Rabu, 28 Oktober 2026

PENCURI LAKI BINI


WOIT

LAKI BINI

MEMCURI

AMIN

LAKI CURI

DUIT 1MDB

AMIN

BINI CURI

INTAN BERLIAN

KHALAS


Rosmah cabar tuntutan RM67.5 juta firma 


barang kemas Lubnan



Global Royalty Trading SAL mungkin bersedia untuk menguatkuasakan penghakiman Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Rosmah Mansor membayar RM67.5 juta kepada syarikat barangan kemas itu tetapi firma yang berpangkalan di Lubnan berkenaan diberi amaran bahawa usaha tersebut bakal menemui jalan buntu.

Isteri kepada bekas perdana menteri Najib Razak itu menegaskan bahawa sebarang percubaan untuk menguatkuasakan penghakiman Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya membuat pembayaran akan ditentang habis-habisan.

Dalam satu kenyataan hari ini, peguamnya daripada Tetuan Reza Rahim & Rajivan berkata Rosmah mengarahkan mereka untuk menjelaskan bahawa sebarang langkah menguatkuasakan atau melaksanakan penghakiman itu "akan ditentang habis-habisan oleh anak guam kami".

"Anak guam kami konsisten mempertahankan bahawa tuntutan Global Royalty Trading SAL terhadapnya tidak berasas dan justeru tiada sandaran dari segi fakta mahupun undang-undang," kata mereka.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pencuri begini jadi hero Malaya? Ada derma masuk, ada diskaun masuk, ada tahan rumah masuk, betapa indahnya menjadi golongan kayangan di negaraku? Betapa sedapnya lahir dalam komuniti terpaling khas sejak kecil sampai tua dijaga dibelai dimanja walaupun penderhaka negara amin? Kah kah kah kah mungkin terpaling hebat sekali di peringkat antarabangsa syukur alhamdulillah orang-orang kita buta hati buta mata buta segala taksub kepada agenda agama bangsa keturunan ketuanan kah kah kah 6

Tanpa Nama berkata...

Muka contoh wanita isle suci murni..mithali...what a sight.