Rabu, 20 September 2023
PEGAWAI POLIS TERLIBAT ?
18 pegawai, anggota polis dibuang kerja
SERAMAI 18 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) dikenakan tindakan buang kerja atas kesalahan dadah, tidak hadir bertugas dan jenayah dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid berkata selain mereka, enam anggota polis turut diturunkan pangkat untuk tempoh yang sama.
“Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Kuala Lumpur juga telah membuka sebanyak 157 kertas siasatan bagi tempoh berkenaan.
“Ia merupakan penurunan berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu sebanyak 164 kertas siasatan melibatkan pelbagai salah laku dalam kalangan anggota dan pegawai,” katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.
Beliau berkata tindakan tegas berkenaan diambil bagi memastikan standard perkhidmatan polis yang berkualiti dapat disampaikan kepada masyarakat.
“Kegagalan melaksanakan penyeliaan berkesan antara punca berlakunya salah laku dalam kalangan anggota dan pegawai polis. Saya menuntut kepada semua ketua jabatan, ketua polis daerah dan ketua penyelia supaya bertanggungjawab atas penyeliaan serta menjalankan pemantauan,” katanya.
Beliau meminta pemantauan berkenaan dijalankan tanpa pilih kasih, kronisme dan melindungi mana-mana pihak. – Bernama, 20 September, 2023.
DULU UMUM
SELALU DENGAR
POLIS KAKI PAU
AMIN
POLIS DIBAYAR
OLEH TOWKAY
LENDIR & JUDI
AMIN
POLIS DAPAT
UPTI BULANAN
AMIN
SEKARANG
NAMPAK CERITA
ITU ADA BENAR
AMIN
KHALAS
BERAS - BERITA BAIK
Bekalan beras putih tempatan dijangka stabil dalam sebulan, kata menteri
KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjangkakan bekalan beras putih tempatan di pasaran akan kembali stabil dalam masa sebulan susulan pelbagai langkah intervensi dan pemantauan berterusan dilakukan kerajaan.
Menterinya Mohamad Sabu berkata hasil libat urus KPKM bersama pemain industri beras negara yang melibatkan pengilang, pemborong dan peruncit bersetuju memberikan komitmen bagi merealisasikan pelaksanaan Program Khas Beras Putih Tempatan (PKBPT) di seluruh negara.
“Melalui PKBPT, pengilang akan meningkatkan pengeluaran sebanyak 20% bekalan beras putih tempatan untuk pasaran dalam negara bagi tempoh satu tahun.
“Kita juga akan membuat intervensi di mana terdapat kekurangan, kemudian kita akan tampung melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP),” katanya pada sidang media di Kepala Batas, hari ini.
Terdahulu, beliau melancarkan Peladang Outlet Pertubuhan Peladang Kawasan Pokok Sena, iaitu inisiatif di bawah seliaan LPP dalam PKBPT bagi tujuan pengedaran beras putih tempatan kepada kumpulan sasar terutama di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan pasar raya.
Mohamad berkata kaedah intervensi itu dilakukan ketika kekurangan bekalan ayam dan telur sebelum ini.
Dalam pada itu beliau berkata Peladang Outlet di Kepala Batas, hari ini akan menjual 2,000 kampit beras pada harga RM26 untuk 10 kilogram.
Ketua Pengarah LPP Azulita Salim yang turut hadir pada program berkenaan berkata bermula April hingga Ogos 2023, sebanyak 62 program telah dilaksanakan di Pertubuhan Peladang seluruh negara yang mencatat hasil jualan sebanyak RM742,361.50 dan kehadiran pengunjung seramai 45,850 orang.
“LPP menyasarkan hingga Disember 2023, nilai jualan sebanyak RM1.59 juta diperoleh menerusi pelaksanaan Jualan Agro Madani dengan anggaran pengunjung seramai 53,000 orang,” katanya.
Sementara itu, sebanyak 40 Peladang Outlet di seluruh negara dipilih untuk menjadi lokasi pengedaran beras putih tempatan dengan menyasarkan 300 tan metrik beras putih tempatan dijual pada harga kawalan bagi menstabilkan bekalan di seluruh negara.
Program hari ini turut disertai 25 gerai Jualan Agro Madani yang menawarkan barangan keperluan asas kepada masyarakat setempat pada harga yang berpatutan dengan penjimatan hingga 30% lebih rendah daripada harga jualan di pasaran setempat. – Bernama, 20 September, 2023.
WOIT
BERAS TEMPATAN
AKAN
MUNCUL KEMBALI
AMIN
INI
BERITA BAIK
AMIN
LEBIH PENTING
DI KAJI BAGAIMANA
BERAS TEMPATAN
LESAP BERLAKU
AMIN
BUKAN NAK CARI
SAPA SALAH
TAPI NAK ELAK
DARI BERLAKU
SEKALI LAGI
AMIN
INI CARA
KERAJAAN KAPIR
SWEDEN BEKERJA
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)




