Rabu, 25 Oktober 2023

HADI BERI AMARAN PADA ANWAR

Kalau kerajaan tak bela undang-undang syariah, PN akan bertindak

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) memberi amaran kepada Kerajaan Perpaduan agar lantang membela undang-undang syariah dan hukum ditetapkan Islam supaya ia tidak dicabar pihak tidak bertanggungjawab.

Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang berkata, sekiranya langkah itu tidak diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim, maka PN akan bertindak.

“Saya beri amaran kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana ini (tindakan mecabar undang-undang syariah) menyentuh umat Islam, Allah dan institusi diraja.

“Kalau PH tidak mahu bertindak, kami (PN) akan bertindak. Bagaimana kami mahu bertindak, tunggu dan lihat,” katanya dalam perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2024, di Dewan Rakyat, hari ini.

Jelas Ahli Parlimen Marang itu, ketegasan itu perlu kerana syariah Islam kini dicabar.

“Sekarang ini pandai-pandai cabar Islam, cabar mahkamah syariat. Ini satu kerja yang orang Islam tidak boleh biarkan sekali-kali.

“Keadaan yang munasabah, kalau nak bawa ke mahkamah, kita pergi, ke mana pun kita pergi sehingga kita berjaya pertahankan kedaulatan syariat ini.

“Bukan bermakna kita menafikan hak orang bukan Islam, sebab dalam Perlembangaan Persekutuan kebebasan kaum lain dijamin, ini dipersetujui parti yang terlibat dalam kemerdekaan,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Abdul Hadi tidak menyebut secara spesifik pihak mana yang mencabar undang-undang syariah.

Ogos lalu, panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan telah mendengar petisyen seorang peguam dan anaknya yang mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 dalam usaha mengisytiharkan 20 peruntukan kesalahan dalam enakmen tersebut, terbatal dan tidak sah.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel bersidang mendengar petisyen difailkan oleh Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman terhadap Kerajaan Negeri Kelantan.

Pada prosiding itu, mahkamah sebulat suara menolak permohonan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) untuk bertindak sebagai pencelah dalam pendengaran petisyen berkenaan atas alasan permohonan itu tidak berasas.

Ketika menolak permohonan itu, Hakim Tengku Maimun menarik perhatian semua pihak dan menegaskan, petisyen berkenaan hanya berkaitan pentafsiran perkataan-perkataan dalam Perlembagaan Persekutuan dan tiada kena mengena dengan doktrin Islam.

Dalam prosiding itu, peguam  Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili kedua-dua pempetisyen berhujah, 20 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, bertindan dengan undang-undang Persekutuan yang turut meliputi kesalahan sama.

WOIT

HADI BERI

AMARAN

KAH KAH KAH

NAK BERTINDAK

MACAM MANA

AMIN

NAK BUAT

DEMO ATAU

NAK AMBIL ALIH

KERAJAAN

AMIN

JADI 

NILAI RINGGIT SUSUT LAGI



Nilai ringgit rendah sedikit berbanding dolar AS

NILAI ringgit rendah sedikit berbanding dolar AS pagi ini disebabkan kekurangan permintaan untuk mata wang tempatan selepas data pengeluaran perniagaan AS bulan Oktober menunjukkan peningkatan.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Global S&P mengukuh kepada 50 pada Oktober 2023, naik berbanding 49.8 pada September.

Pada 9 pagi, ringgit menyusut nilai kepada 4.7850/7910 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada 4.7825/7865.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar AS turut mengukuh hari ini, dipengaruhi oleh prestasi lebih tinggi Indeks Dolar AS (DXY) selepas meningkat 0.7% kepada 106.27 mata.

Bagaimanapun, beliau menyatakan kebimbangan mengenai ketegangan geopolitik di Timur Tengah  walaupun banyak bantuan kemanusiaan telah disalurkan.

“Kebimbangan sama ada konflik boleh meningkat akan terus menjejaskan sentimen pasaran dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada harga minyak mentah yang boleh menyebabkan inflasi selanjutnya,” katanya kepada Bernama.

Justeru, gandingan mata wang USD/MYR boleh kekal dalam julat ketat selepas mencatatkan peningkatan kepada RM4.7825 semalam.

Pada awal dagangan, ringgit mengukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menambah nilai berbanding euro kepada 5.0688/0751 daripada 5.0881/0924,  meningkat berbanding pound Britain menjadi 5.8210/8283 daripada 5.8557/8606 semalam, dan lebih tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.1923/1966 daripada  3.1960/1989 sebelumnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang Asia yang lain.

Nilai ringgit menyusut berbanding rupiah Indonesia kepada 301.8/302.4 daripada 301.7/302.1, turun berbanding peso Filipina menjadi 8.43/8.45 daripada 8.42/8.43 dan lemah berbanding baht Thai kepada 13.2460/2678 daripada 13.2186/2352 sebelumnya.

Namun begitu, ringgit lebih tinggi berbanding dolar Singapura pada 3.4999/5045 daripada 3.5003/5035 semalam. – Bernama, 25 Oktober, 2023.
..

PERANG UKRAINE

PERANG GAZA

JADI PENYEBAB

NILAI RINGGIT

JATUH

AMIN

TAPI KENAPA

DUIT NEGARA 

LAIN TAK SUSUT

AMIN

WAT IS

DE BEKOS

KHALAS 

HIZBULLAH MULA MENYERANG


HIZBULLAH MULA

MENYERANG 

ZIONIS ISRAEL

KHALAS

INGATAN YANG AMAT BAIK


INGATAN YANG

AMAT BAIK

TERIMA KASIH

AMIN 

Unknown commented on 
"DELEGASI PALESTIN 
JUMPA MAHATHIR"

Free advise, Mamak 3 ekor Hamas ini kena low key profile sikit.

Satu, bila jumpa Atok cfm buat jalan susah nak deal dengan PMX.

Kedua exposed diri mereka kepada target Mossad agents under cover or upah hired hands. Dah pernah berlaku diSetapak, unresolved kes polis.

JAHILIAH MODEN



JAHILIAH MODEN

AMIN

Unknown commented on
 "BABAK BERSEJARAH 
7 OKTOBER 2023"

Manusia susah hidup aman damai, sesama ahli keluarga sesama ahli warga kampus kampung wilayah semua sama, susah toleransi susah lagi maju lagi susah, zaman 50 an zaman 60 an lagi baik, sekarang lagi maju lagi sekolah lagi degree lagi tak cerdik lagi tak toleransi kah kah kah dunia Arab bila hidup aman damai? Sejak mana semuanya bermula? Kah kah belek-belek sikit buku-buku sejarah kita akan faham, jahiliyah tak pernah tak hilang kah kah kah

IKLIM DAN CUACA


IKLIM DAN CUACA


RABU 26 OKTOBER 2023
KITA DI BERI INGATAN
OLEH JABATAN KAJI CUACA
BULAN DEPAN HUJAN LEBAT
AKAN TURUN

TIGA TAHUN DULU
DISEMBER 2021
KITA DI LANDA BANJIR
TAMAN SERI MUDA
HULU LANGAT
PAHANG
DAN BANYAK  DAERAH
DI LANDA BANJIR

KALI INI INGATAN
DATANG AWAL
ERTINYA KITA DAH BUAT
PERSEDIAAN
HENDAKNYA
AMIN

PERANG DI PALESTIN
MAKIN MEREBAK
BELUM NAMPAK JALAN DAMAI
ISRAEL DAN AMERIKA
MENOLAK GENCATAN SENJATA

AMERIKA
BEKAS PRESIDEN OBAMA
MENGKITIK ISRAEL
YANG ENGGAN BERI 
MAKANAN DAN AIR 
MASUK KE GAZA

NEW YORK
SETIUSAHA AGONG PPB
MENGUMUMKAN KRISIS 
KEMANUSIAAN DI GAZA
MAKIN TENAT
MENUNTUT KEPONGAN
DI HENTIKAN DAN MAKANAN
DI  SALUR MASUK

CHINA MERAH
SECARA RESMI MEMBERHENTIKAN
MENTERI PERTAHANAN
DAN MENTERI LUAR
DUA SOSOK INI DAH LAMA LESAP
APA SKANDAL DUNIA
BELUM TAHU

HOKKIEN
PAGI INI CERAH BASAH SEGAR
KELMARIN HUJAN
LOPAK AIR DISANA SINI

KL & KL SENTRAL BERKABUS
BANGUNAN 118 DI LINDUNGI
KABUS PAGI

GUA MASUK SAJE
GUA DENGAR SUARA KENG KENG
HA  HA 
SAEKOR KENG KENG
BOLEH BUAT BISING
 SATU HOKKIEN
SUARA TERKUKUR
SUARA TIONG PADAM

HANYA CENGKERIK
TERUS BERSIMPONI

HARI  INI PASTI PANAS
MATA  HARI DAH BERSINAR
DI BALKONI GUA
CAHAYA MATAHARI DAH MELIMPAH
TAK TAK MENJALAR  MANDI CAHAYA
AMIN

BRO
KITA SAMBUT RABU
DENGAN HARI GUMBIRA

BRO
LU NAK JADI PEMENANG
NAK BERJAYA
LU JANGAN BERHENTI MENCUBA

BRO
KIRA NIKMAT YANG LU ADA
BUKAN KIRA MASAALAH

BRO
HIDUP INI SATU CABARAN
JANGAN UNDUR

BRO
JANGAN TUNGGU
IANYA BERLAKU
BUAT AGAR IANYA TERJADI

BRO
SEMUA YANG TERJADI
ADA SEBAB
SEMUA YANG BERLAKU
ADA TUJUAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI 

SELAMAT BER RABU