Sabtu, 28 November 2015

SEBULAN DUA?









DARi 34 DAH

JADi 1000

INi HEBAT


Najib akan dijatuhkan dalam sebulan dua- Ketua UMNO Cawangan


Ketua-ketua cawangan UMNO sedang merangka beberapa rancangan yang melibatkan jumlah penyertaan yang lebih besar dalam gerakan itu.

PUCHONG: Lebih 200 orang Ketua UMNO cawangan yang mendesak Presiden Parti, Najib Razak meletak jawatan, mengakui pergerakan itu semakin berkembang dengan lebih banyak sokongan.
Ketua Cawangan Bandar Putri Puchong, Mohd Shukor Mustaffa mengingatkan agar kepimpinan tertinggi UMNO tidak memandang ringan desakan itu lagi memandangkan ia boleh menjatuhkan Najib dalam jangka masa sebulan dua lagi
Ketua-ketua cawangan UMNO katanya, sedang merangka beberapa rancangan yang melibatkan jumlah penyertaan yang lebih besar dalam gerakan itu.
“Kita akan susun beberapa aktiviti yang lebih besar daripada ini.
“Asalnya 34 cawangan, tetapi hari ini lebih 800 hingga 1000 ketua cawangan UMNO yang menyertai kami dalam desakan Najib berundur.
“Jika kami ada kuasa mengundi dia jadi Presiden, maka kami juga ada kuasa menolaknya dan ia akan dilakukan dalam masa sebulan dua,” katanya dalam satu sidang media di Kinrara Golf Resort.
Dalam pada itu, ketua cawangan UMNO Teluk Kemang pula mengesahkan pihaknya akan dihadapkan ke Tribunal Disiplin parti ekoran desakan secara terbuka mengajak Najib berundur.

KAH KAH KAH
woit
gerakan ini memang hebat
dari 34 ketua cawangan
kini dah jadi 1000
memang cool
memang gempaq
kah kah kah
dalam masa sebulan dua
najib akan lingkup
wow... ini hebat
ini... terangkat
betul ke ini?
atau hot hot chicken shit
kah kah kah

ANGAT ANGAT

----------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hot hot cari makan

Tanpa Nama berkata...

Ingat.. UMNO haramjadah ni ada 21000 ketua cawangan.. jika 1000 ketua cawangan.. baru 4% ja yg melawan.. so.. Najib and the haramjadah geng masih kuat dgn 96% ketua2 cawangan yg berdiam diri sbb dah kenyang dgn beg2 jesbon itam.

Yg jadi ahli parlimen jangan cakap la.. 140 orang ja.. cukup enteng nak dijaga dgn duit untung PETRONAS yg x teraudit pun dah lebih drpd mencukupi. Jadi 2.6 billion boleh rembat bersih la. Perlu diketahui.. duit yg dirembat Najib bukanlah setakat itu saja.. jika disuluh betul2.. sudahpun mencapai atau cecah 1 trillion. Maklumlah 7-8 tahun berkuasa..