Ahad, 1 November 2026

ISRAEL BELUM ADA KERAJAAN - SETANYAHU MASIH BERKUASA


SETANYAHU KALAH

TAPI 

MASIH BERKUASA

TAKDA 

KERAJAAN BARU

AMIN

MENGGULINGKAN KERAJAN ZALIM ADALAH WAJIB


MENGGULINGKAN

KERAJAAN ZALIM

ADALAH WAJIB

AMIN

SATU TANDA ARAH KE PUTRAJAYA


INI TANDA

ARAH JALAN

KE PUTRAJAYA

KHALAS


BN pelawa PN tadbir Melaka 


jika menang PRN


Barisan Nasional (BN) bersedia mengundang Perikatan Nasional (PN) untuk menyertai barisan pentadbiran kerajaan negeri, sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 14 Nov ini.

Pengerusi BN  Ahmad Zahid Hamidi berkata pendekatan itu diambil, bagi menghormati mandat rakyat serta kesepakatan politik yang dimeterai antara kedua-dua gabungan, sama seperti yang pernah dilaksanakan di Negeri Sembilan.

“Sebagaimana yang telah berlaku di Negeri Sembilan, apabila kerajaan terbentuk maka kita honour pelantikan supaya mereka (PN) berada di dalam kerajaan.

"Begitu juga di Melaka, apabila Kerajaan Perpaduan dulu terbentuk, rakan-rakan kita dalam PH (Pakatan Harapan) juga telah dilantik sebagai Exco dan juga Timbalan Exco, tetapi kemudiannya mereka telah membuat keputusan untuk keluar.

“Jadi kita akan lakukan perkara yang sama untuk ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) daripada PN yang memenangi kerusi-kerusi berkenaan dan insya-Allah kalau kita membentuk kerajaan, kita akan jemput juga untuk mereka menganggotai kerajaan negeri yang akan terbentuk,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Deepavali 2026 di Dewan Umno Bagan Datuk, di Bagan Datuk hari ini.

Pada PRN kali ini, BN bertanding 23 kerusi daripada keseluruhan 28 kerusi yang dipertandingkan manakala PN bertanding di lima kerusi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 14 Nov sebagai hari pengundian PRN Melaka, manakala pengundian awal pada 10 Nov.- Bernama

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN


EKONOMI EROPAH

EKONOMI DUNIA

MAKIN KACAU

AMIN

INI TANDA 

PERANG DUNIA

AKAN SAMPAI

AMIN

SAMA MACAM

1939 EKONOMI

DUNIA MELESET

AMIN

JALAN KELUAR

HANYA PERANG

KHALAS



Rusuhan memuncak di Perancis, lebih 500 ditahan


PARIS: Pertempuran meletus di Paris dan beberapa bandar utama Perancis sejak Sabtu selepas ratusan ribu orang menyertai tunjuk perasaan minggu ketiga bagi membantah peningkatan kos sara hidup.

Lebih 500 orang ditahan manakala pihak polis melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata bagi membubarkan kumpulan perusuh di pinggir perhimpunan.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Laurent Nunez, mengecam tindakan anarki sesetengah pihak, termasuk kes di Paris yang menyaksikan seorang anggota polis diserang menggunakan bom Molotov.

Kementerian Dalam Negeri mengesahkan polis menahan 565 orang di seluruh negara menjelang lewat Sabtu. Seramai empat anggota polis dan seorang gendarme cedera di Paris, dengan tiga daripadanya mengalami luka terbakar.


Rusuhan Gen Z gegar Jerman, kedai dirompak di Frankfurt

FRANKFURT: Kumpulan perusuh bertopeng merompak beberapa premis perniagaan di Frankfurt ketika gelombang demonstrasi berskala besar sejak Sabtu bertukar ganas di seluruh Jerman,

Ia menyaksikan pihak polis terpaksa melepaskan tembakan meriam air ke arah kumpulan belia yang membaling bom Molotov.

Beberapa anggota polis dilaporkan cedera dalam keganasan berkenaan selepas puluhan ribu orang menyertai tunjuk perasaan diterajui golongan muda di bawah anjuran kumpulan 'GenZ regelt!' atau 'Gen-Z Mengambil Alih'.

Perhimpunan itu, yang mengambil iktibar daripada gerakan serupa di Perancis dan Itali bagi menuntut elit politik memberi perhatian kepada kebimbangan generasi muda, pada awalnya berlangsung secara aman sepanjang hari.

Namun, ketegangan mula memuncak menjelang malam apabila sebahagian kumpulan belia enggan bersurai, sekali gus mencetuskan pertempuran di beberapa bandar utama termasuk Berlin, Cologne dan Hamburg.

Keadaan dilaporkan paling buruk di pusat kewangan Frankfurt, apabila pihak polis berdepan serangan balingan batu, bunga api dan bom petrol daripada penunjuk perasaan, sebelum bertindak balas menggunakan meriam air dan semburan lada.

"Rusuhan ganas sedang berlaku. Cermin premis perniagaan dipecahkan di beberapa kedai dan bom Molotov turut dilemparkan ke arah anggota keselamatan," kata pihak polis dalam satu kenyataan.

Antara premis yang dirompak termasuk sebuah kedai senjata selepas cermin tingkat hadapannya dipecahkan. Pihak polis memaklumkan telah menahan seorang suspek dan merampas dua laras senjata.

Menteri Dalam Negeri Negeri Hesse, Roman Poseck, mengesahkan bahawa kira-kira 100 pelampau sayap kiri telah meresap masuk ke dalam perhimpunan di Frankfurt hingga mencetuskan anarki.

"Ia amat memalukan bagaimana perhimpunan di Frankfurt ini berakhir," katanya.

Di Hamburg dan Cologne, polis turut menggunakan meriam air selepas penunjuk perasaan menyasarkan petugas perkhidmatan kecemasan dengan balingan bunga api, batu dan botol.

Manakala di Berlin, perhimpunan berasingan oleh penganjur lain turut bertukar kecoh apabila polis dilemparkan dengan telur dan botol.

Penunjuk perasaan dilihat membawa sepanduk tertera 'Masa untuk menentang' dan 'Merz mesti berundur', merujuk kepada Canselor Jerman daripada larti konservatif, Friedrich Merz.

Tuntutan gerakan berkenaan merangkumi bantahan terhadap kos sara hidup yang tinggi, prasarana sekolah yang terabai, serta pemotongan perbelanjaan kerajaan.

Secara umumnya, mereka membantah tindakan ahli politik yang membuat keputusan tanpa memikirkan masa depan generasi muda.

Selain itu, mereka turut tidak berpuas hati dengan peningkatan mendadak perbelanjaan ketenteraan serta model perkhidmatan sukarela baharu bagi menambah bilangan tentera, yang dikhuatiri menjadi langkah awal ke arah pengenalan semula kerahan tenaga.

Kumpulan GenZ regelt! mendakwa kira-kira 120,000 orang menyertai demonstrasi di seluruh negara, sedikit rendah berbanding sasaran awal 180,000 peserta.– AFP






NAJIB MAKAN TANGGUNG BERAK CANGKUNG


LEPAS INI

MASUK BALIK

KAH KAH KAH

50 JUTA  RINGGIT

TAK BERBALOI

AMIN

KAJANG LAGI

NIKMAT 

MAKAN TANGGUNG

BERAK BANGKUNG

KAH KAH KAH

TAK PERLU

GOMOL  BIK MAMA

KAH KAH KAH

KHALAS


'Najib kekal di penjara selagi denda RM50 juta tidak dibayar' - AG


KOTA BHARU: Bekas Perdana Menteri, Najib Razak, sehingga kini belum membayar denda RM50 juta bagi menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Peguam Negara, Dusuki Mohktar, bagaimanapun berkata tiada had masa ditetapkan berhubung bayaran denda berkenaan.

"Selagi denda terbabit tidak dibayar, Najib kekal berada di penjara," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan memberi pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028 sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.

Perkara itu diumumkan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong yang mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

Susulan itu, peguam Najib memaklumkan tidak mampu membayar denda RM50 juta yang dikenakan sebagai antara syarat untuk membolehkannya menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International di bawah tahanan rumah.

Peguamnya, Muhammad Shafee Abdullah, dilaporkan berkata, Najib tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk menjelaskan denda berkenaan.

UMNO kemudian melancarkan Tabung Solidariti Najib untuk membantu melunaskan jumlah itu serta menggesa pemimpin, ahli dan penyokong parti turut menyumbang.

MENUNGGU PEMBAYARAN

 


LU TULIS GUA

DAPAT DUIT 

BULANAN

DARI PAS UMNO

AMIN

JIKA BETUL

INI BERITA BAIK

MUDAH GUA BELI

FRISKIES UNTUK

WARGA HOKKIEN

AMIN

LU ADA CARA

SILA URUSKAN

AMIN

SAMPAI SEKARANG

TAKDA SAPA

BAYAR GUA

KECUALI

MALAYSIA KINI

AMIN

KALAU LU ADA

JALAN GUA

SENTIASA SEDIA

KHALAS

Unknown commented on

 "CERAH MENUJU PUTRAJAYA"


Cerah ke kajang stay sungai buluh. Hisham ini pro sakau. Berapa banyak UMNO dan PAS bayar kau bulanan?. Hari2 makan Haram. Sebab itu lah benci bear Anwar Ibrahim. Aku do akan kepupusan kau selama2nya.


Unknown commented on 

"CERAH MENUJU PUTRAJAYA"


hilang jerebu nampak lah putrajaya kah kah kah bersama kerja sama bersama sama lah lawan musuh utama woo it!!


Unknown commented on 

"DUNIA BARU TANPA ISRAEL"


musuh utama serta tiada lagi garis merah ! Hal negara bukan main2 malahan sudah Ada kematian org awam budak sekolah ,… apa lagi nak d kato ! Zionist & merika byk melakukan kemungkaran etc united nation x leh buat apa2 hehe!!


Unknown commented on 

"KUASA CUKONG DAN KOPORAT MAFIA"

kita ada eksekutif berkuasa dalam negara boleh bagi habuan atau menteri keterjaminan negara boleh pantau oops silap keterjaminan makanan sorry sorry ! woof kita yam seng dulu kah kah kah


Unknown commented on 

"PAGI INI"

tt... Jerebu di​ udara ta' habih ingat ta' Jerebu​ pm 2.5​ kah... (3)


Unknown commented on

 "YAM SENG TAKDA

 SOKONGAN DI JELEBU"


Teruskan bertugas yamseng!

AMERIKA SOROK DATA


AMERIKA SOROK

DATA KEJAYAAN

SERANGAN IRAN

AMIN

PARIS DAN POLITIK JALAN RAYA

 



PARIS DAN

POLITIK

JALAN RAYA



Pada 19 Oktober 1793  kepala  Marie Antoinette Permaisuri  Raja Perancis  telah di penggal.  Marie Antoinette  menjadi  simbol kejayaan pemberontakan  rakyat Perancis. Dari sebuah Negara Feudal Perancis menjadi Negara Republik.

Marie Antoinette akan terus diingati : ‘.. Kalau takda roti makan kuih....’ Kata-kata ini terhambur dari mulut bila Baginda mendengar suara rakyat menjerit-jerit  meminta roti.

Revolusi Perancis  dari 1789 ke 1799 hakikatnya adalah tunjuk perasaan politik jalan raya. Politik jalan raya ini telah  yang menumbangkan  rejim feudal Louise Ke 16.

Justeru demo, tunjuk perasaan dan politik jalan raya  telah menjadi tradisi kukuh dalam badan budaya politik Peranchis. 

Saya masih ingat lagi bulan Mei 1968  - ketika saya dalam Tingkatan Lima di Jelebu saya telah membaca berita pelajar dan mahasiswa kota Paris bangun menunjuk perasaan.

Isu yang menjemput para pelajar dan mahasiswa ke jalan  raya ialah keadaan pembelajaran di Universiti Nanterre dan Sorbonne  yang mengecewakan. Kuliah padat. Sistem kampus merosot dan kerajaan Presiden  Charles de Gaulle menekan anak muda pelajar dan mahasiswa.

Dalam masa yang sama Peranchis terlibat dalam perang kolonial di Indo China.   Pertempuran di Dien Bien Phu  yang  bermula pada 13 Mac  hingga ke  7 Mei 1954 menjadi tanda penamat. Gerila Vietkong di bawah pimpinan Ho Chi Minh berjaya mengalahkan  kuasa kolonial Peranchis.

Tetapi perang disambung. Kekalahan Perancis  di Vietnam  diambil alih oleh kuasa imperialis Amerika.

Di Perancis - gerakan mahasiswa Mei 68 membawa jutaan warga Peranchis ke jalan raya. Mogok besar berlaku. Kaum buruh, kaum tani,  kesatuan sekerja, para seniman, para intelektual kota Paris   semua turun ke jalan raya.  Kerajaan Charles de Gaulle hampir runtuh.

Hingga ke hari ini Mei 68 atau di kenali di Perancis sebagai The Almost Revolution -  terus menjadi rujukan kepada gerakan pelajar seluruh dunia. 

Justeru politik jalan raya dan demonstrasi  diterima pakai sebagai budaya politik Perancis.

Pada November 2018  ekonomi  dunia dan Perancis menjadi tidak menentu. Harga bahan bakar petrol naik, harga gas naik dan kos sara hidup melonjak. Kaum buruh dan pekerja merasa kos hidup mereka makin menekan. Maka  setiap hujung minggu mereka keluar berdemo menunjuk perasaan menuntut agar kos sara hidup di tangani dan cukai di kurangkan.

Gerakan ini di panggil Gerakan Jaket Kuning  - ini kerana ramai yang keluar  berdemo  memakai jaket berwarna kuning.

Gerakan ini keluar berdemo setiap minggu. Kadang kala  besar dan mengampuh. Hampir dua tahun  Jaket Kuning turun berdemo akhirnya  Presiden Emmanuel  Macron. Membatalkan kenaikan cukai untuk mengurangkan kos hidup.

Satu bulan ke belakangan ini Peranchis bergolak lagi. Kalau  tahun 1968 pemula politik jalan raya ialah mahasiswa kali ini anak- anak sekolah menengah.

Kesah bermula apabila pada 17 September 2026 Guru di Sekolah menengah  di pinggir kota Paris mogok.  Tiga hari kemudian anak murid di Lycée Antoine-de-Saint-Exupéry di Créteil  ini keluar sama menyokong tuntutan guru.

Mereka mahu sistem persekolahan di baiki. Guru di tambah. Bila guru bercuti pastikan ada guru pengganti. Bilik darjah kini padat perlu bangunan baru di dirikan. Di musim sejuk perlu ada alat pemanas. Di musim panas  perlu ada kipas dan alat pendingin.

Satu tuntutan yang masuk akal. 

Dari sekolah di pinggir wilayah miskin kota Paris ini ianya merebak. Disambut pula banyak oleh sekolah yang lain.  Kini bukan hanya di Paris – malah di seluruh Peranchis sekolah menghadapi perkara yang sama.

Anak  sekolah turun ke jalan raya.. Sekolah di tutup. Guru sama menyokong. Ibu Bapa datang  bersama ke  jalan raya. Ombak  politik jalan raya makin membesar. Parti politik memberi sokongan. Pimpinan politik ikut sama berdemo.

Kesatuan Sekerja – Trade Unionist – yang kuat tersusun mengarah ahli sama menyokong. Dari kota ke kota ampuh oleh penunjuk perasaan.

Langkah polis seperti biasa. Tembakan gas pemedih mata – tembakan  cecair kimia diarahkan kepada para demonstran.

Penunjuk perasaan di bantai. Seorang murid sekolah putus tangan. Seorang anak sekolah  pecah muka.  Ini menjadi perbualan nasional dan berita dunia.

Suasana jadi ganas – tong sampah di bakar. Kereta menjadi mangsa. Pelajar diserang dan di tangkap. Polis juga di serang pelajar.  Kota Parsi menjadi hiruk piruk. 

Seperti biasa politikus menuduh ini kerja  musuh politik. Presiden Macron menuduh ini kerja Jean-Luc Melencon  dari parti Tidak Tunduk – parti garis kiri yang di tuduh ekstrem.  Marine Le Pen dari  parti  National Rally berhaluan kanan menuduh ini kerja parti Sosialis dan Komunis. 

Pilihan raya Presiden telah di tetapkan 18 April 2027 tahun depan. Jean-Luc Melencon dari parti kiri  dan Marine Le Pen dari parti kanan  pasti akan bertempur dan bertanding.

Pada Sabtu 17  Oktober yang lalu – satu demo  di seluruh Peranchis di susun.  Di anggarkan  seramai 550,000 hingga 800,000 orang turun ke jalan raya di seluruh Perancis.

Demo besar ini telah menjemput ‘kaki busuk dan para oportunis’ yang sama berdemo – mereka mengambil kesempatan  memecah kedai dan mencuri barang.

Imej dari media sosial telah tersebar.  Tuduh menuduh berlaku.

Apa yang menarik ialah peranan media arus perdana.  Dari awal lagi media ini menggambarkan para demonstran ini  adalah  imigran generasi kedua  Arab dan Afrika.

Bukti sahih menurut laporan media ini kenapa ada bendera  Palestin ikut sama di kibar ?
Media jenis ini tidak menerang dan memberi pencerahan akan tuntutan para pelajar.  Tidak di hebohkan  apa tuntutan Gen Zee ini secara tuntas. 

Media terus  memainkan imej pelajar yang  berkulit  hitam sedang berdemo dan membawa bendera Palestin.  Gambaran imej yang ganas, walhal majoriti yang berdemo adalah warga Peranchis berkulit putih. Anak watan Peranchis. 

Malah mereka yang berkulit tidak putih ini  adalah warga Peranchis yang tebal  kerana  mereka telah menghayati politik jalan raya sebagai  budaya  politik mereka.

Setakat ini dari laporan media hampir 8000 telah di tangkap – 500 lebih pelajar  termasuk  148 guru.  Hampir 1000 polis  dilapur cedera.

Demo di Paris ini telah merebak ke Belgium. Protes besar-besaran oleh pelajar meletus di seluruh Belgium sepanjang bulan Oktober 2026. Demo berlaku di pusat-pusat bandar utama seperti Brussels dan Liège. 

Sama seperti di Peranchis di Belgium politik jalan raya ini didorong oleh golongan anak sekolah  dan  Gen Zee. Sama seperti di Paris bentrokkan juga berlaku antara demonstran dengan pasukan polis anti-rusuhan.

Dalam masa yang sama politik jalan raya juga sedang berlaku di Sepanyol, di Itali  dan di Albania.  Di Milan Itali   tentera telah di arah untuk mengawal keadaan. Jelas kelihatan anak muda Eropah sedang  bangun melawan. 

Di Sepanyol  kes perumahan telah membawa ratusan ribu rakyat ke jalan raya. Kerajaan runtuh   kerana gagal menyelesaikan krisis perumahan dan tempat tinggal. Pada 26 November ini Sepanyol akan mengadakan PRU.

Tanpa di jemput tanpa  di pinta Presiden Donald Trump dari Amerika telah mengeluarkan pandangan tentang apa yang sedang berlaku di Peranchis dan di Eropah. 

Wajib disedari bahawa Trump akan berhadapan dengan Pemilihan Tengah Penggal pad 3 November ini.

Akhbar The Guardian pada 20 Oktober 2026  telah melaporkan dalam ceramah kempennya di Kansas Trump telah berkata : Peranchis kini telah “ditakluki, dijarah, dan dibakar sehingga musnah oleh pendatang, Jihadis, dan komunis

Trump cuba menjadikan pergolakan di Perancis sebagai satu pengajaran bagi pengundi Amerika. Beliau menggambarkan demonstrasi tersebut—yang bermula sebagai protes pelajar terhadap keadaan sekolah yang uzur serta kos sara hidup yang melambung tinggi—sebagai bukti bahaya imigresen dan hakisan tamadun Barat.

Dalam kempen untuk memenangkan calon Republikan Trump terus  berkata bahawa demonstrasi di Perancis "bukan masalah sekolah. Ia adalah masalah imigrasi" dan mendakwa bahawa para imigran telah "menguasai Perancis".

Trump terus  berkempen dan menjaja bangkai biawak ini sebagai daging rusa.
Kini  bangkai biawak yang di jaja oleh Trump ini telah mula di sambut oleh pemimpin politik garis kanan di Eropah. Tunjuk perasaan anak sekolah ini kini telah beralih menjadi masalah pendatang dan Islam.

Isu pendatang, imigran, pelarian perang pasti akan menjadi agenda utama dalam pemilihan Presiden di Perancis tahun depan.  Malah isu pendatang dan imigran akan terus di bakar.

Sebenarnya apa latar belakang yang  membawa murid sekolah ini ke jalan raya ? Akan di jawab minggu hadapan. (TT)


TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIAKINI . COM
https://www.malaysiakini.com/columns/888170-kolum-anak-muda-yang-melawan-dan-politik-jalan-raya







CERAH MENUJU PUTRAJAYA


CERAH

MENUJU PUTRAJAYA

KHALAS

DUNIA BARU TANPA ISRAEL


RAKYAT DUNIA

NAK AMERIKA

SERANG

AMIN

NAK LIHAT

MAYAT ASKAR USA

DI ATAS PASIR

AMIN

NAK LIHAT

PERANG DUNIA

PECAH

AMIN

NAK WUJUDKAN

DUNIA  BARU 

 TANPA ISRAEL

KHALAS


Jangan lancar serangan baharu: Amaran Iran kepada AS, Israel

TEHRAN: Pemimpin tertinggi Iran memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) dan Israel supaya tidak melancarkan serangan baharu jika mahu mengelakkan pertumpahan darah lebih dahsyat.

Ini susulan ancaman kedua-dua negara itu untuk menyambung semula serangan selepas pilihan raya penting, ketika kebimbangan meningkat terhadap kemungkinan tercetusnya semula pertempuran.

Presiden AS, Donald Trump, memberi bayangan bahawa beliau mungkin melancarkan tindakan ketenteraan baharu selepas AS mengadakan pilihan raya pertengahan penggal pada awal minggu depan.

Bagaimanapun, Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, berkata pada Sabtu: "Jika terdapat penyelesaian diplomatik, kami terbuka kepada pilihan itu".

Di Israel, yang baru selesai mengadakan pilihan raya umum, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menyifatkan keadaan ketika ini sebagai 'peluang bersejarah yang hanya muncul sekali' untuk menjatuhkan kerajaan Iran.

Pilihan raya di kedua-dua negara itu berpotensi menentukan hala tuju konflik berkenaan. Israel mengadakan pilihan raya pada Selasa, namun masih belum membentuk kerajaan baharu.

"Sebarang ancaman, tanpa mengira tahap atau bentuknya, mesti dibalas dengan tindakan segera, berkesan dan tanpa batasan geografi," kata Pemimpin Tertinggi Iran, Mojtaba Khamenei, ketika berucap kepada komander kanan tentera, menurut satu kenyataan.

Khamenei turut mengarahkan komander tentera mengemas kini senarai sasaran Iran dengan memasukkan 'semua jenis aset ketara dan tidak ketara milik musuh Amerika-Zionis'.

Iran sebelum ini memberi amaran bahawa negara itu akan mempertimbangkan tindakan memotong kabel dasar laut di Selat Hormuz.

Pertemuan itu adalah yang pertama dilaporkan antara Khamenei dengan pegawai kanan tentera.

Pemimpin tertinggi itu tidak muncul di khalayak ramai sejak sebelum mengambil alih kepimpinan pada Mac lalu, selepas bapanya, Ayatollah Ali Khamenei, terbunuh dalam serangan AS-Israel.

Pihak Iran terus bertegas dengan amaran terhadap sebarang serangan baharu pada Sabtu.

Jurucakap tentera Iran, Mohammad Akaraminia, berkata sebarang penyambungan semula permusuhan hanya akan memperluas skop peperangan.

"Api peperangan sudah pasti akan merebak ke kawasan geografi yang jauh lebih luas," katanya menerusi media sosial.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, pula memberi amaran menerusi platform X bahawa selepas ini, tiada lagi 'garis merah'. - AFP