Rabu, 15 Disember 2021

MAKAN DI WARUNG

 




Makan di kedai akan jadi lebih mahal, kata perniagaan

MAKAN di premis boleh menelan kos lebih tinggi memandangkan restoran bersedia untuk menaikkan harga berikutan peningkatan kos bahan mentah dan isu kekurangan buruh yang tidak dapat diselesaikan, kata pengusaha makanan dan minuman.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight kenaikan harga tidak lagi terhad kepada sayur-sayuran, tetapi juga bahan lain seperti makanan laut, minyak masak dan gula.

Malah kekurangan buruh yang berterusan juga mendorong kenaikan gaji, meningkat sehingga hampir 40 peratus.

WOIT

BARANG MAKIN

MAHAL

AMIN

GUA MASAK

DIRUMAH

AMIN

KALAU MAKAN

GUA MAKAN

DI WARUNG  

DI BRICKFEILD

AMIN

GUA

BAWA ULAM &

SALAT SENDIRI

AMIN

GUA BAWA IKAN

UNTUK DI GORENG

AMIN

DENGAN SYARAT

KITA REGULAR

& KENAL BAIK

DENGAN TOWKAY

WARUNG

AMIN

PENG ANAL SILAP BESAR

 



PKR tidak boleh menang kerusi di Sarawak, kata penganalisis

MASALAH kepimpinan PKR di Sarawak bakal menyukarkan parti itu untuk menang satu kerusi pun dalam pilihan raya negeri (PRN) minggu depan, kata penganalisis politik.

PKR berdepan cabaran hebat di Sarawak, ditambah dengan jentera yang hampir tidak ada dan kurangnya panduan dari ibu pejabat parti, kata mereka.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara Jeniri Amir berpandangan PKR sedang menempa kegagalan biar di kerusi mana sekali pun yang ditandinginya.

“Baik mereka bertanding di kerusi kategori A atau F sekali pun, tidak mustahak. PKR itu sendiri tidak menyerlah. Pada waktu kemuncak kekuatannya pada 2016 pun ia hanya menang tiga kerusi,” katanya, merujuk PRN Sarawak lima tahun lalu.

“Berdasarkan keputusan 2016, keseluruhan undi yang PKR dapat hanya 10%.

“Apa yang menyebabkan (presiden PKR) Anwar Ibrahim fikir PKR sangat kuat? Sekurang-kurangnya DAP dapat 20% daripada keseluruhan 1.1 juta undi,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Awal bulan ini, Anwar mendakwa partinya diberikan kerusi yang sukar untuk dimenangi dalam PRN Sarawak yang akan berlangsung 18 Disember ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mendakwa partinya diberikan kerusi yang beliau istilahkan sebagai “kategori F” oleh parti sekutunya di negeri itu.

Tanpa Baru Bian dan Larry Sng, yang tidak lagi bersama PKR kali ini, Jeniri melihat parti itu tidak tentu hala di Sarawak.

“Sekarang ia tidak ada pengerusi di peringkat negeri. Tanpa pemimpin berpengaruh seperti Baru Bian, ia sekarang macam tiada arah tujuan,” kata Jeniri.

“Ditambah dengan jentera di akar umbi yang lemah, saya boleh simpulkan sangat sukar untuk mereka menang kerusi.

“Tidak ada harapan untuk mereka dalam pilihan raya kecuali mereka boleh cari seorang pemimpin yang berpengaruh seperti Baru,” tambahnya.

Jeniri melihat PKR mungkin boleh memberikan cabaran di Telang Usan, sebuah kerusi majoriti Orang Ulu, tetapi ia belum tentu boleh menang.

Telang Usan ditandingi empat calon iaitu  Dennis Ngau dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gia Bala dari Parti Bumi Kenyalang (PSB), Philip Jau (PKR) dan Jau Jok @Jenggo dari Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Semasa percaturan politik Langkah Sheraton yang menjatuhkan kerajaan PH, Baru yang ketika itu pengerusi PKR Sarawak meninggalkan parti dan kemudian menyertai PSB.

Sng yang mengambil alih kepimpinan negeri kemudian mengumumkan hasrat letak jawatan pada Disember tahun lalu, yang kemudian diumum secara rasmi pada Februari 2021.

Beliau kini timbalan presiden Parti Bangsa Malaysia, sebuah parti baharu yang mengambil alih Parti Pekerja Sarawak.

Menurut Jeniri, PKR pernah jadi parti pembangkang nombor dua di Sarawak tetapi tempat itu sekarang diduduki PSB.

“DAP masih parti paling kuat. PKR sudah dipotong oleh PSB yang diketuai bekas pemimpin berpengalaman dari Barisan Nasional,” katanya.

Dalam pilihan raya umum 2018, PKR menang tiga kerusi parlimen tetapi selepas kerajaan PH di persekutuan jatuh, tiga wakil rakyatnya keluar parti dengan dua daripadanya menyertai PSB dan seorang masuk Bersatu.


Tiada jentera

Penganalisis politik James Chin dari Universiti Tasmania berkata kelemahan PKR di Sarawak diburukkan lagi dengan lemahnya jentera pilihan raya parti.

“Mereka tiada jentera dan selepas dua pemimpin utamanya meninggalkan parti (Baru dan Sng) mereka tiada pemimpin,” katanya.

Sesetengah calon PKR juga mula membuat keputusan sendiri tanpa menunggu bantuan ibu pejabat, tambahnya.

“Dalam pilihan raya, perlu ada jeneral. Tanpa jeneral, tidak boleh hendak berkempen. Kalau kita lihat pada calon-calonnya, mereka yang kuat ialah yang sudah menyusun jentera sejak setahun setengah yang lepas,” katanya.

Selepas PRN ini, Chin berpendapat PKR bermuhasabah tentang hala tujunya di Sarawak.

“Ujian selepas ini ialah Pilihan Raya Umum ke-15, yang hanya beberapa bulan saja lagi. Sekiranya mereka tidak bersedia dan mengatur semula parti, mereka akan kalah teruk juga,” katanya.

Tiada pedoman

Felo kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun pula berkata sudahlah tiada kepimpinan negeri, PKR Sarawak juga tidak mendapat pedoman daripada pemimpin parti di Kuala Lumpur.

“Pemimpin parti yang baharu, jika ada, tidak begitu dikenali rakyat Sarawak.

“Tidak ada banyak campur tangan dari ibu pejabat PKR. Pada masa ini mereka perlukan pedoman kerana tiada kepimpinan negeri,” katanya.

Oh juga mengkritik PKR kerana cuba mengambil kerusi daripada DAP ketika ia sendiri tidak tentu hala.

PKR sepatutnya bertanding 47 kerusi tetapi kemudian dilaporkan meminta tambahan kerusi, yang sesetengahnya tidak mahu diberikan oleh DAP.

Ia kemudian mengumumkan bertanding 28 kerusi.

Sarawak mempunyai 82 kerusi negeri yang akan ditentukan 1.25 juta pengundi pada 18 Disember ini. – 15 Disember, 2021.

 

PENG ANAL

SILAP BESAR

AMIN

PENG ANAL

TAK TAHU SIAPA

ANWAR IBRAHIM

KAH KAH KAH

ANWAR PEMIMPIN

HEBAT PKR

AKAN

 BUAT KEJUTAN

KAH KAH KAH

PENG ANAL &

ORANG RAMAI

AKAN 

TERPERANJAT

KAH KAH KAH

KITA TUNGGU

DAN LIHAT

AMIN

HARGA BAHAN MAKANAN NAIK

 


HARGA BAHAN

MAKANAN NAIK

AMIN

BERTOPENG

 



BERTOPENG

KAH KAH KAH

UNTUK CURI DUIT

KHALAS

Unknown commented on 

"GUNA TOPENG AGAMA

 REMBAT DUIT"

Bolehland milik pemimpin melayu isle jadi penyamun , rasuah & zalim semua dihalal dan berlesen .

Unknown commented on

 "NAK BUAT BAIK 

TAK PERLU IKLAN"

patutlah parti penyamun dok main sentimen KOMUNIS sebab apa ...... ? Kalau Komunis perintah geng parti penyamun awal dah ditembak dgn senapang gajah kesian juga banyak famili penyamun jadi janda & anak yatim piatu .....!


APA ATUK NAK BUAT

 


APA ATUK

NAK BUAT

AMIN

Yeop sepet commented on

 "APA STRATIJI MADEY"

Kahkahkah aku suka mamat nie punya ayat, gua pun rasa mcm ada chance atok buat hattrik,back kata pengulas bola form is temporary class is permanent.



Unknown commented on 

"APA STRATIJI MADEY"

harap orang tua ni dah usia dekat century jangan dok tambah dosa , sudahlah dah nak mampus jangan dok kucar kacir negara ni lagi . Di beri peluang utk perbetulkan kaadaan negara buat taik pulak . jangan lupa ini bukan zaman berita HARIAN teatpi zaman IT

BERKHALWAT HARI KE 635

 



KHALWAT KE 635
RABU  15/12/2021
KITA MASUK KE HARI 635
BERKHALWAT

PKP 4.0
ANGKA MAKIN TURUN
INI BERITA BAIK

AMICRON JUGA
SEDANG MEREBAK
DI UNITED KINGDOM
CUACA SEJUK MEMBANTU
PENYEBARAN RANCAK

PRN SARAWAK HEBOH
KEMPEN SANA SINI
NASIONALISMA DAYAK 
SEDANG MUNCUL
APA AKAN JADI 

KES ROSMAH TANGGUH 
MAT KOBID  PUNYA KERJA
DALAM KEADAAN SEKARNG
SEMUA WAJIB BERJAGA JAGA
AMIN

PAGI INI HOKKIEN CERAH
MATAHARI DAH KELUAR
KL SENTRAL CERAH
AWAN  BIRU

HUJAN GAGAL PETANG KELMARIN
PAGI INI JALAN KERING
TERKUKUR BERLAGU
 DISANA SINI

DI BUKIT TEPI SUNGAI
ADA JUGA KUMPULAN
WARGA HOKKIEN YANG MARAH
KAMI MENGUNDUR

BERJALAN PULANG
DI PINTU MASUK
DI KIRI DAN KANAN
MURAI LAWAN BERLAWAN
ADUH!
INDAHNYA PAGI INI
AMIN

BRO
DALAM HIDUP INI
ADA DUA KETIKA
KITA JANGAN 
BUAT SPEKULASI
PERTAMA BILA KITA  TAK MAMPU
BUAT SPEKULASI
KEDUA KETIKA KITA BERUPAYA
MEMBUAT SPEKULASI

BRO
BEZANYA KUCING
DENGAN PEMBOHONGAN
IALAH KUCING
BOLEH HIDUP  SEMBILAM KALI

BRO 
CARA TERBAIK
UNTUK MENCERIAKAN
DIRI SENDIRI
IALAH KITA SENDIRI
MENCERIAKN ORANG LAIN

BRO
KEADAAN ITU
MENJADIKAN KITA INSAN
BUKAN INSAN
MENJADIKAN KEADAAN ITU

BRO
TAMADUN KITA INI
IALAH PENAMBAHAN
BERKALI KALI
PEKARA  YANG TIDAK PERLU
DI PERLUKAN

BRO
SOPAN SANTUN MULA PUDAR
BILA PAKAIAN DAN FESHEN
MARA KE DEPAN

BRO
JANGAN  LUPA
BILA TETIBA LU
DALAM KUMPULAN MAJORITI
INILAH MASANYA UNTUK
BERFIKIR SAJENAK

BRO
KADANG-KANDANG
KITA BERSELINDUNG
DI BELAKANG KEKECUTAN
YANG  KITA HUJAHKAN
SEBAGAI  PRINSIP 

BRO
MANUSIA INI
ADA MASALAH
DIA BERAHI  BANYAK BARANG BAIK
YANG  TAK DIPERLUKAN

BRO
JIKA KITA NAK TAHU
BETAPA JELEK NYA
MANUSIA INI
LIHAT SAHAJA BILA
PRU DIJALANKAN

BRO
MANUSIA INI
AKAN MELAKUKAN 
BANYAK PEKARA
AGAR DIA DI SAYANGI
MANUSIA INI JUGA
AKAN MEMBUAT
 LAGI BANYAK PEKARA
AGAR DIA DI CEMBURUI

BRO
MANUSIA INI MACAM BULAN
ADA BAHAGIAN GELAP
YANG ORANG TAK NAMPAK
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT