Rabu, 9 November 2022

PAKATAN KE PUTRAJAYA


Tumpuan di Perak mampu cetus gelombang Pakatan ke Putrajaya, kata penganalisis


STRATEGI menurunkan Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) di Perak mampu mencetus gelombang bagi gabungan itu kembali menguasai Putrajaya, kata penganalisis.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight, karisma presiden PKR itu serta demografi di banyak kerusi campuran di Perak  mampu membantu gabungan tersebut mencapai tujuan itu.

Penganalisis politik Mazlan Ali menjangkakan fenomena Anwar sebagai calon perdana menteri PH di kerusi Tambun berkemungkinan boleh merebak ke kawasan Parlimen lain.

“Sebagai ketua pembangkang dan pemimpin lama dengan rekod cemerlang dalam pilihan raya, saya fikir keputusan Anwar bertanding di Tambun boleh mewujudkan gelombang.

“Ini juga dilihat oleh pengundi sebagai peluang untuk Perak ada wakil rakyat (yang bakal) menjadi perdana menteri.

“Aura beliau juga mungkin akan memberikan sentuhan di tempat lain, dalam erti kata lain rakyat bersemangat, pertama kali seorang perdana menteri datang dari kawasan pilihan raya di Perak.”

PH juga kata Mazlan mempunyai peluang disebabkan Perak juga antara negeri yang mempunyai bilangan kerusi Parlimen yang besar, dengan keseluruhan sejumlah 24 kawasan.

“Sekiranya PH berjaya menang banyak kerusi Parlimen di Perak dan DUN mungkin Perak akan kembali kepada pemerintahan PH, dalam PRU14 Perak memang milik PH.

“Jadi apabila PH berjaya menawan Perak, ia boleh menyebabkan pertambahan bilangan kerusi Parlimen dimenangi PH yang boleh menyumbang pembentukan kerajaan Persekutuan di Putrajaya,” katanya.

Faktor sokongan pengundi bukan Melayu dan kumpulan pengundi atas pagar kepada PH juga perlu diambil kira untuk Perak menjadi tambahan kepada tiga negeri dikuasai PH setakat ini, tambahnya.

Namun Mazlan menjangka kejayaan itu akan ditentuk kecenderungan pengundi pertama kali dan pengundi berumur 18 tahun yang didaftarkan secara automatik.

“Sokongan pengundi Cina dan atas pagar kepada PH ada peningkatan, pada masa sama isu sekarang agak menyebelahi PH dan di Perak PH berpeluang menambah kerusi Parlimen dan ada peluang kembali memerintah.

“Cuma ada beberapa pembolehubah lain yang menyebabkan kita rasa sukar membuat agakan kepada keputusan ini.

“Ada sejumlah pengundi baharu, pertama kali yang mungkin boleh mempengaruhi hala tuju itu dan boleh mempengaruhi landskap politik,” katanya.

Di Parlimen Tambun, terdapat sejumlah 52.8% kumpulan pengundi berumur 18 hingga 39 tahun, daripada keseluruhan 160,558 pengundi di kawasan itu. Baki 75,648 pengundi pula berumur 40 tahun ke atas.

Dalam PRU14 penyandang Ahmad Faizal Azumu menang atas tiket PH ketika Bersatu bersama gabungan itu dengan 38,661 undi dan memperolehi majoriti sekitar 5,320 undi.

Ahmad Faizal kali ini mempertahankannya atas tiket Perikatan Nasional (PN), selepas Bersatu keluar dari PH.

Dengan penyertaan Anwar, beliau sukar mempertahankan undi yang diterimanya daripada penyokong PH dalam PRU14.

Mazlan menjangka kerusi Tambun yang mempunyai demografi pengundi Melayu sekitar 67% dan Cina 20% serta India 11% antara faktor yang akan membantu kejayaan Anwar.

“Kalau dilihat demografi dan trend semasa PH ada kelebihan di Perak, banyak kerusi kawasan ada pengundi bukan Melayu signifikan. Di Tambun jumlah pengundi Cina tinggi, itu sebenarnya satu potensi untuk Anwar berjaya di Tambun,” kata Mazlan.

Namun begitu, sekiranya PH gagal dalam langkah menawan Perak, ia menunjukkan gabungan itu masih bergelut dengan prestasi mereka, kata Mazlan.

Tanpa bilangan kerusi mencukupi dari Perak, PH sukar merebut kembali Putrajaya, katanya.

“Jika PH gagal menawan Perak menunjukkan PH belum pulih daripada prestasi terbaik pada PRU14.

“Maknanya mereka masih bergelut dengan prestasi, kegagalan di Perak boleh sebabkan kegagalan PH ke Putrajaya, Perak boleh sumbang kerusi banyak untuk tubuhkan kerajaan,” tambah Mazlan.

Penganalisis dari Universiti Sains Malaysia Azmil Tayeb pula berkata, kemenangan PH di Perak juga boleh menjadi tanda aras parti gabungan itu diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Namun, sekiranya PH gagal di Perak, ia menunjukkan kelompok pengundi luar bandar masih belum dapat menerima mereka.

“Ini satu percaturan yang boleh menghantar mesej besar kepada parti lain jika PH berjaya menawan Perak dan merampas banyak kerusi BN dan Umno di sana.

“Perak ada banyak kawasan campur dan kawasan majoriti Melayu dan luar bandar. Kemenangan PH di Perak boleh dijadikan tanda yang PH boleh diterima oleh pelbagai jenis masyarakat.

“Tetapi jika gagal, PH akan masih dikenali sebagai gabungan yang cuma disokong oleh pengundi bukan Melayu dan pengundi bandar besar,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insight.

Selain Anwar, PH turut meletakkan bekas ketua penerangan PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin di Perak di kubu kuat Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Bagan Datuk.

Shamsul membawa rekod sebagai ‘giant killer’ kerana berjaya menewaskan Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam di kerusi Hang Tuah Jaya dalam PRU13.

Nik Omar Nik Abdul Aziz yang merupakan anak kepada bekas mursyidul am PAS turut menjadi calon PH untuk bertanding kerusi Pasir Salak. – 9 November, 2022.

INI BERITA BAIK

UNTUK RAKYAT

AMIN

GEROMBOLAN

AKAN KALAH

AMIN

PERAK DULU

PERNAH DIBAWAH

PAKATAN

KINI AKAN KEMBALI

KEPADA PAKATAN

AMIN

KHALAS

MAIL BERA TAK JADI PM


MAIL BERA

TAK JADI PM

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on
 "MAIL BERA JADI 
POSTER PEMBUNGKUS"

TT hang kalau jadi batu api memang pandai kan? Jika 2ekor malaon getombolan bergaduh maka tugas hakiki lagi suci untuk kita ialah kita simbah curah minyak bagi terbakar. Bagi gaduh itu lebih teruk. Kakkahkah Untuk pak mail. Gunakan isu skandal kapal tldm lcs tu untuk tikam si penyamun zahid najib etc. RPK sudah buka jalan. Hang kasi hangat saja sampai ke hari mengundi. Biar kita semua pembayar cukai benci kepada mat sakau zahid/najib dan rakan2. Kahkahkah
cikminah commented on
 "PRU 15 BAWA APA ?"

PRU15 takan bawa apa-apa perubahan, kecuali mungkin pertukaran Perdana Menteri dpd party lama kpd party baru. Tapi tiada satu party pun bercakap pasal bagaimana mahu menangani RASUAH. Semua bercakap senada, "Undilah kami, kami mahu pemimpin kami so and so jadi Perdana Menteri. Sudah lama dia dinafikan", !!! Seolah-olah itu hak dia untuk jadi Perdana Menteri...😝dan mengutuk-ngutuk pengkhianat dan ATOK. Semua salah ATOK! Bila ditinjol pasal rasuah yg melibatkan calon mereka, jawapan mereka sungguh Deja Vu..."Najib dan Rosmah berbillion rasuahnya, yang penting undilah kami"...πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“

TRUMP CALON PRESIDEN 2024



DONALD TRUMP 

CALON

PRESIDEN 2024

KHALAS

KEMPEN BERAS PERCUMA


KEMPEN

BERAS PERCUMA

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on
 "SATU MUSUH 
ZAHID TERLEPAS"

Semua yang nak jadi YB sudah turun padang, sudah keluar siang malam jumpa pengundi, macam macam barangan bertukar tangan, isi minyak motor, tak mahu pulak isi minyak kereta kah kah modal banyak kot, bagi kasut, bagi maggie mee, bagi minyak masak, bagi gula garam tepung Milo, semuanya terberes sampai sekarang, lepas raya semua hilang, sibuk menjadi u katak, menapak jadi Munke, susah nak jumpa dah, kalau perlu apa apa kena tanya pembantu, banyak pembantu akan muncul, pekerja tukang kebun pulak jadi pengantara YB dan pengundi, semua ini sudah biasa semua sudah tahu tapi masih mengundi kepada YB begini, semua ini datang dari mana? 


Dari parti dari ahli dari penyokong dari cukong tak pernah penerima tanya, adakah kena bayar balik dengan kenaikan harga barangan nanti? Tak ada soal, dapat percuma semua terima amin, budaya ini perlu dimantapkan di kampung kawasan ulu sungai kah kah kah sokong tetap sokongutang tetap bayar, tak ada benda free lah woit, semua hutang kad kredit, nanti depa kutip balik Ganda Ganda nanti kah kah kah Selamat Raya Selamat berhutang amin

DUA INDIA BERLAWAN



SUNGAI BULUH

DUA INDIA KAYA

BERLAWAN

KAH KAH KAH

AMIN

panglimo potaseh commented on 
"INDIA TAK SEKOLAH"

PRU Sungai Buloh ..klasik sekali .. Keling dengan Keling (KJ) tengah bersilambam. Macam filem tamil lawan ..naik bukit, terjun sungai ..masok gaung ..lompat atas keretapi. Apo pon gwa tetap undi PH ..mari kita sama-sama bulat undi PH ..kalau tidak Penyamun UMNO akan menang ..macam di Melaka dgn JOHOR dimana BN hanya dapat 30% je undi .. balen 70% kongsi antara PH, Bersatu, PN, GTA, Bebas. Woi, takkan kena berak 2 kali di tempat yang sama ..bodoh ..

LAGI SEMBILAN HARI KITA MENGUNDI

 




LAGI 9 HARI

RABU  9/11/2022

LAGI  SEMBILAN  HARI
KITA MENGUNDI
SAPA AKAN MENANG
BN PN PH ???
JENG JENG JENG

SAYANG CUACA GANGGU
DI BEBERAPA TEMPAT
KEMPEN MASIH BELUM HANGAT

PEKARA REMEH
DITIMBULKAN 
MENYERANG H
HAL DUIT RAFIZI
INI SEMUA BUKAN AJENDA NASIONAL

RAKYAT NAK TAHU
APA CARA MELWAN INFLASI
APA DASAR EKONOMI
YANG MENJAMIN
MASA DEPAN

YANG GUA DENGAR
ADA VAN JUAL MURAH
IKAN AYAM SAYUR BERAS
WOIT!!!!
BERAPA LAMA KENA SABSIDI
GILA PUNYA KEMPEN
RAKYAT MASIH
DIBODOHKAN
AMIN

AMERIKA
KETIKA GUA MENULIS INI
PENGUNDIAN HAMPIR SELESAI
INI UNTUK PEMILIHAN
DEWAN KONGRES
DEWAN SENATE
GOVENOR
GUA TAK FAHAM SANGAT
CARA AMERIKA MENGUNDI

YANG GUA TAHU
KALAU REPUBLIKAN MENANG
BANYAK DASAR BIDEN
 AKAN DIKETEPIKAN
TERUTAMA
DASAR BERI SENJATA
PADA UKRAINE

KALAU REPUBLIKAN MENANG
 SUDAH PASTI
TRUMP JADI CALON 2024
DAN MUNGKIN BIDEN
AKAN DIGANTIKAN
AMIN

HOKKIEN 
SEGAR CERAH
MATAHARI DAH KELUAR
LANGIT BIRU BERAWAN PUTIH
KL & KL SENTRAL CERAH

GUA LALU DEPAN POKOK ARA
HA HA
BAWAH POKOK ARA
JANTAN BERKOKOK
GUA RASA JANTAN YANG SAMA

DI SATU POKOK
GUA DENGAR
TUK TUK TUK
BUNYI KUAT
DI SAMBUT PULA
DENGAN TUK TUK TUK
BUNYI YANG SAMA
ERTINYA ADA DUA EKOR
APA BURUNG GUA TAK TAHU
TAPI SUARA KUAT

GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS
GUA NAK BERJEMUR
UNTUK VITAMIN D
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT 
PAGI RABU YANG INDAH

BRO
MEMAAFKAN
ADALAH SATU KEBAJIKAN
YANG BERANI

BRO
KITA TAK BISA
BERJABAT TANGAN
BERBAIK BAIK
DENGAN  TANGAN TERKEPAL

BRO
KEMULIAN TERBESAR
DALAM HIDUP INI
BUKAN TAK PERNAH JATUH
TAPI KITA BANGKIT
SETIAP KALI KITA JATUH

BRO
LU ATASI RASA  TAKUT
MAKA LU AKAN JADI
ORANG BERANI

BRO
AWALNYA KITA LIHAT
TIDAK MUNGKIN
HINGGA KITA SELESAI
MENYELESAIKANNYA

BRO
SATELAH MENDAKI
SATU BUKIT
ADA SATU LAGI
BUKIT TINGGI YANG
MINTA DI DAKI

BRO
JIKA KITA ADA
KEBULATAN TEKAD
SEMUA HAL BOLEH
DIATASI

BRO
LU NILAI SESEORANG ITU
BUKAN DENGAN KEJAYAAN
TAPI DENGAN BERAPA KALI
DIA JATUN
DAN. BANGKIT KEMBALI

BRO
SALAH SATU
RAHSIA UNTUK
MENEMUI KEBAHAGIAN HIDUP
ADALAH TERUS MENERUS
 MELAKUKAN 
HAL SEDERHANA

BRO
JIKA KITA INGIN PERDAMAIAAN
BERJALAN UNTUK KEADILAN
JIKA KITA INGIN KEADILAN
PERTAHANKAN KEHIDUPAN
JIKA KITA INGIN KEHIDUPAN
RENGKUHLAH KEBENARAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENUNGGU
HARI MENGUNDI