Jumaat, 12 September 2025

BENGALI IKUT CARAA NEPAL


SAUDARA

 AWTAR SINGH

TAK PERLU CAKAP

BANYAK

 DIMEDIA SOSIAL 

AMIN

SUSUN ATUR

SEMUA BENGALI

BAWA KE JALAN RAYA

IKUT CARA NEPAL

KHALAS

PROJEK UNTUK KRONI


Pentagon mulakan proses mencari kontraktor Golden Dome

WASHINGTON: Agensi Pertahanan Peluru Berpandu Pentagon memulakan proses pemberian kontrak bagi pelaksanaan sistem pertahanan peluru berpandu utama Presiden Donald Trump yang dikenali sebagai Golden Dome.

Menurut satu notis tender yang disiarkan pada Rabu, Golden Dome dilihat sebagai versi lebih besar lagi rumit berbanding sistem pertahanan Iron Dome milik Israel iaitu satu sistem pelindung peluru berpandu.

Ia mempunyai skop yang lebih luas tidak terhad kepada AS sahaja, membabitkan jaringan satelit yang mengorbit bagi melindungi kawasan lebih besar.

Kontrak berkenaan, dikenali sebagai Multiple Award Scalable Homeland Innovative Enterprise Layered Defense (SHIELD), adalah perjanjian penyampaian tidak terhad bernilai AS$151 bilion (RM636 bilion) selama 10 tahun.

Ia bertujuan mempercepatkan penghasilan dan penempatan teknologi pertahanan baharu untuk melindungi AS, pasukan tentera ditempatkan di luar negara, sekutu dan rakan-rakan daripada ancaman peluru berpandu balistik, hipersonik dan peluru berpandu jelajah benua (ICBM).

Penyerahan cadangan akan dibuat pada 10 Oktober, menurut buletin kerajaan yang diterbitkan Rabu lalu.

Struktur kontrak itu membolehkan Pentagon dan entiti lain di bawah Jabatan Pertahanan mengeluarkan arahan tugas dengan lebih pantas melalui satu mekanisme perolehan yang anjal, tanpa perlu mengadakan proses tender berasingan bagi setiap keperluan.

Pada dasarnya, kontrak SHIELD dijangka berfungsi bagi menyelaraskan keseluruhan perolehan, menurut wakil industri pertahanan.

Pihak industri menyatakan bahawa syarikat-syarikat kini sedang meletakkan diri untuk menjadi vendor yang diluluskan di bawah kontrak besar ini, yang dijangka diberikan kepada semua pembida yang layak, bukan hanya kepada beberapa syarikat terpilih.

Skop kerja merangkumi 19 bidang termasuk penyelidikan dan pembangunan awal, pengeluaran, ujian serta penyelenggaraan sistem senjata canggih.

Antara syarikat pertahanan utama seperti Lockheed Martin, Northrop Grumman, RTX dan Boeing dijangka akan menyertai projek Golden Dome ini kerana kepakaran masing-masing dalam sistem pertahanan peluru berpandu.

SpaceX, yang menyertai bidaan bersama pembangun perisian Palantir serta pengeluar sistem pertahanan Anduril, turut dijangka membentangkan cadangan mereka untuk projek itu. – REUTERS


PROJEK BERBILION

DOLAR 

UNTUK KRONI

KAH KAH KAH

UNTUNG BESAR

KOMPENI SENJATA

KHALAS

KITA ADA TUN MAIMUN UNTUK GANTI MADAFAKA



Bekas Ketua Hakim dinamakan pilihan utama jadi pemimpin interim Nepal


KATHMANDU: Bekas Ketua Hakim Nepal, Sushila Karki, dinamakan sebagai pilihan utama untuk menjadi pemimpin interim, menurut seorang wakil penunjuk perasaan 'Gen Z', hari ini, selepas demonstrasi besar-besaran menggulingkan Perdana Menteri, KP Sharma Oli.

Jurucakap tentera pula memaklumkan bahawa Ketua Angkatan Tentera Nepal, Jeneral Ashok Raj Sigdel, sudah mengadakan rundingan dengan pemegang taruh berkaitan serta mesyuarat bersama wakil Gen Z, semalam - merujuk kepada 'gabungan longgar' gerakan protes - tanpa memberikan butiran lanjut.

Pihak tentera sedang berusaha memulihkan ketenteraman di Nepal yang mempunyai kira-kira 30 juta penduduk, selepas keganasan terburuk dalam tempoh dua dekad telah menggulingkan Perdana Menteri dan menyebabkan bangunan Parlimen terbakar pada Selasa lalu.

"Buat masa ini, nama Sushila Karki diketengahkan untuk memimpin kerajaan interim. Sekarang, kami menunggu Presiden untuk bertindak.

"Kami berbincang dengan ketua tentera berhubung masa depan. Ia adalah mengenai bagaimana kita boleh bergerak ke hadapan, dan juga menjaga keamanan serta keselamatan negara," kata Rakshya Bam yang merupakan antara individu menghadiri mesyuarat itu, kepada AFP.

Karki, 73 - seorang ahli akademik dan wanita pertama memegang jawatan Ketua Hakim Mahkamah Agung di Nepal - menjelaskan kepada AFP bahawa pakar-pakar perlu tampil bersama untuk mencari jalan ke hadapan, dan 'Parlimen masih berfungsi.'

Bagaimanapun, beberapa pihak lain memberi amaran bahawa pilihan penunjuk perasaan itu - yang terdiri daripada pelbagai kumpulan - adalah jauh daripada keputusan sebulat suara.

Pada satu mesyuarat maya yang disertai ribuan orang melalui platform Discord, golongan muda membincangkan pelbagai agenda dan berbahas mengenai siapa yang patut mewakili mereka.

Tunjuk perasaan meletus di Kathmandu pada Isnin lalu bagi membantah isu rasuah dan langkah kerajaan mengenakan larangan ke atas media sosial.

Namun, protes merebak ke seluruh negara dengan keganasan yang menyaksikan bangunan kerajaan dibakar selepas sekurang-kurang 19 maut dalam kekacauan itu.

KITA ADA TUN

TENGKU MAIMUN

UNTUK GANTI

MADAFAKA

AMIN

JUJUR BIJAK

BERWIBAWA

BEBAS RASUAH

KHALAS

SAPA PUN LEBIH BAIK DARI MADAFAKA


SAPA PUN

PASTI LEBIH

BAIK DARI

MADAFAKA

AMIN

Unknown commented on 
"NAK LIHAT ZAHID DIDAKWA ?"

Apa alternatif lain apa pilihan lain daripada Madafaka? Bagi siapa pemimpin cukup bukan sekadar menghasut setiap hari tanpa rancangan besar? Siapa barisan yang mampu memimpin selepas menjatuhkan Madafaka?

Pakai huruf jawab woit kah kah kah nak kira nak kutip kalau ada orang terbaik cemerlang tidak rasuah sukar diperolehi dipercayai apabila akan datang mungkin lebih buruk lagi

JALAN TELAH. DI TUNJUK


JALAN TELAH

DI TUNJUK

AMIN

Unknown commented on 
"MAHASISWA ANAK MUDA 
DI MANA KAMU ?"

Ayoh anak muda nepal & indon dah tunjuk jalan


Unknown commented on 
"INILAH CARA 
KAMPONG MELAYU TERGADAI"

bendera "one piece" merebak ke france...

gua pernah komen pasal budak getah lanun bertopi jerami ni dulu ditukar tiup.. tapi tidak siarkan.. kini jadi simbol melawan

kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

JUMAAT 12 SEPTEMBER 2025

PEMBULI


PEMAJU ADALAH PEMBULI
Kemarin kita baca berita bagaimana PEMAJU  telah MEMBULI  orang Kampung Baru. Pembuli ini telah merampas harta orang kampung.  Jelas inilah caranya bagaimana Tanah Melayu lupus dari tangan Melayu.

Singapura lesap dari tangan Melayu. Pulau Pinang OTW akan lesap – kota dan pekan  dah  lama lesap. 

Kemarin kita melihat  bagaimana  PEMBULI telah di bantu oleh jentera kerajaan. Dari zaman Inggeris hingga ke hari ini cara mereka merampas Tanah Melayu adalah sama.

Kemarin kita lihat juga  perangai para MENTERI - bukan mempertahankan hak orang kampung TAPI memperkukuh  KEJAHATAN PEMBULI.

Sampai bila Pembuli ini akan selamat. Sampai bila Tanah Melayu tidak di rampas. Makin lama makin jelas kerajaan hari ini adalah kerajaan PEMBULI.

RAKYAT  DIBULI  PEMAJU DI LINDUNGI.

MUSIM BUNGA ASIA
Wow dulu 2011 ada Musim Bunga Arab – Arab Spring – kini kita ada  MUSIM BUNGA ASIA. 

Awalnya pada tahun 2022 – Musim Bunga bermula di Sri Langka – kemudian ianya merebak ke Bangladesh – berjangkit ke Indonesia.  NOW SHOWING  di Nepal.

Di beritakan NEXT CHANGE di Filipina.

Paling menarik di mana COMNG SOON  - ini lah yang kita tunggu tunggu.

Rakyat kena buli – Pemaju buli rampas tanah. Kerajaan  tutup  ruang demokrasi kerana nak tutup rasuah. Kerajaan BULI  bebaskan PERASUAH – Justeru   MUSIM BUNGA sedang merebak di Asia.

MALAYSIA
Di Malaysia – baja wajib di pupuk. Air wajib disiram agar bunga akan tumbuh sihat. Bila bunga tumbuh sihat  kuntum akan muncul dan MUSIM BUNGA akan sampai. AMIN.

BRAZIL
Bekas Presiden Brazil Bolsonaro di jatuhkan hukum 27 tahun penjara. Jenayah : cuba melakukan rampasan kuasa.

UNITED KINGDOM
Duta UK ke Washington DC di buang. Kerana dia terlibat dalam kes Epstein. Nama  Mandelson muncul dalam fail Epstein. Mandelson seorang homoseksual – mungkin juga mangsa pau Epstein.

IRAN
Rarviz Sabeti : Tukang buli dan tukang seksa dalam penjara Shah lari ke Florida Amerika ketika Revolusi Iran.  Kini akan di bicarakan. Ada puluhan saman.

NEPAL
Demo diteruskan. Kini sasaran ialah hotel mewah tempat elit enjoi de menjoi. Perniagaan para elit politik jadi sasaran. Juga  rumah -rumah mahal milik Menteri dan YB jadi sasaran.

AMERIKA
Penembak  Charlie  Kirk masih di cari. FBI telah mengeluarkan gambar.

NEPAL
Bekas Ketua Hakim Negara  di namakan sebagai pemimpin Negara sementara. PM Nepal telah cabut lari. Kerajaan runtuh.

HOKKIEN
Pagi ini sejuk basah udara segar. Matahari belum muncul. Langit kelabu mendung macam hujan belum puas turun. KL & KL Sentral berkabus nipis.

Gua mengarah ke Wakaf depan Pokok Ara. Kali ini ramai Warga Asal datang. Mereka dah berani hampiri gua. Mereka dah faham  gua  pembawa rezeki.

Tapi anak-anak anjing tak ada saekor pun. Kemana hilang  pergi ? Berhijrah ke mana ?  Gua hairan – yang datang makan Bapak-Bapak – Emak dan Anak dah tidak muncul -  petang ini a gua nak tengok  sekali lagi.

Berjalan pulang di hutan belukar tepi pagar suara murai – macam ada beberapa ekor. Bila murai berkicau di waktu pagi pasti membawa gumbira. 

Gua yakin jap lagi akan panas. Jika petang hujan malam sejuk santai. AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM MENYAMBUT
PAGI JUMAAT

BRO
Untuk lu berjaya lu mesti berani gagal.

BRO
Yang menyulitkan hidup kita ini ialah penguasa yang bodoh  tetapi zalim.

BRO
Lu jangan takut hadapi esok. Esok pasti menjanjikan. Amin


BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERJUMAAT