Isnin, 29 Ogos 2022

SEMUA MAIN PERANAN MASUKAN NAJIB KE DALAM JIL


Saya tak ada kaitan dengan keputusan Najib kekal bersalah, kata Dr Mahathir

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan dakwaan yang beliau mempengaruhi badan kehakiman berkaitan bicara korupsi Najib Razak.

Pengerusi Gerakan Tanah Air itu berkata walaupun beliau melantik Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat ketika menjadi perdana menteri, beliau tidak mempunyai pengaruh untuk mencampuri urusan kehakiman negara.

“Saya lantik CJ (ketua hakim) kerana saya PM, itu nama yang mereka cadangkan dan saya bersetuju,” katanya pada sidang media selepas Konvensyen Nasional Berjasa.

“Tetapi untuk kata saya ada pengaruh dalam mahkamah…ada tiga tahap dan sembilan hakim yang semuanya berpandangan sama (tentang sabitan Najib).

“Mereka ambil masa empat tahun. Tidak pernah ada kes seperti ini, malah bicara Anwar Ibrahim pun hanya ambil masa sembilan bulan.

“Najib diberikan semua peluang untuk membela diri, tetapi apa yang dia buat hanya mohon untuk kecualikan orang. Hanya kata-kata dia berbanding dokumen dalam mahkamah.”

Pada Selasa, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Najib dan mengekalkan sabitan bersalah dan hukuman dalam kes SRC International.

Mahkamah tertinggi negara itu mengarahkan ahli Parlimen Pekan untuk memulakan hukuman penjara 12 tahun serta merta.

Selain itu, bekas perdana menteri itu juga diarahkan membayar denda RM210 juta atau lima tahun lagi penjara jika gagal membayarnya.

Barisan lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat. Hakim Mahkamah Persekutuan lain adalah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim serta hakim kanan persekutuan P. Nallini, Mary Lim Thiam Suan dan Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang kini menjadi hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada setiap tiga pertuduhan pecah amanah dan tiga pertuduhan penggubahan wang serta 12 penjara tahun dan denda RM210 juta atau tambahan lima tahun penjara dalam pertuduhan salah guna kuasa.

Tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman dikenakan kepadanya.

Apabila diminta mengulas yang Najib akan menerima pengampunan diraja, Dr Mahathir berkata itu adalah cara Malaysia.

“Pengampunan, bukan kuasa saya, 50-50 peluang dia akan dapat.

“Di negara ini undang-undang tak selalu dihormati, penyangak pun boleh dilayan baik.” – 27 Ogos, 2022.

SEMUA MAIN

PERANAN

PASTIKAN 

HUKUM HAKAM

BERJALAN

 DILANDASAAN

YANG BETUL

AMIN

MADEY BIJAK

BACA WATAK

LANTIK KETUA

HAKIM NEGARA

AMIN

MUHYIDIN TEGAS

TAK BUANG TIM

PENDAKWA

AMIN

SABRI TEGAS

TERUSKAN TIM

PENDAKWA WALAU

DI TEKAN KUAT

AMIN

TAHNIAH PADA

RAKYAT YANG

BERI KEMENANGAN

UNDI PAKATAN

PRU14 

AMIN

PAKATAN RAKYAT

MEMULAKAN

DAKWAAN TERHADAP

PENCURI PERASUAH

AMIN

KHALAS

FAHAMI BETUL BETUL


Penghakiman telus gambaran sistem keadilan berwibawa, titah Sultan Nazrin

SISTEM penghakiman yang telus menggambarkan proses keadilan yang berwibawa dan tidak dibayangi dengan perasaan gusar dan gentar pada sesiapa, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah dalam sistem keadilan, hakim merupakan watak penting dan mempunyai peranan besar serta menjadi simbol dalam memastikan kredibiliti dan kewibawaan institusi kehakiman.

“Sebarang bentuk keraguan perlu dihindarkan dan seorang hakim itu perlu bebas daripada sebarang pengaruh mahupun tekanan.

“Dalam usaha mewujudkan Institusi Kehakiman Syariah yang berkredibiliti dan berwibawa, pegawai-pegawai kehakiman perlu dari semasa ke semasa diberi latihan, dilengkapi kemahiran dan didedahkan dengan pengalaman agar pengetahuan dan kecekapan mereka mentafsir undang-undang dan Hukum Syarak dapat ditingkatkan,” titah Sultan Nazrin sewaktu melancarkan Jurnal Syariah Perak Al-Qanun Vol.1 2022 di Ipoh hari ini.

Baginda bertitah penulisan alasan penghakiman yang bernas dan berkualiti akan menjadi panduan dan rujukan kepada para pengamal undang-undang.

“Alasan penghakiman juga, menjadi pertimbangan kepada mana-mana pihak yang terkilan dengan keputusan yang diumumkan, bagi menilai kembali sama ada ingin meneruskan niat mereka untuk merayu atau sebaliknya.  

“Sekiranya asas dan sandaran penghakiman itu lemah, perayu berhak untuk berhujah bahawa hakim telah terkhilaf dalam penghakimannya dan memohon untuk kesnya dinilai semula di mahkamah yang lebih tinggi.

“Peluang rayuan merupakan hak yang dijamin oleh undang-undang, menjadi medan bagi hakim-hakim mahkamah yang lebih tinggi untuk menilai semula alasan penghakiman yang diputuskan oleh hakim-hakim di mahkamah yang lebih rendah; sama ada berlaku kekhilafan atau sebaliknya,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah baginda selaku ketua agama Islam yang bertanggungjawab ke atas urusan hal ehwal agama Islam, mendukung sepenuhnya prinsip kebebasan kehakiman syariah di negeri ini demi kepentingan keadilan.

Baginda turut bertitah agar usaha menambah baik sistem kehakiman syariah dan memperkasakan Mahkamah Syariah hendaklah terus dirintis.

“Menerbitkan Al-Qanun, Jurnal Syariah Perak merupakan satu contoh usaha murni lagi terpuji.  Semoga Al-Qanun dapat dijadikan bahan rujukan oleh para hakim serta pengamal undang-undang,” titah Sultan Nazrin. – Bernama, 29 Ogos, 2022.


JENG JENG JENG

FAHAMI

FAHAMI BERITA INI

BETUL BETUL

AMIN 

HALUS TAPI 

AMAT DALAM

KHALAS

BACAAN POLITIK ZAHID TEPAT


Umno mahu PRU15 diadakan sekarang, kata Zahid

UMNO mengulangi desakan supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu diadakan sekarang kerana rakyat mahukan kerajaan yang sah yang tidak disatukan melalui skim politik, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Umno itu berkata terdapat keperluan untuk mengembalikan mandat kepada rakyat.

“Barisan Nasional perlu segera mendapat mandat rakyat untuk memastikan kestabilan.

“Pendirian kami konsisten sejak awal. Jadi jangan sampai ada suara dalam kalangan kita yang mula menuduh kami bodoh kerana mahukan pilihan raya.


“Kami konsisten dalam perkara ini. Ini bukan keputusan Zahid Hamidi atau Tok Mat (Timbalan Presiden Umno Mohamed) Hassan,” katanya pada taklimat khas Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur.

Beliau berkata ini adalah suara dan keputusan yang dibuat secara kolektif Majlis Tertinggi Umno, perhimpunan agung Umno dan perhimpunan agung khas.

“Hakikat sebenar adalah senario politik yang tidak stabil meletakkan ekonomi negara merosot.

“Kestabilan dan kebaikan yang dilaungkan adalah seperti kisah dongeng semata-mata. Hakikatnya, politik yang stabil tidak akan bergantung kepada beberapa helaian kertas perjanjian (memorandum persefahaman) sahaja.”

Zahid berkata, demi semangat juang perdana menteri Najib Razak yang dipenjarakan mereka perlu meneruskan perjuangan ini pada PRU15.

“Memastikan kejayaan perjuangan parti adalah pembelaan kita untuknya.

“Kita perlu segera mendapatkan semula mandat baharu dan mutlak daripada rakyat melalui PRU15.

“Ini untuk memulihkan kerajaan yang stabil, kerana hanya dengan kestabilan, kita dapat memastikan kemakmuran dan kesejahteraan negara untuk rakyat.”

Katanya, parti itu sudah pun membuat keputusan untuk mengadakan PRU15 sekarang dan sebarang pelanggaran hanya akan meletakkan parti itu di ambang perpecahan dan kehancuran.

“Setiap daripada kita perlu kembali kepada Umno. Kita mesti mempunyai matlamat yang sama.

“Keputusan parti adalah keputusan bersama, yang mesti kita patuhi, kerana ini adalah keputusan semua.

“Jangan curiga antara satu sama lain. Jangan wujudkan parti dalam parti.”

Zahid menyeru semua ahli supaya bersatu untuk mencapai keazaman dan matlamat mereka.

“Kita perlu mencatat sejarah, kita antara yang bangkit daripada kejatuhan serta memulihkan maruah parti yang tercemar.” – 27 Ogos, 2022.

WOIT

BACAAN POLITIK

ZAHID TEPAT

LAGI BETUL

AMIN

LAGI LAMBAT PRU

LAGI BAHAYA

KERANA EKONOMI

MAKIN BURUK

AMIN

ZAHID PATUT

PECAT SABRI

YANG TAK MAHU

BUAT PRU

 SEKARANG

AMIN

PECAT JUGA 

MENTERI YANG

SOKONG SABRI

AMIN

ZAHID WAJIB

BERSIHKAN UMNO

DARI PEMBELOT

YG TINGGALKAN

NAJIB NAZAK

SORANG DIRI

DLM JIL KAJANG

AMIN

KHALAS

AMARAN DARI ALAM



ALAM BERI

AMARAN !!!

AMIN

MANUSIA MASIH

DEGIL TAK UBAH

GAYA HIDUP

AMIN

KITA SEMUA 

AKAN HANCUR

KHALAS

KATAK SERAMBI MEKAH


KATAK SERAMBI

MEKAH

KAH KAH KAH

AMIN

Capt.Salai commented on 
"POLITIKUS BUSUK KAN
 NAMA KATAK"

Ceh tt apsal lu tak cakap awal lu suka katak...wa ada tangkap katak kat jeram ulu jelebu..kalau nak yang besar ada kat kelantan tapi pahit sikit la..takut tengok muka katak tu je lu dah termuntah kahkahkah

MUJARAB UNTUK DENGGI


THE BECAUSE

SUP KATAK

MUJARAB UNTUK

LAWAN DENGGI

AMIN


Unknown commented on

 "POLITIKUS BUSUK KAN
 NAMA KATAK"

Tolonglah bang tt ooiii!!! Gwa tengok katak pun geli nak hirup sup dia pulsk?? Tolong bagi option lain lah bang. What is the because. Amin