Isnin, 12 November 2012

KAMERA AES YANG BAIK IALAH YANG TELAH MENYEMBAH BUMI




INI CONTOH BAIK
kamera aes yang baik 
adalah kamera yang
menyembah bumi

KOMENTAR TUKAR TIUB
tahniah kerajaan selangor
tahniah kerana membuat dasar yang tepat

tukat tiub dari awal lagi telah berkempen
menentang cara united malays national organisation
memeras duit orang ramai untuk mengkayakan kroni

tidak ada jalan lain
penyokong pakatan rakyta
wajib memcari untuk mengenal pasti
dimana kamera kroni ini dipasang

sesudah 14 hari jika kamera ini
masih lagi terpasang maka
tahu tahu la apa nak buat


SELANGOR BERI TEMPOH 14 HARI TANGGALKAN KAMERA AES – mkini
             
Kerajaan negeri Selangor akan memberi tempoh selama 14 hari kepada Kementerian Pengangkutan, bermula hari ini, untuk menurunkan dua kamera sistem penguatkuasaan automatik (AES) yang dipasang di negeri itu.
 
Anggota exco Ronnie Liu dalam laporan Nanyang Siang Pau berkata, pihak berkuasa setempat akan "membantu" menanggalkan kamera tersebut sekiranya kementerian gagal berbuat demikian.

Liu semalam dilaporkan berkata, pemasangan dua kamera tersebut di Kajang tidak mendapat kelulusan majlis perbandaran termpatan, seperti ditetapkan undang-undang.

Beliau seterusnya menggesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Pengangkutan Datuk Ser Kong Cho Ha supaya merujuk Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Kerajaan Selangor (juga mengharamkan pelaksanaan) AES di negeri itu.. kerana sistem berkenaan mengandungi banyak kelemahan," katanya.

Selangor menjadi negeri pertama yang menentang AES dengan alasan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan gagal menjelaskan kelebihan sistem tersebut.

DULU POLIS GUNAKAN GAMBAR REKAAN INI
UNTUK TUDUH BERSIH 3.0
KALI INI
KITA TUNJUKAN  KEPADAC DUNIA  MEMANG INI
YANG KITA MAHU
DEMO 12 JANUARI  ADALAH BUKTIANY

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cam ne nak tunjokkan cam ni (gambo kat dataran merdeka) coz nak buek nanti kat bukit jalil... Kena guna gambo fotosop le kot... hehehe

Tanpa Nama berkata...

Boleh bagi pencerahan atas alasan apa kerajaan persekutuan nak saman kerajaan negeri? Boleh ke?

Jalanraya dibawah kuasa kerajaan persekutuan?

Tanpa Nama berkata...

nanti keluar dalam berita....negeri selangor paling banyak kemalangan hahahahahaha

didi kota belud berkata...

KASE ASE ITU GOVERMENT.....ATAU BAHASA SUNSKRIT NYER KASI HABIS ITU PEMERINTAH.....TAHNIAH KERAJAAN SELANGOR....SAYA SAYANG SELANGOR......

albert magic berkata...

oleh kerana kerajaan persekutuan bersungguh sungguh hendak melaksanakan AES, adalah dicadangkan dikurangkan anggota cawangan trafik dlm PDRM dan diserapkan mereka dalam cawangan siasatan jenayah PDRM untuk menangani jenayah yang kian meningkat . Untuk penguatkuasa JPJ disarankan diberhentikan kerja sahaja dan biar mereka berkereja dengan kroni AES

Tanpa Nama berkata...

aku cadangkan proton buat kereta yang kelajuan maksimumnya 60 km/j. barulah kita tak kena saman!

Tanpa Nama berkata...

Banyak nye nak kena bayO kan dokkk.....
Aes lagi
Perangkap had laju lagi
Saman parking lagi
Amboiiii...banyak betul saman iyeeeee....
Tu belum..
Tol kena bayo..
Cukai jalan...
Alahai...jalanraye nye x kualiti mana pon....
Harege kerete msia yg sama membangun nye jugak...
Org kata semuanye cekik leher....
Untunglah malaysia masih aman....
Xsuka, gi berambus dr msia....haha