Khamis, 2 April 2015

GEROMBOLAN BERAMOK





Hubungan PM dengan Mahathir tiada 
masalah, kata Khairy 

Walaupun  Mahathir Mohamad lantang mengkritik pentadbiran  Najib Razak secara terbuka, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan hubungan bekas perdana menteri itu dengan bosnya tidak bermasalah dan kedua-duanya masih rapat. -

 See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hubungan-pm-dengan-dr-mahathir-tiada-masalah-kata-khairy#sthash.spd9zpG3.dpuf



Shahidan syor Umno bincang tertutup 
dengan Dr Mahathir 


Susulan kenyataan terbaharu bekas presiden Umno Mahathir Mohamad di laman blognya hari ini, Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan agar Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor mengadakan perjumpaan bersama mantan perdana menteri itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, kenyataan Dr Mahathir itu tidak seharusnya dibincangkan secara terbuka kerana ia berkenaan parti Umno.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/shahidan-syor-umno-bincang-tertutup-dengan-dr-mahathir#sthash.c62wKjUl.dpuf

KAH KAH KAH

woit
napa hantar
tengku fraud
hantarlah menantu ayah
menantu ayah kata
madey-najib dah kautim
kah kah kah
hang ingat
apa doa menantu ayah
apa doa najib
tiap kali baca berita madey
kah kah kah
semoga allah panjangkan
umur madey
kah kah kah
APA PUNYA TUUUR


------------

KES BUNUH - APA PERANAN NAJIB





KOMENTAR
akhirnya soalan ini telah keluar
selama 5 tahun tukar tiub
telah menimbulkan soialan ini
siapa upah sirul dan azilah

akhirnya soalan ini timbul
akhirnya soalan ini mucul

ini adalah tanda tanda
bahawa hari hari saekor najib makin dekat

mahathir akan terus menyerang
sirul akan menjadi senjata yang ampoh
sirul di australia akan mula bersuara
ini makna dari soalan ini

akhirnya akan timbul soalan
apa peranan najib
akhirnya akan timbul
kenapa najib

MAKA
kita akan tahu
kenapa lee kuan yew 
dapat tanah KTM dengan harga murah
kita akan tahu kenapa
najib ikut sahaja cakap rosmah

kita nanti dan tunggu

NOTA
najib hanya akan selamat
jika mahathir pergi dahulu
ini maknanya save by the bell




Mahathir: Siapa arah bunuh Altantuya?

Bekas perdana menteri  Mahathir Mohamad hari ini berkata kenyataan Sirul Azhar Umar bahawa dia hanya menjalankan arahan ketika membunuh Altantuya Shaaariibuu harus disiasat.

Mahathir berkata, perkara itu melibatkan nyawa manusia dan “amatlah zalim” jika Sirul dibiar menjalani hukuman mati hanya kerana menjalankan arahan.


“Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan.

"Sebagai pengawal peribadi Najib (Razak), dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan.

“Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul 'merepek', tidak ada siasatan yang dibuat,” katanya.

Menulis di blognya, Mahahthir juga membangkitkan sebuah “skandal” kapal selam dengan pembunuhan Altantuya.

Sirul sebelum ini berkata beliau hanya menjalankan tugas dan menjadi kambing hitam dalam kes itu.

Daripada tahanan imigresen di Australia, bekas anggota polis elit itu berkata sedang mempertimbang untuk mendedahkan segala-galanya kepada media tentang perkara itu.


Najib menyifatkan dakwaan Sirul bahawa dia bertindak atas arahan sebagai "rubbish" (mengarut atau merepek).

Sirul dan seorang lagi rakan dalam pihak berkuasa itu Azilah Hadzri disabitkan bersalah membunuh Altantuya dan dijatuhi hukuman gantung sampai mata.

Motif kepada pembunuhan itu bagaimanapun masih misteri.

Esok 6 tahun Najib jadi PM

Sirul bagaimanapun tidak hadir dalam prosiding akhir di Mahkamah Persekutuan keran berada di Australia. Dia ditangkap tidak lama kemudian.

Undang-undang negara kanggaru itu tidak membenarkan pihak berdepan hukuman bunuh dihantar pulang ke negara hukuman akan dilaksanakan.


Penganalisis politik Razak Baginda (kiri), yang dikatakan pernah menjadi rakan rapat Najib, pernah didakwa bersubahat dalam pembunuhan itu.

Beliau kemudian dibebas tanpa dipanggil membela diri kerana keterangan dikemukakan tidak cukup bagi membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Sementara itu, walaupun Mahathir dilihat semakin lantang terhadap pentadbiran Najib, terutamanya  dalam isu 1Malaysia Developement Bhd (1MDB), beliau tidak pernah secara terbuka membangkitkan kes Altantuya.

Langkah itu memperlihatkan bahawa Mahathir bersedia pergi lebih jauh dengan mempergiatkan lagi tekanan terhadap pentadbiran Najib yang sedia terhimpit dengan pelbagai isu.

Ini termasuklah isu kekayaan keluarganya, perbelanjaan kerajaan serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Esok genap enam tahun Najib bertugas sebagai perdana menteri.
 

KAH KAH KAH
woit
ini berita baik
berita amat baik
orang ramai nak tahu
siapa upah sirul
siapa upah azilah
BEST PUNYA NEWS


--------------

MALAM KAH KAH KAH






KAH KAH KAH

ikuti twitter 


@IshamRais



 MALAM INI
tukar tiub buat
kah kah kah
pj live arts

--------------

HASUT DAN LAWAN







FACE BOOK


20 hrs · Edited · 
 

Saya akan didkawa di bawah Akta Hasutan pd Jumaat 3 April, KL High Court Jln Duta jam 9 pagi berkenaan tweet sy mengenai kes Anwar Ibrahim 10 Feb lps



JAWAPAN IALAH
 TURUN JALAN RAYA


-----------------

BERITA BARU MASUK







BERITA

 GEMPAR
esok jam 9:00 pagi
kartunis zunar
akan dibawa ke mahkamah
jalan duta
zunar akan didakwa
atas 9 - SEMBILAN
nine in english
neuf in french
satu rekod dunia







---------------

NAFAS NAJIB SEMPIT








KOMENTAR

berita baik untuk rakyat
berita baik untuk pakatan
berita baik untuk anak muda

madey serang najib
najib tak ambil pot
ini berita baik
makin ramai makin banyak
rakyat hilang keprcayaan
dengan najib dan rosmah

1- kes bunuh altantuya
2- kes upah sirul dan azilah
3- kes rasuah scorpene
4- kes duit 1MDB

semua ini membuat
rakyat satu malaysia 
tidak percaya
pada najib

makin najib tak ambil pot
makin ramai orang hilang keyakinan

NOTA
musuh kepada musuh kita
ialah kawan kita



BN bawah Najib akan kalah PRU14,

kata Mahathir

Mahathir Mohamad hari ini melontarkan kritikan paling keras beliau terhadap Najib Razak, mengatakan rakyat Malaysia tidak mempercayai perdana menteri itu dan meramalkan kejatuhan kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang (PRU14) sekiranya presiden Umno itu terus berkuasa.
Perdana menteri paling lama berkhidmat itu tahun lalu menarik balik sokongannya kepada Najib kerana dasar mereka yang berbeza, menyatakan Najib harus meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
"Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Najib. Ahli Umno dan pemimpinnya perlu sedar Umno, dan dengan itu BN, akan kalah jika Najib memimpin Umno hingga PRU14.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bn-bawah-najib-akan-kalah-pru14-kata-dr-mahathir#sthash.Edcu14Dn.dpuf


KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
najib tak mahu turun
kalau turun masuk jil
ada kes rasuah
ada kes tipu
yang hebat
ada kes bunuh
kah kah kah
SIAPA UPAH SIRUL?



-----------------