Sabtu, 9 November 2024

BILA SPRM NAK SIASAT AZAM BAKI ?




Siasatan menjurus kenal pasti aset diperoleh Fashionvalet – SPRM

PUTRAJAYA – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini menjurus ke arah mengenal pasti aset dan pemilikan serta sumber kewangan yang diperoleh oleh pasangan pengasas platform e-dagang FashionValet Sdn Bhd (FashionValet).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata fokus siasatan juga melihat kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).

“…(siasatan) untuk melihat cara wang (pelaburan) itu dibelanjakan, adakah perbelanjaan itu betul (proper) atau tidak, adakah melanggar undang-undang.

“Jadi aset-aset kita cakap semalam yang dikenal pasti, dia (pengasas) perlu memberi penjelasan daripada mana perolehannya dan bagaimana (dibelanjakan),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata kira-kira 60 kotak dokumen kewangan yang dirampas daripada FashionValet, Khazanah dan PNB semalam perlu dikaji secara menyeluruh terutama berkaitan perjanjian antara ketiga-tiga syarikat itu.

Menurut Azam, pegawai penyiasat mempersoalkan pasangan itu tentang perkara berbangkit susulan semakan dokumen, akaun dan pelaburan yang masuk ke FashionValet seperti isu melibatkan harta, aset dan sebagainya.

“Saya jangka pegawai penyiasat akan memanggil mereka kembali ke pejabat untuk membantu siasatan,” katanya.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan serbuan lain akan dilakukan sekiranya perlu.

“Siasatan akan ambil masa sebab melibatkan isu akaun, keputusan berkaitan korporat dan ini ambil masa sedikit. Saya rasa tidak dapat siap dalam tempoh terdekat,” katanya.

Ditanya sama ada pasangan itu akan ditahan, Azam berkata keputusan untuk menahan mereka bergantung kepada pegawai penyiasat bagi memutuskan sebarang tindakan yang bersesuaian.

Katanya siasatan dilakukan terhadap prestasi dan keuntungan FashionValet pada 2018 hingga 2023 termasuk persoalan sama ada syarikat itu mengalami kerugian atau sebaliknya, selain turut melihat kepada tindakan Khazanah dan PNB sama ada mereka mengetahui berlaku kerugian membabitkan syarikat tersebut.

Susulan itu, Azam dilaporkan berkata SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung kerugian pelaburan tersebut.

Semalam, Azam berkata SPRM mengesan beberapa transaksi mencurigakan dalam kes kerugian dialami Khazanah dan PNB dalam pelaburan FashionValet yang dikesan sejak 2018 hingga tahun lepas setelah menganalisis 60 kotak dokumen kewangan yang dirampas daripada ketiga-tiga syarikat itu.- BERNAMA


BILA SPRM

NAK SIASAT

KES SAHAM

AZAM BAKI ?

AMIN

SIASAT DAN TANYA

DARI MANA DIA

DAPAT DUIT

BELI SAHAM

AMIN

KHALAS

ZIONIS DISERANG DI AMSTERDAM



Peminat bola sepak Israel jadi sasaran rusuhan di Amsterdam


AMSTERDAM: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengarahkan dua pesawat penyelamat dikerah ke Belanda, hari ini, susulan insiden keganasan di Amsterdam yang menyasarkan peminat bola sepak Israel, malam tadi.

Reuters melaporkan rakaman video tersebar dalam media sosial menunjukkan pertempuran di jalanan dengan polis antirusuhan turut campur tangan untuk meredakan ketegangan.

Menurut pejabat Netanyahu, arahan menghantar pesawat itu dibuat selepas berlaku 'insiden amat ganas' yang menyasarkan warga Israel susulan perlawanan antara Ajax Amsterdam yang secara tradisinya dikenali sebagai kelab Yahudi, dengan Maccabi Tel Aviv.

Dalam satu rakaman video oleh saksi yang disahkan Reuters, sekumpulan lelaki dilihat berlari berhampiran stesen pusat Amsterdam dengan mengejar dan menyerang individu lain, sementara kedengaran gema siren polis.

Perdana Menteri Belanda, Dick Schoof, berkata beliau terkejut dengan serangan anti-Semitik ke atas warga Israel itu yang dianggap sebagai tidak boleh diterima sama sekali.

Beliau dalam satu kenyataan melalui X berkata, pihaknya telah memberi jaminan kepada Netanyahu yang dihubungi menerusi telefon, bahawa pelaku terbabit akan dikenal pasti dan didakwa.

Polis tempatan memaklumkan setakat ini, 57 suspek ditahan selepas perlawanan itu ketika penunjuk perasaan pro-Palestin dikatakan cuba menuju ke Stadium Johan Cruyff walaupun demonstrasi dilarang diadakan di bandar itu.

Menurut polis, peminat bola sepak meninggalkan stadium itu tanpa berlaku sebarang insiden tetapi pertempuran meletus semalaman di pusat bandar.

Sementara itu AFP pula melaporkan polis berkata, lima individu dimasukkan ke hospital susulan insiden berkenaan, manakala bilangan mereka yang ditahan mencecah 62 orang.

"Polis melancarkan siasatan besar-besaran terhadap beberapa insiden keganasan," menurut polis dalam satu hantaran melalui X. - AGENSI

ZIONIS DISERANG

DI AMSTERDAM

AMIN

TAK DAPAT

LARI KE MANA

AMIN

ZIONIS HANYA

SELAMAT DI SAUDI

KAH KAH KAH 

AMIN


KRONI SAPA LAKI BINI INI ?


JANTAN BETINA

LAKI BINI INI

KRONI SAPA?

JENG JENG JENG

AMIN

TRUMP WAJIB BELAJAR DARI ANWAR



TRUMP WAJIB

BELAJAR DARI

ANWAR

AMIN

Unknown commented on 
"TRUMP MULA BERAKSI"

Awal lagi jangan percaya sangat, ini hari naik esok harga minyak turun pun tidak berlaku lagi, boleh pusing boleh belok lagi ini suara orang politik bukan orang biasa kah kah kah inilah perangai orang kita pun sama kami jugak kah kah kah

ALIH BERITA 5G DENGAN BERITA FESHEN


ALIH BERITA

5G DENGAN

BERITA FESHEN

AMIN

Unknown commented on
 "BERITA FASHION VALET
 NAK ALIH CERITA ?"

Kalau asal usul akar sama tak guna jugak sembang setiap hari, mereka akan cari jalan bisnes dengan jual aset negara, atas nama persyarikatan atas nama penswastaan atas nama apa saja, asal orang tak faham, dalam bingung gelap gelita semuanya akan jual beli kah kah kah 

setiap hari akan muncul berita sensasi bagi alihkan perhatian rakyat, nanti cari stokin lagi kah kah kah, siapa logik akal cetak stokin 12 pasang kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI

SABTU 9 NOVEMBER 2024
HEBOH HEBOH
MASIH HEBOH KES
FASHION VALET

WARGA NET MULA BERKATA
PERTAMA KENAPA
MAMAT DAN MINAH
DUA EKOR INI
TIDAK DI LOKAP?
JENG JENG JENG

APAKAH KES MEREKA INI
HELAH UNTUK TUTUP CERITA
LEBIH BESAR
LEBIH BAHAYA
CERITA SISTEM 5G KITA
KINI AKAN DI MILIKI
OLEH SINGAPURA

KAH KAH KAH
MADANI 
OOO 
MADANI
LAPANGAN TERBANG MILIK
YAHUDI ZIONIS
SISTEM KOMUNIKASI
MILIK SINGAPURA
ABIH LINGKUP
TANAH MELAYU

IRAN
DIKATAKAN ADA RANCANGN
NAK BUNUH TRUMP
INI  CONTOH DEEEP STATE
PUNYA KERJA
MAHU  AMERIKA TERUS
ANTI IRAN

AMERIKA
BURSA SAHAM DI WALL STREET
MELONJAK NAIK
DOLAR KUKUH
SAHAM SYARIKAT ELON MUSK
NAIK NAIK NAIK

BELANDA
POLIS TAHAN 60 ORANG
SATELAH BERLAKU
PERGADUHAN ANTARA
PEMINAT BOLA ZIONIS
DENGAN PENYOKONG PALESTIN
DI AMSTERDAM

FILIPINA
NEGARA INI BUAT 
UNDANG UNDANG BARU
BERSANGKUTAN
DENGAN LAUTAN SUNDA

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
MATA HARI DAH BERSINAR INDAH
KL & KL SENTRAL CERAH
LANGIT BIRU BERAWAN PUTIH

SAEKOR GAGAK
MENANGIS SEDIH
KENG KENG
TERBANG SAMBIL MELAUNG
TERKUKUR BERLAGU
DALAM SAWAH PAGI
WARGA HOKKIEN MENYALAK MARAH

HA HA 
DI JALAN PULANG
SUARA CENGKERIK KUAT
KALI INI DARI BELUKAR
TIDAK LAGI DARI  SAWAH RUMPUT
YANG KINI DI POTONG PENDEK

HARI INI AKAN PANAS
TAK TAK DAH MENJALAR
DI BALKONI
BERJEMUR MEMANAS BADAN

JAP LAGI
GUA KE CHOW KITA
RUTIN MINGGUAN
BELI BUAH DAN BAHAN MAKANAN
BERAPA SEKILO HARGA AVOCADO
MINGGU LALU 15RM
ASAL DULU  8RM
JENG JENG JENG

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI SABTU

BRO
HIDUP INI SATU PERTANYAAN
JAWABNYA
IALAH BAGAIMANA KITA
MENJALANI HIDUP

BRO
BILA LU BERJALAN CEPAT
JANGAN LUPA
LIHAT KIRI LIHAT KANAN
BUMI INI INDAH

BRO
BILA LU MELIHAT BINTANG
DILANGIT
JANGAN LUPA
RUMPUT DI JALAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI