Georgetown: Polis mengesahkan wujud ancaman terhadap nyawa Psy apabila penyanyi dan penghibur antarabangsa dari Korea Selatan itu tiba di negeri ini, kira-kira jam 7 pagi, Isnin lalu. 

Ketua Polis Pulau Pinang, Abdul Rahim Hanafi, berkata beliau mendapat maklumat daripada ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu mengenai ancaman ke atas penyanyi berkenaan. 
Polis terpaksa meningkatkan kawalan dan mengiringi Psy sebaik penyanyi itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) Bayan Lepas di sini, sehinggalah beliau beredar.