asal bawah meja boleh settle....yang beneerrrr?!!???

DENGAR APA ATOK CAKAP





 DENGAR DENGAR

APA ATUK CAKAP

 

KU LI TIBAI MUHYIDDIN

 


JELAS

AMAT JELAS

KU LI MEMULAKN

KEMPEN JATUHKAN

MUHYIDDIN

AMIN


Surat Ku Li isyarat untuk ahli Parlimen, kata penganalisis

TENGKU Razaleigh Hamzah menghantar isyarat kepada semua ahli Parlimen supaya mengundi Belanjawan 2021 mengikut naluri sendiri apabila beliau menulis surat kedua kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat mempersoalkan keabsahan kerajaan Muhyiddin Yassin, kata penganalisis dan sumber dalaman parti.

Sumber pembangkang berkata surat Tengku Razaleigh diedarkan kepada semua ahli Parlimen semalam untuk menegaskan mesej itu.

“Surat Ku Li tidak sepatutnya keluar sampailah Isnin. Ia sepatutnya jadi petunjuk kepada wakil rakyat bahawa mereka tidak semestinya menyokong cadangan belanjawan,” kata sumber, merujuk nama panggil veteran Umno itu.

Surat itu dilaporkan oleh media lewat Ahad selepas tersebar sejak pagi kelmarin di media sosial.

Penolakan terhadap Belanjawan 2021 boleh dianggap sebagai undi tidak percaya terhadap kerajaan dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Yang di-Pertuan Agong bulan lalu menasihati semua ahli Parlimen agar memberi sokongan padu kepada cadangan belanjawan oleh kerajaan kerana ia diperlukan untuk memerangi pandemik Covid-19.

Ahli sains politik bagaimanapun berpandangan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong bukan faktor penentu utama, dan Tengku Razaleigh tidak salah apabila berkata Parlimen adalah institusi utama berbanding institusi lain.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata Tengku Razaleigh sudah membuka jalan kepada ahli Parlimen sama untuk menolak atau berkecuali semasa pengundian Belanjawan 2021 nanti.

“Tengku Razaleigh sudah buka jalan untuk ahli parlimen mengundi apa pun pilihan mereka.

“Saya setuju dengan kenyataannya, Parlimen di atas segalanya. Tiada institusi yang lebih atas daripada Parlimen termasuk eksekutif,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insight.

Surat itu juga satu tamparan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun yang dianggap condong kepada kerajaan Perikatan Nasional, tambahnya.

“Ia satu tamparan hebat kepada speaker kerana beliau nampak tunduk kepada pihak eksekutif.

“Tengku Razaleigh beri amaran tegas bahawa Parlimen perlu lebih berkuasa daripada eksekutif,” kata Hisomuddin.

Pensyarah politik Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya setuju dan berkata bahawa Tengku Razaleigh sendiri berdarah kerabat menjadikan mesejnya mempunyai makna yang besar.

“Ku Li adalah kerabat yang dekat dengan istana. Apabila beliau buat begitu, beliau tahu tentang protokol istana,” katanya.

Ahli sains politik Oh Ei Sun pula berkata titah nasihat Agong mustahak tetapi terpulang kepada setiap ahli Parlimen untuk menentukan undi masing-masing.

“Ahli Parlimen akan menimbang serius titah nasihat Agong kerana dari segi konvensyen perlembagaan baginda berhak menitahkan nasihat itu. Tetapi pada akhirnya mereka yang akan membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak belanjawan,” kata felo kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura.

Oh menambah ahli Parlimen lain mungkin tidak mengumumkan pendirian mereka secara terbuka seperti Tengku Razaleigh kerana menunggu rundingan dimuktamadkan.

“Tidak seperti Ku Li, kebanyakan ahli Parlimen masih berahsia kerana mereka tunggu tawaran atau ganjaran yang lebih baik,” katanya.

Belanjawan 2021 dijangka diundi pada Khamis ini.

Barisan Nasional membuat dua tuntutan sebagai syarat untuk menyokong cadangan belanjawan kerajaan – pengeluaran sekali RM10,000 dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lanjutan moratorium bayaran balik pinjaman bank.

Daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat, dua kosong susulan kematian wakil Batu Sapi dan Gerik, masing-masing penyokong pembangkang dan kerajaan.

Muhyiddin mempunyai sokongan 112 ahli Parlimen sementara pembangkang 108, termasuk ahli Parlimen bebas.

Dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insight minggu lalu Tengku Razaleigh berkata ahli Parlimen seharusnya mengundi mengikut naluri dan bukannya mengikut kehendak parti.

Katanya, parti tidak berhak menentukan corak pengundian kerana wakil rakyat dipilih oleh pengundi di kawasan mereka. – 24 November, 2020

JENG JENG JENG

APA AKAN JADI

KAH KAH KAH

MUHYIDDIN

MAKIN TERSEPIT

MAKIN DITINDIH
MAKIN SUSAH 

BERNAFAS

AMIN



BELUM DAPAT PENCERAHAN

 



BELUM DAPAT

PENCERAHAN

Unknown commented on

 "SURAT INI SATU CONTOH 

ANWAR IBRAHIM DIFITNAH"

Ramai jugak yea balaci Kerajaan Pengkhianat Mahathir/Muhyiddin ni..syok la masyuk peruntukan besar..tpi kalau dpt duit byk² pon biarlah dgn gaya yg gah sikit..cuba pkai modal lain utk jatuhkan DSAI selain dripada 'MELIWAT'



..sbb nmpak sgt la bodoh nye,senang sgt buat krje dpt duit berjuta..sbb dah terang² PM7 TERmengaku(malam sbelom PC DSAI dibebaskan selepas PH menang PRU14 dulu)yg dia fitnah DSAI dan msuk kan DSAI dlm penjara sbb mainan politik..

MUHYIDDIN DIHIMPIT

 


DULU NAJIB

DIHIMPIT BIK MAMA

KAH KAH KAH

SEKARANG

 MUHYIDIN

DIHIMPIT BUJET

KAH KAH KAH

MANA LEBIH BERAT

 KAH KAH KAH




Umno guna tuntutan Belanjawan 2021 untuk tekan Muhyiddin, kata penganalisis

TUNTUTAN Umno agar moratorium pinjaman bank dilanjutkan hingga Jun merupakan satu bentuk bentuk tekanan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, kata penganalisis.

Walaupun Umno adalah parti kerajaan, bukan rahsia lagi ia mahu Parlimen dibubarkan dan pilihan raya diadakan kerana ia berasa berterusan diketepikan oleh parti Muhyiddin, Bersatu yang lebih kecil.

Penganalisis berkata ramai pemimpin Umno bersikap lantang dalam tuntutan dan kritikan mereka mengenai Belanjawan 2021 yang akan diundi di peringkat dasar pada Khamis ini.

Undian itu akan menguji kekuatan kerajaan Muhyiddin, dan keabsahan perdana menteri yang memiliki 25 usul tidak percaya serta dua usul percaya yang dibawa oleh ahli Parlimen ke Dewan Rakyat.

Pakar sains politik Dr Mazlan Ali berkata, masih terdapat kemungkinan besar yang ahli Parlimen Umno tidak akan menyokong belanjawan Muhyiddin.

Sejak rang undang-undang pembekalan dibentangkan pada 6 November, Umno mengkritiknya, menuntut pengubahsuaian dan membangkitkan isu lanjutan moratorium pinjaman bank secara automatik, yang berakhir selepas enam bulan pada hujung September.

“(Umno) Najib Razak meletakkan syarat untuk menyokong belanjawan. Umno secara konsisten berkata tidak akan menyokong belanjawan.

“Pakatan Harapan juga menentang belanjawan dan hanya akan menyokongnya jika pindaan dibuat. Oleh itu, risiko rang undang-undang pembekalan gagal adalah tinggi,” kata Mazlan kepada The Malaysian Insight.

Najib, yang merupakan presiden Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), berkata pada 20 November yang BN mempunyai dua syarat jika ingin menyokong Belanjawan 2021. 

Ia adalah pengeluaran secara one-off sebanyak RM10,000 bagi Akaun 1 dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dan lanjutan moratorium pinjaman sehingga Jun depan.

Mazlan berkata keadaan itu berbahaya bagi kerajaan, kerana jumlah sokongan PN bergantung kepada Umno.

Daripada 50 ahli Parlimen PN, 43 daripada BN dengan Umno mempunyai 39. 

Sementara itu, Bersatu mempunyai 31 ahli Parlimen. Dua parti lain dengan kerusi terbanyak adalah PAS (18) dan Gabungan Parti Sarawak (18).

PN kini mempunyai 111 ahli Parlimen - berikutan kematian Ahli Parlimen Gerik, Hasbullah Osman - berbanding 108 pembangkang, selepas kematian Ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong pada 2 Oktober.

Mazlan berkata, keengganan PN terhadap gesaan lanjutan moratorium, yang dibangkitkan DAP sebelumnya, dan sekarang oleh Umno, akan menimbulkan masalah bagi Muhyiddin.

Ia menjadikan Muhyiddin terikat, kerana lanjutan moratorium secara automatik akan menimbulkan masalah bagi sektor perbankan dan kewangan, manakala tidak membenarkan lanjutan akan menjejaskan dari segi politik.

“Permintaan Umno untuk menangguhkan pembayaran pinjaman lebih panjang adalah untuk memberi tekanan kepada Muhyiddin dan tiada kaitan dengan ekonomi. Mereka pada dasarnya mahu Muhyiddin membubarkan Parlimen,” kata Mazlan.

Pemerhati akademik dan politik dari Universiti Teknologi Mara itu berkata strategi Umno adalah untuk menekan perdana menteri agar berkompromi dengan menggunakan “tuntutan tidak masuk akal”.

“Umno mahu membubarkan Parlimen kerana yakin mampu menang pilihan raya akan datang.”

Bagaimanapun, Dr Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa berpendapat sebaliknya.

Menurut beliau, walaupun permintaan parti tidak dipenuhi, Umno mungkin masih menyokong Belanjawan 2021. – 24 November, 2020.


AWAL DULU

ADA 

JALAN KELUAR

AMIN

SEKARANG 

JALAN 

MAKIN SUSAH

KAH KAH KAH 

SILAP SILAP 

JADI MENTAL

 KAH KAH KAH