Sabtu, 8 Ogos 2020

MAHATHIR PARTI BARU







MAHATHIR

PARTI BARU

KAMI sedar Malaysia sudah ada banyak parti politik, terutama dikalangan orang Melayu.

Bukanlah niat kami untuk menambah kepada bilangan yang sudah ada. Tetapi kami menghadapi masalah luar biasa.

Parti politik yang kami tubuh, iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan tujuan menjatuh kerajaan kleptokrasi Najib Razak telah dihijack oleh presiden Bersatu.

Sekarang perjuangan parti yang dihijack sudah dialih dari menentang dan menghapuskan kerajaan kleptokrasi kepada bekerjasama dan menghidup semula kerajaan kleptokrasi.

Bahagian yang tidak dapat dihijack masih pegang kepada perjuangan asal.

Bahagian ini tidak akan dicalon oleh bahagian Bersatu yang dihijack dalam PRU15.

Untuk kami teruskan perjuangan asal kami, terpaksalah kami bebas diri atau menjadi ahli parti yang baru.

Adalah diharap ahli biasa yang pilih untuk bersama kami akan menjadi ahli dalam parti baru ini.

Perjuangan kami berasas semangat, bukan duit.

Parti ini akan berasas kepada perjuangan untuk orang Melayu dan Pribumi. Ini kerana parti-parti berasas kepada Melayu dan Pribumi yang wujud hari ini telah menggadai maruah bangsa, agama dan halatuju perjuangan kepada golongan yang gilakan kuasa.

Di dalam kegilaan mahu kekal berkuasa, perjuangan mereka adalah untuk menjaga kepentingan elit demi memastikan sokongan tidak hilang dan dapat kekal berkuasa.

Parti ini akan bersifat inklusif dan moderat dan akan memperlihatkan kepada bangsa-bangsa lain bahawa orang Melayu adalah bangsa yang tidak khianat, berpegang pada janji dan tidak menolak kerjasama yang ikhlas dan berprinsip.

Dengan ini kami juga akan pastikan yang rakyat Malaysia dari kaum-kaum yang lain juga akan mendapat pembelaan dan layanan yang sewajarnya.

Parti ini juga bertujuan untuk menebus kembali maruah bangsa yang terpalit dengan sifat khianat, menipu, membohong, rasuah dan tamak akibat perbuatan pemimpin parti-parti Melayu yang lain.

Mereka telah menjadikan agama dan bangsa modal untuk mendapatkan sokongan sedangkan tindak tanduk dan perbuatan mereka melanggar ajaran agama dan bertentangan dengan nilai bangsa.

Kami juga mahu kembalikan kehormatan negara sebagai Harimau Asia.

Parti baru yang kami tubuh ini tidak akan terikat dengan mana-mana parti campuran – iaitu tidak bersama Pakatan Harapan dan tidak juga dengan Perikatan Nasional.

Asas perjuangan kami masih dengan menghapus rasuah dan kleptokrasi.

Ahli hendaklah pegang kepada perjuangan ini.

Tidak ada jaminan bagi sesiapa untuk jawatan tertentu dalam parti atau dalam kerajaan.

Ahli dan pegawai parti hendaklah terima dan amal peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan dan aturan peraturan parti.

Satu Jawatankuasa Disiplin akan ditubuh untuk tentukan undang-undang dan peraturan dikuatkuasakan. – 7 Ogos, 2020.



SELAMAT

BERJUANG

AJEN ISRAEL








AJEN ISRAEL
Kahkahkah... Nmpknya hang pn dh trmakan umpan. Sapo punyo intel yg habaq bdk gemok tu ado kek China? Interpol? MI6/FBI/CIA/Mossad? Dio ado kek Israel la bang, tongah pkena Dom Perignon kt Zepra Restaurant, Tel Aiv... 
on 
PERANAN 
CHINA MERAH 
JELAS
Publish | Delete | Spam
Unknown
on 08/08/20

B

HONG KONG BANGUN MELAWAN





HONG KONG

BANGUN MELAWAN
Kong Kong tu kat mana? Selatan China ke? Eh semiotik pulak. Jgn lah buat tidak suspen mcm kisah janda baik. Kong Kong tu mesti ada makna tersirat cara baca TT kan? Amoi kiut miut ke? Bgtahu lah apa itu Kong Kong. Tak sabar rasanya. Kah Kah Kah. 
on
 PERANAN 
CHINA MERAH
 DAN 
JHO LOW
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 07/08/20

&qu

PARTI KELUARGA RAMAI






PARTI 

KELUARGA RAMAI

Nak buat cam ne bang berahim pendek aka - CHIEF - 40 penyamun di suruh pangkah PJ=Putrajaya dia gi pangkah lain nyer PJ=Pejabat Jamban...nih semua salah chief dan penyamun yang menyerang secara beratib akibat kurang minda terkehadapan sebalik nya minda gelojoh dan berpikiran pendek...omputeh kata tak de FORSIGHT...tuh sebab orang lama semua dah belah tinggal mat songel atau kena pecat dari PKR=Parti Keluarga Ramai. 
Lagi satu atau lagi banyak boleh tambah...mat songel dah memang tak de intelligence untuk meneraju negara...tak de policy yang boleh diangkat kecuali theory pisang naik! Tang pisang naik memang dah terbukti dah... 
on
 LAKI BINI 
KENA DAKWA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 08/08/20

ke

GUNG ENG TAK DAPAT BIDADARI




GUAN ENG

TAK DAPAT

 BIDADARI
Apa biza nye Guan Eng ambik rasuah dan tak ambik rasuah ..Si Kapir Laknat ni tetap di sumbekan dalam norako ..tul tak TaT ..? 
on 
MENYESAL
 TAK SUDAH
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 07/08/20


BERKHALWAT 144






RALAT
Semalam 6 ogos pun hari ke 142 khalwat. 
Harini 143. 
on 
BERKHALWAT 142
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 07/08/20

KHALWAT 144 
SABTU 8/8/2020 KITA MASUK
KE HARI 144 BERKHALWAT
PKPP DAH AGAK OKAY
TAPI DUNIA MAKIN HURU HARA
BUKAN HURU HURU

IKLIM KOBID
MASIH MENAKUTKAN

PAGI INI KUALA LUMPUR KELAM
MATAHARI BARU NAK KELUAR
HOKKIEN CERH DAN SEGAR
KUALA LUMPUR KELAM
KERANA  ASAP KERETA
ORANG PUTIH KATA SMOG

HOKKIEN CERIA
GUA DISAMBUT OLEH
SIMPONI CEKERIK
DAN
ALUANAN SUARA TERKUKUR

GUA TAHU KENAPA
TERKUKUR DIMINATI
KERANA SABAN PAGI
DIA RAJIN BERLAGU
ARWAH AYAH GUA 
PERNAH ADA 
PILIHARA TERKUKUR

GUA TERSEREMPAK
DENGAN SEPASANG MAT SALEH
MEREKA MENGAYUH
UNTUK KESEHTAN
TAK TAHU DI MANA MEREKA TINGGAL
DAN
NEGARA MANA MEREKA DATANG
MEREKA LENGKAP
DENGAN PAKAIAN BERBASIKAL
KETAT SENDAT RAPAT

SEBENARNYA
JIKA KITA SELALU SUSAH HATI
OLEH PEKARA LUARAN 
YANG MENYUSHAKANKAN ITU
HANYA JANGKAAN KITA
DAN 
KITA ADA KUASA
UNTUK MELUPAKAN SEMUA

KITA JANGAN RASA 
GUNDAH GULANA
KERANA TAK DAPAT APA YANG DIIDAMKAM
SEDARLAH APA 
YANG ADA PADA KITA  SEKARANG
ADALAH APA YANG KITA IDAMKAN
PADA SATU KETIKA DULU

KITA AKAN JADI MARAH GILA
KALAU TETIBA ADA MAMAT INI
AMBIL BADAN KITA
DAN 
BERIKAN BADAN KITA
KEPADA ORANG LAIN
TAPI
KITA BERSEDIA MEMBERIKAN
FIKRAH KITA KEPADA ORANG LAIN
UNTUK DITIPU DNA DIKOTORI
HINGGA KITA TERGANNGU
APAKAH KITA TAK MERASA MALU

BILA KITA BANGUN 
DARI TIDUR PAGI INI
FIKIRKAN 
BETAPA INDAHNYA HIDUP INI
KITA MASIH BERNAFAS
KITA BOLEH BERFIKIR
KITA BOLEH JATUH CINTA
KITA BOLEH MENGAWAN
KITA BOLEH ENJOY DE MENJOY
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT