Selasa, 27 Oktober 2026

POLITIK BARU - KUASA AMERIKA TERUS DI TOLAK


SAUDI TURKI

PAKISTAN TAKDA

PILIHAN

AMIN

KINI IKTIRAF

IRAN SEBAGAI

KUASA BARU

AMIN

IRAN TELAH

 DIDUGA

OLEH AMERIKA

ZIONIS ISRAEL 

 IRAN MUNCUL

DENGAN  JAYA

AMIN


Rundingan Iran, negara pakatan Makkah berkait keselamatan serantau berjalan baik


TEHRAN: Arab Saudi, Turkiye dan Pakistan sepakat mengadakan rundingan dengan Iran mengelakkan perang di Asia Barat kembali tercetus.

Tehran menyifatkan rundingan membabitkan pegawai kanan dari negara berkenaan berlangsung dalam keadaan sangat baik.

Kementerian Luar Arab Saudi, dalam kenyataan, berkata wakil dari tiga negara anggota pakatan Makkah itu berkunjung ke Iran bagi menjayakan usaha meredakan ketegangan antara pihak terbabit dalam krisis semasa.

Rundingan itu, yang turut disertai Menteri Pertahanan Arab Saudi, Putera Khalid Salman, berlangsung selepas amaran Amerika Syarikat (AS), Iran dan Israel bahawa permusuhan dalam konflik yang berlarutan selama lapan bulan itu boleh kembali tercetus.

Lawatan berkenaan adalah kunjungan bersama pertama Pakistan, Arab Saudi dan Turkiye ke Tehran sejak ketiga-tiga negara membentuk pakatan pertahanan di Makkah, pada Ogos lalu.

Delegasi berkenaan mengadakan pertemuan dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian dan Menteri Luarnya, Abbas Araghchi.

Menurut media kerajaan Iran, pertemuan itu berakhir tanpa sebarang pengumuman penting, namun semua pihak menyatakan persetujuan untuk meneruskan perbincangan.

Namun, media kerajaan Tehran melaporkan Ketua Keselamatan Iran, Mohsen Rezaei, menyifatkan rundingan di ibu negara Tehran itu sebagai sangat baik.

"Saya berasakan suasana baharu sedang terbentuk di rantau ini... Saya mengesan suasana sangat positif dalam perbincangan antara wakil yang hadir," katanya.

Beliau berkata, semua pihak bersetuju bahawa keselamatan serantau perlu dipastikan oleh negara di rantau itu sendiri dan sebarang bentuk campur tangan asing mesti dielakkan.

Katanya, perbincangan turut memberi penekanan kepada pendudukan Israel di selatan Lubnan, selatan Syria, Gaza dan Tebing Barat.

Putera Khalid, Ketua Tentera Pakistan, Jeneral Asim Munir serta Ketua Perisikan Turkiye, Ibrahim Kalin, turut mengadakan pertemuan dengan Rezaei.

Ketegangan serantau meningkat menjelang pilihan raya penting Israel dan pilihan raya pertengahan penggal AS minggu depan, ketika Parti Republikan pimpinan Presiden Donald Trump berusaha mengekalkan penguasaan di kedua-dua dewan Kongres AS.

Ketika rundingan di Tehran bermula, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, berkata langkah menghentikan sebarang peningkatan ketegangan di Asia Barat adalah penting.

"Risiko serangan ketenteraan besar-besaran terhadap Iran, digabungkan dengan serangan besar-besaran oleh Iran terhadap negara Teluk, perlu dielakkan dengan sebarang cara," katanya pada sidang media di Kaherah. - AFP

Tiada ulasan: