Ahad, 3 April 2016

SOKONG PERANG DITERUSKAN







SETUJU

SOKONG

LANGKAH

BiJAK

Lawan Terus Lawan Shafie Apdal Batal Jemput Najib ...

babab.net/.../lawan-terus-lawan-shafie-apdal-batal-jem...
Translate this page
Susulan dipecat daripada Kabinet Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal membatalkan jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada ...

Muhyiddin seru rakyat 'lawan' Najib | Free Malaysia Today

www.freemalaysiatoday.com/.../...
Translate this page
Free Malaysia Today
Oct 12, 2015 - Mengulas lanjut, Timbalan Presiden UMNO itu turut menggesa agar ahli UMNO lebih berani dalam menyuarakan pandangan mereka

UMNO Asal Lawan UMNo Baru (rejim Mahathir > Najib)

https://ms-my.facebook.com/...umno-umno...lawan-u...
Translate this page
UMNO Asal Lawan UMNo Baru (rejim Mahathir > Najib) ... pengkhianatan yang tidak boleh diampun, sama ada oleh ahli-ahli Umno Asal ataupun Umno baru.

Anti-Najib akan dicantas dalam mesyuarat MT akan datang

Usul yang akan dibawa mengusulkan pemimpin UMNO yang menghadiri atau menandatangani deklarasi untuk menjatuhkan Presiden dipecat
KUALA KANGSAR: Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO Nazri Abdul Aziz berkata usul bagi pemimpin UMNO yang terlibat dalam ‘Deklarasi Mahathir’ dipecat daripada parti akan dibawa pada mesyuarat MT akan datang.
Beliau berkata tindakan itu perlu kerana sudah jelas perbuatan itu melanggar disiplin parti.
“Akan diusulkan dalam mesyuarat MT UMNO akan datang agar mereka daripada UMNO yang menghadiri atau menandatangani deklarasi itu untuk menjatuhkan pemimpin (presiden) parti dikenakan tindakan dipecat daripada parti.

KAH KAH KAH

abang oooiii

buat laaaa

jangan cakap aje

berkali2 cakap

tak jadi apa

kah kah kah

takut ape?

kah kah kah

nak tengok

bangsa johor 

bangun melawan

atau lembik 

tak melawan

kah kah kah

CANTAS HABIS

---------------

UMAT MANUSIA TELAH DIBERITAHU






DARI AWAL

SUDAH 

DIBERITAHU

TAPI MASIH

DEGIL


 | April 3, 2016
langkawi
Chuping dan Alor Setar dilanda gelombang haba dengan masing-masing mencapai suhu tertinggi 38.6°C dan 37.9°C. More ››

KUALA LUMPUR: Langkawi, Kedah kekal menjadi lokasi paling lama iaitu 47 hari tanpa hujan hingga semalam.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,  Wilfred Madius Tangau berkata, Arau, Perlis pula mengalami tanpa hujan selama 42 hari manakala Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang selama 33 hari.
“Bagi bacaan suhu, secara amnya sehingga 4 petang hari ini (semalam), tiada kawasan merekodkan bacaan suhu maksimum melebihi 37 darjah celsius yang juga menamatkan gelombang haba di Alor Setar, Kedah dan Chuping, Perlis,” katanya dalam kenyataan.
Pada Khamis lepas (31 Mac), Chuping dan Alor Setar dilanda gelombang haba dengan masing-masing mencapai suhu tertinggi 38.6°C dan 37.9°C.

BACA INI DULU:
http://thericecookershop.com/hishamuddin-rais-dimana-perginya-katak-hijau-itu/

KEMUDIAN BACA INI:
https://www.malaysiakini.com/columns/336023

------------------

PERANG TERBUKA DI TERENGGANU




JENG JENG JENG

KRiSIS MAKIN

MEMBESAR

AKAN MELEDAK

DI TERANGANU
MB sedang hitung hari, Ahmad Said menghadap Sultan


KEMAMAN – Adun Kijal, Ahmad Said mendakwa Ahmad Razif Abd Rahman kini sedang menghitung hari untuk diturunkan daripada jawatan menteri besar.

Ahmad berkata, beliau menyampaikan mesej kepada Najib untuk menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sebaik sahaja tuanku pulang dari luar negara untuk meminta (perkenan) pertukaran menteri besar.

“Jangan sampai tuanku isytihar bubar Dun, (kalau terjadi macam itu) habis lah. Keadaan sekarang Umno kritikal, kalau (dilakukan) pilihan raya habislah (Umno berisiko kalah), jangan main-main.

“Jangan salahkan saya, saya telah beri ruang yang cukup, saya sayangkan Terengganu...apa yang dia (Ahmad Razif) buat semua saya tahu. Tunggu masa saya akan dedahkan, saya akan dedahkan perkara yang besar-besar yang pada saya ia merugikan kerajaan negeri dan rakyat,” katanya menyentuh mengenai sebab beliau menggesa pertukaran menteri besar.

KAH KAH KAH

aweee

keadaan memang

baik aweee

gaduh membesar

teekee menikee

sekap terajee

ikang dan sotong

ado belako

kah kah kah

TERBAIK BEST

------------

SPR SEDANG MENGATUR







WASPADA

TRiK LAMA

SEDANG DIATUR




Umno Terengganu anggap 2016-2017 'tahun perang'

Umno Terengganu mengisytiharkan 2016-2017 sebagai 'Tahun Perang' sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri  Ahmad Razif Abdul Rahman berkata Umno negeri sedang mengatur strategi untuk memenangi semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan kawasan Parlimen pada PRU nanti.
KAH KAH KAH

woit

ingat natang

ikang menang 

tahang 2004/8

projek putang

putang alam

kah kah kang

PUTAR ALAM

-------------

ADA MACAM MACAM AGAMA






KAPIR LAKNAT
Sabda Pak Ostad, dunia ni adalah syurga orang kapir. Agaknya tu lah sebabnya negara kapir laknat yang maju, sangat peka dengan tata cara hidup mapan lagi lestari kata omputeh sustainability. Tatacara mapan menyentuh tentang gaya hidup dan perhubungan antara manusia sesama manusia dan alam sekitaran bagi menentukan keharmonian dunia ini .. macam untuk jadikan dunia ni cam syurga lah.

Membina dunia mapan, keadaannya sama seperti kepercayaan kita pada agama. Seperti agama, mapan itu adalah pernyataan kepercayaan dan ianya tidak punya apa-apa fakta. Menangkap Najib adalah sebahagian drp proses utk mamapankan dunia ini .. sosok seperti ini boleh bawa badi pada keharmonian negara dan dunia .. dan jadikan dunia ini seperti neraka.

Sudah tentu para kapir laknat akan bekerja keras untuk menentukan keharmonian dunia ini, supaya mereka tak masuk neraka dua kali, ia itu neraka dunia dan akhirat. on NEGARA KAPIR LAKNAT
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 4/1/16


----------

MAHAREMBAT DISIASAT LAGI





SiASAT

JANGAN TAK

SiASAT

KOMENTAR

negara kecil ini
tidak ada pilihan
sama saperti negara swiss
luxembourg wilayah bank
ekonomi utama  menyimpan duit
negara ini juga berekonomikan
wilayah bebas cukai

negara ini tidak ada mata wang
tidak ada universiti
tidak banyak kedutaan diluar negara
semua bergantung dengan belgium
negara ini diwujudkan
sebagai  wilayah selamat
untuk german france dan belgium

jika sistem perbankan luxembourg
diganggu dikacau dikelentong
bank luxembourg tidak lagi diyakini
ini sama saperti
rakyat dunia tidak lagi yakin
pada minyak sawit
 keluaran malaysia
ekonomi malaysia runtuh
justeru
siasatan tuntas akan dijalankan

BON CHANCE NAJIB!



Derma atau dana 1MDB? Siasatan Luxembourg ada jawapan

Rakyat Malaysia mungkin tertanya-tanya mengapa sebuah negara kecil di Eropah juga melancarkan siasatan global ke atas skandal 1MDB, tetapi hasil siasatan itulah yang akan mempunyai kesan besar ke atas Najib.
Sebagai permulaan, siasatan Luxembourg itu tidak menunjukkan bahawa ia mempunyai sebarang kaitan dengan Najib.
Tetapi siasatan Luxembourg adalah penting kerana ia boleh menyelesaikan kaitan penting - hubungan antara 1MDB dengan beberapa entiti yang telah bermurah hati menyalurkan berbilion-bilion ringgit yang didakwa sebagai derma ke dalam akaun bank peribadi Najib.

KAH KAH KAH

wine whisky

rokok & petrol

amat murah

di luxembourg

tak ada cukai

kah kah kah

beg birkin

gwa tak pasti

kah kah kah

PADAN MUKA


-----------