Jumaat, 30 Oktober 2026
MENUJU PUTRAJAYA
BERITA BAIK
FORMULA
DITERUSKAN
PUTRAJAYA PASTI
DI KENDALI OLEH
BN-PN
KHALAS
PRN Melaka: Kerjasama PN-BN landasan penyatuan ummah menuju PRU16
MELAKA: Perikatan Nasional (PN) mahu menjadikan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai landasan penyatuan ummah dan membina momentum menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Pengerusi PN, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata kerjasama itu bukan sekadar untuk memenangi kerusi ditandingi, sebaliknya membawa agenda penyatuan serta kebersamaan dengan seluruh rakyat di negeri ini.
Beliau berkata, PRN Melaka menjadi antara langkah awal yang penting selepas PRN Johor dan Negeri Sembilan, sebelum kedua-dua parti berdepan PRU16 yang dijangka diadakan tahun depan.
"Kalau kita campur antara PN dalam pilihan raya lalu dengan BN, kita boleh menang dengan selesa di Melaka ini.
"Namun, kemenangan tidak akan bermakna sebelum kita sampai ke garisan penamat iaitu pada hari pengundian dan selepas selesai tempoh pengiraan," katanya pada majlis pengumuman calon PN bagi PRN Melaka, di Bukit Katil di sini malam tadi.
Yang turut hadir, Presiden GERAKAN, Dr Dominic Lau; Presiden PEJUANG, Mukhriz Mahathir; Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Parti Wawasan Negara (WAWASAN), Wan Saiful Wan Jan.
Beberapa pemimpin UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, termasuk calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali dan calon BN DUN Pengkalan Batu, Siti Aisyah Mahmood turut hadir.
Ahmad Samsuri juga mengingatkan jentera parti supaya tidak terlalu selesa dengan kedudukan semasa, sebaliknya bekerja keras bagi memastikan kemenangan, termasuk membantu calon daripada BN yang bertanding di kawasan masing-masing.
Katanya, kejayaan kerjasama itu di Melaka juga penting sebagai bukti kesungguhan PN dan BN dalam menjayakan agenda penyatuan ummah serta mendapatkan sokongan rakyat yang menerima kerjasama berkenaan.
"PN mahu menawarkan politik matang dan sejahtera dengan komitmen membela rakyat tanpa mengira kaum, agama atau fahaman politik, khususnya di Melaka," katanya.
BARUA KEPALA MAFIA KOPORAT
BARUA KEPALA
MAFIA KORPORAT
AZAM BIN BAKI
WAJIB
DISELAMATKAN
KAH KAH KAH
KALAU BUKA
SEMUA TERBARAI
KAH KAH KAH
HANYA KERAJAAN
UMMAH AKAN
BUKA SEMUA FAIL
KHALAS
Kerajaan masih belum memberikan komitmen untuk mendedahkan laporan siasatan berhubung pegangan saham bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam bin Baki kepada umum.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata kerajaan akan menilai keperluan mendedahkan laporan itu dengan mengambil kira peruntukan undang-undang.
Pertimbangan tersebut merangkumi perlindungan maklumat peribadi, kerahsiaan dokumen siasatan, rekod pengisytiharan harta serta kepentingan pihak terbabit.
Dia memaklumkan perkara itu melalui jawapan bertulis kepada Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) di Dewan Rakyat semalam.
Menurut Azalina, Ketua Setiausaha Negara (KSN) akan mengumumkan sebarang keputusan mengenainya, mengulangi pendirian yang dinyatakannya pada Julai lalu.
Jawapan itu menyusul janji Anwar bin Ibrahim pada 20 Okt untuk mendedahkan laporan siasatan berhubung dakwaan mafia korporat dalam tempoh tiga bulan, termasuk sekiranya Azam didapati terbabit.
Bagaimanapun, laporan yang dijanjikan Anwar bi Ibrahim itu berkaitan siasatan mafia korporat manakala jawapan Azalina merujuk laporan siasatan pegangan saham Azam.
Kontroversi pegangan saham itu tercetus pada Februari, ketika dakwaan mafia korporat turut mendapat perhatian.
Pada bulan berkenaan, Bloomberg dan Malaysiakini secara berasingan melaporkan Azam, yang ketika itu masih mengetuai SPRM, memiliki pegangan saham besar dalam dua syarikat yang menimbulkan persoalan mengenai pematuhan peraturan perkhidmatan awam.
Semakan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ketika itu mendapati Azam bin Baki pernah disenaraikan memegang 17.7 juta saham Velocity Capital Partner Berhad dan kira-kira 4.52 juta saham Awanbiru Technology Berhad.
Menurut kenyataan KSN pada Februari, saham Velocity itu dibeli pada harga RM1.416 juta.
Pegangan Awanbiru pula dilaporkan dianggarkan bernilai antara RM1.24 juta dengan RM1.38 juta pada suatu ketika.
Penjawat awam dibenarkan berdagang saham, tertakluk kepada peraturan pemilikan dan pengisytiharan harta.
Ketika kontroversi itu tercetus, Pekeliling Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam 2024 yang dirujuk menetapkan pembelian saham dalam sesebuah syarikat tidak boleh melebihi lima peratus modal berbayar atau RM100,000 berdasarkan nilai semasa, mengikut mana yang lebih rendah.
Azam bin Baki menafikan sebarang salah laku. Dia sebelum ini menyatakan pegangan saham Velocity telah diisytiharkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan dilupuskan dalam tahun yang sama saham itu dibeli.
Susulan kontroversi tersebut, sebuah panel yang dianggotai Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Johan Mahmood Merican menyiasat pemilikan saham Azam.
Pada 10 Mac, KSN memaklumkan laporan panel itu telah diterima olehnya dan Anwar, sebelum dirujuk kepada JPA.
Ketika itu, mesyuarat Lembaga Tatatertib JPA dijangka diadakan dalam masa terdekat untuk meneliti laporan berkenaan.
Namun, keputusan berhubung siasatan tersebut masih belum diumumkan kepada orang ramai, walaupun Azalina berkata Jemaah Menteri telah dimaklumkan mengenai dapatan siasatan.
Tidak jelas sama ada kontroversi itu mempengaruhi keputusan untuk tidak menyambung kontrak Azam bin Baki sebagai ketua pesuruhjaya SPRM buat kali keempat selepas persaraannya.
Kontrak terakhirnya tamat pada 12 Mei lalu.
CEPLOS GUNA DANA KERAJAAN ?
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah
AMIN
RTM DAH TAK
ADA PENONTON
KAH KAH KAH
UTUSAN DAH
NAK MAMPOS
KAH KAH KAH
APAKAH INI
PROJEK CEPLOS
UNTUK PRU16
GUNA DUIT CUKAI
RAKYAT
KHALAS
KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani meneruskan inisiatif Dana Inovasi Media menerusi pelaksanaan Dana Inovasi Media 2.0 bagi memperkukuh transformasi industri media tempatan, termasuk dalam aspek pendigitalan, pembangunan bakat dan penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pelaksanaan dana itu susulan kejayaan fasa terdahulu yang menyaksikan sebanyak 72 syarikat media menerima pembiayaan berjumlah RM30 juta.
Menurutnya, pencapaian itu membuktikan industri media tempatan memerlukan sokongan transformasi selain mempunyai kesediaan dan keupayaan memanfaatkan pembiayaan berkenaan untuk memperkukuh operasi serta meneroka pendekatan baharu dalam penghasilan dan penyampaian kandungan.
“Dana Inovasi Media 2.0 mengekalkan empat skop pembiayaan sedia ada dengan penambahan satu skop baharu, menjadikan keseluruhannya lima skop pembiayaan.
“Inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk memastikan industri media terus diperkasa, khususnya dalam menghadapi perubahan teknologi dan cabaran landskap media semasa,” katanya.
Pengumuman pelaksanaan Dana Inovasi Media 2.0 itu dibuat susulan pengumuman Perdana Menteri sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 pada Jun lalu.
Fahmi berharap seluruh pemain industri media dapat memanfaatkan peluang pembiayaan itu sebaik-baiknya bagi memastikan sektor berkenaan kekal berdaya tahan dan relevan dengan keperluan semasa.
Maklumat lanjut serta borang permohonan boleh diperoleh menerusi laman web [https://danainovasimedia.komunikasi.gov.my/](https://danainovasimedia.komunikasi.gov.my/). – MalaysiaGazette
TIMBALAN TERAM BELOT
TERAM KENA
TIKAM DARI
BELAKANG
KAH KAH KAH
JD VANCE NAK
TANDING 2028
CALON PRESIDEN
AMIN
NAK TUNJUK
TAK SOKONG
PERANG TERAM
KAH KAH KAH
KHALAS
Iran terima surat tawaran rundingan damai daripada Naib Presiden AS
TEHRAN: Iran dilaporkan menerima surat daripada Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), JD Vance, namun belum memberikan sebarang maklum balas setakat Khamis.
Tehran mengesahkan sudah menerima surat berkenaan dan sedang menelitinya, ketika usaha menghidupkan semula rundingan damai antara kedua-dua negara sedang dilakukan.
Agensi berita Tasnim melaporkan Iran sudah menerima surat berkenaan tetapi belum memberikan sebarang maklum balas,
Agensi berita Fars turut menyiarkan laporan sama dengan memetik 'sumber yang mengetahui perkara itu'.
Rabu lalu, The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan Vance menghantar surat berkenaan kepada Ketua Keselamatan Iran, Mohsen Rezaei.
Akhbar itu melaporkan surat berkenaan serta komunikasi susulan antara pegawai AS dan Iran tertumpu kepada kemungkinan rangka kerja rundingan, bukan syarat khusus bagi mencapai perjanjian damai.
Perang yang bermula pada 28 Februari menerusi serangan AS-Israel ke atas Iran yang mengorbankan bekas Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei serta beberapa komander kanan tentera.
Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan ke atas Israel dan aset AS di rantau itu, selain menyekat laluan perkapalan melalui Selat Hormuz, laluan perairan yang lazimnya membawa kira-kira 20 peratus daripada penggunaan minyak global.
AS turut mengenakan sekatan terhadap pelabuhan Iran.
Laporan mengenai surat berkenaan timbul ketika usaha diplomatik untuk menamatkan perang masih belum menghasilkan sebarang persetujuan kekal.
Rabu lalu, Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, berkata Tehran sedang membincangkan satu pelan bersama negara perantara, khususnya Qatar dan Pakistan bagi menamatkan perang serta membuka semula laluan perairan berkenaan.
Tehran menegaskan Washington perlu memenuhi tujuh syarat yang ditetapkannya bagi membolehkan Selat Hormuz dibuka semula.
Antara syarat berkenaan termasuk gencatan senjata di seluruh Asia Barat, pembekuan aset Iran di luar negara ditarik balik, sekatan terhadap sektor minyak Iran dimansuhkan serta penamatan sekatan laut oleh AS.
Tasnim melaporkan 'sebarang pendirian yang melemahkan kerangka tegas yang ditetapkan Iran ini tidak boleh diterima'. - AFP
YAM SENG & YAM CHA DI BRICKFEILD
YAM SENG &
YANG CHA
BUDAYA KAMI
DI BRICKFEILD
AMIN
JEMPUT DATANG
ADA TODI
ADA AIR ANGGUR
KHALAS
Unknown commented on
"KRISIS YAM SENG"
Jom yam seng kat brickfields.
Unknown commented on
"KEMPEN KEMBIRIKAN ANJING"
Kempen kembirikan kucing patut dilaksanakan bagi mengelakkan bertambahnya populasi kucing di Kuala Lumpur.
Jigit commented on
"KEMPEN KEMBIRIKAN ANJING"
Ini adalah suatu kezaliman ke atas heiwan. Adalah lebih afdhal jika kempen kembiri ini dikenakan ke atas ustaz-ustaz tahfiz, guru besar sekolah tamil atau guru-guru tuition bagi mengurangkan kemungkinan jenayah seksual atau liwat....
Unknown commented on
"KRISIS YAM SENG"
Sejak awal zaman puak-puak opportunist begini lah merosakkan perpaduan merosakkan kekuatan melantik kroni melantik lanun melantik perasuah pembodek melantik pengkhianat menjadi pembesar, sejarah berulang kali kah kah kah kah
siapa pandai sejarah akan faham menyusahkan orang dengan tujuh dulang kuman untuk merasa nikmat lubang kah kah kah kah
Unknown commented on
"ADA NIAT NAK BUNUH ?"
Inilah dunia mereka cara pemikiran untuk menutup segala kekurangan mereka, anggap orang kita masih di tahun 60 an, percaya semua yang keluar dalam surat khabar, mereka tidak faham kekuatan www teknologi, masih memperbodoh-bodohkan orang ramai dengan karenah, kah kah kah kah
selama ini pakai otak bonsai pakai kuasa menjadi hakim menjadi penentu sebab itulah ramai penjenayah bergelar Tan Sri, bergelar Datuk Panglima kah kah kah kah kalau integriti tiada maka runtuhlah negara dikuasai perasuah tegar siang malam kah kah kah kah
PENDATANG HARAM DI JADIKAN MESIN ATM
PENDATANG
HARAM
DIJADIKAN
MESIN ATM
KHALAS
Unknown commented on
"KRISIS YAM SENG"
Imigresen cergas polis cergas kastam cergas AKPS cergas sejak akhir-akhir ini, adakah berita terpapar dalam media sesuatu yang benar atau sekadar memberi keseronokan kepada rakyat? Adakah mereka benar-benar membanteras pendatang haram atau sekadar tangkap lepas supaya mesin ATM sentiasa bersedia mengeluarkan wang apabila diperlukan?
Sekadar berkongsi pengalaman rakyat marhaen, jumlah tidak berkurangan malah bertambah kedai tom yam, kedai runcit kedai gunting rambut kedai dikendalikan warga asing kah kah kah kah
Unknown commented on
"ADA NIAT NAK BUNUH ?"
Undang-undang dicipta oleh manusia, tetapi kena ingat undang-undang dicipta oleh penjajah masih digunakan, kenapa ? Mengapa sejak kita mempunyai ramai Prof Terbang tiada kajian saintifik mengenai undang-undang?
Adakah Prof Terbang kita hanya untuk kajian politik semata-mata? Adakah kajian lain tidak memberi keuntungan kepada golongan ini? Kah kah kah kah kah kesederhanaan dan kematangan sampai kepada mereka yang rajin membaca, bukan kepada yang menonton TikTok semata-mata amin
Unknown commented on
"PONTENG MONTENG"
Golongan ini bebas berbuat apa-apa kerana dilindungi topeng agama topeng bangsa topeng kedudukan, sekali dua keluarkan kenyataan kemudian hilang terus, bukan bekerja hanya menyambung gaji elaun kemudahan sebagai ahli parlimen atau ADUN,
inilah berlaku sekarang apapun selagi rakyat boleh menerima sumbangan sebegini syukur alhamdulillah disediakan tiket khas nanti kah kah kah nak tanya satu soalan sahaja? Berapa ramai wakil rakyat menggunakan duit sendiri untuk membantu rakyat? Kalau ada syukur alhamdulillah kah kah kah kah kah
Unknown commented on
"SENJATA IRAN MAKIN DIUJI"
Sejarah telah membuktikan sebarang tindakan akan ada tindak balas nanti, ini hukum alam, hukum manusia, hukum selama ini, ramai tahu tetapi masih terus menerus kerja-kerja jahat mereka, demi kuasa demi wang, demi kedudukan, demi pangkat jawatan pingat semuanya diperlakukan dengan mudah,
tetapi ingatlah tiada apa yang kekal selama-lamanya, semuanya sementara menunggu masa yang tepat, tak kira apa jua keadaan, kalau kita sebagai manusia bertindak mengikut sentimen kaum agama bangsa maka bersedialah nanti untuk meneruskan balasan kelak, amin amin amin
tiada agama yang mengajar kejahatan hanya manusia melakukan kejahatan demi kesenangan kesenangan kesejahteraan sendiri amin, sementara menunggu baik kita ketawa kah kah kah kah kah
Unknown commented on
"PONTENG MONTENG"
Hukum hudud mesti dikenakan kepada kaki ponteng parlimen!
Unknown commented on
"PONTENG MONTENG"
betul ke 6 jahanam dah jadi 12 jahanam...
kah kah kah
KEMPEN KEMBIRIKAN ANJING
BUAT KEMPEN
KEMBIRI ANJING
AMIN
CUBA DI KL DULU
JIKA BERJAYA
BAWA & LUASKAN
KE WILAYAH
LAIN
KHALAS
Lebih 80,000 anjing liar ditangkap tahun lalu
KUALA LUMPUR: Sebanyak 80,412 anjing liar berjaya ditangkap menerusi 24,195 operasi yang dijalankan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara sepanjang tahun lalu, susulan puluhan ribu aduan kacau ganggu yang diterima daripada orang awam.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata tindakan penguatkuasaan berskala besar itu dilaksanakan selepas kementeriannya merekodkan sebanyak 45,804 aduan berkaitan haiwan terbiar tersebut dalam tempoh yang sama.
Beliau berkata, daripada jumlah keseluruhan haiwan yang ditangkap itu, sebanyak 22,228 ekor telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), dituntut semula oleh pemilik masing-masing atau diambil sebagai haiwan peliharaan menerusi program anjing angkat.
Beliau berkata, operasi tangkapan anjing liar secara berkala berdasarkan aduan awam serta kawasan panas dikenal pasti dengan PBT digalakkan membuat operasi bersepadu, terutama di kawasan berisiko.
"Pemeriksaan pemilikan dan pelesenan anjing juga dilaksanakan secara aktif di kawasan perumahan bagi memastikan pemilik mematuhi Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing yang berkuat kuasa di PBT masing-masing.
"Penguatkuasaan dan kompaun terhadap pemilik gagal mematuhi syarat pemilikan dan pelesenan anjing, termasuk membiarkannya berkeliaran di luar premis tanpa kawalan hingga menyebabkan kacau ganggu atau risiko kepada keselamatan awam," katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di portal Parlimen hari ini.
Beliau menjawab soalan Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) mengenai langkah segera dan strategi jangka panjang menangani peningkatan populasi anjing liar serta tindakan tegas terhadap pemilik haiwan mengakibatkan kecederaan serius kepada orang awam.
Kor Ming berkata, tindakan penguatkuasaan boleh diambil PBT berdasarkan Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing yang berkuat kuasa di kawasan masing-masing, antara lain mewajibkan anjing berada di bawah kawalan dan tidak dibenarkan berkeliaran di luar premis pemilik.
Beliau berkata, undang-undang kecil PBT memperuntukkan pemilik melakukan kesalahan dan boleh dikenakan kompaun, jika anjingnya mengejar, menyerang atau menggigit orang, sama ada kecederaan berlaku atau tidak.
"Pemilik juga bertanggungjawab membayar ganti rugi kecederaan dilakukan anjing terbabit, manakala bagi anjing terlibat kes gigitan, PBT boleh menangkap dan membinasakannya.
"PBT boleh menangkap anjing didapati berkeliaran tanpa kawalan atau tidak berlesen dan pemilik boleh dikompaun dan caj berkaitan serta dikehendaki mendapatkan lesen bagi anjing belum dilesenkan, tertakluk kepada peruntukan undang-undang kecil dan prosedur PBT masing-masing, jika dituntut semula.
"Bagi kes membabitkan kecuaian mengawal haiwan hingga mendatangkan bahaya atau kecederaan kepada orang awam, kes terbabit boleh disiasat di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan," katanya.
PRN MELAKA - MENANG HUMBANKAN ANWAR BIN IBRAHIM
DALAM PRN & PRU
YANG PENTING
MENANG DAN
HUMBANKAN
ANWAR
BIN IBRAHIM
KHALAS
DAKWA DAN HUKUM
LANGKAH TEPAT
KITA SOKONG
AMIN
DAKWA HUKUM
BAYAR PAMPASAN
PADA PESAKIT
MANGSA JEREBU
KHALAS
JAKARTA: Polis Indonesia menyiasat 97 syarikat, termasuk 22 syarikat yang mempunyai kaitan dengan pihak asing, berhubung kes kebakaran hutan dan tanah di seluruh negara itu, dengan 20 syarikat dikenal pasti sebagai suspek.
Ketua Badan Siasatan Jenayah Polis Nasional (Bareskrim), Komisioner Jeneral Asep Safrudin, berkata 16 daripada 20 syarikat yang dikenal pasti sebagai suspek adalah syarikat pelaburan domestik, manakala empat lagi adalah syarikat pelaburan asing.
"Jumlah syarikat yang dikenal pasti sebagai suspek mungkin meningkat apabila siasatan diteruskan," katanya pada sidang media di Pontianak, Kalimantan Barat yang disiarkan secara langsung menerusi media sosial, hari ini.
Asep berkata, syarikat yang dikenal pasti sebagai suspek sudah melantik wakil pengurusan bagi menghadapi prosiding undang-undang, dengan kertas siasatan akan dikemukakan kepada pendakwa raya sebelum kes dibawa ke mahkamah.
Syarikat terbabit disiasat mengikut Artikel 98, 99 dan 108 Undang-Undang Perlindungan dan Pengurusan Alam Sekitar yang merangkumi kesalahan alam sekitar secara sengaja atau akibat kecuaian serta pembakaran tanah.
Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun terhadap individu yang bertanggungjawab dan denda sehingga Rp15 bilion (RM3.36 juta).
"Kami mengambil tindakan terhadap syarikat yang mempunyai kaitan dengan pihak asing atau menerima pembiayaan daripada pelaburan luar negara kerana kesalahan yang didakwa berlaku dalam bidang kuasa Republik Indonesia," katanya.
Asep berkata, polis mengesyorkan pembatalan lesen perniagaan 23 syarikat susulan penemuan termasuk kejadian kebakaran berulang dalam kawasan konsesi, kebakaran yang berpunca daripada tanah milik syarikat, kemudahan pemadaman kebakaran yang tidak mencukupi serta kawasan terbakar melebihi 500 hektar.
Beliau berkata, polis setakat ini menerima 104 laporan membabitkan syarikat, merangkumi kawasan terbakar seluas 29,168.78 hektar, termasuk 33 laporan di Kalimantan Barat, 20 di Sumatera Selatan, 14 di Kalimantan Tengah, 13 di Kalimantan Selatan dan tujuh di Kalimantan Timur.
Bagi kes membabitkan individu, polis menerima 287 laporan merangkumi kawasan terbakar seluas 5,859.12 hektar, dengan 245 individu dikenal pasti sebagai suspek.
Kalimantan Barat mencatatkan jumlah laporan polis tertinggi membabitkan individu iaitu 68, diikuti Riau (59), Kalimantan Tengah (43), Sumatera Selatan (42) dan Kalimantan Timur (30).
Asep berkata, kes membabitkan individu secara umumnya berkaitan pembakaran secara sengaja atau akibat kecuaian bagi tujuan pembersihan tanah, dengan suspek disiasat mengikut undang-undang perlindungan alam sekitar, perladangan dan perhutanan
Langgan:
Catatan (Atom)









