KOTA KINABALU: Ketua Polis Negara, Ismail Omar mengesahkan kumpulan penceroboh di Lahad Datu adalah daripada keturunan Sultan Sulu dari Selatan Filipina. 


Beliau berkata, menerusi rundingan dengan polis, kumpulan terbabit meminta dua tuntutan iaitu mereka diiktiraf sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan rakyat Sabah berketurunan Sulu tidak dihantar pulang ke negara asal. 


"Setakat ini rundingan berjalan dengan baik dan kita jangka ia dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.