RALAT
Semalam 6 ogos pun hari ke 142 khalwat.
Harini 143.
on
BERKHALWAT 142
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 07/08/20
KHALWAT 144
SABTU 8/8/2020 KITA MASUK
KE HARI 144 BERKHALWAT
PKPP DAH AGAK OKAY
TAPI DUNIA MAKIN HURU HARA
BUKAN HURU HURU
IKLIM KOBID
MASIH MENAKUTKAN
PAGI INI KUALA LUMPUR KELAM
MATAHARI BARU NAK KELUAR
HOKKIEN CERH DAN SEGAR
KUALA LUMPUR KELAM
KERANA ASAP KERETA
ORANG PUTIH KATA SMOG
HOKKIEN CERIA
GUA DISAMBUT OLEH
SIMPONI CEKERIK
DAN
ALUANAN SUARA TERKUKUR
GUA TAHU KENAPA
TERKUKUR DIMINATI
KERANA SABAN PAGI
DIA RAJIN BERLAGU
ARWAH AYAH GUA
PERNAH ADA
PILIHARA TERKUKUR
GUA TERSEREMPAK
DENGAN SEPASANG MAT SALEH
MEREKA MENGAYUH
UNTUK KESEHTAN
TAK TAHU DI MANA MEREKA TINGGAL
DAN
NEGARA MANA MEREKA DATANG
MEREKA LENGKAP
DENGAN PAKAIAN BERBASIKAL
KETAT SENDAT RAPAT
SEBENARNYA
JIKA KITA SELALU SUSAH HATI
OLEH PEKARA LUARAN
YANG MENYUSHAKANKAN ITU
HANYA JANGKAAN KITA
DAN
KITA ADA KUASA
UNTUK MELUPAKAN SEMUA
KITA JANGAN RASA
GUNDAH GULANA
KERANA TAK DAPAT APA YANG DIIDAMKAM
SEDARLAH APA
YANG ADA PADA KITA SEKARANG
ADALAH APA YANG KITA IDAMKAN
PADA SATU KETIKA DULU
KITA AKAN JADI MARAH GILA
KALAU TETIBA ADA MAMAT INI
AMBIL BADAN KITA
DAN
BERIKAN BADAN KITA
KEPADA ORANG LAIN
TAPI
KITA BERSEDIA MEMBERIKAN
FIKRAH KITA KEPADA ORANG LAIN
UNTUK DITIPU DNA DIKOTORI
HINGGA KITA TERGANNGU
APAKAH KITA TAK MERASA MALU
BILA KITA BANGUN
DARI TIDUR PAGI INI
FIKIRKAN
BETAPA INDAHNYA HIDUP INI
KITA MASIH BERNAFAS
KITA BOLEH BERFIKIR
KITA BOLEH JATUH CINTA
KITA BOLEH MENGAWAN
KITA BOLEH ENJOY DE MENJOY
AMIN
SELAMAT BERKHALWAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan