Selasa, 4 Ogos 2015

ADA DUA PARTI PAS







KINi ADA DUA 

PARTi PAS

SATU PAS HADi

SATU LAGi PAS

TUAN IBRAHiM


PAS minta Najib jawab 10 soalan objektif

PETALING JAYA: Kegagalan  Najib Razak memberikan jawapan malah mengelak dari menjawab isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi punca keyakinan rakyat terhadapnya kini semakin merosot.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man bagi mendapatkan jawapan yang jelas, beliau memberikan 10 soalan objektif bagi memudahkan Najib menjawabnya.

“Apakah akaun Ambank yang didedahkan itu milik Najib. Apakah ada duit RM2.6 bilion masuk ke akaun tersebut?” soalnya.

Menulis di status Facebook miliknya, Tuan Ibrahim turut mempersoalkan versi manakah yang betul mengenai kontroversi RM2.6 bilion yang masuk ke akaun-akaun tersebut.

Bahkan, beliau juga menggesa agar Najib menjawab persoalan apakah ada hutang 1MDB dijamin kerajaan dan adakah Najib yang meluluskannya.

“Kerajaan telah memberikan suntikan dana RM950 juta sebagi kredit tunggu-sedia kepada 1MDB pada Mac 2015 yang lalu? Bukankah dana itu ialah duit rakyat?.

“Pada 9 Mei 2015, Pengerusi Lembaga Tabung Haji Abdul Azeez Rahim berkata bahawa TH dijangka meraih keuntungan lebih RM5 juta daripada penjualan satu plot tanah di TRX yang dibeli daripada 1MDB.

“Hari ini 1 Ogos 2015, Najib berkata jika TH menjual tanah itu, maka yang akan rugi ialah pendeposit. Siapa yang sedang berbohong?” soalnya.

Pada masa sama, Tuan Ibrahim turut mendesak agar Najib menjawab sama ada adakah beliau sudah memutuskan untuk mengambil tindakan saman terhadap portal berita Wall Street Journal (WSJ).

“Apakah ahli-ahli kabinet yang lain perlu mendapatkan maklumat mengenai 1MDB daripada akhbar The Edge seperti  Muhyiddin?

“Apakah Datuk Seri akan membantah keputusan menangguhkan persidangan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi membolehkan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO syarikat itu, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi membersihkan diri dan 1MDB secepat mungkin?

“Apakah Datuk Seri bersetuju dengan  Mahathir bahawa berbicara mengenai 1MDB kini ialah satu jenayah?” ujarnya.

Berikut 10 soalan objektif yang dikemukakan kepada Najib :





  1. Apakah akaun Ambank yang didedahkan itu milik Datuk Seri?A. Ya
  2. B. Tidak

2. Apakah ada duit RM2.6 bilion masuk ke akaun tersebut, Datuk Seri?
A. Ya
B. Tidak

3. Versi di manakah betul mengenai kontroversi RM2.6 bilion yang masuk ke akaun-akaun tersebut?

A. Versi Wall Street Journal – RM2.6 bilion duit 1MDB masuk ke akaun 1MDB

B. Versi  Muhyiddin Yassin – ada dana RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi PM

C. Versi  Azalina Othman – wang RM2.6 bilion di dalam akaun bukan masalah

D. Versi  Ahmad Maslan – tiada wang 1MDB masuk ke akaun PM

E. Versi  Mahathir – duit itu untuk pilihanraya

F. Versi jawapan asal Datuk Seri – Saya tidak menggunakan duit itu untuk saya sendiri

4. Hari ini Datuk Seri berkata 1MDB bukan duit pembayar cukai. Apakah ada hutang 1MDB dijamin kerajaan  dan Datuk Seri yang meluluskannya?
A. Ya
B. Tidak

5. Kerajaan telah memberikan suntikan dana RM950 juta sebagi kredit tunggu-sedia kepada 1MDB pada Mac 2015 yang lalu? Bukankah dana itu ialah duit rakyat?
A. Ya
B. Tidak

6. Pada 9 Mei 2015, Pengerusi Lembaga Tabung  Abdul Azeez Rahim berkata bahawa TH dijangka meraih keuntungan lebih RM5 juta daripada penjualan satu plot tanah di TRX yang diberli daripada 1MDB.

Hari ini 1 Ogos 2015, Najib berkata jika TH menjual tanah itu, maka yang akan rugi ialah pendeposit.
Siapa yang sedang berbohong?
A. Najib Razak
B. Abdul Azeez Rahim

7. Apakah saman WSJ ke belum?
A. Belum
B. Sudah

8. Apakah ahli-ahli kabinet yang lain perlu mendapatkan maklumat mengenai 1MDB daripada akhbar The Edge seperti  Muhyiddin?
A. Ya
B. Tidak

9. Apakah Datuk Seri akan membantah keputusan menangguhkan persidangan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi membolehkan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO syarikat itu, Shahrol Azral Ibrahim Halmi membersihkan diri dan 1MDB secepat mungkin?
A. Ya
B. Tidak

10. Apakah Datuk Seri bersetuju dengan  Mahathir bahawa berbicara mengenai 1MDB kini ialah satu jenayah?

A. Ya
B. Tidak



------

BILA NAJIB AKAN DIJEMPUT




JENG JENG JENG
seram yang 
menyeramkam
jeng jeng jeng


‘Saya tidak tahu apa yang dibincangkan'

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Menteri Besar Johor, Mohamed Khaled Nordin menjelaskan beliau tidak tahu apa yang dibincangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri,  Muhyiddin Yassin semasa menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene pada Ahad lalu.

Katanya, pertemuan itu berlangsung secara tertutup antara mereka berdua sahaja, lapor Astro Awani.

"Setengah jam pertama Tuanku bersama Tan Sri Muhyiddin di bilik bacaan.




KAH KAH KAH
woit
satu johor nak tahu
satu malaysia nak tahu
bila pula giliran najib
dijemput datang
mengadap sultan melaka

KAH KAH KAH

-------------

Isnin, 3 Ogos 2015

BANGSA JOHOR SAMBUT MUHYIDDIN





TONTON

BANGSA 

JOHOR

SAMBUT 

MUHYiDDiN



SIAPA RAHMAN DAHLAN






SI DAHLAN
Si dahlan punya anak ni makin lama makin aku nak maki je bapa dia ni..ada anak ..sialannya mcm berpanjangan..oii man...ko naik pangkat itu bukan tuah man...itu lubang kubor ko dalam politik..ini mesti kuat makan pingaram masa kek kampung ni ..tak pu ..ini mesti kaki curi bahar orang ni masa duluk duluk...heheheh..man man....patai nah kam alap..dah no pain kam palui palui kami tek...man man...seringgit man...hehehehe on DUIT DARI TOK ARAB
Publish | Delete | Spam
DIDI KOTA BELUD
on 8/3/15
RAHMAN DAHLAN
Kah Kah Kah... Rahman Dahlan bukan dari Sepilok! Sepilok tu kat Sandakan! Rahman Dahlan dari Kota Belud! Dekat Kota Kinabalu! Kira asal orang bandar jugalah! Tapi inilah menteri paling kelakar dalam kabinet Najib! Betapa tidak jawatannya ialah Menteri Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan! 

Namun sesiapa yang pernah pergi ke Kota Belud akan mendapati inilah bandar yang paling tidak sejahtera! Betapa tidak, lembu-lembu boleh lepak di tengah bandar Kota Belud! Tahi lembu pula bersepah-sepah di sana sini! Memang terasa loya nak makan minum kat sesetengah restoran kerana terhidu bau tahi lembu! Pendek kata memang bandar Kota Belud tempat asal Rahman Dahlan kurang sejahtera! 

Tapi Rahman Dahlan adalah Menteri Kesejahteraan Bandar! Nota kepada Rahman Dahlan: Kasi sejahtera dulu itu bandar Kota Belud bah! Orang Sabah on DUIT SEDEKAH TOK ARAB
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/3/15


-------------

LLAGI KESAH DUIT TOK ARAB









NAJiB AKAN 

BUKTIKAN

DUIT DARI


TOK ARAB 

SEDEKAH 

ISU PEMBIAYAAN POLITIK HELAH MENUTUP SKANDAL 1MDB

Sejak beberapa hari yang lepas, ada cubaan yang tersusun oleh pimpinan Umno untuk membawa isu baru iaitu pembiayaan parti-parti politik. Perkara ini mula-mula disebut oleh Pengarah Komunikasi Strategik BN,  Abdul Rahman Dahlan dan disambut sendiri oleh Perdana Menteri,  Najib Tun Razak.

Dalam ucapannya di Seremban,  Najib mengumumkan kesediaan beliau untuk menyatakan punca kewangan Umno dan penyumbang-penyumbang kepada dana Umno lalu mencabar parti-parti pembangkang untuk turut menyatakan punca kewangan kami.

Operasi harian KEADILAN termasuk membayar gaji kakitangan di ibupejabat, sewa pejabat-pejabat KEADILAN negeri dan perbelanjaan ibupejabat ditampung oleh potongan gaji oleh wakil rakyat KEADILAN. KEADILAN mempunyai 29 ahli parlimen dan 40 ADUN di seluruh negara. Ahli Parlimen dan ADUN di Selangor dan Pulau Pinang (negeri yang diperintah pakatan pembangkang) menyumbang 20% dari gaji bulanan kepada KEADILAN. Ahli Parlimen dan ADUN dari negeri lain menyumbang 10% dari gaji bulanan kepada KEADILAN.

Bagi perbelanjaan lain, KEADILAN mengadakan majlis mengutip derma dari semasa ke semasa terutamanya menjelang pilihanraya. Kutipan dana dari majlis mengutip derma ini bergantung kepada kehadiran – ada yang berjaya mengutip dari RM50,000 sehingga RM500,000 bergantung berapa banyak tiket dijual.

Walau bagaimana pun, isu pembiayaan parti-parti politik ini hanyalah helah yang dimainkan oleh Umno dan  Najib Razak. Saya berpandangan bahawa isu ini ditimbulkan untuk menutup dua persoalan besar yang tidak boleh dijawab oleh  Najib  Razak:


1.    Ke manakah wang RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB dan benarkah wang itu telah diambil oleh individu-individu yang rapat dengan Perdana Menteri seperti Jho Low?

2.    Kenapakah RM2.6 bilion yang sebahagiannya dituduh turut berasal dari dana 1MDB dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri?

Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh  Abdul Rahman Dahlan dan  Azalina Othman setakat ini memberi gambaran seolah-olah dana RM2.6 bilion itu kononnya adalah sumbangan dermawan antarabangsa kepada  Najib  Razak dan bukannya dana 1MDB.

Saya tidak terkejut sekiranya  Najib Razak melalui jurucakapnya seperti  Abdul Rahman Dahlan dalam masa beberapa minggu ini akan menjual cerita-cerita berikut:

1.    Dana RM2.6 bilion itu adalah derma dari orang kaya dari Timur Tengah secara peribadi kepada  Najib Razak. Derma itu digunakan oleh  Najib Razak untuk membiayai kempen pilihanraya Umno dan Barisan Nasional dalam PRU13 yang lalu

2.    Ada bukti dalam bentuk dokumen bahawa kononnya dana RM2.6 bilion itu adalah derma kepada  Najib  Razak

3.    Oleh kerana dokumen itu, maka pemindahan RM2.6 bilion itu bukanlah berunsur rasuah dan hanyalah sumbangan politik seperti mana kes RM40 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi  Musa Aman, Ketua Menteri Sabah satu ketika dahulu.

4.    Berdasarkan perkara ini, siasatan ke atas 1MDB dan dana RM2.6 bilion di dalam akaun peribadi Perdana Menteri akan menyimpulkan bahawa tidak ada unsur rasuah dan kes ditutup begitu sahaja

Isu-isu yang dibawa kebelakangan ini berkaitan pembiayaan parti-parti politik hanyalah untuk mempersiapkan orang ramai dengan skrip yang telah disediakan iaitu siasatan berkenaan 1MDB dan dana di dalam akaun peribadi 1MDB mendapati tiada unsur rasuah dan kes ditutup begitu sahaja.

Saya yakin rakyat Malaysia yang celik tidak akan termakan dengan putar alam begini. Saya juga berharap pimpinan Umno yang masih ada sedikit maruah seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin terus mengkritik Dato’ Seri Najib Tun Razak supaya rakyat tidak diperbodohkan dengan cerita dongeng kononnya dana RM2.6 bilion ini adalah sumbangan derma orang kaya Timur Tengah kepada Najib  Razak.

  
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN






--------------

PECAH BERITA SEDUNIA








PARA 

TAHANAN 

JINJANG

DALAM

 PERJALAN 

KE RUMAH 

PASONG 

DANG WANGI

UNTUK 

DIBEBASKAN

SILA BERI

 SOKONGAN


14m: 
Terkini: OYDS akan diproseskan jaminan Mulai 5pm secara perperingkat. Mohon bersetiakawan 7pm di IPD Dang Wangi.







-----------------