Rabu, 25 November 2020

BERKHALWAT HARI KE 253

 


KHALWAT KE 253

RABU  25 /11/2020

KITA MASUK KE HARI 253 
BERKHALWAT

GAWAT GAWAT GAWAT
GAWAT KOBID
GAWAT EKONOMI
GAWAT POLITIK

ESOK KHAMIS 26/11/2020
PARLIMEN AKAN BERSIDANG
PARA YB
AKAN MENGUNDI BUJET

MUHYIDDIN ADA BERAPA
PEMBANGKANG ADA BERAPA

KALAU LULUS 
SEMUA BERES HINGGA
SATU LAGI DATANG

KALAU TAK LULUSS
APA AKAN JADI
JENG JENG JENG

TANGGUH MENGUNDI
LEBIH BAIK
TANGGUH KE HARI SELASA
KAH  KAH KAH

DI AMERIKA BIDEN
DILIHAT AKAN JADI PRESIDEN
TRUMP MASIH DEGIL
PEGUAM MASIH  BERUSAHA

APA TRUMP AKAN BUAT
TRUMP ADA 2 BULAN LAGI
SEBAGAI PRESIDEN

SERANG IRAN ?
JENG JENG JENG

PAGI INI HOKKIEN SEJUK
KUALA LUMPUR BERKABUS
UNGGAS BERLAGU
TIONG MERBAH TERKUKUR
BERLAGU

DARI ATAS BUKIT
GUA DENGAR
KENG KENG MENJERIT
BERKALI KALI

CENGEKRIK  BERSIMPONI
RUMPUT TERBAKAR 
KINI BANGUN HIJAU
MENJADI WILAYAH BARU
UNTUK CENGKERIK

BRO
HIDUP INI 10%
APA YANG KITA BUAT
LAGI 90% 
MACAM MANA KITA MENERIMA
APA YANG DATANG

BERAT KESEDIHAN
BERAT KESUSAHAN
 AKAN
MEMBAWA BENIH
KEGUMBIRAAN
YANG SAMA ATAU
LEBIH BERATNYA DARI
SUSAH YANG DILALUI

 BRO
BILA HIDUP INI 
MEMBERI SEBAB
AGAR  KITA MENANGIS 
BERATUS KALI
TUNJUKAN PADA HIDUP
KITA ADA SEBAB
YANG BOLEH MENJADIKAN
KITA  TERSENYUM
 SERIBU KALI

AMBIL PELUANG
GAGAL
JADI PELAJARAN
UNTUK  MENGEPAK
KEPERITAN  JADI GURU
UNTUK KITA JADI KUAT

BRO
TAK ADA SESAL
HANYA PELAJARN
TAK ADA RISAU
HANYA  PENERIMAAN
TIDAK MENGHARAP
HANYA BERTERIMA KASEH

HARAPAN LEBIH
GAGAH DARI KETAKUTAN

SEMUANYA AKAN OK
KALAU TAK OK
BUKAN SEMUA LUNGKUP

BRO
DIMANA MANA PUN KITA
BERJALAN
DISITU ADALAH TUJUAN KITA
JALAN DIHADAPAN
MASIH TERBUKA LUAS

BRO 
HIDUP INI BERMULA
BILA KITA BERDIRI
DALAM GELAP
MEMANDANG CAHAYA DI DEPAN

KEJAYAAN YANG PALING BERJAYA
IALAH BILA KITA JATUH
KITA BANGUN KEMBALI

BILA CABARAN DATANG
KITA HADAPI
JANGAN KATA CABARAN INI 
BUKAN UNTUK KTA

BRO
KALAU SEMALAM 
KITA TERJATUH
PAGI INI KITA
WAJIB BANGUN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT

Selasa, 24 November 2020

PARTI PAS PUN SUDAH BELOT

 




 MUHYIDIN

TAKDA SOKONGAN

MAJORITI

JENG JENG JENG

APA AKAN 

TERJADI

JENG JENG JENG



Muhyiddin perlu undur jika Belanjawan 2021 ditolak, kata ahli Parlimen PAS

MUHYIDDIN Yassin perlu meletak jawatan perdana menteri jika gagal mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat untuk meluluskan Belanjawan 2021, kata ahli Parlimen PAS.

Ahmad Fadli Shaari berkata, ia merupakan antara tindakan yang perlu diambil sekiranya belanjawan itu tidak dapat diluluskan semasa undian belah bahagi pada Khamis.

Selain itu, Muhyyiddin juga boleh memohon untuk membubarkan Parlimen dan memohon semula untuk mengisytiharkan darurat mengelak pilihan raya umum diadakan sewaktu pandemik, katanya.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata demikian berdasarkan penilaiannya bahawa kerajaan pimpinan Muhyiddin waktu ini sukar mendapat sokongan majoriti.


 SEKALI LAGI

HIGH NOON

DI MALAYSIA

JENG JENG JENG



AZALINA BELOT - BUBAR PARLIMEN

 


 JENG JENG JENG

MUHYIDIN

MAKIN DI TEKAN

AMIN

TIM MAHKAMAH

MAKIN

 BERTAMBAH?

AMIN



Timbang untuk bubar parlimen, kata Azalina

TIADA jalan lain untuk menyelesaikan ketidaktentuan politik Malaysia sekarang kecuali “menimbang” untuk mengadakan pilihan raya semula, kata Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said.

Satu-satunya jalan untuk politik kembali normal adalah dengan mengembalikan mandat kepada rakyat melalui pembubaran Parlimen yang akan membawa kepada pilihan raya umum, katanya.

“Dalam hal ini, saya senada dengan seruan Presiden Umno (Ahmad Zahid Hamidi) agar semua parti politik mengetepikan perbezaan demi rakyat dan bersatu untuk mengembalikan semula mandat kepada rakyat kerana mandat rakyat adalah mandat yang keramat,” katanya, dalam satu tulisan di blognya.

Azalina yang juga timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat berkata 13 negara sudah mengadakan pilihan raya di tengah penularan Covid-19, termasuk Singapura.

Malah beliau menjelaskan jumlah jangkitan Covid-19 antara tiga atau empat digit di republik itu sebelum pilihan raya pada 10 Julai lalu turun kepada satu atau dua digit sejak akhir Ogos.

Azalina juga mencadangkan tiga undang-undang baharu digubal untuk memastikan Malaysia tidak terjerumus dalam ketidakstabilan dan pergolakan politik.

Tiga undang-undang itu untuk mengawal lompat parti, tataurus parti-parti politik dalam gabungan kerajaan, serta sebuah akta menentukan tempoh penggal kerajaan seperti yang digubal di United Kingdom pada 2011.

“Mungkin hanya apabila keseimbangan politik dikembalikan dan kawal selia yang dicadangkan itu ada, barulah ahli politik boleh mengalihkan tumpuan mereka kepada apa yang diharapkan daripada mereka, iaitu mentadbir dengan bertanggungjawab,” katanya.

“Sehingga itu, Malaysia akan terus mengharungi masa terdesak dengan langkah yang putus asa.”

Jelas beliau, undang-undang sama seperti Akta Tempoh Penggal Parlimen di United Kingdom akan menetapkan bahawa usul percaya akan membawa kepada pilihan raya.

Azalina mencadangkan agar tiga undang-undang baharu itu digubal sekarang, ketika Parlimen masih bersidang.

Pandangan Azalina muncul ketika Dewan Rakyat dijadual mengundi Belanjawan 2021 pada Khamis ini, yang akan sekali lagi menguji keyakinan yang ada pada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Undian itu dibuat ketika majoriti Muhyiddin di Dewan Rakyat semakin tipis, dengan 112 kerusi berbanding 108 kerusi di blok pembangkang.

Dua kerusi kosong susulan kematian penyandangnya iaitu Liew Vui Keong (Batu Sapi-Warisan) dan Hasbullah Osman (Gerik-Barisan Nasional).

Ahli Parlimen Tengku Razaleigh Hamzah dari Barisan Nasional pula mengumumkan tidak akan terlibat dengan perbahasan Belanjawan 2021 selagi keabsahan kerajaan Muhyiddin dan Perikatan Nasional tidak diputuskan terlebih dahulu.

Tanpa sokongan veteran Umno itu, Muhyiddin hanya ada 111 sokongan untuk meluluskan Belanjawan 2021 – dengan tanggapan beliau mempunyai dukungan padu semua baki 38 ahli Parlimen dari Umno. – 23 November, 2020.

 DAPATKAH

MUHYIDDIN SELAMAT

JENG JEG JENG

KALAU 

BUJET LULUS

SELAMAT

AMIN

KALAU TAK LULUS

JENG JENG JENG




PASAL APA ANWAR BERSAMA NAJIB

 



 PASAL APA

 ANWAR

BERSAMA 

NAJIB ZAHID

Unknown commented on 

"SURAT INI SATU CONTOH

 ANWAR IBRAHIM DIFITNAH"

Kenapa ada gmbar Zahid, Najib, DSAI skali di situ. Hairan. Menjadi persoalan. Mcm mna boleh DSAI skali sama Najib? Klau btul mereka tu seperti kwn baik/seperjuangan, knapa masa zaman pemerintahan Najib DSAI tak dilepaskan dari penjara? Knapa Zahid pula dilantik menjadi Timbalan dan bknnya DSAI? Jika masa tu DSAI memang tak boleh keluar penjara, knapa Najib x menghadap YDPA utk mndptkan penjelasan? 



Cuba fikirkan dlu.... Klau nak ungkit pasal pelantikan TSMY, lantikan drpd YDPA bkn dari mna2 ahli politik atau parti. Juga bkn TunM terus serahan jawatan tu terus kpd TSMY. Tolong hormati dan tindakan YDPA atas pelantikan yg dbuat. Jgn terlalu cenderung terhadap politik sehingga mengkritik dan mengetepikan YDPA dan juga raja2 Melayu. Sekian. ��

BAHAYA MAKIN BERTAMBAH

 


BAHAYA 

BAHAYA BAHAYA

AMIN

Rekod tertinggi, 

2,188 kes positif hari ini

SEBANYAK 1,623 jangkitan baharu Covid-19 di Selangor melonjakkan jumlah kes baharu kepada angka 2,188 hari ini.

Jumlah itu angka paling tinggi sejak Covid-19 mula dikesan dalam negara, menurut data diumumkan kerajaan.

Ia menjadikan jumlah jangkitan kumulatif negara kepada 58,847 dengan 14,353 kes aktif.

Kesemua 2,188 kes membabitkan penularan tempatan.

Empat lagi kematian juga dilaporkan, menjadikan jumlah kematian keseluruhan setakat ini sebanyak 341 orang.

Jumlah jangkitan di Selangor mengatasi kes harian Sabah yang hanya mencatatkan 232 kes hari ini. 

Negeri dengan jumlah kes ketiga tertinggi adalah Perak, dengan 112.

“Sebilangan besar kes di Selangor berpunca daripada kluster Teratai dengan 1,511. Pegawai kesihatan dikerahkan ke kawasan terjejas dan ujian sedang dilakukan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.

Kluster Teratai dikaitkan dengan kilang Top Glove yang menyaksikan jangkitan merebak di asrama pekerja. 

Kerajaan mengarahkan penutupan secara berperingkat 28 kilang pembuat sarung tangan di Klang bagi menjalankan ujian Covid-19.

Kes baharu hari ini juga melebihi jumlah yang pulih iaitu 1,673.

Daripada kes aktif, 112 ditempatkan di unit rawatan rapi dan 49 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bagi kes kematian, ia melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 84 tahun dengan latar belakang penyakit kronik, meninggal dunia di Pulau Pinang, sementara tiga yang lain meninggal dunia di Sabah.

Kematian di Sabah melibatkan seorang wanita berusia 41 tahun dan seorang lelaki berusia 45 tahun. Kedua-duanya tidak diketahui sama ada mempunyai sejarah penyakit lain. – 24 November, 2020.

 JAGA JAGA

HATI HATI

JANGAN LALAI

AMIN

SURAT CINTA UNTUK KITA SEMUA



 SURAT CINTA 

UNTUK KITA SEMUA

Unknown commented on 

"SURAT INI SATU CONTOH

 ANWAR IBRAHIM DIFITNAH"

salam sejahtera selamat pagi buat semua warga negara malaysia tanah airku tercinta moga kita rakyat dan negara sentiasa berada dalam lindungan rahmat kasih dan sayang dari allah swt insyaallah" dalam dunia politik mana ada kawan! yang ada hanyalah lawan sebab para pemimpin kita tiada jati diri iman dan taqwa jadi tak hairanlah kalau dulu kawan sekarang ni lawan saling jatuh menjatuhkan sesama sendiri inikah yang dikatakan politik malaysia 



akhirnya kita rakyat pun menjadi mangsa mereka itulah yang hendak kita banggakan? kalau kita sorot kembali bagaimana mereka para pemimpin sebelum pru mereka berganding bahu sesama mereka tapi bila dah menang mereka dah jadi berubah pikiran lompat melompat dari satu parti kesatu parti 



akhirnya mereka berperang sesama mereka, inilah yang dikatakan dunia politik,, demokrasilah rakyat didahulukanlah tapi pada hakikatnya merekalah para pemimpin yang menjadi kaya raya hasil dari penipuan, orang begini tak perlu kita pilih lagi jika kita pilih orang seperti ini maka kitapun sama juga seperti mereka Wallahualam