Khamis, 20 Oktober 2016

MARI BERSETIA KAWAN






MARI SAMA

BERSETIA 

KAWAN



 SALAM  DARI BERSIH

Pada awal pagi tadi, kereta kepunyaan anak Pengerusi BERSIH 2.0, Pn Maria Chin disimbah cat merah di perkarangan rumah beliau. 

Sejak hari pertama tarikh himpunan aman BERSIH 5 diumumkan, serangan- serangan jijik, kotor dan ganas ini dilakukan terhadap Maria dan keluarganya.

Malah, dua hari yang lalu, Maria Chin dan 3 anaknya bersama dengan Ambiga Sreenevasan dan Mandeep Singh turut diugut bunuh. 

BERSIH 2.0 menyeru semua pihak untuk menyatukan tenaga untuk menolak keganasan politik ini.

Pn Maria Chin bersama dengan anaknya sedang melakukan satu laporan polis mengenai kejadian awal pagi ini.

Pada petang ini, BERSIH 2.0 akan ke Bukit Aman untuk menyerahkan satu memorandum mengenai kesemua kejadian  yang telah berlaku.

Semua di jemput untuk berkumpul di pintu utama Bukit Aman pd:

Tarikh : 20 Oktober 2016 (Hari ini)
Masa: 4 petang
Tempat: Pintu Utama, Bukit Aman

Tolong sebarkan informasi ini dan turun bersolidariti.

"Satukan Tenaga, Malaysia Baru"

19 November - Kuala Lumpur

Terima kasih,
Mandeep Singh
BERSIH 2.0





------------------