Selasa, 6 Oktober 2026

BAHAYA DANA ASING?


DANA ASING

INI BAHAYA

AMIN

TAPI DANA

DARI AH SENG

LAGI BAHAYA

AMIN

SEKARANG INI

DANA AH SENG

KERJA SAMA

DENGAN MAFIA

KORPORAT BELI

KERAJAAN

 MADAFAKA

KHALAS

Kerajaan pertimbang larang parti politik terima dana asing

KUALA LUMPUR: Kerajaan mempertimbangkan cadangan melarang parti politik daripada menerima sebarang dana dari luar negara, termasuk disalurkan menerusi pihak ketiga di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Pembiayaan Politik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata skop larangan berkenaan dicadangkan supaya merangkumi peringkat Persekutuan serta negeri dan terpakai sepanjang kitaran politik sebelum, semasa mahupun selepas pilihan raya.

"(Ia adalah) bagi memastikan sumber dan penggunaan dana politik dapat dipantau secara berkesan," katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen semalam.

Beliau berkata, RUU itu juga dicadangkan untuk mewajibkan dana politik diterima dan digunakan melalui saluran rasmi yang boleh direkodkan, dikesan dan diaudit.

"(Ini) termasuk pelaporan berkala, penyerahan laporan kewangan diaudit secara tahunan, serta pendedahan maklumat pembiayaan politik kepada awam, tertakluk kepada butiran dan parameter yang akan dimuktamadkan semasa proses penggubalan RUU berkenaan," katanya.

Azalina berkata, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri menganjurkan Konvensyen Pembiayaan Politik 2026 pada 8 September lalu dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).

Konvensyen berkenaan membentangkan dapatan kajian dan mendapatkan pandangan lanjut daripada pihak pemegang taruh.

Berdasarkan dapatan kajian, sesi libat urus dan proses triangulasi, beberapa cadangan dasar disediakan untuk pertimbangan dalam penggubalan RUU berkenaan.

Ini merangkumi skop pemakaian undang-undang, sumber dan had sumbangan, mekanisme penerimaan dana, serta pelaporan, pengauditan, ketelusan, kesalahan dan hukuman.

Beliau berkata, cadangan itu akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) dalam masa terdekat untuk semakan dan maklum balas lanjut sebelum dimuktamadkan untuk pertimbangan Jemaah Menteri.

Azalina berkata demikian bagi menjawab soalan Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) yang bertanyakan mekanisme untuk mencegah dana luar negara daripada disalurkan melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pihak ketiga bagi membiayai kempen atau aktiviti politik yang memberi manfaat kepada parti atau calon tertentu, serta sama ada RUU itu akan mewajibkan pendedahan sumber dana dan perbelanjaan.

PAIP MINYAK SAUDI KENA BOM


PAIP MINYAK SAUDI

TERBAKAR 

KENA BOM 

ANSARALLAH

AMIN

LAWAN MONARKI DI MANA SAJE


BEBASKAN SAUDI

DARI KUASA 

KELUARGA SAUD

KHALAS



Houthi dakwa serang lapangan terbang, loji penapisan minyak, kemudahan tentera Arab Saudi

ISTANBUL: Kumpulan Houthi Yaman, malam tadi mendakwa melancarkan tiga operasi ketenteraan yang menyasarkan dua lapangan terbang, sebuah kemudahan minyak dan beberapa kemudahan tentera di Arab Saudi, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam kenyataan di platform media sosial X, jurucakap Houthi, Yahya Saree, berkata operasi itu membabitkan sejumlah besar peluru berpandu balistik dan krus serta dron.

Beliau berkata, operasi pertama menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di ibu negara Riyadh, dengan mendakwa serangan itu mengenai sasaran dan menyebabkan lalu lintas udara terganggu.

Katanya, operasi kedua menyasarkan sebuah kilang penapisan milik syarikat minyak negara Aramco di Rabigh, wilayah Makkah, sambil mendakwa serangan itu menyebabkan kebakaran di kemudahan berkenaan.

Saree berkata, operasi ketiga menyasarkan Lapangan Terbang Abha, pangkalan Khamis Mushait dan kem Akfa di wilayah Asir, selain beberapa lokasi lain yang disifatkannya sebagai "lokasi sensitif" di Najran dan Jazan di barat daya Arab Saudi.

Beliau mendakwa operasi itu dilancarkan sebagai tindak balas terhadap 60 serangan udara dan peluru berpandu Arab Saudi dalam tempoh 24 jam sebelumnya yang menyasarkan Sanaa serta wilayah Al-Jawf, Taiz, Hajjah, Saada dan Marib di Yaman.

Katanya, jumlah keseluruhan serangan udara dan peluru berpandu sejak peningkatan ketegangan bermula kini mencecah 1,576.

Saree turut memberi amaran kepada syarikat penerbangan antarabangsa yang menggunakan ruang udara Arab Saudi supaya tidak meneruskan penerbangan, dengan mendakwa ruang udara negara itu kini termasuk dalam kawasan operasi kumpulan berkenaan, kecuali ruang udara di Makkah dan Madinah.

Setakat ini, tiada ulasan segera daripada pihak berkuasa Arab Saudi berhubung dakwaan Houthi itu. – BERNAMA-ANADOLU

KAPITALISMA MUSUH BERSAMA


DUNIA AMAN

PERANG TAMAT

BILA SISTEM

EKONOMI KAPITALIS

DI MUSNAHKAN

KHALAS

Unknown commented on
 "PAGI INI"

Kita doakan semoga semua penghasut semua manusia yang membawa bencana semua yang mengacau masyarakat dunia dihapuskan segera, apabila semua pengacau sebegini yang mempunyai agenda peribadi sendiri hilang maka dunia akan lebih aman lebih sejahtera,

 syukur alhamdulillah kerana kita masih ada ramai orang baik daripada orang-orang berilmu pengetahuan luas amin kah kah kah kah

IRAN MENANG LAWAN AMERIKA


PESTA IRAN

MENANG LAWAN

AMERIKA & ISRAEL

KHALAS

Unknown commented on
 "TUKAR TIUB BERJAYA"

hal negara atau kebaikan utk ramai/ rakyat pasai pa x boleh cakap bukan hal peribadi kah kah kah bila israhell & merika nak berpesta kemenangan ke atas Iran satu dunia nak lihat! kuat konon,,,,,?

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

SELASA 6 OKTOBER 2026

SELAT HORMUZ MASIH DITUTUP

HARGA MINYAK MAKIN NAIK


AMERIKA UNDUR  B1 PESWAT PENGEBOM DARI PANGKALAN  DI UK 
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

Semua 19 biji  pesawat  B1 ini dengan tergesa-gesa di bawa pulang  ke Amerika. KENAPA?

WAT IS DE BEKOS? Jawapan penuh keliru.

MAT TERAM kata : dia ada maklumat   pangkalan pesawat ini akan di serang. Mat Teram klim dia tahu sapa akan serang.

MENTERI PERANG AMERIKA kata : Ini perkara  biasa – pusingan rutin.

TIMBALAN PRESIDEN  kata : Dah lama sangat di UK 

KAH KAH KAH 
KAH KAH KAH 
KAH KAH KAH

SAUDI SERANG YAMAN
Lebih dari 100 buah pesawat pengebom dari Saudi telah menyerang dan mengebom Sanaa – ibu kota Yaman.

ANSARALLAH BERI JAWAPAN:
Loji Minyak Aramco di Riyadh di bom.
Lapangan terbang antarabangsa Riyadh di bom.

AMERIKA tidak bantu Saudi – hanya beri  maklumat INTEL. Kah kah kah

HOKKIEN
Pagi ini sejuk – petang kemarin hujan – lebat tapi sekejap – KL & KL Sentral di liputi jerebu dan kabus. Mata hari tak kelihatan. 

Pagi ini  Jantan Putih muncul di tempat Mak Tetek Lanjut -  Mak entah dimana. Siti muncul dan makan sama. 

Gua beri nasi dan friskies – ha ha – kali ini Tiong dan Terkukur datang makan – gua tabur beras dan jagung.

Berjalan pulang dari Wakaf Tiga  gua  dengar suara gagak – kuat kerana dia bertenggek di pokok Kemboja di tepi jalan.

Bila gua beri makan Geng Putih Gagak ikut sama makan.

Ertinya pagi ini Tiong, Terkukur dan Gagak  makan bersama. Gua gumbira.

Hari ii akan panas. 
Hujan – sila datang sekali lagi – Jerebu masih ada. Amin

SENYUM
SAMBUT PAGI SELASA
SEPERTI BIASA
DENGAN SENYUMAN

Hendak belayar ke Teluk Abung           
Sambil mencuba labuhkan pukat
Ramai-ramai kita bergabung           
Madafaka  sama kita  per hambat 

 Pakai baju warna biru         
 Pergi ke sekolah tanam serai
Madafaka   bersama kita   buru
Sampai  musnah kerajaan terbarai

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
SELAMAT BEKERJA