NEGARA KITA
SEDANG DALAM
SAKIT TENAT
AMIN
WARGA MATI
DALAM LOKAP
POLIS
AMIN
KUCING DISELAMAT
BOMBA BERI
PADA ULAR SAWA
AMIN
MASA DAH SAMPAI
KITA BANGUN
DAN LAWAN
KHALAS
Persatuan Bomba Sukarela Taman Mount Austin (PBS Taman Mount Austin) di Johor dikecam hebat netizen selepas seorang anggotanya didakwa meletakkan seekor anak kucing di dalam bekas yang sama dengan seekor ular sawa dewasa, dalam satu video yang tular di media sosial.
Pasukan itu dilaporkan membuat laporan polis dengan menafikan kejadian tersebut dan mendakwa anak kucing itu selamat, namun setakat ini tidak mengemukakan sebarang bukti.
Dalam kenyataan di Facebook, PBS Taman Mount Austin menegaskan bahawa ular tersebut telah pun mati sebelum kucing itu dimasukkan ke dalam bekas.
"Dakwaan bahawa pihak kami ‘memberi kucing sebagai makanan kepada ular’ adalah tidak selaras dengan keadaan sebenar yang berlaku.
"Tiada bekas tambahan yang tersedia di lokasi pada ketika itu, lalu anggota kami menempatkan kucing tersebut bersama ular berkenaan.
"Tindakan ini merupakan kaedah penempatan sementara dalam keadaan tersebut dan bukannya bertujuan menjadikan kucing itu sebagai makanan ular," katanya.
PBS Taman Mount Austin turut memohon maaf atas kejadian itu.
"Pihak kami dengan ikhlas memohon maaf atas keresahan dan kekeliruan yang timbul akibat insiden ini.
"Kami mengakui bahawa menempatkan kucing bersama ular yang telah mati di dalam baldi yang sama bukanlah kaedah penempatan yang ideal dan boleh menimbulkan salah faham yang tidak sepatutnya," katanya.
Pasukan itu menegaskan bahawa kucing tersebut telah dilepaskan dan bukannya digunakan sebagai makanan kepada ular, sambil menggesa orang ramai mengelakkan daripada membuat kesimpulan hanya berdasarkan rakaman yang tidak lengkap atau maklumat yang belum disahkan.
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyatakan lokasi atau waktu pelepasan, mahupun keadaan kucing berkenaan ketika dilepaskan.
Tindakan PBS mengakibatkan kebanyakan netizen di ruangan komen Facebook pasukan itu tidak berpuas hati dan mendesak mereka untuk menunjukkan bukti bahawa anak kucing itu masih hidup.
"Di manakah bukti bahawa anak kucing itu selamat dan telah dilepaskan?” tanya seorang netizen.
Seorang lagi netizen mempersoalkan dakwaan bahawa ular itu sudah mati.
"Dalam video itu, ular sawa tersebut melingkari anak kucing yang sedang mengiau meminta tolong. Boleh sesiapa jelaskan?” katanya.
Niat baik bukan alasan
Sementara itu, peguam hak haiwan Rajesh Nagarajan berkata operasi menyelamat tidak boleh dijadikan tontonan dan haiwan yang tidak berdaya bukan alat prop.
"Tiada anak kucing yang patut diletakkan dalam bekas bersama ular sawa, hidup atau mati. Hakikat bahawa anak kucing itu dilepaskan tanpa cedera bukan pembelaan. Persoalannya, mengapa ia diletakkan dalam situasi itu sejak awal lagi.
"Ketakutan, tekanan dan penderitaan yang tidak perlu juga diambil kira," katanya kepada Malaysiakini.
Pengasas Lawyers for Animal Rights (LFAR) itu turut menegaskan niat baik dan status sukarelawan tidak boleh dijadikan alasan untuk pengendalian yang cuai.
"Kumpulan yang mahu kepercayaan orang ramai mesti memenuhi standard profesional, dan pihak berkuasa mesti berhenti menganggap kebajikan haiwan sebagai perkara kedua.
"Jabatan Perkhidmatan Veterinar mesti memperkenalkan protokol pengendalian yang wajib, standard yang boleh dikuatkuasakan dan akauntabiliti sebenar untuk kumpulan penyelamat.
"Belas kasihan bermula dengan tidak meletakkan haiwan dalam bahaya. Mereka yang tidak memahami hal itu tidak layak mengendalikan operasi menyelamat," katanya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan