Bekalan beras putih tempatan dijangka stabil dalam sebulan, kata menteri
KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjangkakan bekalan beras putih tempatan di pasaran akan kembali stabil dalam masa sebulan susulan pelbagai langkah intervensi dan pemantauan berterusan dilakukan kerajaan.
Menterinya Mohamad Sabu berkata hasil libat urus KPKM bersama pemain industri beras negara yang melibatkan pengilang, pemborong dan peruncit bersetuju memberikan komitmen bagi merealisasikan pelaksanaan Program Khas Beras Putih Tempatan (PKBPT) di seluruh negara.
“Melalui PKBPT, pengilang akan meningkatkan pengeluaran sebanyak 20% bekalan beras putih tempatan untuk pasaran dalam negara bagi tempoh satu tahun.
“Kita juga akan membuat intervensi di mana terdapat kekurangan, kemudian kita akan tampung melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP),” katanya pada sidang media di Kepala Batas, hari ini.
Terdahulu, beliau melancarkan Peladang Outlet Pertubuhan Peladang Kawasan Pokok Sena, iaitu inisiatif di bawah seliaan LPP dalam PKBPT bagi tujuan pengedaran beras putih tempatan kepada kumpulan sasar terutama di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan pasar raya.
Mohamad berkata kaedah intervensi itu dilakukan ketika kekurangan bekalan ayam dan telur sebelum ini.
Dalam pada itu beliau berkata Peladang Outlet di Kepala Batas, hari ini akan menjual 2,000 kampit beras pada harga RM26 untuk 10 kilogram.
Ketua Pengarah LPP Azulita Salim yang turut hadir pada program berkenaan berkata bermula April hingga Ogos 2023, sebanyak 62 program telah dilaksanakan di Pertubuhan Peladang seluruh negara yang mencatat hasil jualan sebanyak RM742,361.50 dan kehadiran pengunjung seramai 45,850 orang.
“LPP menyasarkan hingga Disember 2023, nilai jualan sebanyak RM1.59 juta diperoleh menerusi pelaksanaan Jualan Agro Madani dengan anggaran pengunjung seramai 53,000 orang,” katanya.
Sementara itu, sebanyak 40 Peladang Outlet di seluruh negara dipilih untuk menjadi lokasi pengedaran beras putih tempatan dengan menyasarkan 300 tan metrik beras putih tempatan dijual pada harga kawalan bagi menstabilkan bekalan di seluruh negara.
Program hari ini turut disertai 25 gerai Jualan Agro Madani yang menawarkan barangan keperluan asas kepada masyarakat setempat pada harga yang berpatutan dengan penjimatan hingga 30% lebih rendah daripada harga jualan di pasaran setempat. – Bernama, 20 September, 2023.
4 ulasan:
lu tak dengar ke mat sabu kat.. beras ada cukup... orang beli secara panik.. kah kah kah
Check Hamzah PNAnak Beranak Kaki Sakaw Minyak Masak punya kerja beras ini
KAH KAH KAH
ini strategi mniago..
Cagho nk dapek untong copek..
Marin minyak masak..
Lopeh tu tolo..
Skrg bogheh..
Sok gulo lak...
Cui bono..
Cui bono..
Cui bono..
KAH KAH KAH
Beras setel dlm sebulan ni kata Mat Sabu .. ini dah kira dahsyat .. beras jenis apa yg boleh di tuai dlm sebulan .. jagung pon ambik maso tigo bulan utk di potik.
Catat Ulasan