Selasa, 17 November 2015

TUAN HAJI KENA FITNAH








TUAN HAJi

KENA F
iTNAH

Tuduhan bahawa jamil khir mencuri duit anak yatim adalah fitnah semata-mata. Satu fitnah yang direkacipta oleh golongan yahudi, nasrani, komunis, kapitalis, LGBT, ISIS, Dhong Zong, Tamil Tigers, etc. uituk memburuk-burukkan seorang pemimpin Islam yang progresif dan berwasatiyyah.

 jamil khir adalah seorang ulama serta pemimpin ummah. Sebagai ulama, beliau mempunyai pertalian istimewa dengan Allah swt. Usaha-usaha beliau menegakkan syiar Islam di bumi bertuah ini diberkati oleh Allah swt. Sebagai ganjaran, Allah swt. memberi kunci perbendaharaan YaPEIM kepada belliau. 

Penggunaan oleh jamil khir duit anak yatim untuk berjoli di Amerika Syarikat tidak boleh ditafsirkan sebagai satu salah guna kuasa atau pencabulan amanah. Penggunaan wang tersebut HARUS ditafsirkan sebagai kurniaan rezeki limpah-ruah dari Allah swt. kepada insan yang dipilihNya. on KESAH HAJI DAN HAJJAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/15/15





--------------

BETUL KE?








9 hrs 
 

Assalamualaikum & Slmt malam semua..

Tang mana BIJAK Rosmah tu ???

Bodek Jangan Tak Bodek.. Byk faedahnya..




REST MY CASE

KAH KAH KAH


-------------

ULANG TAHUN RAJA BELGIUM






ViVE LE ROi
ceritanya panjang
malam kelmarin
dihari ulang tahun
raja belgium
gwa ucapankan
 terima kaseh
melalui pak duta belgium
kerana belgium
 telah membebaskan gwa
dari penjara bombay
40 tahun dahulu
merci beaucoup

NOTA
ceritanya gwa
sedang susun

------------

TUKAR KIBLAT








TUAN HAJi

& MAK AJi

BERSHOPiNG

DI PARiS




BENARKAH WANG YaPEIM RM 290,000 DIGUNAKAN UNTUK PENGANJURAN KURSUS PERKAHWINAN DI PARIS YANG DIRASMIKAN OLEH TUAN HAJI JAMIL KHIR BAHAROM? 
Saya terkilan dengan keengganan YB Tuan Haji Jamil Khir Baharom untuk menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan mengenai skandal Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan sebaliknya masih meneruskan ugutan untuk menyaman saya.
Maka, disini saya tampil untuk pendedahan berikutnya mengenai bagaimana wang YaPEIM telah digunakan untuk penganjuran program di Paris, Perancis yang tidak mencerminkan matlamat kebajikan dan amal jariah.
Berdasarkan bukti yang diterima oleh National Oversight and Whistleblowers (NOW), terdapat 2 buah program yang dinamakan ‘Simposium Perdana Paris: Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahawanan dan Pengurusan’ telah diadakan secara berturut-turut di Paris pada hujung tahun 2014 dan awal tahun 2015.
Aktiviti pertama dibiayai menggunakan wang YaPEIM dikenali sebagai ‘Kursus dan Kembara Santun 2014 Kelab Santun Eropah’ yang berlangsung bagi tempoh 20 Disember 2014 sehingga 28 Disember 2014 dengan jumlah kos RM 176,500.00.
Pembiayaan kedua pula dibuat atas nama ‘Program Transformasi Warga Santun (TAMRIN) Kelab Santun Eropah’ yang berlangsung bagi tempoh 29 Disember 2014 sehingga 3 Januari 2015 dengan jumlah kos RM 113,500.00.
 Kedua-dua program ini dikatakan hanya melibatkan 100 orang peserta iaitu terdiri rakyat Malaysia yang belajar atau menetap di Paris.
Manakala, jumlah keseluruhan wang YaPEIM yang telah diambil dan dibayar melalui Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) untuk kedua-dua program ini adalah RM 290,000.00.
Berdasarkan fakta-fakta yang dikemukakan,
1.      Benarkah kedua-dua program ini telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tuan Haji  Jamil Khir Baharom?
 2.      Apakah kewajaran menggunakan wang YaPEIM bagi penganjuran Kursus Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahawanan dan Pengurusan di Paris dengan kos RM 290,000 yang berlangsung selama 14 hari atau 2 minggu di Paris, Perancis?
 3.      Mengapa dana YaPEIM digunakan untuk penganjuran kursus ini dan dibayar melalui Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN)?
 4.      Tidak adakah anak yatim atau miskin di Malaysia ini yang lebih layak dan memerlukan untuk dibantu oleh YaPEIM?
Jika Tuan Haji  Jamil Khir beranggapan penggunaan wang YaPEIM RM 290,000 untuk penganjuran program di Paris dan sebelum ini RM 590,000 di Amerika Syarikat tidak salah kerana mengikut prosedur, ini akan menimbulkan persoalan mengenai intergriti dan moral beliau yang membiarkan pembaziran ini berlaku sedangkan beliau adalah Menteri yang bertanggungjawab.
Saya yakin lebih setengah juta rakyat Malaysia yang membuat potongan gaji tiap-tiap bulan untuk didermakan kepada YaPEIM adalah untuk tujuan amal jariah dan kebajikan, bukan dibelanjakan untuk penganjuran program-program di luar negara.
Nasihat saya kepada beliau selaku Menteri Hal Ehwal Islam, jawablah persoalan-persoalan ini dengan rakyat di luar sana dan bukan dengan saya di mahkamah.
 AKMAL NASIR





-------------

PROJEK REMBAT









SiAPA 

KAHWiN

DI PARiS?

 | November 16, 2015
NOWakmal
Akmal Nasir mendedahkan dua program tersebut melibatkan 100 peserta yang terdiri daripada rakyat Malaysia yang menetap di Paris.More ››

KAH KAH KAH
woit
tuan haji ini makin terok
rembat duit anak yatim
buat kenduri kahwin
kah kah kah
kalau buat di selangor
masuk akal
ini buat di paris
kah kah kah
nampak projek rembat

REMBAT LAGI




-------------

Isnin, 16 November 2015

JAKIM NI APA?







JAKiM iNI

BUAT APA?
KOMENTAR
jakim ini adalah alat
jakim ialah jentera daulah
alat dan  untuk 
united malay 
national organisation

alat ini:
sama saperti PDRM
sama saperti SPRM
sama saperti mahkamah
sama saperti jentera lain
boleh digunakan
untuk mempertahankan kuasa



Jakim tak ikut Perlembagaan, Putrajaya tiada kuasa atas Islam, kata ahli Umno



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak berperlembagaan dan Putrajaya tidak mempunyai kuasa ke atas hal ehwal agama Islam, kata seorang ahli akar umbi Umno, mengulas perdebatan yang berlangsung ketika ini mengenai kerelevanan pihak berkuasa agama itu.
Bekas setiausaha bahagian Bandar Tun Razak Barisan Nasional (BN) Zaharin Mohd Yasin berkata, atas dasar ini, beliau menyokong saranan anak bekas timbalan perdana menteri, Tawfik Ismail, supaya Jakim dimansuhkan.
Katanya kedudukan "menteri yang bertanggungjawab hal ehwal agama", yang kini dipegang Datuk Seri Jamil Khir Baharom, juga perlu dihapuskan.
 "Saya setuju Jakim perlu dimansuhkan. Ia bertentangan dengan Perlembagaan, yang menyatakan agama perlu berada di bawah bidang kuasa tunggal setiap pemerintah negeri..

"Kerajaan pusat tidak perlu terlibat langsung dalam Islam atau pengurusannya. Ia tidak berperlembagaan dan akhirnya, mereka hanya akan mempolitikkan agama. Ia perlu berada di bawah Majlis Raja-Raja sahaja.

 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jakim-tak-ikut-perlembagaan-putrajaya-tiada-kuasa-atas-islam-kata-ahli-umno#sthash.RNbq6nYp.dpuf

KAH KAH KAH
woit
tak kan hang
tak faham
kah kah kah

SEDAR TAK?

---------------