Khamis, 29 Oktober 2026
ADA NIAT NAK BUNUH ?
ADA NIAT
NAK BUNUH ?
AMIN
MATI DIBUNUH
MATI KENA BUNUH
PASAL APA MATI
AMIN
SAPA BUNUH
SAPA TERBUNUH
TAK SENGAJA
BUNUH
JENG JENG JENG
KHALAS
Cedera atau mati dibunuh?
LFL sekolahkan Bukit Aman
dalam kes Noorizwan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, M Kumar disekolahkan tentang mengenai perbezaan antara individu yang cedera tetapi masih hidup dengan individu yang sudah tidak bernyawa.
Pengarah Lawyers for Liberty (LFL), Rania Aljunied, berkata bahawa polis sepatutnya menyiasat kematian, Noorizwan Zulkefly, yang ditemui mati dalam tahanan polis di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu berkaitan dengan kesalahan membunuh.
Dia berkata demikian bagi membalas kenyataan Kumar bahawa kematian itu disiasat di bawah Seksyen 331, iaitu kesalahan dengan sengaja menyebabkan cedera parah bagi memeras pengakuan.
“Pertama, Seksyen 331 ialah kesalahan cedera. Noorizwan telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rania berkata bahawa apabila kecederaan yang dilakukan dengan sengaja menyebabkan kematian, kesalahan itu bukan lagi sekadar kesalahan, sambil menambah bahawa keadaan kes tersebut menuntut siasatan dilakukan di bawah Seksyen 302.
“Ia adalah pembunuhan, dan dalam kes ini syarat-syarat Seksyen 302 dipenuhi. Klasifikasi sesuatu siasatan mesti mencerminkan akibat sebenar yang berlaku.
“Menyiasat kematian sebagai ‘cedera parah’ memperlakukan seorang lelaki yang telah dibunuh seolah-olah dia masih hidup,” katanya.
Bagi menyorot apa yang disifatkannya sebagai ketidakselarian ketara dalam penerapan undang-undang, Rania membuat perbandingan dalam kes memandu dalam keadaan mabuk yang mengakibatkan kematian, apabila pemandu berdepan pertuduhan membunuh.
“Bagaimana pemandu mabuk yang secara tidak sengaja membunuh pengguna jalan raya dianggap melakukan pembunuhan, tetapi pukulan yang dilakukan dengan sengaja dan teruk oleh polis terhadap seorang tahanan sehingga menyebabkan kematian bukan pembunuhan?
“Tiada orang yang waras akan bersetuju bahawa kecederaan mengerikan yang dialami Noorizwan dan kematiannya yang berikutan itu wajar menerima pertuduhan yang lebih ringan berbanding pemandu mabuk yang membunuh pengguna jalan raya.
“Undang-undang mesti dilaksanakan secara adil dan berkadar; melakukan sebaliknya bercanggah dengan kedaulatan undang-undang,” katanya.
Dengan kata lain, menurut peguam itu, kes Noorizwan jauh lebih berat. Seksyen 331 hanya membawa hukuman penjara maksimum sepuluh tahun.
“Itu bukan ukuran akauntabiliti bagi pembunuhan,” katanya.
Dia juga berkata pilihan kesalahan oleh Bukit Aman sendiri sangat bermakna kerana Seksyen 331 itu sendiri mengandaikan bahawa kecederaan parah dilakukan secara sengaja.
Dalam kata lain, polis sudah pun bertindak atas dasar bahawa seseorang telah menyebabkan kecederaan itu secara sengaja, katanya.
"Ini sama sekali tidak dapat diterima oleh keluarga. Satu-satunya klasifikasi yang boleh diterima ialah pembunuhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Apa-apa yang kurang daripada itu adalah kegagalan keadilan, dan keluarga tidak akan sekali-kali menerimanya,” katanya.
Semalam, Malaysiakini melaporkan Kumar sebagai berkata bahawa keputusan mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 331 dibuat susulan keterangan yang dirakam daripada pakar perunding perubatan forensik di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, yang menjalankan bedah siasat dan mengesahkan kecederaan luaran pada beberapa bahagian badan Noorizwan.
Kumar berkata corak kecederaan itu konsisten dengan trauma daya tumpul dan bukan kecederaan yang dilakukan sendiri.
"Bagaimanapun, laporan lengkap bedah siasat yang mengesahkan punca kematian belum diperoleh, dan polis masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak hospital berhubung perkara ini," katanya.
Namun Rania berhujah bahawa laporan yang belum selesai itu tidak akan mengubah apa-apa ataumengatasi dapatan pakar patologi bahawa trauma tumpul yang menyebabkan kematian Noorizwan.
Katanya, ujian toksikologi serta pemeriksaan darah dan sampel lain mungkin hanya boleh menjawab sama ada faktor lain turut menyumbang, tetapi tidak akan menyangkal dapatan tersebut.
“Ia tidak dapat mengatasi dapatan pakar patologi bahawa trauma tumpul menyebabkan kematian.
“Sesuatu siasatan sentiasa boleh diklasifikasi semula, tetapi klasifikasi yang memperkecilkan kesalahan sejak awal menentukan cara siasatan dijalankan, pegawai mana yang dilayan sebagai suspek, dan apa yang dipelihara,” katanya,
Bagi pihak keluarga Noorizwan, LFL mendesak Ketua Polis Negara, Khalid Ismail, supaya mengklasifikasikan semula kes berkenaan dan menyiasat kematian itu sebagai kes bunuh.
Rania turut mengkritik sikap berdiam diri Peguam Negara yang berterusan, sambil menggesanya masuk campur bagi memastikan siasatan mematuhi bukti dan peruntukan undang-undang yang relevan.
“Sementara itu, kebisuan berterusan Peguam Negara amat mengecewakan. Kami menggesa beliau campur tangan bagi memastikan siasatan berjalan mengikut fakta dan keterangan kes serta peruntukan undang-undang yang betul.
“Noorizwan tidak terselamat daripada kecederaannya. Siasatan mesti mencerminkan hakikat itu,” kata Rania
KRISIS YAM SENG
PUNCA KRISIS N9
IALAH YAM SENG
AMIN
BILA YAM SENG
CELAH SEMUA
BERTAUT SEMULA
KHALAS
Kumpulan pembesar yang sah dan Tunku Nadzruddin Tuanku Ja'afar yang mendakwa dirinya sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan menolak pewartaan pemecatan dua Undang yang dipertikaikan dan penggantian seorang lagi Undang yang bersekutu dengan mereka.
Dalam satu kenyataan bersama, mereka mendakwa keputusan pada mesyuarat 31 Julai itu tidak sah kerana dibuat dalam mesyuarat Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan yang tidak sah.
“Kami menegaskan warta tersebut adalah tidak sah, tiada kesan undang-undang dan bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 serta dibuat untuk mengelirukan masyarakat.
“Kami percaya warta tersebut juga telah dikeluarkan tanpa kelulusan yang sah daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus (MMKN) yang merupakan badan sah eksekutif negeri selaras Perkara 35 dan Perkara 40 UUTKNS 1959,” kata mereka.
Kenyataan itu ditandatangani oleh Mubarak Thahak Undang Luak Sungai Ujong; Maarof Mat Rashad (Jelebu); Muhammed Abdullah (Johol); Abdul Rahim Yasin (Rembau); Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Syed Idrus Al-Qadri; dan Tunku Nadzruddin.
'Game over?' Negeri Sembilan wartakan pemecatan Undang dipertikai
Malahan, mereka mendakwa perintah injunksi interim yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Seremban melarang anggota asal dan sah DKU daripada mengadakan atau menghadiri sebarang mesyuaratnya.
Mengambil kira Perkara 20 Perlembagaan Negeri, mereka berkata mesyuarat DKU memerlukan kuorum sekurang-kurangnya separuh daripada anggota tetapnya, tidak termasuk pengerusi, dan tidak boleh membuat keputusan atau mengeluarkan arahan tanpa memenuhi syarat ini.
“Maka sidang DKU pada 31 Julai 2026 adalah tidak memenuhi korum kerana hanya Tunku Besar Seri Menanti yang merupakan ahli tetap yang sah hadir pada sidang tersebut dan kedudukan Tunku Muhriz pula dipertikaikan kerana telah diturunkan oleh Undang Yang Empat pada 19 April lalu,” kata mereka.
Mereka menambah bahawa tiada keputusan atau nasihat sah mengenai kedudukan mana-mana Undang Luak yang boleh dibuat pada mesyuarat itu.
“Malahan tindakan mengadakan sidang DKU bertarikh 31 Julai 2026 tersebut secara nyata melanggar perintah injuksi ad-interim bertarikh 5 Jun 2026 yang menghalang sebarang sidang DKU dibuat sehingga pelupusan permohonan di Mahkamah Tinggi Seremban,” tambah mereka.
Semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa kerajaan negeri Negeri Sembilan mewartakan pemecatan tiga Undang yang bersekutu dengan kumpulan yang saha itu serta pelantikan pengganti mereka.
Dokumen tersebut ditandatangani oleh setiausaha DKU dan dicetak secara rasmi sebagai warta.
Warta tersebut merasmikan pemecatan Mubarak sebagai Undang Sungai Ujong, Badarudin Abdul Khalid sebagai Syahbandar Sungai Ujong, dan Maarof Mat Rashad sebagai Undang Jelebu.
Selain itu, warta tersebut mengiktiraf secara rasmi pelantikan Hasan Ab Hamid sebagai Undang Rembau yang baharu.
Langkah ini menyingkirkan Abdul Rahim Yasin, seorang lagi sekutu Mubarak, yang mendakwa kedudukannya sebagai Undang Rembau tidak pernah dirasmikan oleh DKU.
Turut diwartakan ialah pelantikan Faris Johari sebagai pengganti Mubarak di Sungai Ujong.
PRU 16 FORMULA MELAKA
JOHOR N9
MELAKA JADI
FORMULA BIJAK
AMIN
JIKA DITERUSKAN
KE PRU16 MAKA
ANWAR BIN
IBRAHIM AKAN
TERHUMBAN
KHALAS
PRN Melaka: PAS tanding 2 kerusi, 5 lagi diagihkan antara GERAKAN dan WAWASAN - Sanusi
ALOR SETAR: PAS mengesahkan akan bertanding di dua daripada tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) diperuntukkan untuk Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, baki lima kerusi akan ditandingi wakil GERAKAN dan WAWASAN.
Beliau bagaimanapun tidak memperincikan agihan kerusi DUN yang bakal ditandingi kedua-dua parti gabungan PN itu.
"PAS bertanding dua kerusi di PRN Melaka, (yang lain)
GERAKAN dan WAWASAN semua ada juga tempat mereka, yang PAS saya sahkan," katanya ditemui selepas merasmikan Program Siri Syarahan 'The Greater Kedah', di sini, hari ini.
Mengulas calon akan diketengahkan PAS, beliau berkata parti itu akan memilih calon yang mempunyai kelayakan, pengalaman dan berpotensi memenangi pilihan raya.
"Calon PAS yang mampu menang, calon yang ada kelulusan, ada pengalaman dan orang yang hebat," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan rundingan pembahagian kerusi dengan PAS bagi PRN Melaka sudah dimuktamadkan.
BN akan bertanding di 21 kerusi DUN, manakala PN akan bertanding di tujuh kerusi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi awal pada 10 November, manakala hari mengundi pada 14 November ini.
SUSAH AKAN SAMPAI
BILA RAKYAT
SUSAH ERTINYA
TANAH SUBUR
UNTUK
MENGHASUT
AMIN
TANAM APA SAJA
UNTUK BAWA
PERUBAHAN
KHALAS
WASHINGTON: Gangguan penghantaran bijirin, tanaman yang terancam akibat cuaca buruk serta kos bahan api dan baja yang tinggi dijangka mendorong kenaikan ketara harga makanan pada 2027, menurut Bank Dunia.
Harga makanan diramalkan meningkat kira-kira 10 peratus tahun ini berbanding 2025, diikuti kenaikan tambahan sebanyak tujuh peratus pada 2027, menurut institusi yang berpangkalan di Washington itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Harga tenaga dijangka meningkat dengan lebih ketara tahun ini, dengan Bank Dunia meramalkan kenaikan hampir satu pertiga berbanding 2025.
Bagaimanapun, harga tenaga dijangka menurun pada 2027.
Kenaikan mendadak itu sebahagian besarnya berpunca daripada perang yang dilancarkan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran, yang menyebabkan penghantaran komoditi melalui Selat Hormuz hampir terhenti sepenuhnya.
Selepas beberapa bulan berlalu sejak konflik bermula, aktiviti perkapalan melalui laluan strategik itu masih berada di bawah paras sebelum perang.
Secara keseluruhan, Bank Dunia menjangkakan harga komoditi meningkat sebanyak 23 peratus tahun ini sebelum kembali menurun pada 2027.
"Unjuran ini mengandaikan tiada peningkatan besar dalam konflik yang menjejaskan bekalan komoditi global," menurut Bank Dunia.
Bagaimanapun, institusi itu memberi amaran: "Harga tenaga boleh meningkat lebih tinggi sekiranya konflik di Asia Barat semakin meruncing dan kerosakan terhadap infrastruktur minyak Russia berterusan".
Bank Dunia turut memberi amaran bahawa harga tenaga yang lebih tinggi daripada jangkaan atau kesan fenomena cuaca El Nino yang lebih buruk boleh mencetuskan krisis makanan.
Krisis sedemikian boleh menyebabkan lebih ramai penduduk jatuh ke dalam kemiskinan tegar, seperti yang berlaku pada awal 2010-an.
Bank Dunia mentakrifkan kemiskinan tegar sebagai keadaan hidup dengan pendapatan kurang daripada A$3 sehari.
Institusi itu menganggarkan kira-kira 811 juta penduduk di seluruh dunia kini tergolong dalam kategori itu.
SETANYAHU BERKUASA - PERANG DI TERUSKAN
ADALAH BAIK
SETANYAHAU
KEMBALI
BERKUASA
AMIN
PERANG
DITERUSKAN
EKONOMI DUNIA
KACAU
AMIN
BAIK UNTUK
MENGHASUT
KHALAS
20% WARGA NEGARA ISRAEL IALAH ARAB
SEBANYAK 20%
WARGA ISRAEL
IALAH ARAB
AMIN
ADA ISLAM
ADA KRISTIAN
KHALAS
Unknown commented on
"CONTOH KERJA BERFAEDAH"
Kamu buat undang-undang, kamu menentukan siapa bersalah siapa dibiarkan siapa didakwa siapa dilepaskan, semuanya perbuatan kamu, rakyat hanya mengikut cakap.kamu, setiap kali tukar undang undang peraturan ikut sentimen kaum agama kamu jadi apa boleh kami buat?
Jadi buatlah apapun rakyat sudah tidak kisah, apabila pilihanraya sampai baru kamu teringat pengundi, semua kamu jaga mengikut jumlah undi untuk menang, Melayu dapat semua Cina dapat sedikit India dapat lagi sedikit Sabah Sarawak ditinggalkan terus, jadi tak kira siapa naik kuasa kamu punya suka juga akhirnya kah kah kah kah
Unknown commented on
"UNTUK AKTIVIS DIPENJARA
IALAH MASA BEREHAT"
ada parti arab dalam parlimen israel... adakah arab ini islam atau yahudi
Unknown commented on
"SENARAI ARAB ADA
20 KERUSI PARLIMEN"
Tunggu parlimen Malaysia dikuasai puak Taliban, apa akan dibincangkan nanti ya? Kah kah kah
Unknown commented on
"CONTOH KERJA BERFAEDAH"
Kah kah kah mereka suka intip lubang, tak suka terowong dalam, kotor jijik, sampai Sajat lari kena kepung dengan kopiah putih, kah kah kah. Semua minat mengacau orang lain, diri sendiri penuh najis kelakuan haprak perangai rasuah makan duit haram setiap masa, tetapi bab berlakon drama alim ulama ini terpaling hebat kah kah kah kah
Unknown commented on
"SENARAI ARAB ADA
20 KERUSI PARLIMEN"
amanah hantar gen z jadi calon.. baik mmg baik..
kah kah kah
tapi kenapa peragai sama je cam politikus raksaksa purba..
jika gen z itu sekadar umur... baik madey..
kah kah kah
Unknown commented on
"PAGI INI"
jalan dengan ramai kawan lambat sampai... pasti lambat..
kah kah kah..
Unknown commented on
"PENCURI LAKI BINI"
Muka contoh wanita isle suci murni..mithali...what a sight.
Unknown commented on
"BUAT KERJA BERFAEDAH"
4 hours ago
Indahnya isle...you asked for it now live with it...
HANYA REVOLUSI SELESAIKAN MALASAH KITA INI
MAT MUTHU LIM
BAYAR CUKAI
AMIN
YANG KAYA
BAYAR AKAUNTAN
AMIN
ROSMAH YANG KAYA
BAYAR PEGUAM
AMIN
GOH TONG ANANDA
SYED NOKHTAR
BAYAR POLITIKUS
AMIN
ANWAR BIN
IBRAHIM
BELI
AZAM BIN BAKI
KHALAS
CONTOH KERJA BERFAEDAH
INI CONTOH
KERJA BERFAEDAH
UNTUK NEGARA
AMIN
INTIP CARI
MAKLUMAT
PELOMBONG
HARAAM
AMIN
BUKAN INTIP
ORANG NAK
BERKHALWAT
NAK BERANCUK
KHALAS
Sebanyak 100 kertas siasatan dibuka membabitkan aktiviti perlombongan haram di Kelantan menerusi 104 operasi penguatkuasaan bersepadu yang dijalankan dari 2024 hingga September tahun ini.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohamed Fadzli Hassan berkata daripada jumlah itu, 51 kes masih dalam siasatan manakala 49 kes lagi telah diselesaikan.
Beliau berkata kesemua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 158 Enakmen Mineral Negeri Kelantan 2001.
“Berdasarkan rekod penguatkuasaan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan bagi tempoh 2024 hingga September 2026, 51 kes masih dalam siasatan dan baki 49 kes lagi telah diselesaikan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Nik Bahrum Nik Abdullah (PAS-Chempaka) mengenai tindakan kerajaan negeri terhadap aktiviti perlombongan haram pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamed Fadzli berkata tindakan penguatkuasaan yang diambil termasuk penyitaan jentera dan tapak perlombongan, pemusnahan peralatan mendulang haram serta penahanan dan pendakwaan pihak yang menceroboh.
Beliau berkata kadar denda dan kompaun turut ditingkatkan bagi kesalahan berulang sebagai langkah memberi pengajaran kepada pesalah.
Selain itu, kerajaan negeri memperkukuh langkah pencegahan melalui pemasangan papan tanda amaran dan pemantauan udara menggunakan teknologi dron di kawasan berisiko tinggi.
Mohamed Fadzli berkata Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan bersama pasukan keselamatan termasuk polis, Pasukan Gerakan Am, Pasukan Simpanan Persekutuan dan Cawangan Khas, serta Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dan Jabatan Mineral dan Geosains turut melaksanakan operasi berkala di kawasan panas aktiviti perlombongan haram.-Bernama
UNTUK AKTIVIS DIPENJARA IALAH MASA BEREHAT
UNTUK AKTIVIS
DI PENJARA IALAH
MASA BEREHAT
MASA MEMBACA
MASA BERFIKIR
MASA MERANCANG
DAN
KURUSKAN BADAN
KHALAS
SENARAI ARAB ADA 20 KERUSI PARLIMEN
20 KERUSI
PARLIMEN ARAB
DI KETEPIKAN
AMIN
NETANYAHU TERUS
BERKUASA
AMIN
DASAR HISBULLAH
JAWAPAN TEPAT
KHALAS
BEIRUT: Pemimpin Hizbullah, Naim Qassem, menegaskan kumpulan disokong Iran itu tidak peduli dengan keputusan pilihan raya Israel, sebaliknya berikrar akan terus menentang negara itu.
Kenyataan itu menyusul ketika keputusan 85 peratus undi menunjukkan blok berhaluan kanan pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mendahului tipis blok pembangkang utama.
Namun, baik pimpinan sedia ada mahupun pembangkang, masih belum mencapai majoriti mutlak selepas pilihan raya pada Selasa bagi membentuk kerajaan.
"Kami tidak peduli siapa yang bakal memerintah Israel, tetapi biarlah jelas bahawa mereka tidak boleh meneruskan pendudukan dan mesti keluar dari tanah kami," kata Qassem dalam satu kenyataan bertulis.
"Penentangan akan diteruskan dan (kami) akan berdiri menentang sebarang pencerobohan yang ditujukan kepada kami serta Lubnan.
"Tiada ruang untuk membincangkan isu perlucutan senjata (Hizbullah) selagi pendudukan dan pencerobohan berterusan," katanya lagi.
Kumpulan itu, yang pernah mendominasi politik di Lubnan, dilaporkan semakin terjejas akibat dua peperangan yang dihadapinya menentang Israel sejak 2023.
Pada Jun, pihak berkuasa Lubnan dan Israel menandatangani perjanjian rangka kerja yang merangkumi perlucutan senjata Hizbullah, pengunduran tentera Israel secara berperingkat dari wilayah yang diduduki, serta pengagihan tentera Lubnan ke kawasan itu.
Bagaimanapun, Israel terus melancarkan serangan dan meruntuhkan bangunan di dalam dan sekitar wilayah yang didudukinya, manakala Hizbullah enggan tunduk kepada pelan kerajaan untuk melucutkan senjata mereka. - AFP
Langgan:
Catatan (Atom)








