Rabu, 5 Julai 2023

MUHYIDIN JUMPA MADEY !!!


MUHYIDIN JUMPA

MADEY

AMIN

RAJA PETRA

MASUK SEMANGKUK

KHALAS

ROSMAH BUAT KERENAH


Rosmah fail rayuan di Mahkamah Persekutuan cabar pelantikan pendakwa utama 

ROSMAH Mansor memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan beliau untuk mencabar pelantikan mendiang Gopal Sri Ram sebagai pendakwa utama dalam kes rasuahnya membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.

Isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu, memfailkan rayuan itu pada hari ini melalui Tetuan Akberdin & Co, telah mengemukakan beberapa persoalan undang-undang untuk dipertimbangkan oleh mahkamah.

Antaranya adalah sama ada Peguam Negara Idrus Harun berhak di bawah undang-undang untuk mengeluarkan surat pelantikan bertarikh 21 Mei 2021 secara retrospektif bagi pelantikan Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan mulai 15 November 2018, sedangkan secara fakta dan undang-undang Idrus hanya dilantik memegang jawatan Peguam Negara pada 2021.  

Pada 22 Jun lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Rosmah untuk kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar pelantikan Sri Ram sebagai ketua pendakwa dalam kesnya.

Pada 30 Ogos 2022, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak memberi kebenaran kepada Rosmah untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar pelantikan Sri Ram sebagai ketua pendakwa dalam kesnya.

Rosmah, 71, yang memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi pada 24 Jun 2022, menamakan Peguam Negara/Pendakwa Raya, Kerajaan Malaysia dan Sri Ram sebagai responden.

Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Rosmah memohon pengisytiharan bahawa pelantikan Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan melalui tiga surat pelantikan (fiat) masing-masing bertarikh 8 Julai 2020, 11 Mei dan 21 Mei 2021 adalah menyalahi undang-undang.

Selain itu, beliau memohon deklarasi bahawa keseluruhan prosiding pendakwaan dan perbicaraan penuh kes projek solar yang berlangsung sejak 15 November 2018 sehingga pembelaan menutup kesnya adalah tidak sah serta batal dan beliau perlu dibebaskan daripada semua pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Sebelum ini, Rosmah memohon untuk menggugurkan Sri Ram namun ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan yang mendengar perbicaraan kes rasuah beliau. Rayuannya berhubung perkara itu turut ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Pada 1 September lepas, Mohamad Zaini memutuskan bahawa Rosmah bersalah atas pertuduhan rasuah berkaitan projek solar hibrid dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.

Beliau kemudian memfailkan rayuan terhadap sabitan serta hukuman terhadapnya dan Mahkamah Rayuan menetapkan empat hari, dari 11 hingga 14 Julai untuk mendengar rayuan itu. – Bernama, 5 Julai, 2023.

KES ROSMAH

DAH SELESAI

DAH

JATUH HUKUM

AMIN

KINI DALAM

PROSES RAYUAN

AMIN

AKAN DIDENGAR

11 JULAI INI

AMIN

KES YANG INI

 SENGAJA BUAT

 RAYUAN

DI MAHKAMAH

PALING TINGGI

TOLAK PENDAKWA

YANG DAH MATI

AMIN

TUJUAN APA ?

INI HELAH ROSMAH

AMIN

SELASI 11 JULAI

PEGUAM ROSMAH

AKAN MINTA TANGGUH

DENGAN ALASAN

RAYUAN TELAH

DIBUAT

AMIN

TUNGGU KEPUTUSAN

RAYUAN DULU

AMIN

JIKA DITOLAK

AKAN TUDUH

BICARA TAK ADIL

AMIN

TAK CAYA SILA

TUNGGU 11 JULAI

AMIN

KHALAS

SAPA DIA SIAN SEE ?



Mengapa Kerajaan Perpaduan terus susahkan hidup Najib? – Sian See


KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan dikatakan terus menyusahkan hidup  Najib Razak walaupun selepas 10 bulan bekas Perdana Menteri itu dipenjarakan atas sabitan kes SRC International Sdn Bhd.

Penganalisis politik, Lim Sian See berkata demikian ekoran tindakan dua syarikat milik kerajaan tidak menggugurkan saman sivil terhadap Najib iaitu tuntutan ganti rugi sebanyak RM5 bilion oleh SRC International dan AS$8 bilion (RM37 bilion) oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut beliau, berikutan saman-saman sivil itu, mahkamah membenarkan permohonan injunksi Mareva secara ex-parte oleh 1MDB dan SRC International terhadap Najib untuk membekukan asetnya.

Sian See menambah, melalui injunksi tersebut, Najib hanya dibenarkan mengeluarkan wang sehingga RM100,000 sebulan untuk semua perbelanjaan keluarga termasuk kos guaman dari akaun banknya.

“Jadi selain berada dalam penjara, aset-aset Najib turut dibeku dan perbelanjaan Najib juga dihadkan bertahun-tahun lamanya sehingga perbicaraan kes-kes saman sivil 1MDB dan SRC yang bermula pada 2025 selesai.

“Satu kezaliman dan ketidakadilan yang amat parah sekali,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Kedua-dua saman sivil tersebut difailkan pada 2021 ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih berkuasa.

Beliau memberitahu, kerajaan tidak dapat apa-apa sekiranya memenangi kes-kes berkenaan kerana tidak mungkin Najib boleh bayar pampasan RM5 bilion atau RM37 bilion.

Sian See menambah, pada masa ini pun, Najib tidak mampu membayar denda RM210 juta atas sabitan kes SRC International dan tuntutan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM1.7 bilion.

“Nak penjarakan dia lagi pun tidak sebab sebab dia sudah ada dalam penjara sehingga umurnya capai 81 tahun.

“Kerajaan hanya bazirkan kos bagi peguam-peguam swasta yang diupah oleh syarikat SRC dan 1MDB serta kos mahkamah dengan kes-kes saman sivil seperti ini,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan mengapa mahu disusahkan lagi hidup Najib yang sangat banyak berjasa kepada rakyat dan negara semata-mata untuk perkara yang tidak memberi manfaat kepada sesiapa pun.

“Jadi, sebab apa mahu bantu UMNO dan Kerajaan Perpaduan hari ini jika mereka biarkan sahaja kezaliman dan ketidakadilan seperti ini,” katanya. – 

WOIT

SAPA SIAN SEE ?

AMIN

PEGUAM ?

DOKTOR ?

LAWYER ?

PEMAIN MUZIK?

ATAU BARUA

JHO LOW  ATAU 

AJEN CHINA MERAH

KHALAS 

 NAJIB

TAK DAPAT 

BAYAR DENDA

TAHAN LAGI

DALAM JIL 

BIAR SAMPAI REPUT

KHALAS

MENTERI JADI AJEN CHINA MERAH


Tidak pernah ada menteri ‘rempuh’ kementerian lain

KUALA LUMPUR – Tidak pernah ada dalam sejarah di negara ini seorang menteri ‘merempuh’ kementerian lain dan tidak menghormati tugas penjawat awam.

Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),  Abdul Rahim Thamby Chik berkata, seorang menteri sepatutnya tahu prosedur membawa sesuatu isu ke Kabinet dan bukannya ‘meraung’ di tempat kejadian dengan memberi arahan tertentu.

Menurut bekas Ketua Menteri Melaka itu, insiden sebegitu amat memalukan dan menunjukkan sikap seorang menteri Kabinet yang tidak berdisiplin.

“Beliau langsung tidak menghargai langsung penjawat awam. Malah beliau pula sebagai menteri mengarah ambil tindakan ke atas agensi di kementerian lain.

“Ini menunjuk beliau tidak ada disiplin dalam Kabinet. Beliau sepatutnya membawa isu itu kepada perdana menteri dalam mesyuarat Kabinet dan perdana menteri yang akan arahkan.

“Tapi di situ (KLIA) beliau meraung-raung, arah Menteri KDN kerana ada rasuah tetapi beliau tidak ada bukti. Macam mana kita perlu Kabinet yang berdisiplin jika menteri pun porak-peranda,” katanya  hari ini.

Beliau mengulas tindakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, ri Tiong King Sing yang didakwa melepasi kaunter Jabatan Imigresen untuk ‘menyelamatkan’ seorang pelancong China yang ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, Jumaat lalu.

Sebelum ini, King Sing menegaskan akan merujuk kepada SPRM untuk menyiasat dalang penyebaran video kekecohan yang mendakwa beliau menyalahguna kuasa di KLIA.

WOIT

TANAH MELAYU

DALAM BAHAYA

AMIN

ADA MENTERI

JADI AJEN

CHINA MERAH

AMIN

BAWA MASUK

PENDATANG YANG

TAK PULANG

KHALAS

CADANGAN MASUK AKAL



SATU CADANGAN

YANG MASUK AKAL

KHALAS

Unknown commented on
 "PEGAWAI KERAJAAN
 MAKAN RASUAH"
Negara ni bukan saja busuk dari kepala. Busuk dia macam carta minda dah pun. Kononnya kepala tak sapu, orang bawah pun takkan sapu, ini cakap cakap saja. Orang bawah tetap akan cari jalan sapu, sebab apakah? Sebab kita asyik dididik dengan sikap nak senang semua benda. Apa jalan selesai yang kita sebenarnya ada sham? Pada aku, satu saja caranya - Malay non Malay kena 50/50 di semua jabatan. Tapi taubat melayu tak suka. Kahkahkah

KUASA LAHIR DARI MUNCUNG SENAPANG


BERITA BAIK

FATAH DAN PLO
 BERUNDING DENGAN ZIONIS
BERTUKAR MAKLUMAT

KINI BANGUN ANAKA MUDA
MENOLAK GARIS  BERUNDING
SEMARAK KAN   KEMBALI 
GARIS ANGKAT SENJATA

AL- JAZEERA  LAPOR 70 %
WARGA  PALESTIN SOKONG
GARIS ANGKAT SENJATA
JANGAN LUPA
KUASA LAHIR 
DARI MUNCUNG SENAPANG
KHALAS