Rabu, 15 Julai 2015

LEPAS RAYA TURUN JALAN RAYA








TiPU 

PiLIHAN RAYA


TURUN


JALAN RAYA


TURUN

JALAN RAYA

SEBELUM 


PILiHAN RAYA




Lepas raya turun ke jalan raya?

Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH 2.0) membayangkan untuk mengadakan sebuah lagi demonstrasi selepas hari raya nanti.

"Bersempena dengan hari raya Aidilfitri ini, BERSIH 2.0 menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada yang terkasar bahasa dan terlepas kata.

"BERSIH 2.0 juga dengan rendah hati berharap agar rakyat Malaysia semuanya bersedia, andainya sekali lagi kita perlu turun ke jalan raya bagi mendesak perubahan di negara tercinta," kata jawatankuasa BERSIH 2.0 dalam kenyataan medianya.





LEPAS RAYA

TURUN 


JALAN RAYA



----------------

AKTA BAGINDA QUEEN





TAK SETUJU
tukar tiub tidak bersetuju
bersama  sesiapa sahaja
yang menjunjung
kebebasan bersuara
pasti juga tidak akan bersetuju
papagomo dan ali tinju
atau sesiapa sahaja
di dakwa dibawah 
akta hasutan  baginda queen1948

ada pelbagai undang undang
yang boleh digunakan

menggunakan akta hasutan 1948
memperlihatkan bahawa 
apa yang berlaku di low yat
telah menghalalkan akta hasutan

lalu timbul persoalan
apakah ada perancangan
untuk memasang bendera salah
dalam usaha menyelamatkan najib
dan menghalalkan akta banginda queen




Papagomo, Ali Tinju, direman dua hari kerana menghasut 

Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris yang terkenal dengan panggilan Papagomo dan Aktivis Mohd Ali Baharom (Ali Tinju) direman selama dua hari mengikut Akta Hasutan.
Papagomo yang ditahan malam tadi selepas menyerahkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 9.00 malam ditahan kerana menyiarkan berita palsu di luar Plaza Low Yat pada Ahad untuk menimbulkan kemarahan kaum Melayu.

Antara pos yang disiarkan blogger itu yang mendapat perhatian di media sosial ialah gambar mangsa berlumuran darah daripada kes berbeza, kemudiannya dikaitkan dengan insiden di Low Yat
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/papagomo-ali-tinju-direman-dua-hari-kerana-menghasut#sthash.ofPQeaJq.dpuf


---------------

SELAMAT HARI RAYA






LUSA RAYA
gwa ingat tahun ni
 raya bangla lagi
tapi 
ada member
nak balik ajak
 balik kampong
jadi gagal
raya bangla
gwa baik jelebu
jai dan ezi
balik kampong
kalau nasib baik
boleh mandi sungai
kalau lagi nasib baik
mandi air terjun
jeram toi


TIM TT
dari semua tim tt
dari pengarang
juru gambar
bahagian teknikal
mengucapkan 
selamat hari raya
kami tidak minta maaf
kerana kami 
tak buat apa kesalahan
dan kami akan teruskan lagi
apa yang kami lalukan
sahingga
gerombolan jatuh tersungkur

kepada pembaca
behati hati dijalan raya
makan kueh raya
jangan lupa lepas raya
kita turun jalan raya

NOTA
jangan makan tapai 
terlalu banyak 

SELAMAT 

BERBUKA





HARAPAN BARU




JELAS & JUJUR
bukan nak jadi yb
tapi 
nak tumbangkan 
united malay national organisation

BARU BETUL


  
MUAFAKAT BARU MENUMBANGKAN UMNO/BARISAN NASIONAL

Saya menyambut baik pengumuman dan pelancaran Gerakan Harapan Baru yang mengumpulkan ahli-ahli Parlimen, ADUN dan aktivis yang mempunyai rekod teruji menentang Umno/Barisan Nasional. Gerakan yang diketuai oleh YBhg Tuan Haji Mohamad Sabu dan dipimpin oleh tokoh-tokoh yang telah lama berjuang menentang Umno/Barisan Nasional ini adalah satu perkembangan baik pada kala rakyat mencari-cari jawapan kepada pelbagai kemelut politik, ekonomi dan sosial yang melanda negara sekarang.

Saya kenal rapat dengan tokoh-tokoh ini dan telah bersama-sama mereka memperjuangkan isu rakyat selama ini. Malah, rekod mereka berjuang untuk membawa perubahan di dalam negara adalah berkali ganda lebih lama dari saya dan pimpinan muda yang lain.

Oleh itu, saya mengalu-alukan iltizam mereka untuk terus berjuang menentang Umno/Barisan Nasional. Saya akan memberi sepenuh sokongan dan kerjasama kepada mereka untuk menjana gelombang rakyat menumpaskan Umno/Barisan Nasional menjelang Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14). Saya akan menyertai jelajah yang dianjurkan oleh Gerakan Harapan Baru selepas Aidilfitri.

Saya yakin pelancaran Gerakan Harapan Baru ini akan merintis kepada satu muafakat baru yang menyatukan semua pihak yang mahukan perubahan untuk menumpaskan Umno/Barisan Nasional menjelang PRU14.


RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN





----------------

BILA MAT NAJIB NAK SAMAN






MAT NAJiB

BiLA LU NAK 

SAMAN

 AKHBAR

 KAPiR

WALL STREERT 

JOURNAL



Najib akan saman WSJ pada Selasa

Datuk Seri Najib Razak dijangka memfailkan saman terhadap akhbar Wall Street Journal (WSJ) pada Selasa susulan laporannya menuduh berbilion ringgit dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri itu, lapor The Star Online hari ini.
Tuntutan saman itu akan difailkan peguamnya di Kuala Lumpur, lapor portal itu, memetik sumber terdekat perdana menteri.
Najib dijangka membuat pengumuman mengenai niatnya petang ini dalam sidang akhbar pada jam 6.15 petang di sebuah masjid di Semenyih
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-akan-saman-wall-street-journal#sthash.obEeEHy4.dpuf

LU

JANGAN 

JADi LOW YATT

LU TiPU


LU CURi DUiT

LU MiNTA 

MELAYU 

SOKONG



----------------

TWEET SAMA DIA




Peguam Bela Suspek Kes Curi Dakwa IGP Cakap Bohong

PEGUAM bela yang mewakili suspek kes kecurian telefon bimbit di Plaza Low Yat, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz hari ini tampil memberi kenyataan sidang media di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur mendakwa Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar sebagai penipu apabila memberikan maklumat yang tidak benar berkaitan kes anak guamnya.
Menurutnya, Khalid dalam kenyataannya sebelum ini memberitahu bahawa terdapat dua suspek yang mana seorang lagi dilaporkan membuat cerita palsu.

Polis: Peguam tertuduh ada niat tak baik

Polis menyifatkan peguam kepada lelaki yang dituduh mencuri di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur mempunyai “niat tidak baik” dengan mendakwa ketua pasukan keselamatan itu berbohong.

Ketua Polis Negara  Khalid Abu Bakar berkata pihak dalam keadaan itu memang akan melakukan apa sahaja untuk memberi gambaran mereka tidak bersalah.

"Orang kena tangkap boleh cakap apa sahaja untuk lepaskan diri. Kalau kita nak percaya orang yang  positif dadah dalam air kencing.

“Peguam ada niat lain, niat tak baik,” katanya


KAH KAH KAH
woit
kalau peguam kelentong
lu tweet laaa
lu kaki tweet
lu KTN
lu ketua twiter negara
kah kah kah
lu sudah kantoi
lu twitlaaaaaa
kah kah kah

DAH FAK TAP




-----------------