Selasa, 14 April 2015

MENGAPA NAJIB TAK JAWAB






SOALAN
1- siapa beri arahan sirul & azilah?
2- siapa upah sirul & azilah  bunuh altantuya?





Najib tak jawab soalan, kata  Mahathir


SHAH ALAM Mahathir Mohamad berkata, beliau akan berasa bersalah jika kehilangan duit rakyat dan ketidakadilan terus disembunyikan daripada pengetahuan umum.
Katanya, walaupun beliau  menuntut jawapan daripada Najib Razak dalam beberapa persoalan, namun ia menjadi tanggungjawabnya untuk bertanya.
"Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah. Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya.
"Hakikatnya wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ada di mana masih tidak dijawab, kata  Najib wang itu tidak ada di Cayman Islands. Tetapi dulu mengaku ada di Cayman Islands dan sudah dibawa balik," katanya dalam tulisan terbarunya bertajuk "Soal Tak Jawab" di blog Chedet, semalam.

KAH KAH KAH
woit
mat mongol
buat buat tak dengar
berapa kali nak tanya
jawab laaaaaa
MUSTAHIL TAK TAHU






---------------

AL-FATIHAH






KEMBALi





Günter Grass, Nobel-winning German novelist, dies aged 87

Günter Grass (German: [ˈɡʏntɐ ˈɡʀas]; 16 October 1927 – 13 April 2015) warga german - penulis novel, penyaer, pereka bentuk, pelukis grapik, pengukir dan pemenang hadiah nobel saster 1999'






------------------

SOALAN KUNCI KEMENANGAN






SIAPA
perang sedang berjalan
antara mahathir & najib
 perang berjangka panjang
perang saraf
perang media
lalu timbul soalan
kunci kemenangan
siapa rakyat percaya?
siapa rakyat sokong?
anak muda dengan siapa?


SIAPA
upah  arah sirul?




SIAPA
upah sirul & azilah?



---------------------

MALAM INI PERMATANG PAUH








MALAM INI
permatang pauh
semua dijemput



JENTERA KEADILAN UNTUK PILIHAN RAYA KECIL PERMATANG PAUH

Parti KEADILAN Rakyat maklum tentang pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan bermula dengan penamaan calon pada 25 April 2015, pengundian awal pada 3 Mei 2015 dan hari mengundi pada 7 Mei 2015.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah kubu terpenting untuk perjuangan kami selama ini. Selain menjadi kerusi parlimen kepada Ketua Umum, Anwar Ibrahim - Permatang Pauh adalah nama yang dipilih untuk disematkan kepada Deklarasi Permatang Pauh – gagasan besar kepada perjuangan Reformasi dan KEADILAN. 

Pilihan Raya Kecil ini sangat penting di dalam usaha meneruskan agenda Reformasi dan masa yang sama memberi mesej jelas bahawa segala bentuk kezaliman, kepincangan, penyelewengan dan salahguna kuasa oleh UMNO dan Barisan Nasional ditentang. Kemenangan di dalam Pilihan Raya Kecil ini menjadi bukti bahawa rakyat menolak dan mengecam pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dipilih sebelum ini secara sah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Jentera KEADILAN telah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil ini. Demi menzahirkan kesediaan kami; KEADILAN bersama Pakatan Rakyat akan melancarkan Jentera Pilihan Raya seperti berikut;

Pelancaran Jentera KEADILAN dan PAKATAN RAKYAT Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh

Tarikh                    : Selasa, 14 April 2015
Masa                     : 8:30 malam
Tempat                 :Dataran Rakyat Guar Perahu (bersebelahan Pusat Khidmat Parlimen Permatang Pauh, Jalan Taman Guar Perahu)





-------------------

KENA UGUT PULAK



YA AMPOOON!


Mahathir: Ada ugutan jika tak sokong Najib

Mahathir Mohamad hari ini mendakwa terdapat ugutan dibuat terhadap pihak yang tidak menyokong Najib Razak.

Oleh itu, katanya, sokongan kumpulan tertentu terhadap Najib tidak bermakna mereka menyokong 1Malaysia Developmement Bhd (1MDB) yang kini diserang daripada segenap penjuru.



KAH KAH KAH

woit
perang semakin sengit
gaduh semakin besar
ini berita baik
lagi lama lagi baik
kalah masuk jil
menang pun masuk jil
tapi mesti sokong
yang mulia tun
APA PUNYA TUN


---------------

KES MAKIN MEREBAK




Tertekan dengan kritikan Mahathir, 

Najib seru sokongan pesara kerajaan

Najib Razak hari ini menyeru lebih 750,000 pesara-pesara kerajaan "mencari" dirinya berbanding "orang lain" ketika pentadbirannya kini dikritik oleh mantan  Mahathir Mohamad
Najib bagaimanapun berkata, beliau yakin sebahagian besar "suara" pesara kerajaan masih bersama pentadbirannya, meskipun terdapat sejumlah kecil mereka yang "masuk angin."
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tertekan-dengan-kritikan-dr-m-najib-seru-sokongan-pesara-kerajaan#sthash.DwOT1WPr.dpuf

KAH KAH KAH

woit
ini sudah teruk
cari sokongan
dari orang pencen
tak lama  lagi
najib cari sokongan 
dari budak sekolah

APA PUNYA TUUUR



--------------