Khamis, 14 Ogos 2014

INI BUKTI SOKONGAN







TAHNIAH!

ini buktinya
30 adun selangor
 menyokong dr wan azizah


tukar tiub ucap tahniah
kepada pak abu a.k.a  shaari sungip
kawan satu sel di kamunting
no 2506

tahniah juga
kepada amir shaari
ucapan syabas 
 kepada azmin ali

jelas dalam hal salah benar
dalam hal selangor
kita semua dalam satu kancah
dalam satu saf
kita sangkutkan perbedaan
kita satukan pakatan




Gambar 30 adun yg menyokong wan azizah sbg MB termasuk YB PAS Shaari Sungip dan YB Hasnol Morib
TAKBIR!!!!!






------------

BUKTI ADAN DI UMUMNKAN



JENG JENG 

JENG

bukti sampai
kah kah kah 

FACE BOOK

Assalamualaikum dan salam hormat,
YB  Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN merangkap ADUN Kajang akan mengadakan sidang media untuk mempersembahkan sokongan majoriti untuk beliau menjadi Dato' Menteri Besar Selangor pada
Tarikh: 14 Ogos 2014 (KHAMIS)
Waktu: 12 tengah hari
Tempat: Throne 1 & 2, Tingkat 2, Empire Hotel Subang, Jalan SS16/1, Subang Jaya
Wartawan dan jurugambar dijemput membuat liputan.
Sekian, terima kasih.

KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
ini bukti
khaqlid tipu sultan

adakah ini derhaka
adakah ini hina raja
adakah ini hina melayu
adakah ini hina islam
adakah ini hina kavita singah

KAH KAH KAH
--------

KHALID TIPU SULTAN?







KOMENTAR

khalid beri tahu sultan
dia ada sokongan majoriti

kalau pakatan buktikan
khalid tak ada sokongan?

apakah ini maknanya:
khalid bodoh?
khalid tipu sultan?

kita tunggu dan nanti
apa bukti pakatan

Sultan perkenan Khalid jadi MB

Menurut Abdul Khalid, dalam mesyuarat itu, Sultan Selangor berpuas hati dengan penjelasan beliau ketika menghadap baginda mengenai statusnya yang ketika ini masih lagi memperoleh kepercayaan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) walaupun menjadi wakil rakyat Bebas.

KAH KAH KAH
woit
hang kena ingat
bangang bangang pun
khalid sudah rembat 
tanah rakyat selangor 
300++ekar lebih
buat deal dengan
danny tan
lalu selesai utang 
dengan bank islam

hang boleh buat

KAH KAH KAH 

--------

TAK AKAN MASUK TONG TAIK




DARI MEJA 

PENGARNG

walau apa pun dibaca tentang pas 
apa pun  kita dengar tentang pas
hakikatnya:
pas adalah sebuah parti politk
parti politik yang terbesar di malaysia
parti yang tersusun
parti yang telah lama teruji

sebagai sebuah parti politik
ianya memiliki ahli yang ampoh
memiliki struktur yang tersusun
parti ini dipasak oleh amalan demokrasi
ertinya: keputusan melalui suara ramai

pada ketika ini 
dalam kes selangor
pelbagai suara sedang didengar
hampir keseluruha suara ini
mahu meneruskan garis politik demokrasi
mahu meneruskan suara ramai
mahu terus bersama pakatan rakyat

suara bersama pakatan ini lantang
suara bersama pakatan ini ampoh
suara bersama pakatan ini didengar
disana sini

ada lagi satu suara:
suara yang dikatakan mahu bersama
parti ketuanan melayu

garis mahu bersama 
parti ketauanan melayu ini
tidak terbuka keluar bersuara
muka yang mahu pas bersama
gerombolan ketuanan melayu 
tidak muncul muncul 

warga hanya mendengar surah
haji desas bin lebai desus
tidak ada kenyataan resmi 
muka tok aji ini tak nampak nampak

apa maknanya ini?

kenapa
muka haji desas bin lebai desus tak dilihat
ini kerana tok aji ini malu
tok aji ini tak nak tunjuk muka
kerana tok aji ini sedar
bahawa  majoriti ahli pas 
tidak akan mahu
tidak akan menerima
parti wadah perjuangan mereka
sekali lagi bersubahat dengan
united malaya national organisation

pengalaman bersubahat pada tahun 1974
dengan
united malays national organisation
telah memberi pengajaran
ahli pas tidak mahu
masuk ke dalam tong taik
sekali lagi

justeru
ini juga bermakna
suara ramai dalam pas
sedar dan yakin masa depan pas
adalah bersama pakatan rakyat

sayugia diberi ingatan:
disetiap muktamar pas satelah 2009
sebagai amalan demokrasi
diakhir persidangan 
akan muncul
ketetapan - satu resolusi
dari dalam dewan untuk memperkukuh pakatan
inilah petanda kedewasaan ahli-ahli pas
inilah petanda suara ramai suara keramat

Sekiranya mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS memutuskan untuk bekerjasama dengan Umno, ia akan memerlukan proses panjang termasuk kelulusan Majlis Syura Ulama dan juga muktamar khas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Ogos, 2014.

14 Aug — PAS tidak akan menubuhkan kerajaan perpaduan dengan Umno di bawah i Abdul Khalid Ibrahim, kata seorang pemimpin kanan, menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada Ahad ini. Beliau juga menolak sebarang kemungkinan mesyuarat penting ini akan menyaksikan…

Beliau juga menolak sebarang kemungkinan mesyuarat penting ini akan menyaksikan pemimpin PAS menyeru penubuhan kerajaan perpaduan, walaupun ahlinya mahu bersama menteri besar Selangor itu.

Bercakap dengan syarat tidak dinamakan, beliau berkata, walaupun mesyuarat itu memutuskan untuk bekerjasama dengan Umno, ia akan memerlukan proses panjang termasuk kelulusan Majlis Syura Ulama dan juga muktamar khas.


----------

KESEDARAN AKHIRNYA SAMPAI




KOMENTAR
tahniah yb
yab baru pulang 
dari luar negara
akhirnya sedar
pencerahan sampai
bahawa undi 
yang memenangkan yb
datang dari penyokong pakatan rakyat



Rodziah bersama keputusan PKR dalam isu MB Selangor


Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor Rodziah Ismail akan bersama keputusan PKR dalam isu menteri besar, mengatakan beliau mahu memelihara amanah diberikan kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk mentadbir negeri terkaya itu.

Keputusan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga itu bermakna beliau berisiko kehilangan portfolio pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor dalam kerajaan negeri pimpinan  Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat PKR pada Ahad.

KAH KAH KAH
pencerahan sampai
undi di batu 3
datang dari penyokong
pakatan rakyat
bukan dari peminat
din ayam

KAH KAH KAH


-------------

KES HUTANG KHALID IBRAHIM








HADI JANGAN JADI SEMBAB
dari segala segi, PAS dibawah presiden Hadi mmg lembab buat keputusan. Kedah kalahpun sebab lambat dan lembab utk selesaikan hal dalaman parti dan Hadi juga penyebab. Arwah Ust Zizan pun mesti nak kena tunggu keputusan Hadi, bila dah caca marba, habis runtuh punah ranah kerajaan PAS negeri Kedah.

krisis Selangor semakin meruncing sebab abah mertua lembab jugak. kenapa nak tunggu 17hb Ogos baru buat keputusan? Cuba sekali sekala longgarkan sikit ikatan serban tu, kasi oksigen sampai ke otak secukupnya, baru laa akal ligat berfikir utk buat keputusan. Hadi tolong jgn jadi mcm Mat Sembab. on HUTANG BESAR KHALID IBRAHIM
Anonymous
on 8/13/14
HUTANG 59.6 JUTA
Sesiapa yang hendak lihat bagaimana seseorang penghutang yang berserabut/kalut lalu bertindak bagaikan orang tak siuman sosok Khalid Ibrahim adalah contoh sempurna. Khalid Ibrahim masih beragama Islam lalu nak ambil nyawa sendiri agak suli, kalu orang lain mungkin dah bunuh diri kerana hebat stres nak langsaikan RM 59.6 juta ooooi! 

Lalu dia rela dipergunakan oleh UMNO konon percaya itu caranya terbaik tak kisahlah jika tindakan dan perilakunya menjadi bahan lawak mega. Hoi apa jadahnya Khalid Ibrahim sanggup mengambil hutang begitu banyak untuk objektif apa?

 Lagi kau nak kejarkan ilusi hidup kaya raya lagi dekat kau rasa yang hayat kau akan dipanggil. Khalid adalah contoh insan yang tersilap kira mengejar cita-cita kejayaan palsu alau hilang stabilitinya dan kasi ramai orang benggong dengan tingkah laku sewel yang kini segalanya yang dia buat adalah restu suci dari sultan, hadi awang, haron din, nik aziz dan mustapa ali. Manusia edan, serabut dan kalut bagi Selangor!Satu lawak on HUTANG BESAR KHALID IBRAHIM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/13/14
PIL KUDA
Kisah Khalid ini bagai membaju kan Kuda dengan Keldai.... Selangor akan ada Padang Lumba Kuda ter besar di Asia di Bestari Jays , anak anak Melayu akan belajar bagaimana pil pil kuda membuat Unta Umta ber lari selaju Keldai Keldai mengatasi Tok Guru Tok Guru. My Botol , I Rest My Case !!!!!! on HUTANG BESAR KHALID IBRAHIM
Anonymous
on 8/13/14


---------