Rabu, 25 Oktober 2023

NILAI RINGGIT SUSUT LAGI



Nilai ringgit rendah sedikit berbanding dolar AS

NILAI ringgit rendah sedikit berbanding dolar AS pagi ini disebabkan kekurangan permintaan untuk mata wang tempatan selepas data pengeluaran perniagaan AS bulan Oktober menunjukkan peningkatan.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Global S&P mengukuh kepada 50 pada Oktober 2023, naik berbanding 49.8 pada September.

Pada 9 pagi, ringgit menyusut nilai kepada 4.7850/7910 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada 4.7825/7865.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar AS turut mengukuh hari ini, dipengaruhi oleh prestasi lebih tinggi Indeks Dolar AS (DXY) selepas meningkat 0.7% kepada 106.27 mata.

Bagaimanapun, beliau menyatakan kebimbangan mengenai ketegangan geopolitik di Timur Tengah  walaupun banyak bantuan kemanusiaan telah disalurkan.

“Kebimbangan sama ada konflik boleh meningkat akan terus menjejaskan sentimen pasaran dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada harga minyak mentah yang boleh menyebabkan inflasi selanjutnya,” katanya kepada Bernama.

Justeru, gandingan mata wang USD/MYR boleh kekal dalam julat ketat selepas mencatatkan peningkatan kepada RM4.7825 semalam.

Pada awal dagangan, ringgit mengukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menambah nilai berbanding euro kepada 5.0688/0751 daripada 5.0881/0924,  meningkat berbanding pound Britain menjadi 5.8210/8283 daripada 5.8557/8606 semalam, dan lebih tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.1923/1966 daripada  3.1960/1989 sebelumnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang Asia yang lain.

Nilai ringgit menyusut berbanding rupiah Indonesia kepada 301.8/302.4 daripada 301.7/302.1, turun berbanding peso Filipina menjadi 8.43/8.45 daripada 8.42/8.43 dan lemah berbanding baht Thai kepada 13.2460/2678 daripada 13.2186/2352 sebelumnya.

Namun begitu, ringgit lebih tinggi berbanding dolar Singapura pada 3.4999/5045 daripada 3.5003/5035 semalam. – Bernama, 25 Oktober, 2023.
..

PERANG UKRAINE

PERANG GAZA

JADI PENYEBAB

NILAI RINGGIT

JATUH

AMIN

TAPI KENAPA

DUIT NEGARA 

LAIN TAK SUSUT

AMIN

WAT IS

DE BEKOS

KHALAS 

Tiada ulasan: