Sabtu, 31 Disember 2022

SELAMAT TAHUN BARU


BELAJAR

 DARI KELMARIN

HIDUP UNTUK

 HARI INI

SIMPAN HARAPAN

 UNTUK ESOK

AMIN

SELAMAT TAHUN 

BARU

KHALAS


KURANGKAN PENDUDUK DUNIA



MAKIN RAMAI

MATI DI CHINA

AMIN

APAKAH INI PROJEK

NAK KUARNGKAN

PENDUDUK DUNIA

KHAALAS

PROJEK REMBAT HUTAN BALAK



Tolong batalkan Projek Empangan Nenggiri – Orang Asli

GUA MUSANG – “Tolonglah batalkan Empangan Nenggiri. Pusara ibu ayah saya nanti akan tenggelam, sudah mati kerana penyakit, mati lagi kerana tenggelam. Dua kali mereka mati”.

Luahan itu disuarakan salah seorang penduduk Pos Pulat, Raman Awing yang tidak dapat menggambarkan kesedihan ditanggung apabila pusara keluarganya di Kampung Wias bakal tenggelam.

Projek pembinaan Empangan Hidroelektrik Nenggiri yang dijangka beroperasi penghujung 2026 bakal menyaksikan ‘tumpahan air mata’ hampir 3,000 penduduk di kawasan terjejas seperti Pos Pulat, Pos Tohoi dan Kampung Wias apabila mereka tidak bersetuju ia dilaksanakan.

Mana tidaknya, di tanah adat itulah menjadi sejarah buat mereka apabila khazanah Gua Cha dan Gua Chawas yang merupakan bukti kewujudan awal kaum Orang Asli Temiar dengan penemuan rangka tulang manusia terpanjang di dunia turut akan tenggelam.

Penghulu Pos Pulat, Batin Majid berkata, pembinaan empangan tersebut secara tidak langsung menafikan hak Orang Asli dalam mempertahan peradaban mereka dan seolah-olah cuba melenyapkan identiti mereka sebagai orang asal.

“Hampir 3,000 penduduk membantah pembinaan Empangan Nenggiri, ia hanya menjana kuasa yang sedikit tapi terpaksa korban banyak kawasan hutan termasuk tapak warisan yang menjadi bukti awal manusia Temiar di negara ini lebih 10,000 tahun masihi,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette baru-baru ini.

Terkuburnya beberapa gua lain di dasar air turut mencabuli pengamalan agama dipraktikkan Orang Asli dari suku Menriq yang terdiri dalam kumpulan Negrito.

Menurut Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli (JKOAK), Mustafa Along berkata, komuniti itu menjadikan gunung dan gua batu kapur di sekitar kawasan penempatan mereka bagi mengamalkan upacara pemujaan semangat nenek moyang.

“Tradisi upacara itu telah menjadi kepercayaan dan pengamalan agama buat mereka. Bukankah Perlembagaan Persekutuan telah menjamin hak setiap warganegara dalam pengamalan agama. Tenggelamnya gua itu nanti, terhapuslah amalan kepercayaan mereka,” katanya.

Jelas Mustafa, fasa pertama pembinaan empangan itu pada Mac lalu membuktikan kerajaan tidak menghargai keamanan negara yang dinikmati hari ini apabila kubur perajurit yang disemadi di Kampung Kuala Wias juga bakal tenggelam.

“Di sini tempat bersemadi jasad seorang anggota pasukan Senoi Praaq yang berjasa menentang penjajah iaitu Konstabel Arus Awang bernombor badan 114953 terkorban ketika helikopter Nuri terhempas di Gunung Gerah pada November 1989, tidak berbaloi harga perjuangan demi sebuah kemajuan kecil” ulasnya sebak.

Salah satu objektif Empangan Nenggiri sebagai tebatan banjir turut dinafikan Mustafa yang berpendapat, ia dapat diatasi jika kerakusan pembalakan tidak berlaku di Ulu Kelantan.

Kerakusan pembalakan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan gondolan bukit di sekitar kawasan Kampung Kuala Wuk.

“Pelik dan dangkal objektif itu, semua tahu pokok adalah benteng semula jadi bagi menyerap air tapi kerana aktiviti pembalakan tidak terkawal, banjir pula disalahkan. Air tidak akan melimpah secara luar biasa sekiranya manusia tidak memusnahkan benteng ciptaan Tuhan, peliharalah khazanah hutan ini,” ujarnya.

Empangan Nenggiri dengan peruntukan bernilai RM5 bilion bakal menjana 300 megawatt kepada Grid Nasional dengan meningkatkan kapasiti penjanaan Tenaga Boleh Baru (TBB) di Semenanjung selain menjadi tebatan banjir kepada penduduk di hilir sungai. –

 WOIT

INI MACAM

PROJEK BAKUN

AMIN

INI PROJEK

NAK REMBAT

HUTAN BALAK

AMIN

BAKUN

TAK PEK KING

KAYA RAYA

AMIN

NENGGIRI SAPA

KAYA RAYA

AMIN

PASTI PAK LEBAI

DAPAT BINI

KETAT SENDAT

KHALAS

MATA BERAIR MINTA MAKAN



GUA SELALU

LEMAH & GAGAL

AMIN

MATA BERAIR

MINTA MAKAN

KETIKA GUA MAKAN

AMIN


Unknown commented on
 "HARI AKHIR"

jangan bagi gemOk sangat tak taK zezee tu Mr TT... gwa makin hari makan kesiyan tengOk..

TAHNIAH MEREAK BERTUGAS


Semua pusat pemindahan di Terengganu ditutup hari ini

KESEMUA pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir di Terengganu ditutup sepenuhnya pada 12 tengah hari tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Besut Kapten (PA) Ramlan Ros Wahid berkata PPS terakhir yang ditutup ialah Masjid Kampung La yang melibatkan 22 mangsa daripada lima keluarga.

Beliau berkata kesemua mangsa yang ditempatkan di PPS berkenaan pada 18 Disember lepas telah meninggalkan PPS kira-kira pukul 11 pagi.

“Saya difahamkan sebahagian mangsa menumpang di rumah saudara-mara kerana kediaman mereka musnah 100 peratus selepas dihanyutkan air banjir yang deras,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Terengganu Hanafiah Mat berkata 12 keluarga mangsa banjir yang hilang tempat tinggal akan diberikan penempatan sementara atau rumah sewa yang ditanggung oleh kerajaan negeri.

Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu berkata kerajaan negeri sedang meneliti perkara itu untuk disalurkan bantuan termasuk pembinaan rumah baharu kepada mereka yang layak.

“Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan mencari rumah sewa yang sesuai untuk keluarga yang terlibat dan bayaran sewa akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kami.

“Selain itu bagi mereka yang layak, kita akan membantu membina rumah baharu untuk memastikan mereka mempunyai tempat berteduh,” katanya.

Banjir gelombang kedua yang melanda Terengganu pada 18 Disember menyebabkan lebih 40,000 rakyat terjejas dan terpaksa ditempatkan di 315 PPS di kesemua lapan daerah di negeri ini.

Kerajaan negeri sebelum ini turut mengumumkan pemberian bantuan tunai khas sebanyak RM1,000 kepada kira-kira 10,000 Ketua Isi Rumah (KIR) yang akan diagihkan pada Januari hingga Februari tahun depan. – Bernama, 31 Disember, 2022.


TANPA MALAON

MENTERI

 PAK LEBAI

AMIN

TANPA BOMOH

MAORI

AMIN

PETUGAS TEKUN

MENJALANKAN

TUGAS

AMIN

TAHNIAH !!!

PAK LEBAI HANYA

BIJAK MENYEBAR

BERIAT PALSU

KHALAS

JANGAN BERHARAP PADA KANG KONG

 



JANGAN HARAP

PADA 

KANG KONG

KHALAS



Unknown commented on

 "HASAN MAALIK

 NASIHAT RAFIZI"

bro..dah tengok laporan dari dr uzir DOSM ke belum.selama 22 tahun zaman mellinium, kita ada majlis professor.kita memiliki warga2 profesor dan doktor pelbagai bidang.sehingga kini tiada sekor doktor atau professor yg berjaya hasilkan makanan ayam. kita bergantung kpd import makanan ayam dan pd ketika yg sama malaysia adalah pengesksport kelima terbesar ayam.kita import guna dolar bukannya guna wang riya kelantan atau pertukaran emas menurut ekonomi islam.beza rafizi dgn hasan malik ialah rafizi memberikan perincian tentang langkah2 pendek dan panjang. rafizi mensarankan kurangkan protein bernama ayam.lu ada dgr pasal opr? kenapa opr dinaikkan?asset bank negara susut disbkan kejatuhan ringgit.bank naikkan opr sb taknak permintaan tinggi terhadap hutang.pakar2 ekonomi akan kata ketika opr naik, kita jgn buat hutang sb interest tinggi.



ketika opr tinggi, kita disaran menyimpan utk interest.profesor2 gagal buat makanan ayam disbkan tiada dana penyelidikan.kajian2 profesor bukan utk tujuan komersial, kajian hanya utk tujuan dpt naik pangkat..itu saja standard tertingi professor dimalaysia. biar la dikatakan profesr kangkung, biarkan dikatakan profesor membodohkan rakyat, janji dpt gaji dpt bermewahan dpt keuntungan projek2 atas angin..profesor ekonomi juga gagal membangunkan ekonomi malaysia.rafizi bukan profesor.