Sabtu, 12 November 2022

HARI HARI AKHIR SAEKOR GEROMBOLAN


BN ketinggalan dalam berkempen, kata pemerhati

WALAUPUN mendesak pembubaran Parlimen dan pilihan raya umum diadakan tahun ini, Barisan Nasional (BN) dilihat tidak bersedia memasuki tempoh kempen, kata pemerhati politik.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight kempen BN kali ini tidak begitu meriah sebagaimana pilihan raya umum sebelum ini dan kemeriahan itu kini telah diambil alih oleh Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN).

Calon BN tidak dapat menarik orang ramai ke ceramah mereka, tidak seperti PN atau PH, dan siaran media sosialnya tidak sekerap kedua-dua gabungan politik itu.

Presiden Umno merangkap pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi bertanggungjawab mendesak Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk mengadakan pilihan raya tahun ini walaupun mendapat tentangan daripada pembangkang serta beberapa pemimpin BN.

Walaupun menggesa pilihan raya diadakan lebih awal, pemerhati berkata PN dan PH yang mendahului dari segi perhatian rakyat serta perang bendera dan sepanduk.

Hisomudin Bakar dari Ilham Centre berkata PN menang sebagai gabungan paling aktif sepanjang tempoh kempen diikuti PH.

Hisomudin berkata beliau tidak dapat mencari jawapan mengapa BN tidak mendahului walaupun menjadi kerajaan sementara.

“Berdasarkan pemerhatian kami, PN mengetuai kempen diikuti PH. PN mempunyai bendera dan sepanduk di mana-mana dan PH tidak terlalu ketinggalan.”

“Saya tidak pasti kenapa BN ketinggalan. Mereka yang mengatur agenda tetapi selepas penamaan calon, mereka ketinggalan.”

Hisomudin berkata, ini mungkin disebabkan kekurangan dana.

“Kos untuk logistik adalah tinggi. Mungkin mereka tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk diagihkan,” tambahnya.

Hisomudin berkata PN dan PH juga mendahului dari segi melibatkan diri dengan pengundi melalui ceramah malam dan kempen dalam talian mereka.

“Jika anda lihat siaran media sosial, ia adalah PN dan PH. Ceramah dalam talian di Facebook secara langsung ia juga PN dan PH. Kedua-dua gabungan ini aktif tetapi bukan BN,” katanya.

Dr Mazlan Ali turut senada dengan sentimen Hisomudin yang mengatakan kedua-dua PH dan PN mendapat sambutan yang baik daripada pengundi manakala BN masih belum mendapat maklum balas yang baik daripada rakyat.

Ahli akademik itu berkata beliau kini berada di Johor untuk membuat kajian dan mendapati PH dan PN berada di hadapan dalam mendekati pengundi.

“Ceramah PH mendapat sambutan yang sangat baik, kain rentang dan bendera mereka boleh dilihat di mana-mana. Jentera PN juga menjalankan tugas dengan baik tetapi mereka tidak dapat menandingi PH dari segi penonton di ceramah.

“BN berada di belakang kedua-dua gabungan ini, BN mempunyai bendera dan sebagainya, tetapi mereka masih tidak dapat menarik orang ramai ke acara mereka,” kata ahli akademik Universiti Teknologi Malaysia itu.

BN guna kaedah berbeza dekati pengundi

Bagaimanapun, bagi Prof Awang Azman Awang Pawi Universiti Malaya, teknik BN mendekati pengundi berbeza dengan PH dan PN.

Beliau berkata BN menggunakan pusat daerah mengundi sendiri untuk mengadakan ceramah kecil-kecilan di kalangan penyokongnya sendiri.

“PH dan PN tidak mempunyai ramai penyokong seperti BN tetapi mereka mampu menarik ramai orang kerana isu yang mereka perkatakan.”

“BN tidak dapat menarik orang ramai daripada bukan ahli oleh itu mereka lebih suka mengadakan acara berskala kecil di wilayah mereka sendiri,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan, ahli akademik senior itu berkata PN dan PH lebih kurang sama dari segi memasang bendera dan poster.

Bekas ahli akademik Dr Azmi Hassan yang kini mengetuai sebuah firma penyelidikan berkata PH menerajui perlumbaan itu.

Beliau berkata parti-parti lain seperti Pejuang, Warisan dan Parti Bangsa Malaysia tidak berada dekat dengan tiga gabungan terbesar.

“PH di hadapan diikuti BN dan PN di belakang sedikit. Di Gombak misalnya tempat saya tinggal, BN di hadapan sedikit di hadapan PN. PH di hadapan kerana mereka mempunyai nama besar untuk digunakan semasa ceramah mereka.

“Orang ramai datang mendengar daripada ahli politik ini kerana mereka adalah pemidato yang baik. Pejuang atau Gerakan Tanah Air sebaliknya tidak mempunyai nama besar,” kata felo kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara.

Pertikaian dalaman BN jadi punca

Badrul Hisham Ismail dari Iman Research berkata BN tidak dapat bersaing dengan PH dan PN kerana kegagalannya sendiri untuk menangani keretakan dalaman serta ketidakpastian siapa yang akan menjadi perdana menteri gabungan itu sekiranya mereka memenangi PRU.

Badrul bersetuju bahawa PH dan PN menunjukkan prestasi yang baik dari segi menarik orang ramai.

“Makin lama makin ramai yang meluahkan kemarahan mereka kepada BN. Dengan gangguan LRT, MCA dipersalahkan kerana menteri itu daripada parti itu. Sekarang dengan banjir, BN menerima banyak kritikan di media sosial.

“Tambahan pula masalah dalaman sendiri tidak selesai. Noh Omar tidak ada di Tanjung Karang, Khairy Jamaluddin masih bising tentang kerusinya dan masih bergaduh dengan Zahid secara terbuka.

“Banyak yang perlu dijelaskan oleh Zahid tentang dakwaan akuan berkanun menjadi PM. Parti lain sudah bergerak ke hadapan daripada keretakan dalaman tetapi BN masih bertelagah. Sebab itu saya fikir BN berada di belakang PH dan PN,” kata Badrul.

Bagaimanapun katanya, suasana pilihan raya tidak semeriah dahulu.

“Biasanya seminggu sebelum tamat, keadaan dipenuhi dengan keterujaan. Mungkin hujan dan risiko banjir menjadi penghalang.

“Mari kita lihat bagaimana kempen itu akan datang pada hari Sabtu dan Ahad ini. Jika orang ramai ramai ia boleh dijadikan penunjuk untuk melihat parti mana yang mendapat perhatian daripada pengundi,” katanya. – 12 November, 2022.


WOIT

SEBAB UTAMA

KEMPEN BN

JADI LEMBEK

KERANA DUIT

TAK MASUK

KAH KAH KAH

CUKONG DAH

LARI

KAH KAH KAH

TOWKAY TAKUT

BILA LIHAT

APA JADI PADA

NAJIB & ZAHID

KAH KAH KAH

RAMAI  CALON

MINTAK DUIT DARI

ZAHID & MAIL

DUA DUA

KAKI REMBAT

KAH KAH KAH

DUA DUA AMAT

KEDEKUT

KAH KAH KAH

PENYOKONG

GEROMBOLAN 

TAK DA DUIT

TAK BUAT KERJA

KAH KAH KAH

KHALAS

IRAN NAK SERANG SAUDI !!!



WOIT 

IRAN JANGAN

GERTAK GERTAK

KAH KAH KAH

SERANGLAH SAUDI

SATU DUNIA AKAN

BERI SOKONGAN

KHALAS

DUIT BOLEH SIMPAN LAUAR NEGARA


ISTIHAR HARTA

KAH KAH KAH

DUIT BOLEH 

DISIMPAN DI LUAR

NEGARA

KHALAS



Unknown commented on 
"KERJA BODOH TIPU RAKYAT"

Tt, gwa kesian pulak dekat lu. Sejak jadi geng mak lampir dengan bang jemin ni lu pun dah kurang akal kah bah? Declare asset ni pandai pun tidak bodoh pun tidak. Tapi ...rakyat boleh nilai siapa yang menggelabah...lu APa tau...undi pun tidak..keja lu kutuk orang lain saja. Habuk pun tak guna


Unknown commented on
 "KERJA BODOH TIPU RAKYAT"

Ooooooo...jadi mengikut lojik akal lu, sesiapa yang tak declare tu tak tahu nak sorok duit dekat tempat lain lah ???? Kalau macam tu marilah ramai2 pangkah pas.


Unknown commented on
 "KERJA BODOH TIPU RAKYAT"

Makcik2 felda bukan pot pun Telus ke tidak. Yg dia ambik pot ialah apa kau nk bagi dekat dia.. kau tipu ke betul ke xda apa berubah.

KHAIRY NAIK KERANA JADI MENANTU. ABAH


KHAIRY NAIK

KERANA JADI

MENANTU ABAH

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on 
"KHAIRY KENA SAILANG"

kj lebih bijak dari mail bera??hentikan la bro..kalo tak kerana jadi menantu abah, mampos la kj naik naik..lu lupa kawan lu si zahid komidi? kj ni lantang hentam zahid.kj sorang opportunis..siapa yg membawa untung kj akan sokong..wak jawa pun tak pandai bahasa ingeris..even kemunafikan pun jadi kemunafakkan..wak jawa mengaku aceh..


kj cuba raih simpati.dibanding kj dgn dr zul kuala selangor, dr zul jauh lebih baik berbanding kj..kehebatan kj hanya la pada team media je..ckp berdekah2 janji itu ini tapi sampai sekarang tiada satu pekeling pun yg diluluskan..di parlimen, bila kj nak ckp je spekaer akan potong dgn alasan dekat waktu rehat la dekat waktu nak balik la..awaq masa dr zul jd kkm, takda plak isu ini..jawapan mudah, kj kawtim dgn speaker..angka covid turun, BID menaik..ini auta budak rembau..mujur maya karin dah kawin..

HANTU TETEK BERNAMA ROSMAH


HANTU TETEK

BERNAMA ROSMAH

KAH KAH KAH

AMIN



Unknown commented on 
"NAK KASI KHAIRY MENANG"

parti komunis malaya adalah parti yang sah dari segi undang2 di malaya..cer tanya sapa PM masa tu?tun razak sendiri g jumpa parti komunis china di china agar komunis china tidak mendanai PKM.PKM takda sumber dan terpaksa lari ke selatan thailand. tun razak dianggap hero walhal tun razak sendiri menemui dan meminta bantuan comunis china..mana tumpah kuah kalo tak kat nasi? begitu la sifat yg disakakan kpd najib..najib jual malaysia kpd china.hishammudin husin sepupu najib kata china big brother..jgn lupa lee kuan yu membina singapore bukan dgn komunis.lee kuan yew membina singapore dgn kerangka amerika kerna itu ada pengkalan US di spore..sb itu spore maju, dibalik kejayaan spore itu ada consultant US.even di spore masih terdapat tanah pusaka sultan johor suku sakat sultan ibrahim..


jgn salah faham, sudah berpuluh tahun lamanya china bukan lagi komunis kerana ekonomi telah gagal di china.china amalkan langit terbuka..lu org cari sendiri..china membuka negarnya,ekonominya kpd org luar..hasilnya china mengadaptasi ekonomi US.perjanjian perdagangan US china juga meningkat.begitu juga perjanjian dagangan malaysia dgn israel.cuma tukar nama trade je.selamanya kita disakakan dgn hantu komunis.kita dilupakan bahawa yg sakau duit rakyat itu adalah hantu tetek bernama rosmah mengaku dara..

MALAPETAKA CUACA- APA KOBA TAMAN SRI MUDA ?


MALAPETAKA

CUACA


APA KOBA TAMAN SRI MUDA?
ADA BANJIR KILAT ?

PETANG KELMARIN HUJAN LEBAT
ADA BANJIR KILAT
DI BEBERAPA KAWASAN
BERITA MELAPORKAN
4 BUAH SUNGAI
DI TAHAP BAHAYA

KEMPEN KEMPEN
LAGI 6 HARI
KALAU BANJIR SAMPAI
MACAM MANA ?
JENG JENG JENG

PAGI INI
HOKKIEN BASAH SEJUK
LOPAK AIR DI SANA SINI

KL & KL SENTRAL
DI LINDUNGI KABUS TEBAL
BANGUNAN 118
BANGUNAN NENAS
DI TUTUP AWAN

AWAN HITAM
MELINGAR LANGIT

APAKAH KITA
BELUM SEDAR LAGI
TENTANG PEMANASAN DUNIA
DALAM MASA TIGA TAHUN
JIKA KITA GAGAL
HALANG KENAIKAN SUHU
1.5 DARJAH CELCIUS
MAKA KITA TIDAK ADA
JALAN PULANG
AMIN

SELAMAT MENUNGGU
CAHAYA MATAHARI