Jumaat, 21 Julai 2023

SEMUA WAJIB SOKONG DASAR INI


Malaysia kekal pendirian 'dasar bebas nuklear', kata Nik Nazmi

MALAYSIA terus mengekalkan pendirian ‘dasar bebas nuklear’ dalam hal membabitkan penjanaan kuasa, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Bercakap pada program National Energy Transition Roadmap: Navigating the Energy Transition, What’s Next for Malaysia? hari ini, Nik Nazmi berkata kerajaan mengiktiraf potensi reaktor modular kecil (SMR) namun tidak bercadang untuk meneroka penjanaan tenaga nuklear berikutan kebimbangan terhadap isu alam sekitar.

“Reaktor Modular Kecil (SMR) adalah berbeza daripada (kesan) seperti di Hiroshima atau Chernobyl.

“Kita perlu meyakinkan orang ramai dan saya fikir itu adalah sesuatu yang belum kita lakukan buat masa ini. Kita tidak akan teroka nuklear dalam masa terdekat,” katanya pada sesi meja bulat program itu. – Bernama, 20 Julai, 2023.



PADA KETIKA

INI DASAR TANPA

NUKLEAR TEPAT

WAJIB DISOKONG

AMIN

TAPI AWAS

PENIAGA NUKLEAR

AKAN TERUS

BERUSAHA

AMIN

ADA KAKI LOBI

KAKI RASUAH

UNTUK KERAJAAN

BERALIH DASAR

AMIN

RAKYAT WAJIB

WASPADA

AMIN

KHALAS

PH MEMIKUL KAVADI BERNAMA NAJIB


Akar umbi bimbang kempen bela Najib jejas Pakatan

AKAR umbi Pakatan Harapan (PH) bimbang kempen mereka terjejas ekoran seruan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk meraih undi bagi membela bekas perdana menteri Najib Razak.

Pemimpin ini memberitahu The Malaysian Insight, mereka imbang seruan itu menjejaskan PH walau seruan Zahid itu ditujukan kepada penyokong Najib dalam Barisan Nasional (BN).

Mereka merujuk kenyataan Zahid pada awal bulan ini bahawa satu undi ke atas BN dan PH merupakan sokongan untuk membela Najib bagi mendapat keadilan di mahkamah.

Seorang pemimpin akar umbi PKR Firzan Hakimi, berkata, beliau sedar kempen BN untuk menghadapi pilihan raya negeri akan terjejas jika kegusaran penyokong Najib tidak ditangani.

Bagaimanapun penyokong PKR akan memprotes sekiranya BN berkempen bagi membela Najib dan membebaskan bekas perdana menteri itu dari penjara, katanya.

“Saya nampak kenyataan Zahid untuk pujuk balik kekecewaan penyokong Najib untuk sokong kerajaan perpaduan.

“Penyokong Najib seolah-olah nampak (pembelaan Najib) sudah nampak seperti tiada hala tuju.

“Penyokong susuk tubuh Najib sebelum ini digembar-gemburkan kalau Umno jadi kerajaan Najib akan dibebaskan tapi tidak ada apa yang berlaku,” kata bekas pemimpin mahasiswa PKR itu.

Firzan, 23, berkata setiap isu akan menjejaskan peluang PH memandangkan BN menguasai bilangan kerusi yang kecil bilangan kerusi yang kecil, sebarang isu akan menjejaskan peluang mereka.

“Ada yang ugut tak nak keluar mengundi, ada yang nak undi Perikatan Nasional (PN), sedikit sebanyak ia ganggu perjalanan kempen BN.

“Sebab dalam keadaan kerusi sikit ditambah perlu berbagi kerusi dengan PH, kalau tambah masalah dengan ugutan daripada kekecewaan terhadap pembelaan Najib itu bertambah teruk lagi dalam nak berhadapan PRN,” katanya.

Namun katanya, ia mungkin boleh diimbangi dengan trend pengundi PH yang akur dengan arahan pimpinan untuk keluar mengundi.

“Memang sedikit sebanyak akan mengganggu, tapi akhirnya adakah penyokong PH tak keluar mengundi? Itu pengakhirannya. Sama ada mereka kecewa atau tidak, soalnya mereka keluar mengundi atau tidak?

Tambahnya, trend sebelum ini menunjukkan penyokong PH, DAP, dan PKR akur dengan  pandangan pemimpin atasan dan tetapi keluar mengundi terutama pengundi Cina dan India.

Kumpulan penyokong seperti Otai Reformis 1998 juga menyedari ramai pengundi PKR tidak selesa dengan kerjasama BN dan bimbang ia akan dimanfaatkan pihak lawan seperti PN.

Bekas setiausaha badan penyokong itu, Abdul Razak Ismail, bimbang ia akan membawa kepada kekalahan calon Umno di Selangor.

“Ramai juga pengundi tak berapa gembira dengan Umno. Besar kemungkinan calon Umno yang bertanding di Selangor akan tewas kalau sentimen ahli parti masih tak sokong penggabungan PKR dengan Umno.

“PAS akan gunakan sentimen Umno pernah menjadi musuh PH, tapi sekarang tidur sebantal walaupun mimpi lain-lain,” katanya.

Abdul Razak yang kini setiausaha Parti Hijau turut mempersoalkan tindakan Zahid mengambil kesempatan membangkitkan isu mengenai pemenjaraan Najib.

Beliau juga mempersoalkan tujuan Umno yang mengambil kesempatan ke atas kerjasama dengan PH bagi membebaskan Najib yang dipenjara kerana kes penyelewengan dan rasuah.

Jelasnya, ia berbeza dengan kempen reformasi PKR untuk membebaskan Anwar dari penjara sebelum ini supaya dapat kembali memimpin negara.

“Tapi kepentingan untuk lepaskan Najib atas alasan apa? Untuk menerajui Umno atau bagaimana, itu kita kena fikirkan.

“Anwar kita lepaskan supaya dia boleh masuk bertanding. Tapi untuk Najib untuk apa, untuk kembali mengepalai Umno?” soalnya.

Beliau juga berkongsi pendapat dengan Firzan usaha pembelaan Najib dengan mengundi anggota kerajaan perpaduan pada PRN nanti akan menerima reaksi negatif daripada pendukung PH.

“Mesti Bersatu dan PN akan gunakan sebagai propaganda supaya ramai ahli parti PKR yang tidak setuju dengan kerajaan perpaduan dan Umno.

“Kita berlawan 24 tahun. Sentimen begitu masih ada di kalangan ahli parti,” katanya lagi.

Beliau juga percaya beban isu tersebut sebenarnya ditanggung Umno tetapi akan tetap memberi kesan kepada PH.

“Itu isu Umno sebenarnya bukan isu PH, semua itu akan makan diri.”

PRN di enam negeri akan berlangsung pada 12 Ogos serentak dengan pilihan raya kecil bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu yang diisytiharkan kosong ekoran kes rasuah.

Kedua-dua parti PH dan BN kini membuat tapisan sebelum mengumumkan pada Jumaat senarai calon yang akan bertanding pilihan raya tersebut. – 21 Julai, 2023.

WOIT

INI BERAT

MAKIN BERAT

MEMIKUL KAVADI

BERNAMA NAJIB

AMIN

BOLEH PATAH 

LEHER

AMIN

SILAP SILAP

TERSUNGKUR

 MATI

AMIN

KHALAS

BILA ASKAR JADI KERAJAAN


BILA ASKAR

JADI KERAJAAN

KHALAS

SIASATAN KES ANWAR APA ?


KERTAS 

SIASATAN ANWAR

KES APA?

AMIN

Unknown commented on
 "AMARAN - JANGAN SEBAR FITNAH"

Saya tahu ada kertas siasatan terhadap Anwar – Mahathir

Dolu dolu si renta kalau cari alasan akan Kata ' Bukan salah Saya, salah orang itu dan ini, paling Bangsat si renta ni akan kata 'Saya Tak Tahu,..!

Tetiba sekarang suma si renta ni Tahu.... Ini betul betul manyak kanina cibai hansap punya olang...!!!!

Saya tahu ada kertas siasatan terhadap Anwar sendiri, walaupun saya tidak lihat,”

https://mykmu.net/2023/07/20/saya-tahu-ada-kertas-siasatan-terhadap-anwar-mahathir/

Mahathir Mohamad menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang mengaitkan bekas menteri dari Umno dengan pelbagai kesalahan.

Dalam satu hantaran di Facebook, bekas perdana menteri itu menggesa polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan Anwar tersebut.

Dolu bukan salah saya, saya tak tahu bila take hado kuasa suma dia Tahu...puiiiii..!!

Ajom kita tepokkk tangan ramai ramai saksikan barua barua DAP@LeeKwanYew berbunuhan sesama sendiri... PRN Ogos 2023 ini semua saki baki barua DAP@LeeKwanYew ini Kasi lingkupkan semuanya

Ajom Kasi batuapikan barua barua DAP@LeeKwanYew semuanya...

Haah tepokkkkk...!!

PANADOL UNTUK FELDA


FELDA 

DAPAT PANADOL

KAH KAH KAH

AMIN


Sintaro commented on 
"PMX PUTAR LIGAT"

Mahyudin mau kasi peneroka happy 'mengundi'..suruh clear semua hutang. Felda jadi demam bila aliran tunai sudah sakit..
Anwar pulak sign jaminan sukuk kasi Felda makan penadol ..
Sendiri fikir lah..

SANUSI LAGI


LAGI LAGI

SANUSI

JUMAAT 21 JULAI 2023

SANUSI SANUSI SANUSI
HARI  INI MASIH DIMILIKI
OLEH SANUSI
MALAH 
MINGGU INI
DI PANGGIL MINGGU SANUSI
KEMPEN PRN
DI DOMINASI OLEH SANUSI

DARI MANA 
MAMAT INI DATANG
KELIAHATN MAKIN DI DERA
MAKIN MENJADI WIRA
KAH KAH KAH

HEBOH PASAL SANUSI
LUPA HARGA BERAS
LUPA HARGA TEPUNG
LUPA HARGA BARANG

AKAN HEBOH LAGI 
SANUSI ADA KES CURI
JENG JENG JENG
KAH KAH KAH

UKRAINE
TELAH MULA GUNAKAN
BOM KLUSTER
YANG 121 NEGARA
HARAMKAN

INDIA
LARANG EKPORT BERAS
SELAIN DARI BERAS JENIS BASMATI
INI BERMAKNA
HARGA BERAS AKAN NAIK

RUSIA
BOM PELABUHAN ODESSA
KAPAL BAWA GANDUM DARI
UKRIANE TAK DAPAT BERGERAK
INI BERMAKNA
HARGA TEPUNG AKAN NAIK

PANAS
BULAN INI TERPANAS
DALAM 122 RIBU TAHUN
SEJARAH BUMI
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI SEJUK BASAH
KELMARIN HUJAN
MATA HARI TAK KELIHATAN
LANGIT KELAM

TAPI
MURAI BERKICAU
CENGKERIK BERSIMPONI
JANTAN DARI JAUH
SAYU SAYU BERKOKOK

ANGIN PAGI
YANG SEJUK AGAK KUAT
GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS
MATA HARI AKAN BERSINAR
AMIN

BRO
SENYUM
HUJUNG MINGGU
AKAN BERMULA

BELI BESI BUAT GARI
BUKIT ROKAN PENUH CENDAWAN
BERITA SANUSI SETIAP HARI
LAGI DI TEKAN LAGI MELAWAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

MENUNGGU
KES CURI SANUSI