Ahad, 16 Jun 2024

ZIONIS MUSUH BUKAN RAKAN NIAGA



Hizbullah tingkatkan serangan terhadap Israel

BEIRUT: Kumpulan Hizbullah yang disokong Iran meneruskan serangan balas terhadap Israel, beberapa hari selepas komander kanannya terbunuh, sementara pejuang Hamas turut terkorban di selatan Lubnan.

Komander Hizbullah, Taleb Abdallah, yang disifatkan Israel sebagai salah seorang komander kanan kumpulan itu di selatan Lubnan, terbunuh dalam serangan Zionis di kampung Jouaiyya, Selasa lalu.

Semalam, Hizbullah menyasarkan pangkalan Meron di utara Israel dengan serangan peluru berpandu dan dron ke arah pangkalan Israel yang lain bagi membalas dendam susulan serangan dan pembunuhan Taleb di Jouaiyya.

Menurut tentera Israel, dua peluru disasarkan dari Lubnan ke arah Unit Kawalan Udara Pasukan Pertahanan Israel (IDF) di kawasan Meron di utara Israel, namun tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan membabitkan unit itu.

"Beberapa sasaran udara dikenal pasti dari Lubnan ke wilayah Israel dan serangan di kawasan Goren menyebabkan kebakaran berlaku tetapi tiada laporan kematian.

"Pesawat menyerang Hizbullah di kawasan Aitarun di selatan Lubnan, selain artileri turut dilancarkan untuk menghapuskan ancaman, juga di kawasan Aitarun," katanya.

Israel dan sekutu Hamas iaitu Hizbullah, saling melancarkan serangan rentas sempadan hampir setiap hari sejak serangan pejuang Palestin pada 7 Oktober lalu menyerang Israel, mencetuskan perang di Semenanjung Gaza.

Sementara itu, Hamas mengesahkan salah seorang pejuangnya terbunuh di selatan Lubnan.

Penyelaras khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Lubnan, Jeanine Hennis-Plasschaert dan ketua Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL), Aroldo Lazaro, menyuarakan kebimbangan berhubung peningkatan serangan di sempadan Israel-Lubnan.

Melalui kenyataan bersama, mereka menggesa semua pihak menghentikan serangan dan komited untuk berusaha ke arah penyelesaian politik serta diplomatik.

"Kesilapan ini boleh membawa kepada bahaya dan konflik yang lebih meluas," katanya.

Rabu lalu, pegawai tertinggi Hizbullah, Hashem Safieddine berikrar kumpulan itu akan meningkatkan tekanan, kekuatan, kuantiti dan kualiti serangan, ketika berucap pada upacara pengebumian Taleb.

Menurut sumber tentera Lubnan, Taleb adalah komander Hizbullah yang paling penting.

Serangan rentas sempadan mengorbankan sekurang-kurangnya 471 orang di Lubnan, kebanyakannya pejuang Hizbullah, selain 91 orang awam.

Menurut pihak berkuasa Israel, sekurang-kurangnya 15 askar Israel dan 11 orang awam terbunuh. - AFP


DASAR TEPAT

BETUL & BAGUS

AMIN

BUKAN MACAM

ANWAR IBRAHIM

JUAL HARTA 

NEGARA PADA

ZIONIS YAHUDI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: