Selasa, 8 November 2022

DUNIA MILIK PENGUNDI MUDA


Pengundi muda masih atas pagar, kata pemerhati

CALON Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu bijak memainkan penjenamaan politik mereka untuk tampil lebih menarik kepada pengundi muda.

Pensyarah Sosiologi Politik, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata kebanyakan pengundi muda ini masih “atas pagar” dalam memilih calon masing-masing.

“Ada kemungkinan untuk mereka memilih tidak keluar mengundi, bagaimanapun, jika seseorang pemimpin yang mempunyai ‘jenamanya’ tersendiri yang boleh ‘dijual’ parti dan karakter yang boleh diteladani, pengundi muda ini akan keluar untuk menyokong pemimpin tersebut.

“Ini adalah kerana ejen sosialisasi yang boleh mempengaruhi pengundi muda tersebut adalah pemimpin parti itu sendiri selain keluarga, rakan sebaya, institusi pendidikan, agensi kerajaan dan media,” katanya.

Mengikut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, lebih 68,000 pengundi daripada lebih 1.2 juta pengundi berdaftar di Pulau Pinang sahaja adalah dalam lingkungan umur 18 hingga 20 tahun.

Pada PRU14, wakil PH mendominasi kerusi Parlimen Pulau Pinang iaitu daripada keseluruhan 13 kerusi, DAP memenangi tujuh kerusi dan PKR empat manakala BN menerusi Umno meraih dua kerusi.

Sementara itu, Kishan Deepak Buxani, 25, dari Batu Ferringhi, berharap calon yang bertanding dapat mengetengahkan isu pengangguran  belia dalam kempen politik mereka kerana ia semakin menjadi kebimbangan dalam kalangan anak muda.

“Tidak ramai calon yang bercakap tentang perkara ini dan tiada hala tuju atau dasar bagaimana isu ini akan ditangani sekiranya mana-mana gabungan memenangi pilihan raya. Antara isu mendesak pengundi muda termasuk pekerjaan, gaji dan kos sara hidup,” katanya.

Kishan yang merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sains Politik di Universiti Malaysia Sarawak berkata ramai rakannya tidak sabar pulang ke kampung halaman untuk mengundi tetapi berhadapan dengan dilema sama ada menggunakan wang untuk tambang perjalanan bagi mengundi atau menggunakan duit itu untuk perbelanjaan makanan bulan depan, katanya.

Kishan dan tiga rakannya mengasaskan gerakan yang dipanggil #SiswaBalik untuk mendekati belia yang belajar di Sarawak dan mendapati 76.7% responden berharap untuk pulang ke kawasan pilihan raya mereka tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana tambang perjalanan yang mahal.

“Apa yang lebih mengejutkan 49.7% daripada mereka adalah pelajar yang berasal dari Sarawak, oleh itu kami memohon kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membenarkan undi pos bagi pelajar dan kerajaan disaran bekerjasama dengan syarikat pengangkutan untuk mendapatkan kadar tambang berpatutan untuk pelajar menempah pengangkutan masing-masing,” katanya.

Selain itu, seorang pelayan di sebuah kedai makan di Penanti, Muhammad Afiq Syazani, 21, berkata beliau mahu melihat calon PRU yang bersungguh-sungguh membawa penambahbaikan kepada kehidupan masyarakat di kawasan itu.

Beliau berkata mahu memangkah calon yang boleh menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan yang bergaji lebih tinggi kepada penduduk di sini dan menaik taraf infrastruktur di kawasan perkampungan setaraf dengan kawasan bandar.

“Antara perkara yang boleh dilihat adalah dari segi infrastruktur jalan raya. Kebanyakan jalan di dalam kawasan kampung sempit dan sukar untuk diakses. Ini boleh menjadi masalah pada waktu puncak kerana ramai penduduk bekerja di kawasan luar.

“Tambahan pula, jika lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan, maka penduduk tidak perlu keluar jauh untuk mencari rezeki,” katanya.

SPR menetapkan hari pengundian pada 19 November dan pengundian awal pada 15 November. – Bernama, 8 November, 2022.


KEMANA

UNDI MEREKA

MENENTU GARIS

NEGARA

AMIN

AKHIRNYA DUNIA

INI ADLAH MILIK

ANAK MUDA

AMIN

KHALAS

LEDAKAN BOM NUKLEAR ?



LEDAKAN BOM

NUKLEAR ?

AMIN

KHALAS

ZAMAN KEHANCURAN DAH SAMPAI


ZAMAN 

KEHANCURAN

DAH SAMPAI

AMIN

KHALAS

Unknown commented on 
"UKRAINE TAK ADA LETERIK"

Zaman kehancuran bermula woit, nak kata apa lagi, manusia bila dah ada semua akan jadi tamak, macam Kak Ros beg tangan beribu, kasut beribu semua mahal mahal belaka, sebab menabung sejak lahir kah kah kah mana satu Munke yang pakai kereta Proton ? Semua pakai kereta import kereta mewah itu pun sokong lagi kah kah kah sokong jangan tak sokong, dapat bantuan kiri kanan musim banjir musim raya musim curi sekolah curi curi malaysia

TAK JUJUR TAK APA - ASAL KAYA


TAK JUJUR

TAK APA 

ASAL KAYA

KHALAS

Unknown commented on
 "KEJUJURAN DAN KEBENARAN"
Dah tak ramai jujur sekarang, ramai nak jadi kaya pantas, semua nak wang, tak kira apa cara asal boleh kaya, kah kah kah itu akan jadi pedoman semua kah kah kah

KEMPEN BERMULA

 




KEMPEN BERMULA
SELASA 8/11/2022
KEMPEN DAH MULA
CERAMAH DAH MULA
TAPI UJAN POTONG STIM

APAKAH BETUL 
ZAHID & ANWAR
ADA BUAT PERUNDINGAN?

RAMAI KOMEN ZAHID
TAK SERANG GANAS
PAKATAN HARAPAN
KAH KAH KAH

BUAT APA SERANG
KALAU KALAU PAKATAN
JADI KERAJAAN UNTUNG UNTUNG
BOLEH BUANG KES
KAH KAH KAH

PALING MENARIK
TERTIBA PRM
MUNCUL KEMBALI
EZAM PUN TANDING ATAS
TIKET PRM
JENG JENG JENG

PRM TANDING
16 KERUSI
SATU POLITIK BARU
APAKAH INI BISNES
SEWA PARTI UNTUK 
TUJUAN WATIKAH
KAH KAH KAH 

AMERIKA
MENGUNDI HARI INI
UNTUK DEWAN KONGRESS
DARI PANDANGAN PENG ANAL
REPUBLICAN AKAN MENANG BESAR
JIKA INI BERLAKU
BIDEN DARI PARTI DEMOKRAT
AKAN SUSAH BUAT KERJA

DASAR BERI DANA
BERI SENJATA PADA UKRAINE
AKAN JADI KACAU
KERANA DASAR REPUBLICAN
AMERICA FIRST

RAMAI AHLI KONGRES
PARTI REPUBLICAN
TAK SETUJU BERI BANTUAN
PADA UKRAINE

HOKKIEN
PAGI INI CERAH DAN BASAH
LOPAK AIR MASIH ADA

KL & KL SENTRAL
NAMPAK CERAH
MATA HARI DAH KELUAR
SINAR  MASIH MANJA

SAEKOR KENG KENG
BERSUARA BISING 
SATU HOKKIEN

PIPIT BERTERBANGAN
TUK TUK DIATAS BUKIT BERSUARA
INDAH HOKKIEN PAGI INI
CERIA DENGAN SUARA UNGGAS

GUA HARAP
HARI INI AKAN PANAS
KELAMRIN GUA BOGEL
DI BALKONI SAMBIL BACA BUKU
MANDI CAHAYA MATA HARI
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT SELASA
YANG INDAH

BRO
KATA KATA LEMBUT
SENANG DIUCAP
DENGAN MUDAH DAN SINGKAT
SENANG DI FAHAMI
TAPI GEMANYA 
TIDAK AKAN BERAKHIR

BRO
KITA INI SUKA
NAK DAPAT BENDA
YANG SUSAH DIPEROLEH
TAPI KITA LUPA NIKMAT
BENDA YANG KITA
DAH ADA

BRO
KATA KATA YANG KELUAR
DARI HATI YANG BAIK
SELALUNYA SEDERHANA

BRO
KEKUATAN TIDAK DATANG
DARI KEMAMPUAN PISIKAL
TAPI DATANG
DARI SEMANGAT YANG
TAK PERNAH MENYERAH

BRO
HIDUP KITA INI
ADALAH PENJUMLAHAN
DARI SEMUA PILIHAN
KITA

BRO
KITA TIDAK BISA
MENCIPTA PENGALAMAN
UNTUK MENDAPAT PENGALAMAN
KITA HARUS
MENGHADAPINYA
TERLEBIH  DULU

BRO
SAEKOR BURUNG
DALAM TANGAN
LEBIH BAIK DARI
SEPULUH EKOR DIATAS POKOK

BRO
TERKADANG KANDANG
KITA TERLALU SIBUK
MEMIKIR KESULITAN
HINGGA LUPA
BERSYUKUR DENGAN
APA YANG ADA

BRO
MANUSIA INI
CENDERUNG LUPA
PADA KEWAJIBANYA
TAPI  INGAT
PADA HAKNYA

BRO
KEKUATAN UNTUK BERTANYA
ADALAH
LANDASAN DARI SEMUA
KEMAJUAN MANUSIA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENDENGAR
CERAMAH KALAU
TAK HUJAN

Isnin, 7 November 2022

PERSIDANGAN CUACA BERMULA



PERSIDANGAN

CUACA BERMULA

 DI MESIR

AMIN

KITA LIHAT APA

AKAN TERJADI

AMIN