Ahad, 16 Jun 2024

TUTUP TANGKAP PENJARA


Tapisan media sosial meningkat di Malaysia, kata laporan

MALAYSIA membuat 1,862 permintaan - purata 10 setiap hari kepada TikTok untuk mengeluarkan kandungan pada separuh kedua 2023, 5.5 kali ganda daripada jumlah enam bulan sebelumnya, lapor Straits Times (Singapura).

Memetik laporan ketelusan dua kali setahun TikTok, ia berkata pada 2023 menyaksikan 2,202 permintaan, lebih 30 kali ganda meningkat daripada 70 permintaan yang dibuat pada 2022 menjadikannya jumlah permintaan tertinggi di dunia kepada TikTok untuk mengalih keluar kandungan dalam tempoh itu.

Jumlah permintaan tertinggi seterusnya kepada TikTok pada separuh kedua 2023 dari Australia dengan 651 penyerahan manakala di Asia Tenggara, Indonesia berada di tempat kedua dengan 351, manakala Singapura meminta alih keluar sebanyak 47 kali.

Malaysia sahaja bertanggungjawab untuk lebih satu perempat daripada tuntutan penyingkiran dunia dalam tempoh ini.

Bagaimanapun TikTok tidak memberikan butiran kandungan yang diminta untuk dihadkan di Malaysia dan hanya mengatakan bahawa ia akan berbuat demikian jika terdapat pelanggaran garis panduan komuniti atau undang-undang tempatan.

Trend yang sama turut diperhatikan pada platform yang diuruskan oleh pemilik Facebook Meta yang turut menjalankan aplikasi perkongsian foto dan video Instagram.

Meta melaporkan hampir 8,600 sekatan kandungan digunakan di Malaysia pada 2023, lonjakan 15 kali ganda daripada 553 yang digunakan pada 2022.

Memetik sumber yang terlibat dalam media sosial menerusi sektor awam dan swasta, Straits Times melaporkan tuntutan untuk sekatan ini terus berkembang pada 2024 dengan pihak berkuasa menumpukan kakitangan ke platform pukat tunda untuk kandungan yang menyinggung perasaan.

“Sebahagian besar adalah bersifat politik. Mungkin lebih 90 peratus,” kata seseorang yang terlibat dalam proses sekatan kandungan.

Meta berkata dalam laporan ketelusannya untuk separuh kedua 2023 bahawa ia mengehadkan akses di Malaysia kepada lebih 4,700 item yang dilaporkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ini termasuk ucapan kebencian berdasarkan agama yang melanggar Kanun Keseksaan Seksyen 298A, kritikan terhadap kerajaan dan kandungan yang memecahbelahkan kaum atau agama serta buli yang melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) seksyen 233 dan 211 yang kontroversi.

Bahagian ini menjenayahkan kandungan yang lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam atau menyinggung perasaan dengan niat untuk menjengkelkan, menyalahgunakan, mengancam atau mengganggu sesiapa sahaja. – 15 Jun 2024.



WOIT

TUTUP TANGKAP

PENJARA

KAH KAH KAH

HANYA INI CARA

MADANON 

NAK SELAMAT

AMIN

KHALAS

IMAM BANGUN MELAWAN !



Imam tiada lesen pandu kereta cukai jalan tamat tempoh


KOTA BHARU: Seorang imam akur apabila ditahan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam sekatan jalan raya malam tadi akibat tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan ketika operasi khas bersepadu sempena Aidiladha di hadapan Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia, Wilayah Timur, di sini.

Dia yang ditemani isterinya berkata, mereka dalam perjalanan pulang dari sebuah pasar raya di sini, bagi membeli peralatan mencetak teks khutbah untuk dibacakan pada Aidiladha nanti.

"Memang sudah dua tahun cukai jalan kereta ini mati dan biasanya saya pandu siang hari sahaja dalam keadaan berjaga-jaga tetapi tak sangka malam ini (tadi) nasib tidak menyebelahi kami.

"Saya pun sedang berkira-kira untuk mengambil lesen kenderaan tetapi belum sempat kerana kekangan masa. Apabila terjadi begini (disaman), insya-Allah akan saya usahakan dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.

Dalam operasi bersepadu yang turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu, sebanyak 102 notis saman pelbagai kesalahan dikeluarkan dengan 24 kenderaan disita.

Operasi yang bermula jam 8 hingga 11 malam itu turut dihadiri Pengarah Kanan Penguat kuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan dengan diiringi Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah.

Seorang lagi yang ditahan dalam operasi itu adalah lelaki Rohingya berusia 33 tahun yang menunggang motosikal kononnya dalam perjalanan ingin membeli ubat untuk anaknya yang sakit.

Lelaki berusia 33 tahun itu berkata, dia baru membeli motosikal itu dari seorang rakan pada harga RM2,200, dua minggu lalu dan tidak sangka akan ditahan pihak berkuasa.

"Kalau tahu ada operasi malam ini memang saya tidak akan keluar tetapi anak sakit di rumah, jadi saya keluar beli ubat.

"Memang sedih sebab motosikal ini baru dibeli daripada rakan menggunakan duit hasil kerja sebagai tukang rumah, tetapi apa boleh buat, terima sajalah," katanya yang menetap di Jelawat, Bachok.

WOIT

INI CARA 

TOK IMAM NI

LAWAN KERAJAAN

AMIN

ENGAN BAYAR

LESEN DAN

CUKAI JALAN

AMIN

TAHNIAH LEBAI

BAYAR CUKAI

 UNTUK

KERAJAAN

 MADANON

ERTNYA  SOKONG

MAKSIAT

KAH KAH KAH

KHALAS

ZIONIS MUSUH BUKAN RAKAN NIAGA



Hizbullah tingkatkan serangan terhadap Israel

BEIRUT: Kumpulan Hizbullah yang disokong Iran meneruskan serangan balas terhadap Israel, beberapa hari selepas komander kanannya terbunuh, sementara pejuang Hamas turut terkorban di selatan Lubnan.

Komander Hizbullah, Taleb Abdallah, yang disifatkan Israel sebagai salah seorang komander kanan kumpulan itu di selatan Lubnan, terbunuh dalam serangan Zionis di kampung Jouaiyya, Selasa lalu.

Semalam, Hizbullah menyasarkan pangkalan Meron di utara Israel dengan serangan peluru berpandu dan dron ke arah pangkalan Israel yang lain bagi membalas dendam susulan serangan dan pembunuhan Taleb di Jouaiyya.

Menurut tentera Israel, dua peluru disasarkan dari Lubnan ke arah Unit Kawalan Udara Pasukan Pertahanan Israel (IDF) di kawasan Meron di utara Israel, namun tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan membabitkan unit itu.

"Beberapa sasaran udara dikenal pasti dari Lubnan ke wilayah Israel dan serangan di kawasan Goren menyebabkan kebakaran berlaku tetapi tiada laporan kematian.

"Pesawat menyerang Hizbullah di kawasan Aitarun di selatan Lubnan, selain artileri turut dilancarkan untuk menghapuskan ancaman, juga di kawasan Aitarun," katanya.

Israel dan sekutu Hamas iaitu Hizbullah, saling melancarkan serangan rentas sempadan hampir setiap hari sejak serangan pejuang Palestin pada 7 Oktober lalu menyerang Israel, mencetuskan perang di Semenanjung Gaza.

Sementara itu, Hamas mengesahkan salah seorang pejuangnya terbunuh di selatan Lubnan.

Penyelaras khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Lubnan, Jeanine Hennis-Plasschaert dan ketua Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL), Aroldo Lazaro, menyuarakan kebimbangan berhubung peningkatan serangan di sempadan Israel-Lubnan.

Melalui kenyataan bersama, mereka menggesa semua pihak menghentikan serangan dan komited untuk berusaha ke arah penyelesaian politik serta diplomatik.

"Kesilapan ini boleh membawa kepada bahaya dan konflik yang lebih meluas," katanya.

Rabu lalu, pegawai tertinggi Hizbullah, Hashem Safieddine berikrar kumpulan itu akan meningkatkan tekanan, kekuatan, kuantiti dan kualiti serangan, ketika berucap pada upacara pengebumian Taleb.

Menurut sumber tentera Lubnan, Taleb adalah komander Hizbullah yang paling penting.

Serangan rentas sempadan mengorbankan sekurang-kurangnya 471 orang di Lubnan, kebanyakannya pejuang Hizbullah, selain 91 orang awam.

Menurut pihak berkuasa Israel, sekurang-kurangnya 15 askar Israel dan 11 orang awam terbunuh. - AFP


DASAR TEPAT

BETUL & BAGUS

AMIN

BUKAN MACAM

ANWAR IBRAHIM

JUAL HARTA 

NEGARA PADA

ZIONIS YAHUDI

AMIN

KHALAS

SOLDADU ZIONIS DIBUNUH MATI


SOLDADU ZIONIS

DI BUNUH MATI

AMIN

BALIK KAMPONG


BALIK KAMPONG

AHAD 16 JUN 2024
ESOK HARI RAYA HAJI
SEMENJAK JUMAAT
 RAMAI WARGA KOTA
BALIK KAMPONG
UJUNG MINGGU PANJANG

BALIK KAMPONG
IALAH CIRI ISLAM BUDAYA
PENGANUT ISLAM BUDAYA
PASTI AKAN MERAYAKAN
BALIK KAMPONG

LEMANG RENDANG
KETUPAT & TAPAI
JUGA CIRI ISLAM BUDAYA
YANG TERUS DI RAYAKAN

KALI INI
DI KAMPONG SEMASA
SESAMA SANAK SAUDARA
PERBUALAN NASIONAL
PASTILAH DISEL
HARGA BARANG
INI PASTI BERLAKU
KERANA SABSIDI DISEL
BARU DI HAPUS
ATAS CADANGAN IMF
DAN BANK DUNIA

KETIKA BERAYA
SEMBANG KUAT
JIKA HAL DISEL INI
TERUS KITA HEBOHKAN
PASTI AGENDA NAIK KAN HARGA
RON95 AKAN DIBATAL
JENG JENG JENG
AMIN

GAZA
8 SOLDADU ZIOINIS MATI
KERETA KEBAL MEREKA
KENA SERANG HENDAP
OLEH GERILA HAMAS

ITALI
G7 SELESAI BERLABON
SOKONGAN KUKUH
UNTUK UKRAINE

SWITZERLAND
PERSIDANGAN  PERANG UKRAINE
DI ADAKAN
TANPA RUSIA
DAN CHINA ENGGAN DATANG

AMERIKA
BIDEN UCAP HARI JADI KE 78
PADA TRUMP
INI NAK PERLI 
TRUMP DAH TUA

HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEJUK
HUJAN KEMARIN
MATA HARI BELUM KELUAR
LANGIT ARAH SHAH ALAM
BERAWAN MENDUNG
SUASANA PAGI KELAM

GUA DENGAR
TUK TUK TUK
DAN  TERNAMPAK
SEKUMPULAN PIPIT
TERBANG  MENCARI REZEKI

HARI INI 
AKAN PANAS
JIKA PETANG HUJAN
MALAM ENAK SEJUK

BRO
SENYUM
SAMBUT AHAD 
DENGAN SENYUM

ANAK KECIL PERGI KE PEKAN
MELINTAS SUNGAI DAN PAYA
SELAMAT HARI RAYA DIUCAPKAN
BERHATI HATI DI JALAN RAYA

BERHARI RAYA DI RUMAH KAK  NANI
SINGGAH SABENTAR RUMAH PAK LEBAI
MAKAN LEMANG KUTUK MADANI
KERAJAAN GAGAL WAJIB DITIBAI

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BALIK KAMPONG






SELAMAT HARI RAYA HAJI


UCAPAN

SELAMAT HARI RAYA HAJI
KEPADA PEMBACA TUKAR TIUB
PEMBENCI TUKAR TIUB
PENIBAI TUKAR TIUB
PENGUTUK TUKAR TIUB
DARI TIM TEKNIKAL
DAN TIM REDAKSI

BILA BALIK KAMPONG
HATI HATI DI JALAN RAYA
JAMU SELESA
LEMANG KETUPAT RENDANG
KUKUHKAN ISLAM BUDAYA
AMIN